Anda di halaman 1dari 2

ANYAMAN

Alatan Langkah Anyaman Tikar Pewarnaan Contoh Kelarai


Definisi Anyaman Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuhtumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

Corak Anyaman Tikar Anyaman Bakul

Sejarah dan Perkembangan Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil Tikar Raja yang diperbuat daripada pohon bemban. Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah. Jenis-jenis Anyaman

Tokoh Anyaman Pandan dan Mengkuang Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman.

Lain-lain tokoh yang telah mencipta motif anyaman: 1. Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta kelarai Sambas 2. Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta kelarai Tapak harimau 3. Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai Mak Mek 4. Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik Kelah 5. Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta kelarai bunga

Anda mungkin juga menyukai