Anda di halaman 1dari 3

Hikayat Seribu Satu Malam

Hikayat Seribu satu Malam (bahasa Arab Kitab Alf Laylat wa-Laylat,bahasa Parsi Hazar-o Yak sab) ialah sebuah karya kesusasteraan Timur Tengah Zaman Pertengahan yang mengandungi hikyat-hikayat yang diceritakan oleh Scheherazad (bahasa Parsi Shahrastin) kepada suaminya.Suaminya pun tidak jadi hendak bunuhnya dan biar dia hidup untuk satu lagi hari.

Permaisuri Scheherazad menceritakan hikayatnya kepada Raja Shahryar.

Karya Seribu Satu Malam terdiri daripada koleksi hikayat yang dipercaya berasal daripada hikayat-hikayat Parsi,Arab dan India.Cerita-cerita teras mungkin berasal dari India dan disusun dalam sebuah karya Parsi yang bertajuk Hazar Afsanah (Seribu Legenda).Susunan Arab Alf Layla (Seribu Malam) yang wujud pada kira-kira 850,mungkin merupakan terjemahan singkat untuk Hazar Afsanah.Sebilangan unsur-unsurnya boleh didapati dalam sajak Odyssey yang dikatakan ditulis oleh Homer,Seorang pemuisi Yunani. Dalam kesusasteraan Melayu,hikayat ini yang diterjemahkan atau disadurkan dari salah satu naskah Arab pada abad ke-14 M,juga dikenali sebagai Hikayat Alfu Lailah wa-iailah yang dikelaskan sebagai cerita-cerita berbingkai. Nama terkininya,Alf Layla wa-Layla (terjemahan harfiah: Seribu Malam dan satu Malam,iaitu 1001 Malam) mungkin muncul pada masa yang tidak diketahui pada Zaman Pertengahan, dan membayangkan gagasan nombor terhingga trans kerana 1000 mewakili infiniti konsepsi dikalangan ahli-ahli matematik Arab.Menurut legenda,sesiapa yang membaca seluruh koleksi ini akan menjadi gila.Ciri tersendirian Seribu Satu Malam telah direka pada beberapa abad,oleh banyak orang dan dalam karya berlainan, dan banyak telah menjadi termasyur dalam hak mereka tersendiri.Contoh-contoh terkenal termasuk Aladdin,Ali Baba dan Empat Puluh Penyamun,dan Tujuh Pengembaraan Sinbad seorang Pelayar.

Sejarah
Semasa pemerintahan dinasti Abbasiyyah Arab di bawah Khalifah Harun al-Rashid pada abad ke-8,Baghdad telah menjadi sebuah bandar raya kosmopolitan yang utama.Terdapat ramai pedagang-pedagang dari Parsi (Iran),China, India,Afrika, dan Eropah di Baghdad.Adalah pada tempoh itu bahawa banyak cerita,yang asalnya merupakan budaya rakyat,dikumpul secara lisan dan kemundiannya disusun dalam sebuah buku yang tungggal.

Teras untuk hikayat-hikayat itu ialah sebuah buku Parsi Ssassanid Pahlavi yang bertajuk Hazar Afsana (Seribu Mitos,dalam Parsi :.) Penyusunan dan perterjemahan untuk bahasa Arab dikatakan Abu abd-Allh Muhammad el-Gahshigar,seorang Arab yang hidup pada abad ke-9.Cerita rangka Shahrazad kelihatan ditambahkan pada abad ke-14.Susunan bahasa Arab moden yang sulung diterbitkan di Kaherah pada tahun 1835, dan berdasarkan penulisan-penulisan Mesir.

Sinopsis
Hikayat-hikayat itu berlaku pada zaman Empayar Sasan dan bermula dengan Shahryar, seorang maharaja Parsi.Maharaja itu memerintah sebuah pulau yang tidak dinamakan antara India dengan China (dalam edisi-edisi moden berdasarkan transkrip-transkip Arab,baginda ialah maharaja India dan China).Terperanjat dengan kecurangan isterinya,Shahryar membunuhnya.Menganggap bahawa semua wanita juga curang,baginda memerintahkan wazirnya untuk mendapatkan isteri yang baru setiap malam (dalam beberapa versi, setiap tiga malam).Selepas menghabiskan satu malam dengan isterinya,baginda akan menjalankan hukum mati ke atasnya pada waktu subuh.Amalan ini berterusan agak lama,sehingga Sheherazad, seorang anak perempuan wazir yang bijak, membentuk rancangan dan secara sukarela menjadi isteri Shahrayar.

Gambaran Khalifah Harun ar-Rashid yang disebut dalam Hikayat Seribu Satu Malam Dengan bantuan adik perempuan, Dunyazad, Sheherazad menghabiskan berjam-jam setiap malam selepas perkahwinannya dengan maharaja itu, untuk menceritakan hikayathikayat kepada baginda. Setiap kali sewaktu subuh, Sheherazad akan berhenti pada bahagian saapens supaya baginda akan menangguhkan hukuman mati keatasnya kerana ingin mengetahui akhir cerita. Akhirnya, sheherazad mengurniakan baginda dengan tiga

anak lelaki. Oleh sebab baginda telah diyakinkan olehnya akan kesetiaan seorang isteri, maka dekri itu dimansuhkan. Hikayat-hikayat itu berbeza-beza secara meluas dan merangkumi cerpen sejarah, cerpen cinta, tragedi,komedi, sajak, burlesk, serta legenda agama Islam.Sebilangan hikayat masyhur yang diceritakan oleh Shahrazad kini terjemahkan dalam banyak bahasa Barat, termasuknya: Lampu Aladdin Sindbab si Kelasi Ali Baba dan Empat Puluh Penyamun Bagaimanapun, hikayat Aladdin dan Ali Baba sebenarnya hanya dimasukkan oleh Antoine Galland, seorang orientalis Perancis,pada abad ke-18. Galland mendakwa bahawa beliau memperoleh cerpen-cerpen dalam bentuk lisan daripada seorang pencerita Maronite (ahli Gereja Katolik Timur )yang berasal dari Aleppo, Syria .Banyak hikayt menggambarkan jin, ahli sihir, dan tempat-tempat lagenda, yang sering dicampurkan denagan masyarakat dan geografi yang sebenar; umpamanya, kalifah sejarah, Harun alRashid, yang merupakan protagonis yang biasa, bersam-sama dengan pemuisi istana, Abu Nawas, dan wazairnya, Jafar al-Brmaki.Kadang-kala,satu watak dalam hikayat Sheherazad akan bermula dengan menceritakan kepada watak-watak yang lain tentang sesuatu kisah,dan kisah itu mungkin mengandungi lagi satu kisah didalammya yang menceritakan kepada watak-watak yang lain tentang sesutu kisah, dan kisah itu mungkin mengandungi lagi satu kisah didalamnya yan diceritakan. Teknik ini menghasilkan jalinan karangan yang kaya dengan berbilang lapisan atau dikenali sebagai cerita berbingkai (cerita dalam cerita).

Anda mungkin juga menyukai