Anda di halaman 1dari 28

NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING (NLP)

BADRUHISHAM BIN ISHAK

NLP:

Latar belakang: Diperkenalkan pada 1970-an oleh John Grinder(pakar bahasa) dan Richard Bandler (pakar Matematik).

NLP::
Definisi: Neuro Bagaimana minda dan badan berinteraksi Linguistic Bagaimana manusia menggunakan bahasa untuk melahirkan pandangan dan pemikiran Programming Pemikiran dan bentuk tingkah laku yang kita programkan dalam kehidupan seharian

Gaya-gaya Komunikasi:
1. 2. 3. 4. Gaya Gaya Gaya Gaya Visual Auditori Kinestetik Digital

Ciri-ciri Gaya Visual:

Melihat sesuatu perkara seperti gambar Menghafal sesuatu dengan cara membuat gambaran visual dalam minda mereka. Mempelajari sesuatu dengan pantas. Mudah bosan apabila tiada rancangan. Menghargai masa

Kelebihan gaya visual

Boleh berpindah dari satu topik ke satu topik yang lain dengan pantas. Arif dalam memahami gambaran jelas ataupun wawasan dan mampu melaksanakannya. Merupakan pengurus waktu yang hebat.

Cabaran gaya visual

Tegas dan tidak fleksibel apabila berhadapan dengan perubahan masa ataupun jadual. Tidak suka mendengar atau membaca butiran terperinci. Cenderung melangkau butiran yang ada. Tidak suka individu yang banyak bercakap

Ciri-ciri Gaya Auditori:

Mengingati apa yang mereka dengar,perkataan demi perkataan. Belajar dengan cara mendengar dan sering tidak mencatat nota. Penglipur lara yang baik. Bercakap dengan diri sendiri semasa bekerja atau ketika memberikan tumpuan.

Kelebihan Gaya Auditori:


Fasih berkomunikasi Mereka adalah orang idea(brainstorming) Sukakan perbincangan dan memberi penjelasan panjang lebar. Pengarang dan editor yang hebat. Pencerita yang hebat. Suka membuat penambahbaikan.

Cabaran Auditori:

Cenderung berterus terang,kasar atau lantang. Memberikan pendapat bernas sama ada diminta atau tidak. Merasa cepat marah apabila merasa kata-kata mereka tidak didengari. Sering mencelah dan sukar memberikan peluang kepada orang lain.

Ciri-ciri Kinestetik:

Sering bercakap dengan perlahan dan lemah lembut. Cara belajar terbaik adalah dengan melakukannya sendiri. Memerlukan masa bagi merasai dan menerima maklumat baru. Ketika diminta membuat keputusan,mereka mungkin mengatakan perasaan mereka.

Kelebihan Gaya Kinestetik:

Mereka pandai menjalinkan hubungan Mereka setia Mereka mengambil berat dan sentiasa memberi sokongan. Mereka berorientasikan butiran Merupakan ahli pasukan yang hebat.

Cabaran Gaya Kinestetik:

Rasa tercabar apabila perlu membuat keputusan dengan cepat. Tidak berupaya memilih apabila diberikan pelbagai pilihan. Cenderung memberikan butiran lanjut lebih daripada apa yang diperlukan. Selalu lambat dan suka melakukan tugasan mengikut turutan.

Ciri-ciri Gaya Digital:


Menghafal sesuatu secara teratur dan mengikut langkah terperinci. Memproses maklumat secara teratur,rasional dan logik. Mementingkan butiran terperinci Berkeinginan tinggi bagi memahami dunia di sekitar mereka. Mempelajari sesuatu dengan cara berfikir di dalam minda. Memerlukan waktu memproses maklumat baru.

Kelebihan Gaya Digital:


Pandai menyelesaikan masalah kompleks. Pakar strategi yang hebat. Mahir dalam menyusun dan menstruktur tugasan. Mahir menguruskan butiran. Mahir dalam perancangan acara,pesta atau aktiviti luar. Melihat bagaimana bahagian kecil dapat dicantum,supaya membentuk gambaran jelas.

Cabaran Gaya Digital:

Lambat mempercayai pekerja baru,perkara baru dan konsep baru. Mereka benci dicelah. Keras kepala,suka diminta melakukan sesuatu tetapi tidak suka dipaksa. Tidak suka berkongsi maklumat secara sukarela.

TEKNIK-TEKNIK BAGI MENJALINKAN HUBUNGAN DAN MENINGKATKAN PENGLIBATAN PELAJAR DI DALAM KELAS

1.Bertanyakan soalan pantas;

Soalan yang ditanya bagi mendapatkan jawapan majoriti ahli kelas. Sesuai digunakan pada awal kelas. Contoh: Siapa di sini..? Guru terus mengangkat tangan sehinggalah soalannya dijawab.

2.Mendapatkan jawapan pantas dengan suara lantang.

Mendorong pelajar memberikan perhatian Mendorong pelajar melibatkan diri secara lisan. Memastikan pelajar mengingati apa yang mereka pelajari. Memastikan pelajar mengintergrasikan maklumat baru dengan memberi jawapan yang lantang.

3.Tegas mendapatkan jawapan

Apabila guru mengajukan soalan,dia tidak akan ke point berikutnya selagi tidak mendapat respons terhadap soalannya. Mendorong pelajar sentiasa peka dan menumpu perhatian. Contoh: Saya memerlukan kamu semua menjawab soalan ini. Mari kita cuba lagi.

4. Ulang semula selepas saya

Memastikan pelajar dapat mengintergrasikan maklumat baru dengan mengulangi jawapan dengan suara yang kuat. Membantu pelajar mengingati dengan mendengar jawapan diberikan oleh ahli kelas. Melibatkan semua pelajar dan memastikan mereka sentiasa peka.

5. Minta pelajar isikan ruangan kosong

Lembaran kerja menjadikan pelajar lebih fokus. Pelajar akan memberi lebih tumpuan supaya tidak keciciran point-point penting.

6. Ini perkara penting- Catatkannya

Menyedarkan pelajar yang mengelamun supaya kembali fokus. Mendorong pelajar melibatkan diri dengan cara menulis. Gunakan kaedah ini berhati-hati.Apabila kerap guna pelajar akan mengandaikan semuanya penting dan berhenti menulis.

7. Mengubah tenaga di dalam bilik

Untuk mengembalikan semula tenaga pelajar yang kehilangan fokus dan tidak lagi berminat mengambil bahagian. Contoh: Minta pelajar berdiri sambil membuat senaman regangan. - Menggalakkan pelajar supaya bertepuk tangan selepas seseorang memberi jawapan Guru menukar kedudukan di depan kelas. Berdiri di satu tempat ketika bercerita,bergerak ke tempat lain apabila mengajukan soalan. Tukar ke posisi lain apabila menukar topik.

8. Berkongsi dengan rakan sebelah

Cara mengelakkan pelajar berinteraksi antara satu sama lain. Membuatkan pelajar yang pemalu rasa teruja berkongsi idea mereka. Memastikan pelajar menyepadukan maklumat dengan membincangkannya Memberi peluang pelajar bersuara semasa dalam perbincangan.

9. Berkongsi dalam kumpulan kecil

Setiap tiga hingga lima orang pelajar membentuk satu kelompok kecil bagi membincangkan topik yang diajar. Mendengar apa orang lain katakan dapat menambahkan pengalaman belajar . Guru melihat dan mendengar sejauh mana pelajar terlibat.

10. Kesimpulan bagi setiap kumpulan


Guru perlu menentukan terlebih dahulu berapa minit yang diperlukan bagi melakukan kesimpulan kumpulan ini.

SEKIAN TERIMAKASIH

Anda mungkin juga menyukai