Anda di halaman 1dari 2

Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap tentang dirinya secara positif

atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya. Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan [1] persekitarannya.Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai cara memahami konsep kendiri

Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963), berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara, iaitu: tanggapan diri seseorang individu proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu

Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran. Konsep Kendiri Positif Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat, mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap terbuka dan memberi pendangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil. Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif Menghargai Memuji orang lain Puas hati dengan pencapaian Murah hati Mudah berkawan Puas hati dengan dirinya Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya Peramah

Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif Cenderung untuk merasa salah Takut kepada kegagalan Sering merasa bimbang Cepat berkecil hati walaupun melibatkah masalah kecil Pencapaian akademik yang rendah Tidak gemar kerja mencabar Kurang keyakinan pada diri sendiri Kurang berminat untuk mendapatkan maklum balas Melihat diri sebagai kurang menarik dari segi personaliti

RUJUKAN http://ms.wikipedia.org/wiki/Konsep_kendiri
"Memahami Konsep Kendiri" Universiti Teknologi Malaysia

Anda mungkin juga menyukai