Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN TIMBALAN PPD MAJLIS GRADUASI PELAJAR-PELAJAR SMKA TAHUN 2011 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang Berusaha Pn Hjh Norlia bt. Hamzah Pengetua SMKA, Yang berusaha, Tn Hj Sharif bin Musa YDP PIBG SMKA dan Ahli Jawatankuasanya, Guru-Guru Penolong Kanan, Guru-Guru Kanan, Ibu Bapa/Penjaga, guru-guru, graduan SMK A 2011 Tuan/Puan yang saya hormati sekalian Terima kasih saudari Pengacara Majlis . Pertama sekali marilah kita memanjat kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izinnya kita diberi keupayaan untuk mengadakan majlis ini. Bagi pihak PPD saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas jemputan yang diberikan untuk menghadiri majlis yang gemilang pada petang ini. Tahniah diucapkan kepada JK Pengelola yang telah dapat mengatur dan melaksnakan majlis ini. Sesungguhnya Majlis Graduasi pada hari ini yang diatur sedemikan rupa. Boleh saya andaikan sebagai salah satu usaha pihak sekolah untuk menyemarakan semangat dan motivasi para pelajar mencipta kejayaan bagi diri sendiri dan juga sekolah dalam peperiksaan awam 2011. Diharapkan majlis ini dapat diteruskan sebagai tradisi sekolah untuk menzahirkan pengiktirafan dan juga pengharapan tinggi sekolah kepada para pelajar SMKA untuk berjaya dalam peperiksaan SPM dan STPM 2011 yang akan bermula pada 14 November ini. Jadikanlah hari ini sebagai kenangan yang cukup bermakna dalam tempoh 5 tahun persekolahan anda di SMKA yang anda cintaii.

Hadirin sekalian, Saya penuh yakin dan percaya bahawa pelajar-pelajar SMKA akan berupaya merealisasikan sasaran peperiksaan awam sekolah ini dari segi kualiti dan kuatiti. Berkat usaha gigih tanpa jemu dan doa yang tidak putus-putus daripada semua guru, Insya Allah SMKA akan berada di puncak kecemerlangan akademik dalam kalangan sekolah-sekolah menengah daerah bagi 2011. Begitu juga dengan pencapaian para pelajarnya yang diharapkan cemerlang dan mencapai kelulusan 100% bagi BM Saya bagi pihak Tuan PPD dan mewakili seluruh warga pejabat PPD ingin merakamkan tahniah kepada semua calon yang telah dapat hadir ke majlis pada petang ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada semua guru, PIBG, serta pihak-pihak lain sama ada dari kerajaan dan bukan kerajaan yang telah banyak mengorbankan dan menyumbangkan masa, tenaga dan usaha serta peruntukan untuk meningkatkan kualiti pendidikan sekolah. Saya percaya dengan komitmen yang tinggi, semangat permuafakatan yang kuat dan sokongan daripada semua pihak, matlamat SMKA akan dapat direalisasikan selaras dengan visi dan misi SMKA. Kepada Para Pelajar SPM & STPM2011 Jangan hampakan harapan sekolah. Berjuanglah bersungguh di dalam medan peperiksaan dan pastikan setiap butir perkataan dan ayat yang dikeluarkan sebagai jawapan menepati sasaran atau kehendak soalan peperiksaan bagi setiap mata pelajaran yang ditempuhi. Jangan undur dan keluar dari medan peperiksaan, berjuanglah sehingga akhir masa. Jika buntu

bertenanglah seketika carilah jalan bagaimana mengatasi kebuntuan tersebut. Ingatlah penyesalan pada ketika peperiksaan sudah terlambat dan apa yang tinggal hanya berjuang setakat yang mampu dingati oleh minda kita.

Ingatlah kejayaan yang kita akan dituai pada masa depan adalahhasil berkat kesungguhan, kesabaran, ketabahan dan doa semua pihak dan pastikan kita menyahut cabaran sebagai pejuang-pejuang SMKA untuk meletakkan sekolah anda sebagai antara sekolah terbaik di negeri dan terbaik di daerah. Inilah hadiah yang paling berharga bukan sahaja buat diri anda, tetapi keluarga, sekolah, PPD dan JPN. Dalam perjalanan hidup ini kita hendaklah sentiasa berusaha mencipta sejarah kecemerlangan buat diri dan salah satunya ialah anak-anak pelajar buktikan melalui keputusan SPM & STPM 2011 ini. Jadikanlah keputusan cemerlang kita sebagai landasan untuk meneruskan kecemerlangan di peringkat lebih tinggi dan seluruh warga sekolah dan PPD sentiasa mendoakan agar anda dapat menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya mencapai impian anda dalam bidang akademik dan kerjaya. Insyallah. Kejayaan itu tiada ternilai harganya. Oleh itu, seseorang itu perlulah bersedia mengorbankan tenaga, masa dan wang ringgit sebagai bayaran ke arah menempah kejayaan iaitu ganjaran yang yang ingin dicapainya. Dalam erti kata lain tiada kejayaan tanpa usaha dan usaha adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap diri pelajar-pelajar. Tiada siapa yang dapat membantu kita selagi diri kita tidak mahu bergerak untuk membantu diri sendiri. Saya mengharapkan usaha gigih anda ini akan menjadi sumber inspirasi kepada calon-calon SPM dan STPM 2012.

Akhir kata, tahniah sekali lagi kepada semua graduan dan terima kasih kepada YB Pengetua SMKA kerana sudi menjemput PPD hadir ke majlis ini. Kepada semua ibu bapa/penjaga tahniah diucapkan kerana dapat hadir bersama dan memeriahkan lagi majlis graduasi pada petang ini. Tidak lupa terima kasih tidak terhingga kepada semua guru SMKA yang tidak pernah jemu mendidik demi memastikan kejayaan anak-anak murid. Halalkan segala ilmu yang diberikan, maafkah segala kesalahan yang mungkin mereka lakukan dan restuilah mereka sebelum masuk ke dewan atau bilik peperiksaan. Begitu juga kepada PIBG yang sentiasa bergerak seiring dengan aspirasi sekolah ini. Kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis Graduasi 2011 , tahniah juga kerana dapat mengelolakan majlis dengan sempurna. Dengan lafaz yang suci, saya dengan rasa sukacita merasmikan Majlis Graduasi SMKA Bagi Tahun 2011. Sekian. Wabillahitaufik wal warahmatullahi wabarokatuh. hidayah Wassalamualaikum