Langkah-Langkah Membendung Masalah Buli Dan Gengsterisme Di Sekolah

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 2

Soalan 1 Dasawarsa ini, sama ada kita sedar ataupun tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan anjakan paradigm

yang semkin gah di persada dunia. Namun di sebalik itu, kita acap kali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Masalah yang berbangkit dalam kalangan remaja malah yang berusia seawal 12 tahun khususnya pelajar sekolah telah terjebak dalam kebejatan moral. Umpamanya, budaya buli dan gengsterisme. Gejala sosial ini sering diperkatakan oleh media massa dan menjadi perbincangan dalam kalangan cerdik pandai. Kendatipun pelbagai usaha telah diaplikasikan, namun masalah ini terus berbangkit. Dalam hal ini, siapakah yang harus dipersalahkan? Sikap menuding jari tidak akan menguntungkan sesiapa. Ada yang mengatakan keadaan ini sepatutnya diatasi di sekolah kerana sekolah merupakan tempat bagi para pelajar mencari ilmu untuk pembinaan masa depan pelajar yang cemerlang. Tiada sakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan dengan proaktif agar masalah ini boleh disifarkan di sekolah hingga ke akar umbi. Umum mengetahui bahawa, harga diri yang mapan amat signifikan sebagai sebuah benteng bagi mengelakkan diri daripada melakukan permasalahan sosial. Pelajar sepatutnya mempunyai keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan. Izharnya, harga diri perlu ada pada setiap pelajar untuk memanifestasikan pendirian yang kuat dan teguh. Umpamanya, sekiranya seorang rakan mengajak untuk melakukan perbuatan yang salah seperti membuli, beranikanlah diri untuk menolak ajakan tersebut. Keadaan ini akan menyedarkan rakan tersebut bahawa kita tidak mudah untuk dipengaruhi sebaliknya mempunyai harga diri yang mapan. Dengan itu, permasalahan sosial ini akan dapat dicegah daripada terus berlaku. Bertitik-tolak daripada itu, pihak sekolah perlu menjemput pihak berkenaan seperti pihak daripada jabatan polis untuk menyampaikan sama ada motivasi ataupun ceramah untuk pelajar-pelajar sekolah. Pihak polis akan dapat menghapuskan sedikit sebanyak gejala-gejala buli dan gengsterisme di institusi tersebut. Penjelasan tentang hukuman, denda dan impak daripada melakukan permasalahan sosial tersebut perlulah dihuraikan degan lebih eksplisit oleh pihak polis kepada para pelajar. Hukuman dan denda yang dikenakan berasaskan keadilan dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Dengan berbuat demikian, para pelajar akan lebih terdedah kepada pengajaran dan natijahnya jika mereka terlibat dalam budaya yang bertentangan dengan moral. Ceramah dan motivasi tersebut bukan sahaja dapat memberikan pengajaran kepada mereka malah dapat membentuk sahsiah dan tingkah laku pelajar yang baik. Pada realitinya, para pelajar boleh berkomunikasi secara baik dengan rakan-rakan bagi mencegah permasalahan sosial ini daripada terus menular. Nasihat dan teguran yang diajukan hendaklah diterima dengan fikiran yang rasional. Rakan-rakan hendaklah boleh berfikir berdasarkan alas an dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaakan pertimbangan yang wajar umpama memerah nyiur, santan diambil, hampas dibuang. Nasihat dan teguran ini merupakan wadah yang dapat diaplikasikan antara satu sama lain. Masing-masing mengetahui kelebihan dan kelemahan yang ada pada diri. Golonagan yang lebih muda akan menjadikan wadah tersebut sebagai uswah. Dengan itu, budaya buli dan gengsterisme ini akan dapat ditangani dengan kadar yang segera.

Dalam pada itu, zaman remaja merupakan zaman yang lazimnya remaja mendapatkan rakan khususnya remaja yang berada di bangku sekolah. Sebagai seorang pelajar, pemilihan rakan haruslah dilakukan dengan bijak. Sekiranya kita menginginkan seorang rakan yang berhemah, maka kita harus menjadi insane yang berhemah tinggi terlebih dahulu. Rakan yang berhemah tinggi merupakan rakan yang beradap sopan dan berbudi pekerti mulioa dalam pergaulan seharian. Rakan yang mulia juga merupakan rakan yang akan membimbing kita agar tidak terjerumus kea rah permasalahan sosial. Seperti yang dikatakan oleh Hajji Bektasy, orang yang bijaksana berfikir dua kali sebelum berbucara sekali. Oleh yang demikian, para pelajar perlulah memilih rakan dengan bijak agar dapat menghindarkan diri daripada budaya yang tidak diingini. Sebagaimana yang kita ketahui, guru kaunseling sememangnya mempunyai peranan yang domonan dalam menyelesaikan kekangan ini. Guru kaunseling perlu bijak menangabni masalah para pelajar yang boleh mengakibatkan mereka boleh terjebak dalam budaya buli dan gengsterisme. Guruguru lain juga perlu menggunakan kemahiran dan kreativiti mereka untuk menarik minat perlajar untuk hadir ke sekolah. Ketika melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, guru-guru digalakkan agar mempelbagaikan pendekatan pembelajaran di dalam kelas agar pelajar tidak bosan dan melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti membuli pelajar lain. Guru seharusnya membuat aktiviti pembelajaran yang berpusatkan pelajar sebagai prioriti ketika mengajar. Marcapada ini, guruguru banyak melakukan eksplorasi pendidikan dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Pelajar-pelajar juga digalakkan untuk mengemukakan idea mereka. Dengan adanya tarikan di dalam kelas, sedikit sebanyak dapat menghindarkan pelajar daripada terlibat dengan gejala gengsterisme dan budaya buli sebaliknya lebih menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Konklusinya, semua pihak haruslah menggemblengkan tenaga agar budaya buli dan gengsterisme dapat disifarkan di sekolah ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Apabila semua pihak tidak menuding jari antara satu sama lain, maka hasrat Negara untuk melahirkan remaja harapan Negara yang berkaliber, bermotivasi tinggi dan berdisiplin dapat direalisasikan. Remaja ini juga akan menjadi tonggak kemajuan Negara. Justeru, remaja harus bangkit daripada lena yang panjang dan menyedari peranan serta harapan semua warganegara. Bak kata orang tua-tua, jika ingin melihat keadaan Negara pada masa hadapan, lihatlah keadaan remaja pada hari ini. (810 words)

Anda mungkin juga menyukai