Anda di halaman 1dari 33

TREND & ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES

SME 3023


AKAUNTABILITI



DISEDIAKAN OLEH :

SITI NORRAIHAN BT SHARIFF D20081033197
SITI NUR AISHA BT SALLEH D20081033200
SITI NAZIRUL RAIHAN BT RASOL D20081033194
NAZIBAH BT FAUZI D20081033174
NUR ADIBAH BT MOHD HAZNI D20081033182


PROGRAM : SAINS (MATEMATIK) DENGAN PENDIDIKAN

KUMPULAN : 13

PENSYARAH : PROF. DR MARZITA PUTEH







Pengenalan.

Akauntabiliti ialah siIat yang perlu ada pada setiap individu umumnya. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat, akauntabiliti dediIinisikan sebagai siIat bertanggungjawab kepada
seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan serta bersedia memberikan penjelasan atau
justiIikasi yang diperlukan. Ini bermakna akauntabiliti ini merujuk kepada individu atau tindakan
yang bakal kita laksanakan. Tanggunjawab di sini bermaksud menjalankan tugas-tugas yang
diarahkan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Jadi, dapat disimpulkan bahawa
akauntabiliti bermaksud menjalankan tugas yang diarahkan dengan baik serta dapat mencapai
objektiI yang telah ditetapkan oleh pihak yang tertentu.

Kamus Pelajar Edisi Kedua pula mendeIinisikan akauntabiliti sebagai siIat
bertanggungjawab terhadap seseorang atau sesuatu serta bersedia memberikan penjelasan atau
kewajaran yang diperlukan. Maksud ini hampir sama dengan deIinisi yang diberikan oleh Kamus
Dewan Edisi Keempat. Seterusnya, menurut Ahmad Sarji (2003), akauntabiliti bermaksud
obligasi seseorang memberi jawapan dan penjelasan mengenai tindakan dan prestasinya. Beliau
menekankan penjelasan yang perlu diberikan setelah seseorang menjalankan tanggungjawab
yang diberikan.

Oleh itu, secara umumnya, akauntabiliti bermaksud kewajipan menjalankan tugas yang
dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Selain
itu, individu tersebut haruslah memastikan tugas-tugas yang dilaksanakan mencapai objektiI
yang telah ditetapkan. Jadi, dalam bahasa mudahnya, akauntabiliti boleh diaggap sebagai amanah
yang telah diberikan kepada individu bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak
ketiga. Di sini, kita dapat lihat betapa pentingnya akauntabiliti terhadap sesuatu proIesion bagi
memastikan objektiI sesuatu bidang dapat dicapai dengan jayanya. Tidak mengejutkan sekiranya
objektiI sesuatu proIesion tidak dapat dicapai sekiranya ahli dalam proIesion tersebut tidak
mengamalkan proIesion ini dengan baik dan jujur.



Sesungguhnya kita tidak menyedari bahawa secara tidak langsung kita semua telah
memikul beberapa tanggungjawab atau amanah dalam satu masa. Sebagai contoh, akauntabiliti
boleh wujud apabila kita bergelar seorang pelajar, anak, penganut agama, isteri mahupun seorang
pekerja, pendidik khususnya. Mungkin istilah yang digunakan terlalu tinggi sehingga kita tidak
menyedari bahawa siIat itu telah wujud dalam diri kita sejak kita mengenal dunia ini lagi.
Sebagai contoh, tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar dapat dilihat apabila kita belajar dan
menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensayarah. Secara tidak langsung, kita telah
menjalankan amanah yang diberikan mengikut peraturan ynag telah ditetapkan.

Selain itu, tanggungjawab sebagai seorang anak juga merupakan amanah yang kita pikul
sejak kita dilahirkan. Kita seharusnya mentaati kedua ibu bapa kita dan sentiasa berusaha untuk
menggembirakan hati mereka. Jadi, ini juga boleh dikategorikan sebagai akautabiliti seorang
anak terhadap ibu bapa mereka. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa siIat ini merupakan salah
satu siIat semula jadi yang perlu ada pada setiap individu. Tanggungjawab kepada agama
masing-masing merupakan amanah yang terbesar yang dipikul oleh semua individu. Sebagai
contoh, sebagai umat Islam, kita diwajibkan untuk mendirikan solat lima waktu sehari semalam.
Jadi, ini merupakan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap insan yang bergelar muslimin
dan muslimat bagi mencapai matlamat yang satu. Matlamat di sini ialah mencapai kebahagiaan
di dunia dan di akhirat. Setiap manusia telah dijanjikan penyudahan yang baik sekiranya
menjalankan semua kewajipan dan meninggalkan semua larangan yang ditetapkan. Ini
menunjukkan sekiranya siIat akautabiliti tiada dalam diri individu terbabit, kemungkinan besar
tiada kejayaan yang dapat dicapai di dunia mahupun di akhirat kelak.

Akauntabiliti seorang isteri kepada suami juga merupakan tanggunjawab yang harus
dilaksanakan kepada setiap wanita yang telah berkahwin. Jadi, dapat dibuktikan bahawa siIat ini
universal dan digunakan dalam setiap perkara bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Akhir sekali
akauntabiliti terhadap majikan atau proIesion masing-masing khususnya sebagai pendidik.
Tanggungjawab yang harus digalas oleh setiap insan yang bergelar pendidik amat berat dan tidak
boleh diambil ringan oleh sesetengah pihak. Hal ini kerana guru merupakan golongan yang bakal
mencorakkan kehidupan pelajar mereka pada masa hadapan. Sekiranya guru itu sendiri tidak
menjalankan tanggungjawab seperti yang dijanjikan, mana mungkin dapat melahirkan insan
yang cemerlang dunia dan akhirat. Guru bukan sekadar mengajar, malah mendidik para pelajar
supaya menjadi insan yang berguna. Jadi, tidak salah sekiranya ada pihak yang menyalahkan
guru sekiranya berlaku masalan sosial dan jenayah dalam kalangan remaja masa kini.
Sesungguhnya semuanya bermula dengan golongan pendidik itu sendiri.

Ciri-ciri Akauntabiliti.

Akauntabiliti mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Ciri yang pertama ialah hubungan
tanggungjawab itu sendiri. Hubungan perlulah wujud antara dua pihak. Dengan ini barulah
terhasilnya tanggungjawab satu pihak dengan pihak yang lain. Sebagai contoh, tanggungjawab
guru terhadap pelajar, tanggungjawab anak kepada ibu bapa, tanggungjawab hamba kepada
penciptaNya dan sebagainya. Jadi, perlulah wujud dua pihak yang berbeza bagi membolehkan
akauntabiliti dilaksankan.

Ciri yang kedua ialah bagaimana hubungan ini terbentuk. Hubungan ini boleh terbentuk
melalui peruntukan peraturan dan prinsip-prinsip tertentu. Sebagai contoh, hubungan guru dan
pelajar terbentuk melalui peruntukan peraturan yang ditetapkan dalam peraturan sekolah. Selain
itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga telah menggariskan peraturan yang harus
diikuti oleh semua pendidik di seluruh Malaysia.

Ciri yang ketiga ialah wujudnya garis sempadan tanggungjawab oleh kedua-dua pihak.
Ini terhasil daripada jadual tugas khas yang dibina oleh pihak tertentu bagi melancarkan
perlaksanaan sesuatu tugas itu. Ciri yang terakhir ialah penurunan had kuasa. Setelah jadual
tugas khas diberikan, satu surat perwakilan kuasa ataupun surat perlatikan kuasa akan diberikan
kepada pemegang amanah tersebut. Sebagai contoh, seorang guru akan dilantik sebagai penjawat
awam yang sah sebelum beliau berhak menjalankan tugas yang telah diberikan. Ini bagi
memudahkan proses pengajaran dan mengelakkan perkara yang tidak diingi daripada berlaku.

Terdapat pelbagai peruntukan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh
badan-badan tertentu bagi menudahkan dan melancarkan tugas dilaksanakan oleh pemegang
amnah tersebut. Antaranya ialah Perlembagaan Persekutuan (Bahagian 7, perkara 96-99). Selain
itu, Akta Pendidikan 1996 digubal bagi membantu golongan pendidik melihat garis panduan
tugas yang harus dilaksanakan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Akta ketiga ialah
Surat Pekeliling iaitu Perbendaharaan dan Perkhidmatan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.

Persoalannya sekarang, adakah golongan pendidik iaitu guru mengamalkan akauntabiliti
terhadap proIesionnya sendiri? Selain itu, adakah siIat ini ditunjukkan terhadap golongan pelajar,
ibu bapa, sekolah, masyarakat dan seterusnya kepada negara. Sekiranya guru tidak mengamalkan
siIat ini, apakah yang harus dilakukan bagi mengelakkan masalah ini daripada berleluasa.
Berikut merupakan huraian serba sedikit mengenai tanggungjawab yang perlu ada pada seorang
guru terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara.

Tanggungjawab guru terhadap pelajar.

Antara tanggungjawab guru kepada pelajar ialah :

O Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar
O Bersikap adil terhadap setiap pelajar
O Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar
O Menunjukkan akhlak dan tingkah laku yang baik

Tanggungjawab guru terhadap ibu bapa
O Menghormati ibu bapa pelajar
O Mewujudkan hubungan mesra antara ibu bapa
O Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka

Tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara.
O Menghormati perbezaan budaya, keturunan dan agama
O Menggalakkan kerjasama dan perseIahaman antara guru dengan ibu bapa
O Menghormati masyarakat sekeliling


Akauntabiliti Guru Terhadap Profession Keguruan

Pengenalan

Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam
merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum.Pendidik pada hari ini telah
membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang
menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.

Akauntabiliti terhadap proIessional keguruan membawa maksud seseorang guru itu
sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran dalam kaedah dan strategi pengajarannya.
Mereka juga perlu mengelak dalam membuat sebarang kenyataan negatiI tentang proIesionnya.
Akauntabiliti terhadap pelajar pula memerlukan guru mengutamakan kebajikan dan keselamatan
murid-murid sama ada di sekolah atau pun semasa menghadiri aktiviti diluar sekolah. Guru perlu
bersedia menyelesaikan masalah yang dihadapi murid dengan adil dan saksama. Penyampaian
ilmu kepada murid juga perlu dilakukan dengan ikhlas supaya objektiI pembelajaran tercapai.

Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan
keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran
peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi, muallim, muaddib, alim atau
ulamak. Mereka berIungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga
masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah.Perpaduan kaum
dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara
satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama.

Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan
pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa
dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala
hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini,
jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia
melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara proIessional dan
kreatiI.

Kedudukan perguruan sebagai satu proIesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut
juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah memperkatakan mengenai proIesion
perguruan dari masa ke semasa. Sebelum merdeka lagi sudah ada perbincangan mengenai
perkara ini iaitu sebelum Universiti Malaya hendak ditubuhkan di Singapura (1949) terdapat satu
symposium mengenai Pendidikan Universiti dan Laporan Carr-Saunders`. Di dalam symposium
tersebut perbincangan mengenai peranan universiti dan kedudukan proIesion perguruan turut
diadakan ( Lim Tay Boh 1948). Di antara perkara pokok yang dibangkitkan ialah keperluan
guru-guru sekolah menengah untuk mendapat pendidikan tinggi supaya murid-murid yang bakal
dididik nanti akan mempunyai mutu pendidikan yang baik. Pendidikan guru yang tinggi dan
usaha melahirkan generasi muda yang baik merupakan cabaran yang kuat di dalam proIesion
perguruan bukan pada zaman dahulu sahaja tetapi juga masa kini.

Konsep Profesion dan nilaitaranya

Sesuatu proIesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti
kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui
masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan,
mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk
menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman 1956).

Menurut Kamus Dewan, proIesion` ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.
(contohnya: perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain)

Berdasarkan ciri-ciri proIesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas
konsep proIesionalisme sebagai :
Suatu pekerfaan yang khusus dan difalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan
iktisas yang cukup bermutu, bersikap fufur, dedikasi, bertanggungfawab dan bermoral tinggi,
mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.

Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) daripada proIesion (
Awang Had Salleh 1980 ).
Nilaitara-nilaitara sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi
supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilaitara
perkhidmatan tersebut .Nilaitara ini menfadi garis panduan dalam usaha memastikan
tingkahlaku dipatuhi oleh setiap ahlinya.

Aspek Keguruan Dianggap Sebagai Satu Profesion

i) Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melalui pembelajaran teori dan latihan amali
dalam sesuatu tempoh masa yang panjang

Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk
menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpamanya, seorang guru mesti mempunyai Sijil
Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraI oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh
mengajar di sekolah kerajaan. Walau bagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima
latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata
pelajaran yang hendak diajarnya.Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian
dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya.

Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta
dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar,
bermurah hati dan sentiasa bersiIat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru
adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya
dengan berkesan. Latihan itu termasuklah keIahaman terhadap siIat kejasmanian dan siIat
psiklogi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.
Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang
diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi
penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada
murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya
menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.


ii) Mempertingkatkan ProIesionalisme

Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa
tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai
negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus
diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada
perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan
strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik.

Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan
yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun
Kursus Peningkatan ProIesionalisme Keguruan.Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting
bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam proIesion
pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk
menyokong usaha-usaha kerajaan, maka proIesion keguruan diharapakan dapat membuat
anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul
Hamid,1998)

iii) Berupaya Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah Serta BerIikiran Kritis dan
KreatiI

ProIesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau
mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam proIesion keguruan
sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia,
pengawal dan sebagainya. Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh membuat
sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu
perkara yang dijalankan.

Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk
menguasai kemahiran berIikir secara kritis dan kreatiI. Pendekatan ini bukan sahaja perlu
digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi jika perlu
keadah berIikir secara kritis dan kreatiI boleh diaplikasikan dalam pentadbiran,mengurus
ataupun dalam perancangan sesuatu program.

iv) Mahir Menggunakan IT

Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan
zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta
globalisasi dunia telah banyak membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat
menyangkal betapa cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul pembelajaran
melalui online`. Para guru pada hari ini telah bersikap produktiI, proaktiI dan responsive
terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita
supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi inIo-komunikasi
yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemankin kearah menghasilkan pendidikan yang
cemerlang dan berkualiti.Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi inIo-komunikasi
bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih
kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui
keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut.

Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, menyebabkan
pembangunan negara bergerak dengan rancak. Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan untuk
membangunkan teknologi maklumat seperti koridor raya multimedia | multimedia super corridor
(MSC)| yang menjadi pusat telekomunikasi dan penyiaran serantau dan antarabangsa. Hal yang
sama juga berlaku dalam kurikulum pendidikan di negara ini, komputer telah dijadikan sebagai
satu kurikulum di sekolah. Penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer
merupakan salah satu bentuk kurikulum yang memerlukan proIesion keguruan tahu dan
menguasai teknologi maklumat. Penggunaan komputer dalam pendidikan membawa satu
reIormasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi
pendidikan, teori pendidikan, teori-teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem
pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru ( Mok Soon Sang, 1996).

Dalam era teknologi maklumat seperti sekarang, kita berhadapan dengan pelbagai
peralatan elektronik dalam kehidupan harian, malah kemudahan teknologi telah menjadi satu
cara hidup seperti penggunaan pengangkutan berasaskan teknologi (LRT), perkhidmatan bank
(kad ATM), telekomunikasi (teleIon bimbit), hiburan (Video, VCD) dan lain-lain. Jadi rakyat
negara ini harus dapat menangani kehidupan di era teknologi maklumat sehingga teknologi itu
menjadi sebahagian daripada amalan biasa tanpa disedari. Oleh itu, proIesion keguruan harus
memperlengkapkan diri secara global dalam perkembangan penggunaan teknologi maklumat
dalam kurikulum di sekolah.

v) Berpengetahuan dan Berdaya Fikir Serta Berakhlak

Seseorang guru dalam proIesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharapkan dapat
membawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama
pelajar di dalam kelas. Contohnya, di Malaysia kadar kemalangan jalan raya adalah tinggi,
pendidikan memandu kereta adalah satu perkara yang dipandang serius oleh kerajaan pada masa
ini. Keselamatn di jalan raya dan cara-cara memandu yang selamat dan bertimbang rasa boleh
dibincangkan di dalam kelas untuk menyedarkan pelajar tentang keperluan memperbaiki situasi
yang terdapat sekarang, dengan harapan mereka tidak akan berkelakuan sedemikian apabila
mereka menjadi pemandu kelak.

Melalui pembacaan guru dapat menambah ilmu pengatahuan mengenai isu-isu semasa,
sama ada yang berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, janayah : seperti peras ugut, pecah
rumah, penculikan dan seumpamanya ; ekonomi : urusan perniagaan, jual-beli saham, hartanah
dan sebagainya ; politik : hubungan negara di peringkat antarabangsa dan juga pergolakan politik
sesebuah negara. Dalam hal seperti ini, guru diharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan dan
inisiatiI sendiri dalam menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji dan dibincangkan dengan
pelajar.
Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, proIesion
keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji.

Dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah dan menengah telah ditegaskan nilai-nilai
murni perlu diterapkan dalam pengajaran. Pelaksanaan penerapan nilai penting untuk
menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa hadapan. Hal
yang sama juga perlu dihayati oleh guru. Enam belas nilai murni yang disarankan dalam
kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh guru terlebih dahulu.

Penutup

Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-
perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak
negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-perubahan
dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam proIesion
keguruan. Oleh itu, adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa
berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan dan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal
ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan kurikulum itu dapat ditangani.

Namun kini sejauh mana kita mengiktiraI dan memartabatkan perguruan sebagai satu
proIesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat. Ini kerana masih ada lagi yang
menganggap proIesion perguruan sebagai kelas kedua.Adakah peranan guru semakin hilang
taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjaya yang diiktiraI sebagai
proIessional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek?

Dalam konteks ini pihak kerajaan perlu bersungguh-sungguh dalam menjadikan
proIesion perguruan sebagai proIesion yang unggul dan disegani ramai. Menurut Dr. Muhamad
Hasan Abdul Rahman iaitu Timbalan Dekan Pelajar dan Pembangunan, Fakulti Pengajian
Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) beliau menegaskan dalam usaha untuk
memartabatkan proIesion perguruan selain daripada peranan pihak Kementerian Pendidikan,
Persatuan Perguruan dan masyarakat, para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang
besar dalam meningkatkan aspek keproIesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai
jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi.

Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar

" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara".

Dalam FalsaIah Pendidikan Negara, terdapat dua aspek yang boleh dirujuk iaitu cabang-
cabang IalsaIah dan elemen-elmen yang terkandung dalam FPK itu sendiri. Antara cabang-
cabang IalsaIahnya ialah MetaIizik. Ciri-ciri FPK bagi MetaIizik ialah menyeluruh dan
bersepadu yang bermaksud, badan ilmu sejagat haruslad diajar oleh guru dan mesti dipelajari
oleh muridnya. Ini bermaksud, guru mestilah mencurahkan segala ilmu yang telah ditetapkan
sukatannya oleh kerajaan kepada seitap murid. Dengan itu, potensi dan kebolehan individu
penting untuk berkmbang secara menyeluruh dan bersepadu.

Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus diIahami dan dilaksanakan oleh seorang
guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap
proIesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas
merangkumi akauntabiliti guru terhadap pelajar, diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan Negara dan
proIesion keguruan amnya. Akauntabiliti ini akan meningkat sekiranya seseorang itu benar-benar
menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya
kualiti seorang guru yang juga meningkatkan taraI proIessional keguruan.
Kesedaran dan pemahaman terhadap akauntabiliti akan menjadikan seorang guru itu lebih
bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang telah diberi serta diamanahkan kepadanya. Oleh itu, ia perlu
dihayati oleh semua guru di Negara ini. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabilitinya, maka ia
tidak akan dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan yang
benar-benar lengkap dari segi ilmu dan peribadi yang baik. Hal tersebut akan menjatuhkan martabat
proIesionalisme keguruan Negara kita.
Guru atau pendidik adalah golongan yang banyak memainkan peranan penting dalam
melaksanakan kurikulum dan mendidik sahsiah diri pelajar. Guru mesti memiliki kemahiran
yang tinggi dalam kaedah pengajaran, menguasai kandungan ilmu dalam matapelajaran yang
diajar, mahir mengaplikasikan teori pertumbuhan dan perkembangan manusia dan berupaya
menjadi kaunselor yang baik kepada para pelajar. Guru yang berkesan perlu menyempurnakan
tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya
bagi memenuhi keperluan pendidikan dan masa hadapan. Antara ciri-ciri yang diperlukan oleh
seorang guru adalah memiliki ilmu yang luas, sahsiah dan akhlak yang baik, mengamalkan nilai-
nilai murni, bersiIat terbuka, dinamik, asertiI, dan sentiasa menilai hasil kerja dan diri sendiri
(Omardin Ashaari, 1999).
Guru merupakan orang yang kedua penting dalam
kehidupan setiap murid. Apabila ibu bapa memasukkan anak mereka ke sekolah, maka ibu bapa
menaruh harapan yang besar ke atas guru untuk mendidik anak-anak mereka supaya menjadi
orang yang berilmu dan berguna kepada nusa dan bangsa. Harapan ibu bapa ini menjadi amanah
dan tanggungjawab bagi guru-guru dan wajib dilaksanakan. Dengan pelaksanaan Akta
Pendidikan 1996, Perintah Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002, maka guru-guru
dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kewajipan berikut:
O Mengajar dengan penuh dedikasi dan berbakti demi kemajuan murid-murid, bidang
pendidikan dan Negara
O Berbakti demi kebajikan, keselamatan, kemajuan dan masa depan murid-murid seperti
yang diharapkan oleh ibu bapa
O Bersikap adil dan saksama kepada setiap murid tanpa mengira bangsa, agama, kedudukan
ekonomi dan sosial murid-murid atau keluarga mereka
O Mengasuh, mengajar dan membimbing murid-murid dengan ikhlas dan jujur tanpa
sebarang ganjaran daripada ibu bapa murid-murid
O Menunjukkan contoh teladan yang baik dan mesra kepada murid-murid dan ibu bapa
mereka serta berbincang dengan ikhlas dengan setiap ibu bapa mengenai sebarang
masalah yang dihadapi oleh murid-murid
Peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan, selain menyebar ilmu, segala
tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya. Ini kerana guru
merupakan contoh atau role model` kepada pelajar dimana jika baik didikan seorang guru, maka
baiklah tingkah laku seseorang pelajar itu. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai
siIat dan kualiti peribadi, preIesional dan sosial yang baik dan murni. Terdapat 6 siIat dan kualiti
guru yang patut ada pada setiap orang guru. Kualiti sering dirujuk sebagai aspek yang berkaitan
dengan keunggulan dan kecemerlangan perkhidmatan. Menurut Cornick (1991), kualiti ialah
harapan dan kehendak pengguna yang mana ia boleh ditejemahkan secara jelas. Kualiti perlu
mempunyai ciri-ciri yang boleh diukur dan berdasarkan pandangan pelanggan. Sesuatu produk
atau perkhidmatan itu akan dikatakan berkualiti apabila pengguna berpuas hati dengan produk
atau perkhidmatan.
SiIat yang pertama adalah siIat baik hati. Sikap baik hati yang dinyatakan adalah seperti
menolong pelajar apabila memerlukan bantuan di dalam pelajaran, tidak memarahi pelajar
sesuka hati atau tanpa sebab, sentiasa memantau keadaan dan prestasi pelajar dan lain-lain lagi.
Sikap baik hati dan bertimbang rasa seorang guru ini amat dihargai oleh pelajar kerana mereka
akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati. Selain itu, pelajar juga akan
senang untuk menerima segala maklumat yang disampaikan oleh guru walaupun tidak terlalu
banyak. Pelajar akan berasa seronok apabila belajar dalam keadaan seperti ini.
SiIat yang kedua adalah siIat jenaka. SiIat jenaka seorang guru akan membawa suasana yang
riang gembira kepada pelajar di dalam kelas. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka
didekati oleh pelajarnya. Suasana ini akan menjadikan kelas berada dalam keadaan yang harmoni
dan pelajar juga tidak akan berasa bosan dan mengatuk semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Selain itu juga, pelajar akan berasa teruja dan ternanti-nanti untuk
masuk ke kelas dan mempelajari sesuatu yang baru dengan guru yang bersiIat jenaka ini. Sabar
juga merupakan siIat dan kualiti yang perlu ada pada setiap guru. Seseorang guru yang
mempunyai siIat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. Selain itu, guru yang
sabar juga dapat menjalin hubungan yang erat dengan pelajar-pelajarnya.
SiIat bertanggungjawab seorang guru sentiasa mendorong guru mementingkan tugas yang
telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha menjalankan tugasnya dengan
sempurna. SiIat tanggungjawab ini penting sebagai seorang guru untuk melahirkan pelajar yang
berjaya pada masa akan datang kerana guru sentiasa mementingkan dan mengingati tugasnya
untuk mendidik dan mengajar pelajar. SiIat yang seterusnya adalah siIat yakin. Guru yang
mempunyai siIat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau
keputusan. Pelajar akan lebih menghormati dan lebih yakin terhadap. guru yang boleh
mengambil tindakan dengan tegas dan tanpa was-was. Jika tiada siIat yakin ini, pelajar akan
memandang serong dan tidak akan mendengar kata-kata guru tersebut.
SiIat yang terakhir adalah siIat kepimpinan. Pelajar akan mematuhi segala tunjuk ajar dan
arahan guru yang mewarisi siIat kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan. Dengan kualiti
kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan lancer dan lebih
berkesan. Guru yang berkualiti akan melahirkan pelajar yang berkualiti dari segi kepimpinan dan
pembelajaran. Oleh itu, seorang guru haruslah mempunyai keenam-enam siIat dan kualiti
sebagai seorang guru seperti yang telah dinyatakan.
Terdapat beberapa akauntabiliti guru terhadap pelajar. Pelajar merupakan pelanggan utama
seorang guru. Seperti kata bijak pandai, tiada pelajar siapalah guru. Maka, pelajar merupakan
harta yang sangat bernilai bagi guru. Berjaya atau sebaliknya kehidupan seorang pelajar adalah
gambaran keseriusan dan komitmen seorang guru dalam menjalankan tugasnya disamping
halangan-halangan lain persekitaran pelajar itu sendiri. Seorang guru haruslah menjalankan
tugasnya dengan penuh dedikasi di dalam bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual
waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang
berkesan. Jadual waktu yang digubal untuk guru-guru adalah mencukupi bagi seorang guru
untuk menghabiskan isi kandungan pembelajaran jika guru-guru mematuhi dan menepati masa
yang telah ditetapkan tanpa sebarang alasan. Guru-guru juga haruslah menggunakan teknik atau
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan supaya pelajar dapat memahami
apa yang dipelajari dan merasakan sesuatu pembelajaran tersebut menyeronokkan seperti
menggunakan kaedah pembelajaran koperatiI, pembelajaran masteri dan lain-lain lagi.
Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan pelajar berbanding
hal-hal lain. Apabila berada di sekolah, guru merupakan orang yang terpenting dan
dipertanggungjawabkan oleh ibu bapa untuk mendidik dan menjaga anak-anak mereka di
sekolah. Guru haruslah mendidik pelajar dengan cara yang betul supaya dapat meningkatkan
kualiti dan kemajuan sesebuah sekolah. Seperti yang kita dapat lihat sekarang, pelbagai masalah
atau ancaman-ancaman luar yang berbahaya. Oleh itu, guru di sekolah perlu menjaga
keselamatan pelajar daripada ancaman-ancaman tersebut dan mengelakkan berlakunya masalah
disiplin yang teruk seperti ponteng sekolah, bergaduh, merokok dan sebagainya.
Selain itu, seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-
pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, Iaktor jasmani, emosi, mental, plitik, sosial dan
perkara-perkara lain. Guru tidak perlu mengambil kira perkara-perkara yang telah disebutkan dan
perlu mementingkan Iokus utamanya sebagai seorang guru iaitu mendidik pelajar supaya mereka
berjaya dengan menilai tahap-tahap pencapaian pelajarnya daripada yang lemah hinggalah yang
cemerlang. Guru hendaklah membimbing dan mengajar pelajar di dalam kelas tanpa meminta
sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya gurulah yang perlu memberi hadiah
kepada pelajarnya untuk menggalakan mereka berminat terhadap proses pembelajaran sekaligus
mengurangkan pelajar yang suka ponteng kelas dan meningkatkan tahap pencapaian pelajar.
Memberikan contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan
bersopan santun semasa bertugas harus juga diamalkan supaya pelajar memperolehi model yang
baik. Ini kerana seorang guru merupakan orang yang dihormati oleh pelajarnya. Oleh yang
demikian, perlulah seorang guru menjaga proIesionalisme guru supaya mereka tidak dibenci,
dipandang serong dan tidak dihormati lagi oleh pelajarnya. Penampilan seseorang guru samada
di sekolah ataupun diluar juga akan diikuti oleh pelajarnya kerana pelajar sentiasa melihat cara
guru mereka berpakaian. Ini adalah lumrah seorang guru. Jika elok guru berpakaian, maka
eloklah juga cara pelajar berpakaian.
Seorang guru juga haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat
menjalankan tugas sebagai seorang pendidik dengan sempurna. Kebersihan amat penting dalam
kehidupan seseorang. Guru perlulan berpenampilan baik dan bersih supaya sedap mata
pelajarnya memandang untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang baik. Jika
guru tidak menjaga kesihatan, sesi pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan mengikut
perancangan kerana guru asyik mengambil cuti sakit. Pelajar juga akan ketinggalan pelajaran
begitu sahaja dan guru akan mengejar isi kandungan pelajaran jika tidak dapat dihabiskan
mengikut waktu yang ditetapkan sekali gus membuatkan sesetengah pelajar tidak dapat mengikut
apa yang dijar terutamanya pelajar yang lemah. Ini akan membuatkan pencapaian pelajar
merosot.
Emosi hendaklah dikawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang
ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Jika emosi ini tidak dapat dikawal, ia akan
menjejaskan tugas guru untuk mengajar pelajar dan pelajar akan dilibatkan dalam masalah guru
itu sendiri. Sebagai seorang guru juga, mereka hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan
bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini kerana jika guru gagal
menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masalah luaran yang boleh menjejaskan
tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah.
Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka
terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan
imput yang berguna terhadap proIesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi
dan aktiviti berIaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan
Iizikal.
Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti, guru dapat memahami tanggungjawabnya
yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah dihayati sepenuhnya kerana akan dapat
meningkatkan tahap proIesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan
semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tigas-tugasnya dengan penuh komited dan
dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akauntabilitinya terhadap
sekolah, diri sendiri, pelajar dan proIesion keguruan dapat ditingkatkan sekiranya seorang guru
itu benar-benar menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik dengan berkesan.
Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seorang guru juga akan
meningkatkan taraI proIesionalisme keguruan.
Selain itu, guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh
dedikasi sekiranya guru mengetahui tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran terhadap
akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap
tanggungjawab yang dilaksanakan. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh
semua guru. Sekiranya guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugasnya, maka
tanggungjawabnya tidak dapat dijalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan
seperti yang dicita-citakan Negara. Ini akan menjatuhkan martabat proIesion perguruan oleh
keran perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan.

AKAUNTABILITI GURU TERHADAP SEKOLAH DAN RAKAT SE1AWAT

Menurut kamus Dewan, akauntabiliti atau kebertanggungjawaban ialah
bertanggungjawab kepada atau terhadap sesuatu tindakan dan perbuatan. Bertanggungjawab
adalah menerima tanggungjawab bagi setiap keputusan iaitu keputusan yang dijangkakan di atas
perbuatan yang telah diambil dan sedang dilaksanakan serta menjadi contoh kepada orang lain.
Ibupada, guru, pekerja, proIesional dan penjawat awam mempunyai kewajipan menjadi contoh
bagi menjaga keselamatan, meningkatkan integriti dan reputasi keluarga, syarikat, proIesion dan
kerajaan. Dalam konteks keguruan pula, akauntabiliti seseorang guru tersebut dikaitkan dengan
kebertanggungjawaban beliau terhadap pelajar, ibu bapa pelajar, pihak sekolah atau pentadbiran,
rakan sejawat dan juga terhadap proIesion beliau sendiri.

Peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar dan
mendalam dalam diri setiap individu itu. Dari kecil hinggalah menjawat jawatan yang hebat,
semua itu adalah hasil didikan dan ajaran guru di sekolah, pun begitu, dunia hari ini semakin
maju dan pantas bergerak seiring dengan era ledakan maklumat dan guru tidak terkecuali
merasai tempiasnya. Peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh guru semakin mencabar
seiring kehendak kerajaan seperti mana yang kita sedia maklum. Dalam kod etika proIesion
perguruan di Malaysia ada menyatakan bahawa salah satu kod etika yang digariskan ialah setiap
guru harus mematuhi kod etika yang terdapat dalam tatasusila proIesion keguruan seperti yang
disarankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu tanggungjawab guru terhadap pelajar,
tanggungjawab guru terhadap ibu bapa, tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara
dan tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat serta proIesion keguruan.

Adalah penting bagi seseorang guru untuk mematuhi setiap kod etika yang telah
digariskan kerana tujuan kod etika diwujudkan untuk setiap organisasi adalah kerana etika
merupakan suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi.
Setiap badan proIesional mempunyai kod etika masing-masing dengan tujuan setiap proIesion
akan menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan
pekerjaan tersebut. Justeru, etika proIesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus
dihayati oleh individu-individu mengikut proIesion masing-masing. Guru kini ditawarkan
dengan pelbagai ganjaran terutamanya berupa imbuhan atau bonus jika berjaya melonjakkan
prestasi sekolah di tahap yang disarankan kerajaan. Contohnya, wang ganjaran sehingga
RM7,500 setiap seorang guru jika berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing
mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan Kementerian Pelajaran.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, wang ganjaran tersebut
merupakan 'tawaran baru' kepada golongan pendidik supaya mengutamakan pencapaian dan
keberhasilan sekolah masing-masing.
Bagi pihak guru, apa jua bentuk insentiI yang telah dan akan diberi kepada warga
pendidik perlulah dilihat sebagai penghargaan yang tinggi daripada pihak kerajaan atas bakti
yang dicurah. Guru sejati sebenarnya tidak pernah mengharapkan insentiI semata-mata kerana
tanggungjawab dan amanah yang dipikul tidak dapat diukur dengan nilaian ringgit yang
diterima. Justeru, bukan sekadar menerima imbuhan dan insentiI, semua insan bergelar guru
perlulah menjelmakan ketekunan sebagai pendidik cemerlang dengan iltizam yang lebih tinggi
sejajar dengan penghargaan yang diberikan kerajaan. Keprihatinan pihak kerajaan terhadap
usaha pembinaan modal insan ini sewajarnya diambil kesempatan oleh seluruh warga pendidik
untuk bermuhasabah dengan amanah berat yang dipikul bagi melunaskan keilmuan pendidikan
yang diterima.
Sesekali renung dan hayatilah hakikat diri kita sebagai 'cikgu' mengikut beberapa peranan
berikut. Pertamanya, guru sebagai 2:,//- dan pembimbing: Guru bertanggungjawab menyelia
dan mengawal disiplin, penyubur siIat terpuji dan mementingkan kerohanian anak-anak didik
sendiri. Kedua, guru sebagai idola para pelajar: Guru perlu sentiasa bertingkah laku sopan,
bersiIat intelek, ini kerana pada mata masyarakat, guru sebenarnya dianggap golongan
cendekiawan yang berkemampuan membawa reIormasi mental dalam kehidupan seharian.
Ketiga, guru sebagai pelajar: Guru perlu sentiasa peka dan bersedia mereIormasi diri pada alaI
ini dan akan datang. Pelbagai disiplin ilmu bantu perlu diterokai dengan melanjutkan pelajaran
ke peringkat yang lebih tinggi, bukan setakat meningkatkan proIesionalisme kerja, tetapi juga
untuk mempelbagaikan metod dan kreativiti di bilik darjah.
Keempat, guru sebagai rakan sejawat: Hubungan sesama guru adalah dalam konteks
suatu rumpun keluarga di bawah satu bumbung ilmu. Sebagai akar dan umbi yang saling bertaut,
kerjaya seorang pendidik tidak seharusnya diselaputi syak wasangka, pentingkan diri sendiri,
pesimis atau saling salah menyalahkan antara satu sama lain. Kelima, guru sebagai penunjuk
pandu: Masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada golongan guru bagi memberi didikan
semaksimum mungkin kepada anak-anak mereka. Potensi diri seseorang yang telah memilih
kerjaya sebagai seorang guru sebenarnya mampu menjelmakan hasrat murni tersebut tetapi
perlulah dilampir dengan keikhlasan dan iltizam yang ampuh. Dan keenam, guru sebagai
manusia biasa: Sanjungan dan tingginya harapan seluruh komuniti masyarakat terhadap guru
tetap tidak dapat merubah hakikat diri bahawa guru juga adalah manusia biasa yang tidak dapat
lari dari melakukan kesilapan atau keterlanjuran.
Justeru, tidak timbul soal insentiI yang diberi menjadi sebagai daya tarikan kerana
seluruh warga pendidik sewajarnya memiliki siIat kerja guru dikelek, tetapi kerja-kerja
sampingan lain pula dijunjung`. Sekiranya disertakan siIat jujur dan ikhlas, visi dan misi
pendidikan negara pasti akan dapat dijayakan dengan cemerlang. Keutuhan peribadi, luas
pengetahuan, kreatiI dan berkemahiran, bijak berkominukasi, kerja berkualiti dan prestasi yang
tidak pernah statik akan menjadikan seluruh warga guru Malaysia sebagai pendidik cemerlang
walaupun tanpa pemberian pelbagai bentuk insentiI dan ganjaran.
Secara zahirnya, tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh seorang guru tidak
mampu di bayar dengan wang ringgit. Rasa tanggungjawab akan hadir sekiranya seseorang guru
itu begitu komited dengan proIesionnya. Tanggungjawab guru bukan sahaja mendidik pelajar
malah guru juga perlu ada rasa tanggungjawab terhadap rakan-rakan sejawat dan juga
pentadbiran sekolah. Sebagai contoh, seorang guru tidak seharusnya mempunyai rasa cemburu
atau iri hati sekiranya rakan sejawatnya memperoleh sebarang ganjaran atau penghargaan atas
hasil usahanya sendiri. Seorang guru juga tidak seharusnya melakukan Iitnah terhadap rakan
sejawatnya sendiri sebaliknya memberikan sokongan dan berusaha untuk mencapai tahap
tersebut malah lebih baik lagi. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, beliau perlulah
komited dengan setiap tugas yang diberikan oleh pihak pentadbiran. Sebagai contoh, guru perlu
menghadirkan diri ke mesyuarat, datang awal ke sekolah, tidak menipu dengan meminta rakan-
rakan lain untuk punch card` dan sebagainya.
Sebenarnya banyak tanggungjawab yang tidak terlunas sama ada seseorang guru itu
sedari ataupun tidak. Mungkin juga terdapat perkara walaupun ianya kelihatan remeh dan tidak
penting, namun ianya sebenarnya menjadi tanggungjawab kita. Sebagai contoh, sekiranya
seseorang guru ditugaskan untuk menggantikan rakan sejawat lain yang tidak hadir ke sekolah
ketika itu untuk relief kelas, maka menjadi kewajipan beliau untuk menggantikan kelas tersebut
yang ketiadaan guru. Hal ini kerana beliau telah dipertanggungjawabkan dan diamanahkan
untuk menjaga kelas tersebut yang ketiadaan guru dan sekiranya terjadi perkara yang tidak
diingini ke atas pelajar di dalam kelas tersebut, maka guru tersebut perlulah bertanggungjawab.
Contoh lain ialah sekiranya guru tersebut diberikan suatu jawatan khas disekolah, guru perlulah
mempunyai rasa tanggungjawab terhadap tugas tersebut walaupun tidak mendapat sebarang
insentiI atau bonus. Seseorang guru tidak seharusnya mempertikaikan setiap tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau.
Selain itu, antara tanggungjawab guru terhadap pihak sekolah ialah guru perlu amanah
dengan setiap tugas yang diberikan oleh pentadbiran sekolah. Contohnya sekiranya guru
diberikan amanah atau tanggungjawab untuk menjadi bendahari Persatuan Guru dan Ibu Bapa
(PIBG) atau sebagainya, guru tidak seharusnya menyalahgunakan wang tersebut untuk
kepentingan peribadi kerana ianya merupakan satu kesalahan dalam kod etika keguruan. Guru
juga seharusnya menjaga maruah rakan sejawat yang lain dan tidak menimbulkan sebarang
masalah yang mungkin mengaibkan pihak tertentu. Seorang guru perlu menjadi contoh kepada
pelajarnya. Oleh itu guru tidak seharusnya melepaskan tanggungjawab yang diamanahkan dan
melakukan sesuatu tugas tersebut secara sambil lewa.
Dalam pada itu, sering kali juga, kita mendengar dan melihat di paparan elektronik
ataupun media cetak dihebahkan berita-berita sensasi yang berkaitan sektor pendidikan.
Antaranya segelintir pelajar malas belajar, suka tidur dalam kelas, ponteng, gejala samseng yang
meruncingkan, berkhalwat, buang bayi, berzina, merempit, merokok serta terlibat dengan
penyalahgunaan dadah dan pelbagai lagi kebejatan sosial yang berlaku. Bukan setakat itu,
dugaan yang datang daripada segelintir guru sendiri tidak kurang hebatnya seperti wujud
sekelompok guru yang suka meminjam along, malas mengajar, merotan pelajar hingga cedera
dan mati, mengalami tekanan mental, merogol anak murid, memberi markah secara timbangan
dan sebagainya. Semua cerita berkaitan pelajar dan guru tersebut membawa seribu macam
tohmahan dan cacian terhadap proIesion perguruan ini.
Sempena Hari Guru pada 2011 dengan bertemakan "Guru Penjana TransIormasi Pendidikan
Negara" memerlukan setiap warga pendidik untuk memperbaharui niat yang ikhlas dalam diri
demi memberikan sumbangan terbaik kepada anak bangsa dan mampu melahirkan modal insan
yang berkualiti, kreatiI serta inovatiI bukan sahaja dari aspek material, kognitiI, sosial, ekonomi
atau komunikasi; akan tetapi yang lebih penting aspek spiritual atau kerohanian. Dalam Islam
telah digariskan satu nilai iaitu nilai Itqaan (kesempurnaan) sebagai salah satu prinsip dalam
sistem pengurusan dan pentadbiran yang eIisien dan eIektiI. Nilai Itqaan hendaklah dijadikan
sebagai satu nilai wajib dalam diri setiap pendidik agar dapat menjalankan tanggungjawab yang
diamanahkan dengan penuh akauntabiliti dan berintegriti tinggi. Tambahan pula nilai Itqaan
sememangnya dapat dijadikan sebagai budaya kerja berkualiti bagi merealisasikan segala hasrat
atau pelan transIormasi pihak kerajaan demi mencapai gagasan dan wawasan yang dicita-citakan.
Tugas guru bukan hanya mencurahkan segala bakti kepada para pelajarnya menjadi manusia
cemerlang dalam bidang akademik, namun yang lebih penting adalah guru itu berupaya
mengurus aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan sistem pengurusan yang telah
ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai seorang idola sepanjang zaman yang membawa
rahmat sekalian alam. Firman Allah S.W.T. dalam Surah al-Anbiya', ayat 107 yang bermaksud :
'Dan tidak Kami utuskan Kamu (Muhammad) melainkan sebagai rahmat (kesejahteraan) bagi
semesta alam'.
Justeru itu, kita dapat lihat bahawa akauntabiliti guru terhadap sekolah dan rakan sejawat
ialah guru perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi sebarang perubahan dalam dunia
pendidikan dan menggunakan kaedah pengajaran yang terkini sejajar dengan perkembangan
kognitiI para pelajar. Guru juga perlu lebih optimistik terhadap setiap tanggungjawab yang
diamanahkan serta mempunyai perhubungan sosial yang baik dengan rakan sejawat dan
kakitangan pentadbiran sekolah. Guru juga perlu membina satu program perkembangan ko-
kurikulum yang dinamik serta menjadi mentor kepada para pelajar. Guru seharusnya tidak perlu
memberi pelbagai alasan untuk tidak mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan
melepaskan diri dari melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada rakan sejawat yang
lain.
Sesungguhnya, proIesion perguruan pada abad ini sememangnya menuntut kesabaran
yang tinggi kerana cabaran yang perlu dihadapi lebih hebat berbanding dahulu. Guru perlu lebih
bersedia dari segi Iizikal dan mental serta guru sendiri perlu menerapkan seberapa banyak nilai
murni dalam diri sebagai persediaan menghadapi cabaran pendidikan dalam era globalisasi.
Guru perlu lebih amanah dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan agar
setiap pekerjaan yang dilakukan menjadi lebih mudah dan menyeronokkan dan bukannya beban
untuk guru tersebut. Sebenarnya, rasa tanggungjawab itu akan hadir sekiranya kita benar-benar
ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran. Bukan mudah
untuk menggalas tugas sebagai seorang guru namun seorang guru sejati tidak pernah
mengharapkan apa-apa balasan sebaliknya menunaikan tanggungjawab dengan seikhlas hati.







Akauntabiliti Guru terhadap Ibu Bapa, Masyarakat dan Negara

Guru merupakan seseorang yang sangat dipandang tinggi dan mulia oleh ibu bapa dan
masyarakat. Hal ini adalah kerana tugas guru yang mengajar dan mendidik anak-anak mereka di
sekolah sehingga menjadi generasi berilmu dan berjaya. Tugas dan amanah yang dipikul oleh
seorang guru sangatlah berat dan sukar serta memerlukan komitmen dan motivasi yang tinggi
dalam diri guru sendiri.

Menurut Mok Soon Sang (2001), pada masa kini, masyarakat perindustrian yang maju
dalam teknologi sedang mengalami perubahan sosial yang pesat. Oleh itu, sekolah juga
memainkan peranan sebagai agen memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang
perkembangan dan kemajuan. Ini bermakna sekolah perlu mementingkan nilai kemasyarakatan
dan perkembangan kualiti murid serta membawa pembaharuan semasa. Di Malaysia, sekolah
ditubuhkan bertujuan memenuhi keperluan masyarakat dan negara. Tanggungjawab sekolah
terhadap masyarakat ialah melahirkan pelajar-pelajar mengikut keperluan-keperluan yang telah
dinyatakan dalam Matlamat Pendidikan Negara.
Hal ini menunjukkan bahawa, tugas guru semakin bertambah dari semasa ke semasa
dalam mendidik anak bangsa mengikut perubahan zaman bagi melahirkan masyarakat yang maju
dan berkualiti. Guru sebagai tunggak utama sesebuah sekolah perlu sentiasa bersedia memikul
sebarang amanah yang diberikan di samping meningkatkan ilmu pengetahuan dan prestasi agar
menghasilkan generasi yang berkualiti dan mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara.
Seperti yang dinyatakan oleh Mok Soon Sang (2001), guru-guru yang berpengalaman dan
berdedikasi mampu menyampaikan pengajaran kepada pelajar dengan berkesan. Motivasi guru
sememangnya mampu mendorong pelajar-pelajarnya ke arah pencapaian yang tinggi. Di bawah
bimbingan guru yang baik, pelajar pastinya akan maju dalam pelajaran mereka. Ini bermakna,
guru yang berdedikasi juga merupakan agen perubahan yang penting dalam meningkatkan
prestasi pelajar-pelajarnya.




Akauntabiliti Guru Terhadap Ibu Bapa

Akauntabiliti guru terhadap ibu bapa tidak kurang pentingnya dan tidak boleh diambil ringan.
Ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah secara tidak langsung telah
menyerahkan tanggungjawab mereka kepada guru sebagai ibu bapa anak-anak mereka di
sekolah. Justeru, guru perlu melaksanakan akauntabilitinya terhadap ibu bapa supaya taraI
proIesionalisme keguruan berada di peringkat paling tinggi.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan beberapa panduan tatasusila dalam
Tatasusila ProIesion Keguruan Malaysia (2005) yang mana salah satunya merupakan
tanggungjawab guru terhadap ibu bapa. Antaranya adalah, guru harus mewujudkan hubungan
mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. Perkara ini
merujuk kepada hubungan yang terjalin antara guru dengan ibu bapa pelajar yang mana ianya
mestilah terjalin dengan baik supaya guru dapat mengetahui latar belakang pelajarnya secara
terperinci. Guru juga hendaklah sentiasa berhubung dengan ibu bapa pelajar bagi mendapatkan
kerjasama dan sokongan ibu bapa dalam perbincangan yang melibatkan masalah pelajar.

Di samping itu, guru mestilah menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu
bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan
membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Hal ini
bertujuan menjaga nama baik ibu bapa, pelajar serta nama baik guru itu sendiri. Guru tidak
seharusnya menjadikan maklumat berkenaan sebagai topik perbualan sesama guru kerana ianya
melibatkan maruah sesebuah keluarganya. Jika perkara ini berlaku, maka seorang guru itu telah
melanggar tatasusila proIesionnya dan menimbulkan suatu taIsiran yang kurang baik terhadap
dirinya dan rakan sejawat yang lain.

Selain itu, guru bertanggungjawab memberikan maklumat kepada ibu bapa demi
kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa
secara teliti dan bijaksana. Ibu bapa berhak mengetahui semua perkara yang berlaku kepada anak
mereka di sekolah. Oleh itu, guru tidak boleh menyembunyikan sebarang maklumat penting
seperti masalah disiplin, masalah pembelajaran serta tindakan yang dikenakan terhadap anak
meraka di sekolah kepada ibu bapa.
Guru juga harus mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh
kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Guru tidak seharusnya mengambil kesempatan
menggunakan kedudukan atau jawatan ibu bapa pelajar untuk kepentingan diri sendiri selain
menjadikannya sebagai alasan untuk tidak berlaku adil terhadap pelajar. Di samping itu, guru
juga perlu mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang
boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. Guru dilarang
mencemar nama baik atau memburuk-burukkan ibu bapa kepada anaknya sendiri atas apa jua
alasan sekalipun. Hal ini akan menyebabkan pelajar tidak menghormati ibu bapa mereka serta
timbul masalah yang serius di antara pelajar dan ibu bapa mereka sehingga membawa kepada
perpecahan rumahtangga dan sebagainya.

Akauntabiliti Guru terhadap Masyarakat

Sejak dahulu sehinggalah kini, guru sentiasa menjadi ikon terbaik dalam kalangan
masyarakat. Guru sentiasa diberi perhatian oleh masyarakat sekeliling tidak kiralah di kampung
mahupun di bandar. Justeru itu, guru perlu menjaga nama baik proIesionnya agar terus menjadi
ikon terbaik masyarakat.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga telah menggariskan beberapa panduan
tatasusila dalam Tatasusila ProIesion Keguruan Malaysia (2005) mengenai tanggungjawab guru
terhadap masyarakat. Antaranya adalah, guru hendaklah mengelakkan diri daripada
menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara
atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Sebagai guru, ilmu pengetahuan yang
disampaikan mestilah benar, tepat serta menepati sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh KPM.
Segala pengetahuan tambahan yang mana tidak terkandung di dalam sukatan yang ditetapkan
mestilah bersesuaian dengan tahap sosial dan perkembangan pelajar serta berguna kepada
kehidupan seharian mereka. Manakala, pengetahuan yang tidak benar, tidak sesuai serta
menyimpang jauh daripada prinsip-prinsip Rukun Negara terutamanya, adalah sangat dilarang
kerana ianya akan membawa keburukan kepada pelajar dan masyarakat serta negara.
Selain itu, guru perlu memupuk sikap dan nilai murni dalam diri setiap pelajar yang mana
ianya boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna serta menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan
agama. Hal ini sangat penting dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum bertepatan dengan konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana
Menteri, Dato` Sri Mohd Najib B. Tun Abdul Razak. Di samping itu, guru perlu menghormati
masyarakat tempat guru berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang
warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
Perkara ini sangat penting bagi mewujudkan hubungan yang baik dengan masyarakat setempat
serta memperlihatkan kredibiliti guru serta pandangan positiI mereka terhadap guru.

Sebagai seorang pemimpin, guru haruslah menggalakkan kerjasama dan perseIahaman di
antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat serta memberi sumbangan
cergas untuk meningkatkan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat. Guru
perlu sentiasa bersedia membantu dan menyumbangkan tenaga apabila ibu bapa mahupun
masyarakat memerlukannya pada bila-bila masa dan dimana jua. Sebarang masalah yang timbul
haruslah dibawa berbincang dan bersama-sama mencari penyelesaiannya. Guru sentiasa menjadi
perhatian masyarakat, maka segala perlakuan guru dilihat oleh masyarakat sekeliling. Maka,
guru seharusnya berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik supaya menjadi contoh teladan kepada mereka.
Guru perlu memainkan peranan dengan meningkatkan kecekapan, ketajaman dan ketrampilan
diri dalam perlaksanaan tugas dan interaksi dengan masyarakat serta menawarkan khidmat bakti
dan kepimpinan dalam kehidupan masyarakat.

Akauntabiliti Guru terhadap Negara

FalsaIah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sokongan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Matlamat Pendidikan Negara
1. Malahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan bersepadu
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
2. Percaya dan patuh kepada Tuhan.
3. Berilmu pengetahuan dan berIikiran kreatiI dan rasional, berakhlak mulia dan
berktrampilan.
4. Berkeupayaan memberi sumbangan ke arah menambahkan kemakmuran masyarakat dan
negara.
5. Setia kepada negara dan bertanggungjawab untuk menjaga hubungan baik dan mesra di
antara insan dan memupuk perpaduan masyarakat Malaysia.

Tujuan Pendidikan Negara.
1. Membentuk peribadi warganegara yang seimbang.
2. Memberi Iahaman individu tentang alam sekeliling dan tingkah laku manusia.
3. Membentuk pekerja yang positiI, cekap dan bertanggungjawab.
4. Membentuk individu yang boleh menerima dasar demokrasi.
5. Membentuk individu yang berdaya usaha.
6. Membentuk bangsa Malaysia yang menjadikan Rukun Negara sebagai panduan hidup.

Guru bertanggungjawab mendokong perkara yang terkandung dalam FalsaIah Pendidikan
Kebangsaan serta melaksanakan tanggungjawab tersebut sesuai dengan apa yang digariskan
dalam FPK. Hal ini sangat penting bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berpengetahuan
luas serta berkualiti dari segala aspek seperti yang terkandung dalam FPK. Guru juga perlu
sentiasa menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan Matlamat Pendidikan Negara seperti
yang dinyatakan berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.


Kesan Akauntabiliti Guru terhadap Ibu Bapa, Masyarakat dan Negara

Akauntabiliti guru terhadap ibu bapa, masyarakat dan negara telah dibincangkan dengan
teliti. Justeru, seorang guru diharapkan menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti yang
diamanahkan supaya segala matlamat yang ditetapkan sama ada matlamat ibu bapa, masyarakat
atau negara mahupun matlamat guru itu sendiri, tercapai dengan baik dan sempurna.

Beberapa kesan akauntabiliti guru terhadap ibu bapa, masyarakat dan negara telah
dikenal pasti sama ada kesan positiI mahupun kesan negatiI. Kesan positiI terhadap masyarakat
yang merangkumi ibu bapa dan komuniti sekeliling berlaku apabila guru menjalankan
akauntabilitinya dengan baik. Antaranya, kesan terhadap guru itu sendiri. ProIesion keguruan
akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Masyarakat akan sentiasa menghormati dan menyanjung
kerjaya seorang guru kerana segala tanggungjawab yang dipikul oleh guru adalah sangat berat
dan mencabar serta murni. Selain itu, kesan terhadap hubungan guru dengan masyarakat.
Hubungan guru dan masyarakat menjadi semakin erat dan akrab. Hal ini akan memberi
kelebihan kepada guru untuk menjalankan segala aktiviti berbentuk pendidikan mahupun sosial
dan sebagainya kerana masyarakat sentiasa menyokong dan mudah memberi sumbangan ketika
guru memerlukan.

Di samping itu, guru yang menjalankan akauntabilitinya akan melahirkan masyarakat
yang mempunyai kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan dan kemajuan dalam
kehidupan agar menjamin masa depan yang cemerlang. Masyarakat juga yakin dengan kredibiliti
seorang guru bagi mendidik anak bangsa mereka menjadi generasi yang berkualiti dan berIungsi
bagi menyumbang sesuatu kepada masyarakat dan negara. Negara sangat bertuah mempunyai
guru yang sangat berdedikasi terhadap kerjayanya tanpa mengira balasan dan ganjaran. Guru
seperti ini mampu melahirkan generasi yang cemerlang dan berdaya saing serta sentiasa berusaha
memajukan negara.

Walau bagaimanapun, kesan negatiI akan berlaku sekiranya seorang guru mengabaikan
akauntibilitinya terhadap ibu bapa, masyarakat dan negara. Antara kesan-kesannya adalah guru
tidak akan dihormati dan dipandang rendah oleh masyarakat. Selain itu, ibu bapa pelajar tidak
yakin untuk menyerahkan anak mereka di bawah jagaan guru kerana dikhuatiri anak mereka
akan diabaikan dan sebagainya. Di samping itu, ibu bapa juga tidak akan mempercayai guru
dalam apa jua aspek sama ada didikan dan pelajaran mahupun sikap dan amanah yang diberikan
kepada guru.

Kesan seterusnya adalah terhadap masyarakat. Hubungan yang erat dan mesra tidak dapat
dijalin antara guru dengan masyarakat akibat guru tidak melibatkan diri dalam aktiviti
kemasyarakatan sehingga guru tersebut tidak dikenali. Hal ini menyebabkan guru sukar
mendapat sokongan dan kerjasama daripada komuniti sekeliling dalam aktiviti di luar sekolah.
Selain itu, masyarakat akan menjadi mundur daripada segala aspek terutama aspek intelek,
rohani, jasmani, dan emosi kerana guru tidak mampu menjana pemikiran dalam usaha mengubah
taraI hidup sesebuah masyarakat. Maka, pelbagai masalah akan timbul seperti masalah sosial,
ekonomi dan sebagainya kesan daripada ketidakberhasilan guru memupuk nilai murni dan nilai
perpaduan dalam diri pelajar.

Negara turut terkesan dengan pengabaian akauntabiliti oleh guru. FalsaIah Pendidikan
Kebangsaan yang selama ini menjadi panduan pendidikan negara tidak tercapai akibat sikap guru
yang tidak berpegang teguh dengan akauntabilitinya sebagai seorang guru. Semua perkara yang
digariskan dalam Matlamat Pendidikan Negara juga tidak akan tercapai dan seterusnya
mengakibatkan negara kekurangan generasi yang mampu memacu negara ke arah kecemerlangan
di persada dunia. Namun, lebih teruk lagi, prinsip Rukun Negara juga tidak akan dicapai oleh
setiap warganegara kerana generasi yang dilahirkan oleh guru tersebut tidak mempunyai jati diri
serta tiada semangat cintakan tanah air.

Rumusan

Guru mampu memahami tanggungjawabnya yang sebenar apabila guru itu sendiri memahami
prinsip akauntabiliti. Penghayatan akauntabiliti haruslah dilakukan dengan sepenuh hati kerana
dapat meningkatkan tahap proIesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut
membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan
penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi
akuntabilitinya terhadap diri sendiri. proIesion keguruan, pelajar, sekolah, ibu bapa, masyarakat
dan negara. Akauntabiliti dalam diri seseorang guru dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru
itu sentiasa muhasabah diri serta benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang
pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti
seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraI proIesionalisme keguruan. Selain itu guru
juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya
guru sedar tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan
menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab. Oleh yang demikian, akauntabiliti
perlulah dihayati oleh setiap individu bergelar guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan
akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya, maka ia tidak mampu melaksanakan
tanggungjawabnya dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-
citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat proIesion perguruan oleh kerana perbuatan yang
tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan. Justeru, guru masa kini perlulah
sentiasa berusaha meningkatkan prestasi serta bersedia memberi komitmen yang sangat tinggi
supaya tugas yang diamanahkan berjaya dilaksanakan dengan baik dan seterusnya melahirkan
generasi yang sememangnya cemerlang dalam semua aspek seperti yang terkandung dalam
FalsaIah Pendidikan Kebangsaan.














RU1UKAN

Arthur Jupong (2009). sas Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dan Falsafah Pendidikan Guru.
Diperolehi pada 1 Disember, 2011 daripada
http://www.slideshare.net/arthurjeo/1-asas-IalsaIah-pendidikan-kebangsaan

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Tatasusila Profesion Keguruan Negara. Diperoleh pada
1 Disember, 2011 daripada
http://www.moe.edu.my/hariguru/tatasusila.htm

Rukun Negara (2011). Diperoleh pada 2 Disember, 2011 daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/RukunNegara

Minda. Guru Pencetus Transformasi. Diperoleh pada 3 Disember, 2011 daripada
http://berita-harian-online.com/minda-guru-pencetus-transIormasi/

Muhammad Rizam BAkri (2009). kauntabiliti Keguruan Bermakna Tanggungfawab Yang
Harus Difahami Dan Dilaksanakan Oleh Seseorang. Diperoleh pada 4 Disember, 2011
daripada
http://www.scribd.com/doc/39110816/Akauntabiliti-Keguruan-Bermakna-
Tanggungjawab-Yang-Harus-DiIahami-Dan-Dilaksanakan-Oleh-Seseorang

kauntabiliti Guru. Diperoleh pada 7 Disember 2011 daripada
http://ptk44.blogspot.com/2009/05/etika-proIesion-keguruan.html

Mok Soon Sang (2001). Pendidikan Di Malaysia. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai