Anda di halaman 1dari 4

RADIO SALAM FM

ANAK DULU VS ANAK SEKARANG

SALAM FM Segmen Keluarga Bahagia: Anak Dulu vs Anak Sekarang Apa perbezaan anak dahulu dan anak sekarang? Anak-anak dahulu lebih lasak. Anak-anak dahulu lebih malu. Anak-anak dahulu lebih beradab. Anak-anak dahulu lebih berdikari. Anak-anak dahulu lebih tulus semangat dan perjuangannya. Anak-anak dahulu lebih menghargai kemerdekaan. Anak-anak dahulu lebih sihat. Sebab itu orang tua kita ada yang usianya mencecah 100 tahun. Faktor pemakanan dan hidup yang kurang stres. Orang dulu makan makanan segar. Banyak makanannya tanam sendiri tepi rumah. Orang dahulu aktivitinya lebih mengeluarkan peluh. Anak-anak sekarang lebih manja dan lembik. Anak-anak sekarang kurang malu. Anak-anak sekarang lebih bijak dan berilmu. Anak-anak sekarang lebih faham agama. Anak-anak sekarang lebih materialistik atau kebendaan. Anak-anak sekarang terdedah kepada pelbagai makanan proses, diawet, makanan segera, sayuran yang disembur dengan bahan kimia. Anak-anak sekarang lebih fragile. Kalau kaca tu dikatakan mudah pecah.

Apakah faktor utama wujudnya perbezaan ini? 1) Cara mereka dididik dan dibesarkan oleh ibu bapa. - Ibu bapa dahulu membesarkan anak-anak dengan cara yang keras dan lebih berdisiplin. - Ibu bapa dahulu tidak ragu-ragu mendenda, menghukum malah merotan anak. - Ibu bapa sekarang percaya lebih kepada pendekatan psikologi berbanding pukulogi. - Ibu bapa sekarang lebih sibuk dan masa bersama anak-anak kurang. 2) Suasana dan persekitaran. - Teknologi hari ini memudahkan komunikasi dan mendapatkan maklumat. - Anak-anak hari ini berpeluang mendapat didikan yang lebih baik dengan adanya tuisyen, program dan seminar, sistem pembelajaran online dan sebagainya. - Anak-anak hari ini bukan lagi seperti katak bawah tempurung. Kata pepatah jauh perjalanan luas pandangan dan pengalaman dan itu tepat sekali. - Anak-anak sekarang terdedah kepada budaya barat dengan wujudnya internet dan televisyen. - Anak-anak sekarang lebih berani menyuarakan kehendak dan hak mereka.

Apakah cara terbaik mendidik dan membesarkan anak-anak sekarang? Adakah menggunakan pendekatan yang biasa diambil oleh ibu bapa sekarang atau menggunakan cara ibu bapa kita dahulu? Cara yang lebih baik ialah membesarkan anak-anak dengan memahami zaman mereka hari ini tetapi dalam masa yang sama mengekalkan unsur-unsur tradisi agar anak-anak punya jati diri dan daya saing. Gunakan cara yang sederhana. Tingkatkan komunikasi dengan anak-anak. Lebihkan masa dengan mereka. Apa pesanan Dr. Tengku Asmadi kepada ibu bapa kita? Tingkatkan ilmu keibubapaan. Jangan malas belajar dan malas bertanya. Wujudkan kumpulan sokongan (support group). Parent help parent. Korbankan wang ringgit bagi tujuan memberikan ilmu pada anak-anak juga aspek pembangunan sahsiah dan agama.