Anda di halaman 1dari 5

Bingkisan Syawal Aku melangkah bangga sambil tersengih. Poket baju melayuku sudah penuh dengan duit raya.

Tersengih-sengih sendiri mengira jumlah duit yang telah diperolehi hari ini. Amboi, banyak duit nampak! Tegur satu suara dari belakangku. Aku lantas menoleh, aku melihat seorang lelaki tersengih-sengih memandang nakal ke arahku. Apa hal budak ni, bisik hati kecilku. Aku seakan kenal akan lelaki ini, tetapi di mana ya? Kenapa kau pandang aku begitu? Kau tak ingat aku ya? Lelaki itu bersuara lagi. Aku sudah malu. Orang ini kenal aku tetapi aku pula yang tidak kenal. Pernahkah aku berjumpa orang ini? Apalah kau ni. Aku Muharram lah. Kita pernah belajar sekelas ketika sekolah rendah dahulu, Muharram terus menepuk bahuku. Aku masih terpinga-pinga. Muharram? Satu kelas denganku? Setahu aku memang ada rakan sekelas aku bernama Muharram, tetapi rupanya jauh berbeza dengan lelaki di hadapanku ini. Kau Muharram bin Mat Razak ke? Aku meminta kepastian. Lantas Muharram mengangguk dan menjawab, Mestilah! Siapa lagi anak Mat Razak di kampong ini! Wajahku yang dari tadi berkerut seribu tanda tanya kini menjadi gembira tak terkata. Benarkah ini dia Muharram? Kian lama aku tidak berjumpa denganya, dan kini pertemuan kami berlangsung kembali di hari raya puasa yang tidakku tersang-sangka. Woi! Kenapa tak cakap awal-awal kau Muharram! Kau sudah jauh berubah, sejak bila kau sudah kurus ni? Kami terus berpelukan, rindu. Agaklah ayat tu. Salahkah aku sudah kurus? Bulan Ramadhan lalu aku ikat perut. Sekarang, tengoklah hasilnya. Kau sekolah di mana sekarang? Aku dengar kau tinggal di asrama, Muharram pula mengajukan soalan. Aku? Sekarang di Sekolah Menengah Sains Selangor. Kau stay di SMK Seri Panglima bukan? balasku sambil mengunjukkan ibu jariku ke arahnya. Aku stay, tengoklah result UPSR aku. Bukan OK pun. Kau OK lah! UPSR 5A. Sekolah bagus. Mesti mak bapak kau bangga, Muharram tersenyum lebar. Well, siapa gerangannya. Ini Muhammad Faiz bin Naufal. Always up to universe! Berlagak lebih, Astaghfirullah, aku senyum nakal. Muharram ketawa terbahak-bahak lalu menepuk bahunya lagi. Kali ini lebih kuat tepukannya. Kau pernah naik ke angkasa? Kagumnya aku, Muharram cuba menyindir aku tetapi aku senyum sahaja. Kau tahu tak di mana kawan kita yang lain? Aku belum berpuas hati. Fikiranku yang sibuk mengira duit raya bertukar kepada memori silam di sekolah rendah. Aku sudah tidak mengira lagi apa yang ada di sekeliling. Aku hanya ingin berbual dengan insan di hadapanku ini. Jefri bersekolah di MRSM Besut, Terengganu, kau tahu tak dia sudah gelap sekarang? Dia sangat aktif di sekolah baharunya. Amirul dan Mustaqim di SAM Batu 10. Baru-baru ini aku dengar mereka mewakili negeri dalam pertandingan kuiz Sains dan Matematik. Naqib, Akhbar dan aku di sini sahajalah. Tak ke mana, Muharram memberi penjelasan yang panjang lebar. Aku mendengar penuh teruja.

Kini aku tahu, rakan-rakanku telah jauh pergi menempa alaf baru dalam hidup. Mereka telah banyak berubah, fizikal mahupun personality. Aku lihat Muharram sudah lebih kacak dan matang, kurus pula berbanding dahulu, agak berisi. Aku pula, biarlah orang lain ynag nilai. Muharram, Faiz! My old friends! Aku semakin gembira melihat rakan aku yang lain, Mustaqim, Amirul, Naqib dan Akhbar berlari anak ke arah kami berdua. Kami saling bersalaman namun aku sedar yang Mustaqim kelihatan sangat sayu. Terdetik di hatiku satu perasaan yang kurang menyenangkan. Mus, kenapa kau Nampak sedih saja? Mustaqim agak terkejut mendengar soalanku. Eh, mana ada! Aku biasa saja, Mustaqim cuba menafikan kenyataan. Baik kau cakap jujur dengan aku. Aku tahu kita sudah lama tidak berjumpa, tapi kalau kau ada masalah, kau boleh cerita pada aku, aku cuba bersuara tegas. Mustaqim terdiam seketika. Mustaqim baru sahaja pulang dari tanah perkuburan. Dia ziarah pusara bapanya, Naqib membongkarkan rahsia yang baginya harus aku ketahui. Aku tergamam. Pusara bapa Mustaqim? Bapa Mustaqim sudah meninggal dunia? Kenapa aku tidak tahu langsung hal ini? Aku lihat Mustaqim tertunduk. Aku juga dapat merasakan mataku mula bergenang air mata. Bapa Mustaqim, Encik Kamarul merupakan orang yang sanggup menjaga aku dan ibuku ketika aku kehilangan bapaku. Setelah ibuku sudah dapat bekerja, kami berpindah dari situ tetapi masih di kampung yang sama. Biar betul kau, Mustaqim? Aku tak sempat balas jasanya, kata-kataku tersangkut bersama esakan. Beberapa linangan air mataku membasahi pipi. Kau ingat aku ziarah kubur siapa tadi? Mustaqim turut menangis lalu memelukku erat. Ini bukan hari raya puasa yang aku inginkan. Aku ini dalam perjalanan ke rumah Encik Kamarul. Rupa siapa lagi yang akan aku temui di rumahnya? Isterinya sudah lama tiada. Adakah aku akan hanya melihat wajah sugul Mustaqim? Oh, tidak. Bapa aku meninggal dalam kemalangan jalan raya seminggu lalu. Kau masih di asrama. Kami tidak sanggup beritahu kau, kami tak mahu kau sedih, dalam esakan Mustaqim menjelaskan padaku. Aku memejamkan mataku. Pedih. Terbayang rupa arwah di dalam fikiranku. Wajahnya sentiasa tenang dan tersenyum. Terkantoi nampaknya. Aku sudah tahu, Aku balas tuturnya sambil senyum pahit. Aku sudah kehilangan dua insan aku paling sayang di dunia. Mari aku bawa kau ke rumah aku. Nenek aku ada di rumah. Dia sudah sediakan banyak kuih-muih yang enak. Aku tidak mampu habiskan seorang diri. Sunyi Faiz. Bapa aku pasti gembira kau masih rindukan dia, aku mengangguk perlahan dan kakiku sedikit demi sedikit ke hadapan mengikut jejak Mustaqim. Encik Kamarul, semoga rohmu dicucuri rahmat.

Pengalaman Niaga Ramadhan Nenek tengah buat apa tu? Tanya Intan yang kehairanan melihat neneknya sibuk memunggah beberapa alatan membuat BBQ ke dalam van, dibantu oleh sepupunya. Nenek nak pergi berniaga di Bazaar Ramadhan, Rasydan akan tolong nenek di sana. Intan mahu ikut? Tok Mah terus memunggah sementara menanti Intan membalas tawarannya. Intan mengangguk laju lalu membantu neneknya. Intan pun ikut juga? Rasydan agak kehairanan melihat Intan menutup pintu van belakang van. Intan mahu tolong nenek, tak boleh kah? Intan cuba berlagak selamba. Tok Mah senyum sahaja, Rasydan menjeling sepupunya yang tersengih-sengih seperti kerang busuk. Pasti ramai orang ingin beli ayam percik nenek. Ayam percik yang nenek buat sedapnya mengalahkan Chef Wan! Intan cuba menaikkan semangat neneknya yang sudah siap mengeluarkan segala barang turun dari van. Mengarut sahaja Intan ni. Nenek masak biasa sahaja, Tok Mah cuba menafikan kata-kata cucunya. Rasydan hanya tersengih mengiakan kata-kata Intan. Rasydan memberhentikan van di tengah kawasan bazaar antara dua deretan rumah teres. Intan kehairanan lagi. Kenapa berniaga di tengah-tengah kawasan? Berniaga di sini sesaklah, nanti sukar untuk keluar, Tok Mah tersenyum lagi. Itulah, ilmu belum ada sudah pandai nak mempertikai. Kalau gerainya di hujung, tak banyak orang lalu. Majoriti orang akan datang dari antara kawasan perumahan. Tempat perlu strategik. Baru perniagaan untung, terang Rasydan panjang. Intan dapat merasakan pipinya merona merah, dia sudah segan. Sedangkan dirinya belajar perdagangan dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu, namun dia masih tidak tahu berniaga. Setelah siap menyediakan segala alatan. Intan duduk di atas bangku di tepi gerai, keletihan. Mana ayam percik nenek? Soalnya dalam nafas yang tercungap-cungap. Ini, di dalam bekas ini, jawan neneknya lembut. Lantas Intan bangun dan melaung, Mari! Mari beli ayam percik istimewa! Juadah terbaik Ramadhan! Neneknya agak terkejut dengan tindakan cucunya. Belum sempat dia menghentikan cucunya, seorang perempuan datang ke gerainya. Mak cik nak beli ya? Nenek saya masak istimewa bulan Ramadhan ini. Mak cik sangat bertuah, Intan riang melayan pelanggan tersebut. Baiknya adik ni, mak cik nak ayam dua ketul ya, Tok Mah sudah cemas lalu menarik tangan Intan. Kenapa nenek? Intan turut cemas melihat keadaan neneknya.

Kenapa Intan cakap awal sangat? Nenek perlu panaskan ayam percik tu dahulu, Intan terkejut mendengar penjelasan neneknya. Alamak! Kalau aku tahu nenek belum bersedia, aku takkan jerit tadi. Apa nak buat sekarang? Desis hati kecilnya. Nenek, kasihan mak cik tu, aku buntu jalan penyelesaian. Nenek terdiam seketika lalu menghampiri pelanggan itu. Maaf ya, cucu nenek ni tak tahu ayam percik nenek belum sedia lagi. Nenek perlu panaskan dahulu. Puan boleh pergi ke tempat lain dahulu sementara nenek panaskan ya Tok Mah bersuara lembut cuba memujuk pelanggan itu. Intan meminta maaf sambil tersengih-sengih. Intan, Intan, tak sabar-sabar, Rasydan mengeluh. Dia segera menghidupkan api di dalam jeriji. Pelanggan iu diam seketika. Tak apalah nenek, saya boleh tunggu di sini. Saya baru pulang dari kerja, letih. Ada tempat duduk tak? Pelanggan itu tersenyum memandang Intan yang kembali ceria. Intan terus mengambil sebuah kerusi dari dalam van lalu diletakkan di sebelah gerai. Mak cik duduklah di sini, Intan menjemput pelanggan itu duduk. Tok Mah segera melakukan apa yang patut, dibantu oleh Rasydan. Intan rancak berbual dengan pelanggan itu. Namanya Puan Nora, bekerja di pejabat imigresen. Puan Nora tidak bosan langsung mendengar cerita Intan tinggal di asrama. Telatah Intan yang lucu menyenangkan hatinya. Intan ingin menjadi seorang peniaga. Intan akan berniaga seperti tokoh saudagar Islam, Abdur Rahman bin Auf ataupun seperti Ramli Burger, dia buka perniagaan secara kecil-kecilan dan akhirnya berjaya dengan usaha gigih tanpa putus asa, cerita Intan tanpa penyudahnya. Kedai nenek dikira perniagaan runcit tanpa kedai, modalnya kecil, kos overhednya rendah, mudah pula ditubuhkan tapi kalau laris tetap akan kaya, terang Intan sambil memerhatikan neneknya yang sibuk memanaskan ayam percik. Maaf ya buat Puan Nora menunggu lama. Terima kasih kerana sudi membeli di gerai kami, Tok Mah menghulurkan beg plastik berisi ayam percik kepada Puan Nora. Puan Nora menyambutnya dengan senyuman mesra. Bertuah nenek ada cucu seperti Intan. Pandai menarik perhatian pelanggan. Saya percaya dia akan menjadi ahli perniagaan yang Berjaya satu hari nanti. Intan belajar elok-elok ya. Jadi orang yang berguna kepada Negara, Puan Nora menamatkan bicara dan berlalu. Intan melambaikan tangannya dan lambaiannya disambut mesra. Kini Intan sudah belajar di tingkatan lima. Pengalaman tiga tahun lalu masih segar dalam ingatan. Itulah pengalaman berniaga pertama dalam hidupnya dan pengalaman itu cukup manis buatnya bersama nenek dan sepupunya. Intan mengambil jurusan perdagangan, dia bertekad akan mencapai cita-citanya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Anda mungkin juga menyukai