Anda di halaman 1dari 27

Pendahuluan................................................................................................................2 1.0 DEFINISI PERANCANGAN........................................................................................3 2.0 MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM PERANCANGAN KURIKULUM..................................4 2.1 PERANCANGAN KURIKULUM................................................................................4 2.

2 PERANCANGAN STRATEGIK.................................................................................5 2.3 MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM PENDIDIKAN.......................................................6 2.4 STRATEGI MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM PENDIDIKAN.......................................6 2.4.1 Management by Objective (MBO)....................................................................6 2.4.2 Decision Matrix................................................................................................7 2.4.3 Program Evaluation and Review Technique (PERT)..........................................7 2.4.4 Decision Graph................................................................................................8 2.5 LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM PERANCANGAN KURIKULUM...............................................................................................................9 3.0 MENGUMPUL DAN MENTAKSIR DATA BERKAITAN SEKOLAH ................................10 3.1 MENENTUKAN MINAT PELAJAR..........................................................................12 3.2 MENGKAJI KURIKULUM MELALUI BEKAS PELAJAR ATAU GURU..............................13 3.3 MENGUNJURKAN ENROLMEN MASA DEPAN.......................................................13 3.4 MENTAKSIR FASILITI..........................................................................................14 4.0 MENGUMPUL DAN MENTAKSIR DATA BERKAITAN KOMUNITI................................19 4.1MENGUMPUL DAN MENTAKSIR DATA BERKAITAN KOMUNITI..............................19 5.0 REFLEKSI..............................................................................................................25 6.0 BIBLIOGRAFI........................................................................................................26

PENDAHULUAN

Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum ( khususnya KBSR dan KBSM ) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara ( Kamaruddin Haji Hussin, 1994 ) Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang. Sejak negara ini mencapai kemerdekaan, sektor pendidikan sentiasa diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Pada tahun 1979, satu Jawatankuasa Kabinet telah mengambil keputusan untuk mengadakan pendidikan kemahiran hidup (KH) sebagai satu mata pelajaran wajib bagi semua pelajar pada tahap dua peringkat sekolah rendah di Malaysia. Perkembangan ini juga adalah ekoran Perancangan kurikulum kemahiran hidup sekolah rendah daripada pendapat ramai bahawa sistem pendidikan di Malaysia ketika itu sudah tidak sesuai lagi kerana terlalu banyak memberi tekanan kepada mata-mata pelajaran akademik dan peperiksaan sahaja. Oleh yang demikian, mata pelajaran KH telah dimasukkan dalam satu kurikulum baru yang dinamakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah digubal oleh Kementerian Pendidikan pada masa itu. Pusat Perkembangan Kurikulum telah ditugaskan untuk merancang satu sukatan pelajaran KH untuk Tahun III hingga VI yang dinamakan Tahap Dua. Program KBSR ini telah diuji
2

pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah yang terpilih dan dilaksanakan di seluruh negara pada tahun 1983. Maka, tahun 1983 merupakan detik sejarah yang amat penting bagi mata pelajaran KH di Malaysia (Johami, 1993). Pelancaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1982 telah memartabatkan mata pelajaran KH sebagai mata pelajaran yang wajib di semua sekolah rendah.

1.0 DEFINISI PERANCANGAN

Perancangan bermaksud membuat tindakan atau usaha yang dijalankan dalam merancang sesuatu (kamus Dewan Edisi Ke4,2005). Manakala menurut J.G Saylor dan W.M Alexander kurikulum bermaksud rancangan yang menyediakan semua pembelajaran dengan tujuan memperolehi maklumat dan objektif pendidikan di bawah binbingan sekolah. DEFINISI PERANCANGAN KURIKULUM menurut Harist iaitu merancang kurikulum adalah kenyataan mustahak atau huraian matlamat yang dibuat dengan tepat, jelas dan logik. Rotman dan rakan-rakan pula mengatakan perancangan itu mustahak kerana pada pandangan mereka kurikulum boleh ditakrifkan sebagai satu sistem gerak balas. Ransangan boleh wujud dalam suasana sosial atau politik, dalam amali, dalam teori sains kemasyarakatan atau pemikir pihak pentadbir, pengajar & pelajar. Oleh itu fungsi perancangan kurikulum pada peringkat awalnya ialah untuk menonjolkan, membeza dan menyemarakan ransangan. Pada peringkat kedua, perancangan bertujuan untuk bertindak demi memprogramkan system supaya gerakan balas akan berterusan. Rotman dan rakan-rakan juga berkata perancangan boleh:

Menjelaskan setepat sasaran yang sering bergerak dan berubah dan juga keupayaan serta kemampuan para pelajar yang berbeza. Mengesan dan memilih kemudahan yang sesuai atau sumber-sumber dalam persekitaran institusi, universiti dan dalam masyarakat professional.

Merapatkan jurang perbezaan kurikulum yang mungkin mengakibatkan

tindakan yang berat sebelah. Mengelak daripada pertindihan kurikulum (alasan yang sering diberi ialah untuk memperkukuhkan pembelajaran). Mengelak daripada kepungan (ketempangan) kurikulum atau gerak balas yang keterlaluan dan tidak begitu mustahak dan sesuai. Mengkaji dan memilih kurikulum Menentukan keutamaan dan memilih kurikulum Mengelak daripada mengadakan kurikulum yang tidak boleh dilentur.

Dari itu, mereka mendefinisikan perancangan kurikulum sebagai satu cara pemilihan kurikulum dan pengatur rancangan sesudah mendapat segala fakta, data, unjuran dan juga kesesuaian semua nilai-nilai profesional tanpa melupai segala dinamika infrastruktur institusi yang sedia ada. Siapa perancang kurikulum? Orang-orang yang bertanggungjawab dalam pembentukan sesebuah kurikulum ialah tokoh-tokoh atau ahli-ahli akademik di pusat-pusat pengajian tinggi.

2.0 MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM PERANCANGAN KURIKULUM

2.1 PERANCANGAN KURIKULUM

Perancangan

kurikulum

dilakukan

bagi

memperkukuh

proses

membuat

keputusan, mengumpul dan mentaksir data berkaitan sekolah serta mengumpul dan mentaksir data berkaitan komuniti. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam proses perancangan kurikulum. Pertama ialah persekitaran meliputi sekolah, komuniti, perdagangan, industri dan kerajaan. Semua pihak mempunyai peranan masing-masing dalam mempengaruhi kurikulum yang akan digubal. Hal ini kerana pihak-pihak tersebut yang menentukan pelajar bagaimanakah yang akan dihasilkan dari pendidikan
4

teknik dan vokasional bagi memenuhi keperluan komuniti, perdagangan mahupun dalam industri.
INPUT (pelajar) PROSES (program vokasional) OUTPUT (lulusan program)

Maklum balas
2.2 PERANCANGAN STRATEGIK

Dalam merancang kurikulum, perancangan strategik haruslah dibuat bagi memastikan keberkesanan kurikulum yang bakal dilaksanakan. Definisi perancangan strategic menurut Mc Cune, 1986 ialah Strategic planning is a management process for changing ang transforming organizations, a management philosophy, a way of thinking about and solving problems, an educational experience and staff development activity, an organizational development, and a community educational and involvement process.

Perancangan strategik dalam pendidikan: Understanding the external forces or changes relevant to it Assesing its organizational capacity Developing a mission of its preferred future as well as a strategic direction to follow to achieve that mission Developing goals and plans that will move it from where it is to where it wants to be Implementing the plans it has developed Reviewing progress, solving problems and renewing plans.

2.3 MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM PENDIDIKAN

Terdapat dua cara untuk membuat keputusan dalam pendidikan iaitu keputusan polisi (policy decision) dan keputusan operasional (operational decision). Keputusan polisi berkisar tentang perancangan strategic, pernyataan misi, matlamat, keputusan-keputusan bagi mencapai matlamat. Pihak yang terlibat ialah badan pendidikan, badan pemegang amanah, dan kumpulan-kumpulan yang secara rasmi mewakili masyarakat. Keputusan operasional pula dibuat pada peringkat pelaksanaan dan

dilaksanakan secara professional dalam organisasi pendidikan.

2.4 STRATEGI MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM PENDIDIKAN 2.4.1 Management by Objective (MBO)

Terdapat

5 langkah dalam membuat keputusan menerusi pengurusan

berdasarkan objektif (management by objective). 1. Finding the objective 2. Setting the objective 3. Validating the objective 4. Implementing the objective 5. Controlling and Reporting Status of the objective Dalam pengurusan berdasarkan objektif, perkara penting yang diambil berat ialah objektif. Objektif akan menentukan keputusan yang akan dibuat. Selain itu, langkah-langkah dalam pelaksanaan sesuatu keputusan itu adalah merujuk kepada objektif.

2.4.2 Decision Matrix

Proses membuat keputusan berdasarkan keputusan matrix (Decision Matrix) adalah berdasarkan kedudukan (ranking) dan rating (peringkat). Berikut merupakan contoh membuat keputusan berdasarkan decision matrix. Rating of problem situation Task Force members Ali Ahmad Abu Scale: 1- a very serious problem 2- a serious problem 3- a problem 4- not a problem A 3 3 3 B 1 2 1.5 C 2 2 1.5

2.4.3 Program Evaluation and Review Technique (PERT)


4

1. Decision made to study feasibility of establishing program ABC (1/5) 2. Standard for program ABC (2/15) 3. School Related data identified (3/1) 4. 5. 6. 7. 8. School board makes final decision (12/1)

2.4.4 Decision Graph

Importance Level

I Opportunity

II Appropriate High Level


Activity Level

III Appropriate Low Level

IV - Decision

2.5 LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM PERANCANGAN KURIKULUM

Langkah 1

Definisi masalah atau peluang dan penjelasan alternatif-alternatif

Langkah 2

Perkukuhkan piawai untuk setiap alternatif

Langkah 3

Kumpulkan maklumat berkaitan sekolah, data berkaitan komuniti yang sejajar dengan piawai

Langkah 4

Analisis Data

Langkah 5

Putuskan alternatif mana yang disokong oleh data.

3.0 MENGUMPUL DAN MENTAKSIR DATA BERKAITAN SEKOLAH

Terdapat 5 perkara yang perlu diambil berat bagi mengumpul dan mentaksir data berkaitan sekolah iaitu:1. 2. 3. 4. 5.

Mentaksir status semasa program Pendidikan Teknik dan Vokasional Menentukan minat pelajar Menjejaki pelajar lepasan Pendidikan Teknik dan Vokasional Mengunjurkan enrolmen masa depan Mentaksir Fasiliti

6. MENTAKSIR STATUS PROGRAM SEMASA

Mentaksir status program semasa adalah data yang dicari berkaitan program-program semasa, jumlah dan kemampuan mereka (p.80 Finch and Crunkilton). Dengan kata lain pengimbasan dalaman adalah berkaitan mengkaji program sedia ada dan membaikpulihnya. Kajian yang teliti dalam pembentukkan sukatan KH/SR adalah penting kerena matapelajarn ini merupkan kesinambungan pada Pendidikan teknik dan vokasional di sekolah menengah. Oleh itu, perubahan tersebut perlu fleksibel dalam aspek pengurusan proses pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah, yang terdiri daripada i. ii. Kurikulum. Penilaian.

10

iii. iv.

Cara penyampaian Tenaga pengajar.

Hanya dengan perancangan yang teliti dan mendapat kerjasama semua pihak sajalah sesuatu sistem itu dapat menunaikan hasratnya untuk mengeluarkan pendidikan berkualiti. Selain itu, sistem pendidikan negara yang berorientasikan peperiksaan akan diubah kepada satu sistem yang lebih fleksibel dan bersesuaian dengan keupayaan pelajar sebagai individu. Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan demikian berkata, pihaknya sedang membuat kajian terperinci mengenai perkara itu dan keputusannya akan diumumkan dalam masa yang terdekat. Contoh kurikulum yang baru diwujudkan adalah KSSR. Dalam kurikulum ini penilaian dilakukan bukan secara peperiksaan formal, mengikut band yang telah ditetapkan. . Penilaian pintar akan dibuat pada setiap peringkat bagi memenuhi keperluan pelajar sebagai individu dan bukannya robot yang diarah untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang. ''Oleh itu, pihak kementerian sedang mengkaji kaedah yang lebih bersesuaian yang mampu melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif,'' kata Menteri Pendidikan selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pendidikan pada persidangan yang bertemakan Pendidikan untuk Persaingan Global. Menurut Dato Dr. Abdul Shukor (Ketua Pengarah Pendidikan, KPM), penglibatan industri di dalam pendidikan teknik khususnya adalah amat penting sebaliknya melalui penilaian secara berterusan iaitu PBS. Dalam penilaian ini murid diberi markah

11

dan ia menentukan keberkesanan sistem pendidikan yang dijalankan. Kita sedia maklum PTV memerlukan input kewangan, alatan dan kepakaran yang tinggi dan konstan supaya wujud relevancy antara pendidikan dan dunia pekerjaan. (Isu dan cabaran Pendidikan vokasional dan teknik di abad ke-21 ) 3.1 MENENTUKAN MINAT PELAJAR

Minat seseorang pelajar boleh dinilai melalui:1. Ujian-Ujian Piawai 2. Ujian Aptitud Piawai 3. Ujian Pencapaian Piawai 4. Ujian Pemilihan Piawai 5. Skala Minat

Penentuan minat pelajar haruslah diambil tahu supaya setiap program yang terdapat dalam subjek Kemahiran Hidup Sekolah Rendahmampu menarik minat pelajar. Haruslah diingatkan supaya ujian yang dilakukan akan memberikan jawapan yang boleh diukur dan tidak akan dipertikaian pada masa akan datang. Walau bagaimana pun beberapa aspek perlu diambil kira dalam menjalankan ujian. Aspek tersebut adalah keputusan yang diberikan selepas ujian dijalankan tidak boleh dipertikaiankan oleh sesiapa. Aspek yang kedua pula adalah kaedah atau item-item soalan dalam ujian hendaklah mampu mengukur dan seterusnya membantu dalam melenpkan maklumat untuk pembinaan kurikulum.

Oleh itu perkara yang dicadangkan adalah Ujian yang hendak dijalankan hendaklah diberikan kepada mereka yang bakal melalui kurikulum baru

12

Contoh : kurikulum yang dibina akan mula berkuatkuasa lagi 3 tahun, pada tingkatan 1, maka ujian hendaklah dilakukan pada murid tahun 4 sekarang

3.2 MENGKAJI KURIKULUM MELALUI BEKAS PELAJAR ATAU GURU

Salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk membentuk kurikulum baru KH/SR adalah melalui temudual atau soal selidik terhadap bekas pelajar atau guru. Hal ini kerana mereka yang pernah terlibat secara langsung dalam KH/SR Melalui kajian ini minat murid dapat

mempunyai pengalaman sebenar. yang hanya akan dapat diubah.

ditingkatkan dan tanggapan bahawa KH/SR sebagai pendidikan kelas kedua

Di samping itu, sistem penilaian dan pentaksiran juga perlu diubah supaya selaras dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baru.
3.3 MENGUNJURKAN ENROLMEN MASA DEPAN

Pengunjuran enrolmen masa depan dilakukan dengan mengumpulkan data komuniti dan mengunjurkan enrolmen sekolah. Berdasarkan data komuniti, subjek Kemahiran Hidup Sekolah Rendah masih dianggap sebagai subjek pilihan kedua. Di kebanyakan negara yang mencapai taraf negara perindustrian, enrolmen pelajar aliran teknik dan vokasional melebihi 60 peratus sedangkan di Malaysia ia tidak sampai pun 10 peratus. Dari segi program pendidikan, kebanyakan Negara Industri Baru (NIB) di Asia Timur memberikan penekanan yang lebih kepada pendidikan sains, teknikal dan vokasional. Di Taiwan contohnya nisbah pendidikan vokasional melintasi pendidikan am ialah 70:30 memihak kepada pendidikan vokasional di mana output sekolah tenik dan vokasionalnya mendapat gaji yang lumayan. (Supian Ali, Ishak Yussof & Razak Dan 1997, 163)

13

Oleh itu, enrolmen murid yang meminati subjek KH/SR pada masa kini perlu dipertingkatkan.
3.4 MENTAKSIR FASILITI

Dalam mentaksir Fasiliti perkara-perkara seperti berikut diambil kira; 1. Kaedah dan pendekatan pengajaran, 2. Prasarana Sekolah, 3. Kedudukan geografi sekolah, 4. Pengurusan atau pentadbiran sekolah,
5. 6.

Kelayakan guru, Bilangan guru,

7. Pengurusan jadual waktu, 8. Kedudukan kewangan sekolah, 9. Bilangan murid.

ASPEK KAEDAH DAN PENDEKATAN PENGAJARAN, penting dalam menjayakan sesuatu kurikulum adalah penting bagi menarik minat murid terhadap sesuatu pelajaran. Dalam menjayakan pengajaran yang berkesan guru-guru yang bakal mengajar kurikulum baru handaklah menerima kursus khas bagi mempelajari teknik-teknik pengajaran yang sesuai dan menarik untuk kurikulum baru. Sebagai contoh dalam KSSR terdapat lebih banyak penggunaan computer berbanding penggunaan papan hitam. Oleh itu, pihak sekolah perlu menyediakan jumlah computer yang cukup untuk melaksanakan KSSR ini.

14

ASPEK PRASANA SEKOLAH; contoh prasana yang ada di sekolah yang membantu dalam proses pengajaran adalah perpustakaan dan makmal Komputer. Prasana ini perlu dipastikan bahawa setiap sekolah di Malaysia ada. Masalah yang sering timbul adalah terdapat sesetengah sekolah yang kepadatan murid terpaksa menggunakan prasana yang disediakan untuk tujuan lain. Sebagai contoh makmal sains dijadikan kelas. Keadaan ini jika tidak dibantu akan menyukarkan proses penggajaran. ASPEK KEDUDUKAN GEOGRAFI SEKOLAH; kemudahan awam sedia ada adalah berbeza. di Malaysia tidak semua Sebagai contoh kemudahan

sekolah berada di kawasan bandar. Oleh itu, latar belakang sosioekonomi, dan internet, masa kini masih lagi terdapat segelintir sekolah dipendalaman yang menghadapi kesukaran atau langsung tidak mempunyai kemudahan ini berikutan kawasan penempatan yang jauh di dalam hutan. ASPEK PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH; aspek ini biasanya dipertanggungjawapkan kepada guru besar dan guru-guru penonlongkanan yang dibantu oleh guru biasa. Dalam aspek ini menitikberatkan kepentingan meletakkan guru opsyen mengajar mengikut opsyen mereka. ASPEK KELAYAKKAN GURU, dalam menyebut kelayakkan guru biasa menyebut mengenai guru yang mendapat pengiktirafan dari pihak Kementerian Pelajaran melalui kursus yang diikuti. Sebagai contoh Program Pensiswazahan Guru. ASPEK BILANGAN GURU, bilangan guru adalah perlu seimbang dengan jumlah murid. Hal ini kerana sekiranya jumlah murid terlalu ramai dalam sesuatu kelas akan member masalah dalam kawaln murid dalam kelas. ASPEK PENGURUSAN JADUAL WAKTU; dalam aspek ini penetap bilangan waktu dalam seminggu dan agihan waktu bagi setiap sesi pengajaran adalah tertakluk kepada ketetapan dalam pekeliling yang akan dikeluar kan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK). Manakala pihak sekolah berhak menentukan masa pengajaran itu akan dijalankan berdasarkan bilangan guru dan kesesuaian
15

tempat. Sebagai contoh dalam pekeliling KBSR Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) mempunyai waktu seminggu dan hendaklah dijalankan dua waktu secara serentak. Manakala pihak sekolah berhak meletakkan waktu KHSR ini dijalankan pagi atau selepas rehat. ASPEK KEDUDUKAN KEWANGAN SEKOLAH; kewangan sekolah adalah seperti yang telah diperuntukkan oleh kementerian di dalam Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2010. Dalam pekeliling ini terdapat garis panduan pengurusan kewangan peruntukan bantuan persekolahan kepada sekolah berdasarkan per kapita murid. Peranan pihak sekolah pula adalah dalam menentukan item-item yang akan dibeli bagi memudahkan lagi pelaksanaan kurikulum baru di dalam kelas. ASPEK BILANGAN MURID; dalam penentuan penempatan bagi seseorang murid adalah tertakluk kepada pihak pegawai pelajaran daerah mengikut zon penempatan yang telah ditetapkan. Manakala peranan sekolah di sini adalah menentukan bilangan murid bagi setiap kelas yang akan diwujudkan. Penentuan bilangan murid adalah sangat penting kerana sekiranya kelas yang terlalu padat akan menyukarkan proses p&p dijalankan. Oleh itu, adalah penting dalam sesuatu kurikulum baru cadagan bilingan murid dalam kelas diutarakan.

16

Sekolah-sekolah teknik dan vokasional perlulah dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti bengkel kayu dan logam, bengkel jahitan, bengkel masakan, bengkel elektrik dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan ini penting bagi memastikan pelajar yang bakal dilahirkan nanti mempunyai pengalaman dan kemahiran yang tinggi dalam bidang yang mereka ceburi. Begitu juga dengan institusi-institusi teknik dan vokasional, fasiliti yang lengkap perlu bagi menyediakan tenaga kerja yang mahir dan produktif. Bukan sekadar boleh menguasai teori malah praktikal. Soo Wee Leng dan Jumaayah Salleh (1997) menyatakan, kos untuk membiayai pendidikan teknik dan vokasional memanglah tinggi. Contohnya kos untuk pengurusan Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Semenanjung Malaysia ialah RM21,239,514 (1983) berbanding RM98,131,886 (1992). Cadangannya ialah supaya pendidikan vokasional seharusnya mempunyai tabung kewangan khas agar dapat menampung kos perbelanjaan yang semakin meningkat dan polisi kerajaan yang mewajibkan sektor swasta dan industri memperuntukkan latihan industri, menyumbangkan beberapa peratus pendapatan dalam latihan pekerja, pengecualian pembayaran cukai untuk latihan dan pendidikan vokasional dijalankan secara comercial enterprise untuk mendapatkan wang. Hasil interaksi dengan Komuniti melalui usaha-usaha perkongsian dan kolaboratif yang lain,Noah dan Eckstein (1988) dalam satu kajiannya mendapati bahawa di England, Jerman, dan Perancis, para majikan industri masih tidak berpuas hati dan sering mengkritik pihak sekolah kerana mereka merasakan pihak sekolah tidak berupaya menyediakan para pelajar dengan latihan kemahiran pekerjaan secukupnya untuk membolehkan mereka memasuki dunia pekerjaan. Para majikan industri juga menyatakan bahawa kurikulum sekolah terlalu menekankan perkara akademik sahaja dan kurang mengambil berat terhadap pelajar yang mempunyai bakat praktikal. Hasil kajian kebolehan bekerja graduan oleh Bank Negara (Noor Azlan, 2003) mendapati kebanyakan graduan institusi tempatan tidak memiliki

17

kemahiran kerja yang diperlukan pasaran dan seolah-olah wujud mismatch dalam penyediaan graduan untuk pasaran kerja tempatan. Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) pula mendapati kurikulum di institusi pengajian tinggi tempatan tidak memenuhi keperluan dan tuntutan pasaran kerja sektor swasta, yang menyediakan 90 peratus peluang pekerjaan di Negara ini (Berita Harian, 29hb, Ogos 2003). Masalah asas yang dihadapi graduan terutama keluaran institusi pengajaran dan universiti keluaran tempatan untuk mendapat pekerjaan ialah kelemahan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, menggunakan komputer, berinteraksi dengan kaum lain, berkerja secara berpasukan serta kesanggupan mereka bekerja di luar waktu tugas rasmi (Berita Harian, 22hb, Ogos 2003). Dalam satu kajian lain yang dijalankan oleh Lerman & Pounce (1990) pula mendapati, kurang dari 3 orang bagi setiap 10 orang para lulusan program pendidikan vokasional mendapat pekerjaan, menepati dengan kemahiran yang dipelajari oleh mereka. Lebih 70 peratus daripada mereka perlu dilatih dan diberikan kemahiran asas pekerjaan bagi membolehkan mereka membuat persediaan menghadapi alam pekerjaan.

18

4.0 MENGUMPUL DAN MENTAKSIR DATA BERKAITAN KOMUNITI. 4.1MENGUMPUL DAN MENTAKSIR DATA BERKAITAN KOMUNITI.

4.1.1KOMUNITI

Komuniti adalah kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara, masyarakat (di sesuatu tempat atau negara), orang ramai umumnya (Kamus Dewan Edisi ke 4) Antara perkara yang perlu dipedimbangkan dalam memungut data berkaitan komuniti ralah:

Kehendak masyarakat Peluang kerjaya Latar belakang sosioekonomi Gaya hidup Persaingan Perubahan dasar politik Teknologi Pembangunan ekonomi Perpaduan masyarakat Pemupukan moral dan nilai murni

4.1.2 Kehendak masyarakat

Kurikulum digubal dan dilaksanakan mengikut kehendak dan desakan masyarakat. Masyarakat menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengan kehendak mereka. Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi semua tuntutan masyarakat terhadap kurikulum dan sumbangannya pada budaya, lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang kompleks dan mengalami perubahan yang pesat.

19

Penilaian atau kajian berterusan adalah diperlukan untuk memastikan mailamat dan kehendak masyarakat terhadap pendidikan benar-benar terlaksana. Misalnya dalam masyarakat industri, pendidikan harus mempunyai strategi terhadap ciri-ciri ekonomi, politik, sosial dan budaya masyarakat tersebut. Dalam masyarakat pertanian pula, ciri-ciri kurikulumnya adalah berbeza.

Masyarakat mengkehendaki murid-murid mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira; konsep-konsep asas cara hidup masyarakat dari segi politik, sosial dan ekonomi; sena teknik-teknik asas untuk menyertai kehidupan sesuatu masyarakat, seperti mengambil bahagian dalam perbincangan, kepimpinan dan pemikiran kritis dalam suatu sistem demokratik.

4.1.3 Peluang Kerjaya

Pelajar-pelajar ini merupakan sumber dalam pasaran kerja. Oleh itu kurikulum di sekolah atau di institusi perlulah sama ataupun hampir sama dengan pekerjaan di dalam industri dari segi penggunaan alatan atau amalan. Para majikan hari ini memerlukan para pekerja yang bukan sahaja berpendidikan tetapi juga memiliki pelbagai kemahiran terutama dalam bidang-bidang kritikal pekerjaan. Sebagai contoh, jurutera, juruteknik pengendali jentera berat dan sebagainya. lnl adalah bagi memastikan negara kita tidak kekurangan tenaga kerja dalam bidang tersebut sekaligus dapat mengelakkan kemasukan tenaga kerja asing.

20

Latar belakang sosioekonoml sosio-ekonomi pula dapat ditakrifkan sebagai penglibatan masyarakat dalam bidang ekonomi meliputi faktor ekonomi dan kemasyarakatan. Di negara ini,latar belakang sosio-ekonomi telah mengalami pelbagai perubahan melalui zaman sebelum dan selepas merdeka kehadiran penjajah ke Tanah Melayu telah banyak mempengaruhi kegiatan sosio-ekonomi masyarakat Malaysia. Antara kegiatan sosio-ekonomi yang wujud sebelum merdeka adalah seperti Kegiatan pertanian,perlombongan dan industri ringan secarakecilkecilan Selepas merdeka, kegiatan sosio-ekonomi yang sedia ada terus berkembang manakala sektor pertanian seda perlombongan yang telah mempunyai tapak yang kukuh dimajukan dengan lebih pesat lagi,diikuti dengan pembangunan sektor perkhidmatan, infrastruktur dan beberapa industri baru. Pembangunan kurikulum haruslah selaras dengan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat Malaysia yang semakin berkembang'

4.1.4 Gaya hidup Gaya hidup merujuk kepada tingkah laku manusia dan kaitannya dengan seluruh aspek kehidupan. Gaya hidup masyarakat dipengaruhi faktor ekonomi perkembangan teknologi, status ekonomi dan tahap pendidikan.Gaya hidup yang moden dengan segala kemudahan dan pendekatan untuk mempelajari dan memperoleh ilmu banyak mempengaruhi pembentukan sesuatu kurikulum.

4.1.5 Perubahan dasar politik

21

lni jelas menunjukkkan bahawa perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap badan pemerintahan menguatkan pengaruh mereka. Kerajaan bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah.

Di Malaysia misalnya, ketika British berkuasa di negara ini, dasar pelajaran hanya betujuan menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka. Pihak British tidak langsung menitik beratkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan turut berkembang dan berubah. Dasar Pelajaran Kebangsaaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan tenaga kerja. Melalui kurikulum Pendidikan disalurkan aktivitiaktiviti yang boleh membentuk keperibadian dan perwatakan individu yang baik dan oleh membawa ke arah perpaduan. Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak 1956 dianggap sebagai salah satu asas sistem pendidikan kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara itu.

4.1.6 Teknologi

Teknologi yang sentiasa berkembang dan banyak mempengaruhi

22

kehidupan manusia. Sama ada ditempat kerja mahupun di rumah teknologi telah merubah suasana kerja, cara kerja, cara berfikir dan lain-lain lagi. Jadi pendidikan perlulah setiasa berubah dari masa ke semasa, supaya negara tidak akan ketinggalan dalan perkembangan teknologi. lni jelas dapat dilihat dalam Falsafah Pendidikan Negara yang mengutarakan sembilan cabaran ke arah Wawasan 2020. Cabaran yang ke enam didalam pendidikan ke arah 2020 telah ditekankan teknologi perlu diutamakan dalam pendidikan.

Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serfa progresif berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hai muka, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat 'memanfaatkan teknologi kini tetapi turut meniadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.

4.1.7 Pembangunan Ekonomi

Pembangunan negara banyak bergantung kepada keteguhan ekonominya. Bidang perniagaan, perusahaan dan perdagangan akan berkembang dari bentuk pasaran secara kecil-kecilan kepada usaha yang luas di peringkat dunia. Pakarpakar dalam bidang ekonomi dan keusahawanan memang menjadi satu keperluan yang sangat penting bagi mencapai produktiviti negara.

4.1.8 Perpaduan masyarakat

23

Perpaduan dikalangan masyarakat majmuk Malaysia telah membawa negara mencapai kemajuan dalam semua bidang sepefii ekonomi, politik, sosial, psikologi dan kejiwaan sekaligus merealisasikan Wawasan 2020. Menjelang 2020 Malaysia akan mencapai sebagai sebuah negara perindustrian dan maju sepenuhnya di mana masyarakatnya bersatu dan yakin, hidup dalam demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, bersaing, dinamik, giat dan kental. Menggunakan kurikulum sebagai salah satu cara mengeratkan perpaduan masyarakat adalah amat bersesuaian memandangkan negara kita mempunyai pelbagai kaum dan etnik, bangsa dan agama. Walaupun begitu negara kita tidak menghadapi masalah dari segi hidup bersama dan bersatupadu. lni kerana sistem pendidikan yang digunakan tidak membezakan sesuatu kaum dan etnik bangsa dan agama. Peluang pendidikan telah diberi sama rata tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. lni untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk hidup dalam suasana harmoni dan makmur tanpa menimbulkan kacau bilau. Apabila corak kehidupan baik, ianya secara tidak langsung menyumbang pada sumbangan yang dapat diberikan oleh masyarakat pada keluarga, masyarakat dan negara.

4.1.9 Pemupukan moral dan nilai murni

Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran akademik, sekolah juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah, nilai-nilai sosial yang diperlukan dalam dan negara diserapkan.

24

Dewasa ini masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan murid-murid semakin meningkat. Mereka terdedah dengan masalah penagihan dadah, minum minuman keras, merokok, pergaulan bebas dan melakukan perkara-perkara jenayah seperti mencuri, merompak, merogol dan sebagainya. Masalah ini jika tidak dibendung dengan segera, akan merosak dan menghalang pembangunan negara.

Menyedari hakikat ini, negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan

5.0 REFLEKSI

proses perkembangan kurikulum sebagai sifatnya yang sentiasa berubah turut dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran yang merangsang reaksi manusia yang terlibat dalam kepentingannya. Hasrat terhadap perubahan kurikulum itu menggambarkan keperluan pendidikan yang menjadi wadah peneerusan kepada kemajuan tamadun bangsa dan negara itu sendiri.

Sebenarnya, faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan [perkembangan kurikulum adalah elemen yang saling berkait antara satu sama

25

lain. Dapatlah dikatakan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kurikulum itu sendiri mencerminkan idealisme dan perubahan keperluanmasyarakat dan negara, melalui institusi persekolahan yang akan meneruskan kebudayaan atau mencetuskan tamadun baru'

6.0 BIBLIOGRAFI
26

Forest W. Parkey, Glen Hass.2000.Curriculum Planning A Contemporary Approach,United States: A Pearson Education Company

White Crombie R.1997.Curriculum Innovation A Celebreation Of Classroom Practice,Philadelphia:Open University Press.

Ivor Goodson, Mclaren P.1993.School Subjects And Curriculum Change Studies In History,Washington:Taylor & Francis Group Ishak Yusuf & Rahmah Ismail (1997). Pendidikan di Malaysia. PembangunanSumber Manusia di Malaysia. Bangi: UKM Soo Wee Leng dan Jumaayah Salleh (1997). Hubungan Industri dan Pendidikan Vokasional: Isu dan Strategi. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknik dan Vokasional, UPM Serdang, 10-11 Mei. Yahya Bin Emat (1993). Pendidikan Teknik dan Vokasional. Selangor. IBS Buku Sdn. Bhd. Yahya Bin Emat. Jurnal Pendidikan Kementerian Pendidikan (Jilid 37, Keluaran 78. Jun 1993). Cabaran Dan Strategi Pendidikan Teknik Dan Vokasional Ke Arah Mencapai Wawasan 2020, Malaysia. Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional. Kementerian Pendidikan Malaysia. Falsafah Pendidikan Negara. Kurukulum abad ke 21 (Sembilan cabaran ke arah wawasan 2020) Jabatan Perangkaan Malaysia.

27