Anda di halaman 1dari 15

LGM 3023 GEOGRAFI MALAYSIA

Soalan Individu :

KERJASAMA SERANTAU DALAM PERDAGANGAN

KUMPULAN KULIAH : B Pensyarah : En. Mat

Disediakan oleh : Nama : Siti Zubaidah bt Ibrahim No Matrik : D20091035632 Program : Pendidikan Geografi (AT33) Semester : Lima

Isi Kandungan
Bil Perkara Muka surat

1.0

Pendahuluan

1-2

2.0

Kerjasama serantau dalam perdagangan 2.1 Zon kawasan perdagangan bebas ASEAN (AFTA) 2.2 Kerjasama ASEAN + 3 2.3 Kawasan pelaburan ASEAN (AIA) 2.4 Kerjasama Asia pasifik (APEC)

2 2-4

4 4-6 6-7

3.0

Kesan kerjasama serantau dalam perdagangan terhadap negara anggota. 3.1 Meningkatkan ekonomi negara anggota. 3.2 Menambahkan peluang pekerjaan dalam negara. 3.3 Meningkatkan kehadiran pelaburan luar asing (FDI). 3.4 Meningkatkan kadar kemahiran tenaga buruh dan teknologi.

8-9 9 - 10 10 - 11 11

4.0

Penutup

12

1.0

Pendahuluan Malaysia terletak di bahagian tenggara Benua Asia. Keadaan demografi Malaysia yang

di kelilingi oleh laut dan pulau-pulau disekitarnya telah menyebabkan Malaysia bergiat aktif dalam pertubuhan negara serantau bagi menjamin kemakmuran ekonomi, politik dan sosial negara dalam keadaan terjaga. Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang

keanggotaannya terdiri daripada negara-negara yang berjiran antara satu sama lain. Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk menjaga kepentingan politik, ekonomi atau sosial antara negara anggota. Semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan disertai oleh negara iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961, Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO) pada tahun 1963 dan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun 1967 (Ruslan Zainuddin, 2001). Pembentukan ASA telah dicadangkan oleh Tuanku Abdul Rahman kerana bagi mengekang masalah ancaman komunis yang melanda kawasan serantau pada masa itu dan memajukan ekonomi dan sosial antara negara anggota. Namun demikan, ASA telah dibubarkan ekoran daripada masalah kerjasama yang tidak erat dan saling mencurigai antara satu sama lain. Setelah itu, MAPHILINDO telah ditubuhkan pada tahun 1963 menggantikan ASA. MAPHILINDO telah mengabungkan tiga negara iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia. Matlamat MAPHILINDO ditubuhkan adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia. Namun demikian, pertubuhan ini juga telah dibubarkan dan digantikan dengan ASEAN pada 8 Ogos 1967 (Asrar Omar,2003). Matlamat penubuhan ASEAN adalah untuk mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan, meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian, memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan serta mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa. Keanggotaan ASEAN pada ketika itu terdiri daripada lima buah negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura. Jumlah anggotanya bertambah menjadi sepuluh buah negara apabila kesemua negara di Asia Tenggara menjadi ahli. Negara-negara berkenaan ialah Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos dan Kampuchea. Negara Papua New Guinea

telah dilantik sebagai pemerhati kerana negara ini terletak bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan dalam Zon Asia Tenggara. Kerjasama antara negara anggota ASEAN semakin teguh hingga ke hari ini dan bagi memastikan setiap objektif yang dibentuk tercapai (Mohd Syariefudin Abdullah, Mohd Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim, 2009).

Gambarajah : Peta negara-negara ASEAN Sumber : http://www.asean.org/64.htm

2.0

Kerjasama serantau dalam perdagangan ASEAN dapat dilihat sebagai asas yang kuat dalam menjalinkan kerjasama serantau.

Jika dilihat dari awal penubuhannya hingga kini, banyak rancangan yang berjaya dilaksanakan demi kebaikan bersama. Walaupun agenda utama ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi namun perkembangan kearah kerjasama ekonomi ini agak perlahan (Scrib, 2011).

2.1

Zon kawasan perdagangan bebas ASEAN (AFTA) AFTA ialah zon perdagangan bebas antara negara-negara ASEAN iaitu Malaysia,

Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, Laos, Myanmar, Kemboja dan Brunei. AFTA merupakan satu usaha untuk melonggarkan halangan perdagangan supaya mendapat faedah terus antara negara anggota. Ketua-ketua negara ASEAN telah

mengambil inisiatif bagi megukuhkan lagi ekonomi antara negara anggota dengan

mengadakan pakatan ekonomi dengan mangadakan Zon Perdagangan Bebas Cukai yang telah dimeterai pada tahun 1992 dalam sidang kemuncak ASEAN di Singgapura. Dalam Zon Perdagangan Bebas Cukai (AFTA) tarif keutamaan telah diberikan kepada kesemua negara anggota. Negara anggota telah diberikan keutamaan dalam

eksport dan import barangan ke negara anggota yang lain dengan diberi keistimewaan dalam kontrak kuantiti jangka panjang, perolehan istimewa oleh entiti kerajaan, pelonggaran langkah-langkah bukan tarif dan peluasan tarif istimewa (Mohd Syariefudin Abdullah, Mohd Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim, 2009). Kawasan

Perdagangan Bebas ASEAN juga berorientasikan kearah liberalisasi perdagangan yang lebih besar dengan melibatkan integrasi ekonomi serantau. Perdagangan yang dijalankan melalui kawasan ini telah dianggarkan akan dikenakan tarif sifar keatas kesemua perdagangan intra-ASEAN pada tahun 2015 dan akan menjadi pasaran tunggal bagi pengeluaran barangan, perkhidmatan dan pelaburan menjelang tahun 2020 (Chubashini Suntharalingam dan Charles Santiago,2011). Dalam konteks negara kita Malaysia, AFTA merupakan satu platform yang baik bagi meraih keuntungan dalam bidang eksport dan import antara negara anggota. Hal ini kerana, Malaysia telah meraih keuntungan yang tinggi dalam perdagangan eksport dan import antara negara anggota iaitu sebanyak 33% pada tahun 2010 dan telah meningkat berbanding tahun sebelumnya.

KEUNTUNGAN EXPORT NEGARA dan IMPORT pada tahun 2010. (peratus) Thailand Singapura Malaysia Indonesia Filipina 37 % 36% 33% 27% 19%

Jadual : Keuntungan export dan import antara Negara ASEAN pada tahun 2010. Sumber : Sasak.Net (2010).

Selain daripada itu, kawasan AFTA ini telah banyak memberikan sumbangan kepada para peniaga kecil-kecilan dan kormesial dalam meningkatkan jualan pasaran produk mereka. Di samping itu juga, kadar kemasukan pelaburan luar asing (FDI) turut meningkat dengan adanya kawasan AFTA ini. Kemasukan FDI yang tinggi telah

menyediakan peluang pekerjaan yang banyak bagi memenuhi permitaan pekerjaan di negara ini (Chubashini Suntharalingam dan Charles Santiago, 2011).

2.2

Kerjasama ASEAN + 3 Konsep ASEAN + 3 ini merujuk pada kerjasama yang ingin diwujudkan antara

negara ASEAN dengan negara-negara timur iaitu China, Jepun dan Korea. Konsep ASEAN + 3 ini telah diperkenalkan oleh mantan perdana menteri Malysia iaitu Tun Dr. Mahatir Mohamad pada tahun 1997. Keanggotaan ASEAN + 3 ini merangkumi kesemua negara anggota ASEAN, China, Jepun dan Korea. Menteri-menteri luar negara-negara ini dijemput menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama yang ingin diwujudkan. Melalui konsep ekonomi ini segala perancangan mengenai ekonomi antara negara anggota akan dirancakkan lagi dengan pelbagai aktiviti ekonomi yang dirancangkan secara tersusun dan teratur. Keuntungan yang akan diperolehi oleh negara ASEAN adalah dalam memperolehi kepakaran dari negara-negara timur tersebut secara terus (.Mohd Syariefudin Abdullah, Mohd Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim, 2009)

2.3

Kawasan pelaburan ASEAN (AIA) Perjanjian rangka kerja mengenai Kawasan Pelaburan ASEAN (AIA) telah

ditandatangani oleh menteri-menteri ekonomi ASEAN di Kuala Lumpur pada Oktober tahun 1998. AIA bertujuan untuk mewujudkan kawasan rantau ASEAN sebagai kawasan pelaburan yang berdaya saing menjelang 01 Januari 2010 dengan adanya

peluang pelaburan yang liberal dan telus dan mesra alam terhadap alam sekitar. Selain daripada itu juga, AIA juga diharapkan mampu untuk menyumbang ke arah mencapai aliran bebas pelaburan di rantau ini menjelang 2020. AIA meliputi semua pelaburan

langsung dan tidak termasuk dalam pelaburan portfolio dan perkara-perkara yang

berkaitan pelaburan yang telah dilindungi oleh perjanjian ASEAN yang lain seperti Perjanjian Rangkaian Kerja ASEAN mengenai Perkhidmatan (AFAS). Kemudahan

pelaburan yang disediakan AIA adalah meliputi lima sektor iaitu pembuatan, pertanian, perikanan, perhutanan dan perlombongan dan kuari serta perkhidmatan yang berkaitan dengan kesemua sektor diatas. Kawasan Pelaburan ASEAN (AIA) merupakan ruang yang sesuai untuk menyelesaikan masalah dan cabaran yang dihadapi oleh syarikat apabila mereka melabur di rantau ini (Utusan Online, 2011).

Gambarajah : Bidang-bidang yang diberi keutamaan dalam AIA. Sumber : Google Images

Kesemua pelaburan dalam industri di negara ASEAN akan dibuka kepada pelabur-pelabur ASEAN menjelang tahun 2010 dan kesemua pelabur dari negara luar anggota menjelang tahun 2020 serta pengecualian yang diberikan melalui Senarai Pengecualian Sementara (TEL) akan ditamatkan secara berperingkat menjelang tahun 2010. Selain daripada itu juga, AIA mengadakan peruntukan bagi menubuhkan Majlis AIA yang terdiri daripada menteri-menteri yang bertanggungjawab untuk menguruskan mengenai pelaburan dalam majlis AIA. Peranan Majlis AIA adalah untuk menyelia, menyelaras dan mengkaji semula pelaksanaan perjanjian. Jawatankuasa Penyelarasan Pelaburan (CCI) telah ditubuhkan untuk membantu Majlis AIA. Di bawah Perjanjian AIA, pelaksanaan yang dijalankan melalui tiga program iaitu kerjasama pelaburan dan kemudahan, promosi dan kesedaran serta liberalisasi dalam

pelaburan.

Selain daripada itu juga ekoran daripada wujudnya kawasan pelaburan,

ASEAN telah berjaya menarik ramai pelabur luar asing (FDI) bagi melabur di kawasan ASEAN. ASEAN juga perlu menarik pelaburan berkualiti yang akan memperluas

hubungan, selain pelaburan bernilai tambah yang memberi kesan positif ke atas perkembangan setiap ekonomi negara di rantau ini. Hal ini adalah kerana pelaburan antara ASEAN telah susut sebanyak 59.1 peratus daripada AS$10.5 bilion pada 2008 kepada AS$4.4 bilion pada 2009. Pelabur utama ASEAN ialah Singapura (AS$2.5
Usaha untuk

bilion), Malaysia (AS$1.3 bilion) dan Indonesia (AS$0.92 bilion).

mempromosi ASEAN sebagai wilayah, melengkapkan inisiatif promosi secara individu perlu dipertingkatkan agar ekonomi dirantau ASEAN turus kukuh menjelang tahun 2020 (Utusan Online,2011).

2.4

Kerjasama Asia Pasifik (APEC)

Gambarajah : Senarai keanggotaan APEC Sumber : http://digitaljournal.com/article/262508

Walaupun negara kita bergiat dalam pembangunan ekonomi kawasan serantau, namun demikian Malaysia juga tidak ketinggalan dalam Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). APEC merupakan satu forum ekonomi bagi sekumpulan negara yang

bersempadan dengan Lautan Pasifik dan telah ditubuhkan pada tahun 1989. Antara isu yang sering dibincangkan ialah masalah ekonomi serantau, kerjasama perdagangan dan pelaburan. Negara-negara ini mewakili 60 peratus eknomi seluruh dunia. Sekretariat APEC berpusat di Singapura. APEC mengadakan persidangan kemuncak setiap tahun yang dihadiri oleh setiap ketua kerajaan bagi setiap negara anggota. Lokasi persidangan akan diadakan secara bergilir-gilir antara negara-negara anggota (Wikipedia, 2011). Malaysia merupakan antara negara anggota asal kerjasama ini yang ditubuhkan pada 1989 dan telah mendapat banyak manfaat dalam membangunkan ekonomi dan perdagangan negara dengan memperoleh pelbagai maklumat dan maklum balas daripada negara maju. Antara manfaat yang diperolehi oleh Malaysia ekoran daripada

keanggotaan Malaysia dalam persatuan APEC ini adalah pertumbuhan positif ekonomi negara telah berlaku. Hal ini adalah kerana bermula daripada tahun 1989 hingga tahun 2007, pertumbuhan ekonomi negara anggota APEC adalah sekitar 6.1 peratus, iaitu lebih tinggi daripada pertumbuhan ekonomi dunia sekitar 5.8 peratus. Dalam tempoh yang sama itu juga, jumlah keseluruhan eksport APEC meningkat AS$6.2 trilion (RM21.7 trilion), iaitu purata peningkatan sebanyak 9.5 peratus setahun. Peningkatan ekonomi APEC yang ketara ini tentu sekali akan meninggalkan kesan kepada negara anggota seperti negara Malaysia. Pertumbuhan ekonomi yang

kukuh yang dialami oleh Malaysia telah mengundang lebih ramai FDI datang melabur di Malaysia. Selain daripada itu juga, APEC bukan saja pentas untuk Malaysia mempelajari dan membangunkan ekonomi negara tetapi juga ruang terbaik bagi negara membangun seperti Peru, Filipina dan Mexico mempelajari pengalaman negara untuk meningkatkan perdagangan mereka walaupun pada saat tidak menentu melalui perkongsian ilmu yang diadakan sesama anggota APEC (Digital Jurnal, 2009).

3.0

Kesan kerjasama serantau dalam perdagangan terhadap negara anggota. Kerjasama serantau dalam perdagangan banyak mendatangkan kesan positif terhadap

negara anggota dalam mengukuhkan ekonomi di setiap negara anggota. Namun demikian, kesan negatif juga timbul ekoran daripada kerjasama ini. Berikut adalah antara kesan yang wujud ekoran daripada aktiviti perdagangan serantau di ASEAN.

3.1

Meningkatkan ekonomi negara anggota. Sejak beberapa dekad yang lalu ekonomi Malaysia mengalami perkembangan

yang pesat. Kadar pertumbuhan ekonomi tinggi yang dicapai menjadikan Malaysia antara negara yang terbaik prestasinya di rantau ASEAN.

KEUNTUNGAN EXPORT NEGARA dan IMPORT pada tahun 2010. (peratus) Thailand Singapura Malaysia Indonesia Filipina 37 % 36% 33% 27% 19%
Sumber : Sasak.Net (2010).

Jadual : Keuntungan export dan import antara Negara ASEAN pada tahun 2010.

Keuntungan export dan import negara pada tuhun 2010, Malaysia telah mencatatkan peratusan jumlah export dan import yang tinggi dan menduduki tangga ke tiga dalam senarai negara ASEAN. Hal ini telah membuktikan bahawa peningkatan ekonomi telah berlaku ekoran daripada penglibatan negara dalam perdagangan antara serantau ini. Namun demikian, dalam mengecapi arus kemajuan ekonomi negara juga terdedah kepada arus globalisasi yang mampu mengugat kemajuan ekonomi negara. Dalam

konteks ini, cabaran utama yang harus dihadapi ialah untuk memastikan tuntutan globalisasi tidak menjejaskan matlamat negara untuk mencapai pembangunan ekonomi

yang seimbang secara lebih menyeluruh. Matlamat pembangunan ekonomi seimbang ini hanya boleh dicapai melalui campur tangan dan sokongan padu dari pihak kerajaan. Justeru pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan ekonomi yang cekap dan berkesan adalah perlu. Kewujudan keseimbangan di antara pertumbuhan dengan kesejahteraan ekonomi yang merangkumi aspek keadilan sosial, isu kemiskinan dan agihan seimbang, persekitaran hidup harmoni dan alam sekitar serta pembentukan modal insan berkualiti perlu dibari perhatian yang serius kerana ianya akan menentukan kejayaan pembangunan negara pada masa hadapan (Nor Aini Idris dan Ishak Yussof ,2009).

3.2

Menambahkan peluang pekerjaan dalam negara. Pekerjaan merupakan asas kepada kehidupan setiap individu. Hal ini akan

membolehkan seseorang itu menjadi penyumbang utama kepada masyarakat dan juga ekonomi negara di samping menyediakan kerperluan asas kepada ahli keluarga di bawah tanggungannya. Selain daripada itu juga, pekerjaan dapat memberikan kepuasan individu dan juga bertindak sebagai salah satu cara untuk meningkatkan nilai peribadi seseorang itu di samping meningkatkan ekonomi negara. Peningkatan peluang pekerjaan dalam pelbagai kelompok dan sektor akan menjana keperluan tenaga pekerja yang andal dan mantap yang akan meningkatkan dan mengukuhkan ekonomi negara. Usaha sedemikian akan memerlukan bakat-bakat serantau yang terbaik dalam bidang perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, kawalan, pengurusan, kewangan dan promosi untuk memastikan kejayaan Malaysia dalam membangungkan dan merancang ekonomi negara (Nor Aini Idris dan Ishak Yussof ,2009). Di tambahkan dengan penyertaan Malaysia dalam keanggotaan ASEAN menyebabkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat kian bertambah. Hal ini adalah kerana, ekonomi yang kukuh dalam keanggotaan ASEAN menarik ramai pelabur dari negara ASEAN dan luar untuk melabur dalam negara. Ekoran daripada kadar pelaburan yang tinggi ini maka peluang pekerjaan juga akan turut meningkat.

3.3

Meningkatkan kehadiran pelaburan luar asing (FDI). Pelaburan asing merupakan nadi penggerak ke arah pembangunan negara.

Kemasukan

pemodal-pemodal

asing

dapat

menambahkan

pendapatan

negara,

meningkatkan guna tenaga dan mempercepatkan pemindahan teknologi dan kepakaran ke dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Kerajaan telah melipatgandakan usaha untuk

menggalakkan pelaburan asing di negara ini. Teknologi muktahir merupakan salah satu sumbangan yang penting kepada negara. Melalui kemasukan pemodal dari luar maka pemindahan teknologi moden ke negara ini akan giat berlaku. Malaysia masih

kekurangan sumber kewangan untuk membiayai projek-projek latihan dan penyelidikan demi mencapai teknologi moden. Masalah ini merupakan satu penghalang yang menyekat kemajuan sektor perindustrian. Oleh sebab itu, melalui pelabuaran asing maka pelabur-pelabur luar ini akan membawa bersama teknologi dan sistem pengurusan moden serta tenaga profesional yang pakar dan produktif ke dalam negara kita. Mereka juga akan melaksanakan pelbagai program untuk melatih buruh tempatan demi

mengembangkan pengetahuan kepakaran agar pekerja-pekerja tempatan dapat diserapkan ke dalam projek pelaburan mereka. Contohnya, projek mencarigali minyak di Terengganu ( Hassan Naziri Khalid, Morshidi Sirat dan Md Harashid Haron,2006). Matlamat utama kerajaan dalam menggalakkan pelaburan asing ialah untuk meningkatkan gunatenaga dan mengurangkan kadar pengganguran negara. Apabila pelaburan asing bertambah, banyak kilang baru akan didirikan. Dalam usaha menjayakan projek ini, negara kita memerlukan banyak tenaga buruh. Maka wujudlah peluang pekerjaan yang lebih banyak. Perkembangan ini memberi kesempatan kepada para penganggur untuk mendapatkan pekerjaan dalam kilang-kilang tersebut. Pengaliran wang ke luar negeri akan berkurangan kerana banyak barangan import telah digantikan dengan barangan tempatan. Sebelum ini, kebanyakan bahan mentah dieksport ke negara-negara maju dengan harga yang rendah. Kemudian bahan mentah ini diproses menjadi barangan siap dan dijual semula semula ke negara ini dengan harga yang lebih tinggi. Kemasukan pelaburan asing membolehkan banyak modal dan kepakaran disalurkan ke kilang-kilang perusahaan tempatan. Bahan-bahan tempatan boleh diproses oleh kilang-kilang di negara ini. Dengan cara ini, harga dan penggunaan bahan mentah tempatan lebih terjamin.

3.4

Meningkatkan kadar kemahiran tenaga buruh dan teknologi negara. Penyertaan negara dalam persatuan serantau dapat meningkatkan kemahiran

tenaga buruh negara. Hal ini adalah kerana perkongsian ilmu yang dianjurkan dapat meningkatkan kecekapan tenaga buruh dan pengaliran masuk teknologi baru dari negara luar yang lebih maju daripada negara kita juga dapat memberi manfaat kepada peningkatan ekonomi negara. Pengaliran kepakaran daripada segi tenaga buruh dan teknologi sangat penting bagi negara yang sedang membangun seperti negara kita Malaysia. Hal ini adalah bagi memastikan negara kita tidak ketinggalan daripada segi permodenan dan mempunyai daya saing yang tinggi seperti negara maju yang lain. Kebiasaanya negara membangun seperti Malaysia banyak mendapat kepakaran daripada negara-negara yang telah maju seperti negara Jepun, China dan negara-negara Eropah yang lain. Melalui perkongsian ilmu dan kepakaran ini negara kita mampu menjana ekonomi negara yang tersendiri melalui pandangan dan tunjuk ajar daripada kepakaran dari negara luar. Oleh sebab itu, penyertaan Malaysia dalam persatuan

serantau banyak mendatangkan manfaat kepada negara dalam konteks perdagangan dua hala ( Katiman Rostam, 2006).

4.0

Penutup Sebagai kesimpulannya, perdagangan serantau banyak mendatangkan pulangan yang

positif kepada negara anggota lebih-lebih lagi kepada negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Hal ini adalah kerana melalui penyertaan perdagangan serantau merupakan satu landasan yang positif bagi negara untuk meningkatkan pendapatan ekonomi negara di samping meningkatkan peluang pekerjaan dan taraf hidup mesyarakat setempat melalui peluang pekerjaan yang banyak. Selain daripada itu juga, perkongsian ilmu dan kepakaran dengan negara serantau juga mampu meletakkan Malaysia sebaris dengan negara maju dan tidak ketinggalan dalam perkembangan arus perubahan teknologi semasa. Bagi menjayakan sesuatu plan perkongsian ekonomi, sosial dan teknologi dengan negara serantau, kerajaan banyak memainkan peranan ini. Pihak kerajaan dan pentadbiran seharusnya bijak dalam mengambil peluang yang ada bagi memajukan ekonomi negara. Setiap perundingan yang dijalankan seharusnya mampu untuk mendatangkan manfaat dua hala bagi mendapat kepentingan bersama (Asrar Omar, 2003).

Bibliografi Asrar Omar (2003). Apa itu hubungan luar dalam Zulhilmi Paidi dan Asrar Omar (ed.), Hubungan luar antarabangsa. Bentong : PTS Publications dan Distributor Sdn. Bhd. Chubashini Suntharalingam dan Charles Santiago,(2011). A country report: The impact of Afta on Malaysian Economy and small scale producers. Malaysia: Agriculture research and development institution (MARDI). Digital jurnal (2009). The rising sun in the coming Apec summit in lima, peru. Diperoleh daripada http://digitaljournal.com/article/262508 pada 04/10/2011. Hassan Naziri Khalid, Morshidi Sirat dan Md Harashid Haron (2006). Global competitiveness, high technology electronic industries and the role of air cargo services. Pulau Pinang : USM. Katiman Rostam (2006). Pembandaran dan perkembangan wilayah metropolitan lanjutan lembah Klang-Langat Malaysia. Bangi : UKM. Katiman Rostam (2002). Prinsip Asas persekitaran manusia. Bangi : UKM.

Mohd Syariefudin Abdullah, Mohd Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim (2009). Kenegaraan dan ketamadunan. Tanjong Malim : Oxford Fajar. Nor Aini Idris dan Ishak Yussof (2009). Ekonomi Malaysia kearah pembangunan seimbang. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ruslan Zainuddin (2001). Sejarah Malaysia. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sasak.Net (2010). Thailand raih keuntungan terbesar daripada perdagangan ASEAN. Diperoleh daripada http://www.sasak.net/ekonomi/internasional/57266-thailand-raihkeuntungan-terbesar-dari-perdagangan-asean.html pada 01/10/2011. Scrib (2011). Dasar luar Asean. Diperoleh http://www.scribd.com/doc/19011598/Dasar-Luar-Malaysia pada 04/10/2011. daripada

Sulong Mohamad (1994). Pembangunan dan persekitaran di semenanjung Malaysia (terjemahan). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Utusan online (2011). Syarikat Asean perlu berfikiran Asean. Diperoleh daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0826&pub=Utusan_Malaysia&s ec=Ekonomi&pg=ek_02.htm pada 03/10/2011. Wikipedia (2011). Kerjasama ekonomi asia pasifik. Diperoleh daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerjasama_Ekonomi_Asia-Pasifik pada 04/10/2011.

Anda mungkin juga menyukai