Anda di halaman 1dari 18

Pada masa kini, pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran, keluarga, masyarakat dan negara. Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah:

Sebagai suluh yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembang dan memajukan pendidikan.

Menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara. Sebagai rujukan unuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan negara. Sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan.

Sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahan-bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai pengawal ke atas sebarang penyelewengan aktiviti daripada dasar pendidikan. Menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.

Misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah untuk membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembang potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Matlamat KPM pula ialah melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, melahirkan insan yang beriman, berilmu dan berketrampilan, menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara serta memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia. Selain itu, KPM juga ingin memartabatkan profesion perguruan dan memperkenalkan Standard Guru Malaysia (SGM). Penggubalan SGM adalah berlandaskan kepada matlamat pembangunan modal insan yang berupaya untuk memberi sumbangan ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Oleh kerana pembangunan modal insan berkualiti adalah bergantung kepada pendidikan berkualiti, maka Standard Guru Malaysia yang menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru akan membolehkan mereka memberi pendidikan berkualiti, demi membina modal insan berkualiti, khasnya celik Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), progresif dan mampu bersaing di dalam pasaran kerja global. SGM juga digubal berdasarkan rasional seperti berikut:

Guru berkualiti sebagai profesional yang berkesan hendaklah mempunyai nilai profesionalisme keguruan, ilmu pengetahuan serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam tahap amalan yang tinggi.

Untuk melantik guru berkualiti sebagai profesional yang berkesan, agensi dan institusi latihan perguruan hendaklah menyediakan keperluan-keperluan yang jelas dan lengkap

untuk membolehkan proses latihan perguruan dilaksanakan dengan lancar, berkesan serta bermutu tinggi.

Oleh kerana KPM ditugaskan untuk melonjakkan kecemerlangan institut pendidikan guru supaya menjadikan contoh teladan, adalah wajar standard, iaitu pengukuran piawai bagi institut latihan perguruan diwujudkan.

Maka, Standard Guru Malaysia hendaklah menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian Qualification Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi.

Memartabatkan Profesion Perguruan Ke Tahap Lebih Tinggi Ketua Pengarah Pelajaran yang baru, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berazam menambah baik skim perkhidmatan pendidikan dan mengangkat profesion keguruan ke tahap lebih tinggi dalam perkhidmatan awam. Menurutnya, dengan memartabatkan profesion itu maka ia akan memperkemaskan lagi sistem penyampaian dan seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini secara menyeluruh. Memang diakui berlaku sedikit kecelaruan dalam sistem perjawatan perguruan. Bagaimanapun, kita tidak boleh menafikan pandangan dan peringatan sesetengah pihak yang sedia menyedari hakikat profesion perguruan di Malaysia. Satu persoalan yang timbul ialah adakah profesion perguruan di Malaysia sudah dianggap satu kerjaya profesional? Mungkin ada kalangan kita termasuk saudara sendiri mengatakan ya dan ada juga yang mengatakan tidak.

Antara faktornya kerana kehadiran GSTT. Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) merupakan individu yang berminat jadi guru namun tidak mempunyai sjil, diploma atau ijazah dalam bidang perguruan. Kebiasaannya mereka akan menjadi guru ganti bagi memenuhi kekekurangan guru di sekolah. Merekta tertakluk bawah kontrak tertentu dan boleh ditamatkan bila-bila masa sahaja. Jika diteliti profesion lain yang dianggap popular dan bertaraf profesional seperti perubatan, guaman dan akauntan, adakah akan wujud jawatan bertaraf sandaran tidak terlatih? Pernahkah kita mendengar akauntan sandaran tidak terlatih atau doktor sandaran tidak terlatih? Sama ada mahu mengakui atau tidak, kewujudan GSTT menimbulkan sedikit kecelaruan dalam sistem perjawatan perguruan, apatah lagi perguruan sudah dianggap satu kerjaya profesional. Seharusnya tidak wujud lagi sandaran tidak terlatih dan jawatan sebegini tidak ada pada kerjaya lain bertaraf profesional seperti perubatan, guaman dan akauntan. Faktor kekurangan guru bukan lagi alasan sesuai ketika ini, apatah lagi keperluan terhadap sistem pendidikan yang amat tinggi serta kritikal dan sewajarnya usaha penambahbaikan dilakukan terhadap profesion ini. Selaras dengan itu jugalah Kementerian Pelajaran menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dan satu daripada terasnya ialah Memartabatkan Profesion Perguruan dan mengikut teras ini jugalah satu daripada pengisiannya sifar GSTT. Namun Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 sudah berakhir dan sewajarnya pelan induk baru yang dirangka akan mengambil kira keperluan sifar GSTT juga. Memang benar GSTT banyak membantu dari segi perjalanan operasi sekolah, tetapi untuk diserap ke jawatan tetap bukan sesuatu yang wajar kerana masih ramai mereka yang berkelayakan yang boleh memenuhi jawatan berkenaan. Mungkin dengan menyerap GSTT

masih ramai bakal guru sukar mendapat tempat di mana-mana sekolah selepas tamat kursus kelak. Kecelaruan yang berlaku ini disebabkan tuntutan semasa dan kehendak sesetengah pihak yang kurang sedar akan tanggungjawab mereka memartabatkan profesion perguruan yang hakikatnya semakin hari semakin mencabar. Janganlah sampai suatu ketika masyarakat mempersoalkan kelayakan seseorang guru untuk mengajar. Harus diingat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Dalam Cuti (KDC) mahupun kursus lain yang ditawarkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bukanlah untuk menindas mana-mana pihak. Semua kursus itu adalah suatu usaha ke arah memartabatkan profesion perguruan. Kalau ingin memandu kereta haruslah dapatkan lesen memandu terlebih dulu, begitu juga pengamal perubatan, peguam dan tidak terkecuali sebagai seorang guru. Justeru, memartabat profesion perguruan bukan dengan penyerapan GSTT. Graduan ISMP Terperangkap Dengan Pengangguran Perkembangan semasa menyaksikan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zakashi mengeluarkan kenyataan berhubung penyerapan 13,000 GSTT kepada guru berjawatan. Dilaporkan surat penawaran jawatan telah mula diedarkan kepada GSTT yang sedia ada dari bulan lepas lagi. Tindakan ini dilihat terlalu tergesa-gesa selepas rungutan GSTT tidak mendapat sambungan kontrak. Apabila kenyataan ini dikeluarkan, ia memberi keuntungan kepada GSTT. Tetapi bagaimana dengan nasib bakal-bakal guru terlatih atau digelar sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) yang menamatkan pengajian pada Disember 2011 dan Mei 2012. Apakah penempatan mereka akan diumumkan dalam masa yang terdekat?

Namun bagaimana dengan nasib graduan-graduan pendidikan daripada pelbagai universiti awam dan institut pengajian tinggi awam swasta (IPTS) yang menawarkan kursus sama jika tiada penempatan diumumkan dalam masa yang terdekat. Memang benar ada yang menyatakan, carilah kerja lain dulu. Tapi satu persepsi apabila pergi temuduga, susah bagi majikan sektor swasta mengambil graduan jurusan pendidikan atas anggapan kumpulan ini tidak akan lama berkhidmat. Bukan berhasrat untuk menyalahkan pihak KPM mahupun pihak menteri yang berkenaan. Cuma berharap jika warga GSTT mendapat pembelaan sewajarnya, graduan pendidikan terlatih wajar mendapat penempatan dan keadilan. Janganlah jadi seperti kera di hutan disusukan, anak di rumah menangis kelaparan. Ini disebabkan ribuan graduan ijazah sarjana muda pendidikan (ISMP) kini seolah-olah terperangkap dalam dunia pengangguran apabila gagal ditempatkan sebagai guru dan dalam masa sama sukar diterima di sektor swasta. Masalah itu berpunca daripada penempatan mereka sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) masih belum diumumkan. Graduan ISMP mempunyai latihan khusus dalam pendidikan yang menjadikan mereka sukar diterima di pasaran kerja dan tiada pilihan selain menjadi guru. Buktinya ramai graduan ISMP di tolak mentah-mentah oleh majikan swasta atas alasan tidak kekal lama dan akan mengambil hak graduan bidang lain. Penempatan kedua mereka sehingga kini masih menjadi persoalan setelah hanya satu penempatan diumumkan bagi tempoh Disember 2010 sehingga awal Oktober tahun ini. Pengumuman itu bagi graduan yang mengisi borang e-GST pada Disember tahun lalu. Selain itu, terhadap tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang

"membekukan" perjawatan guru GST - tetapi membuka penempatan Guru Sandaran Tidak

Terlatih (GSTT) dan Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) menimbulkan kekecewaan di kalangan graduan ISMP. Daripada maklum balas yang diterimanya juga, Gabungan Graduan ISMP Malaysia (GGIM) mendakwa hanya graduan lepasan institut pendidikan guru dan ISMP dari institus pengajian tinggi awam sahaja layak berkhidmat. Selaras dengan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zarkashi Julai lalu bahawa 13,000 GSTT diserap kepada guru berjawatan, menimbulkan persoalan sama ada ia bermaksud pengambilan kedua GST akan dibekukan. Jika benar maka pihak kerajaan dilihat tidak dapat merealisasikan perancangan mensifarkan GSTT semasa perlaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang sudah pun berlalu, di mana isu GSTT masih berlarutan hingga kini dan menimbulkan banyak kecelaruan dalam penempatan GST. KPM juga tidak dapat memberitahu tarikh tepat borang penempatan dikeluarkan dan sering menasihatkan graduan terlibat selalu menyemaknya di laman web. Ini bukanlah jawapan yang positif dan bersifat umum serta satu bentuk alasan yang boleh digelarkan sebagai acuh tak acuh. Sehingga kini Tan Sri Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri masih gagal memberi jaminan 'posting' kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP). Graduan dalam bidang pendidikan ini memerlukan jawapan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya oleh Tan Sri Muhyidin untuk memastikan mereka boleh mengatur masa depan yang baik kerana pengangguran dikalangan graduan bakal guru ini semakin teruk ditambah pula kenyataan yang tidak cermat dan mengguriskan hati mahasiswa oleh menteri berkenaan supaya graduan bidang pendidikan ini mencari kerja lain selain dari guru.

Selain itu mempersoalkan nasib graduan ISMP yang dianak tiri, dalam masa yang sama sejumlah 13000 guru Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) diserap ke jawatan tetap melalui Kursus Dalam Cuti (KDC) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang sepatutnya diisi oleh graduan bidang pendidikan yang tamat pengajiannya pada 2011 ini. Selain itu, pengumuman pada bajet 2012 untuk melanjutkan umur bersara penjawat awam daripada 58 tahun kepada 60 tahun juga turut memberi kesan berantai kepada pengangguran graduan yang terpaksa menunggu dua tahun lagi untuk mengisi ruang dalam penjawat awam dan juga terpaksa bersaing dengan graduan baru pada masa tersebut. Lebih mengecewakan lagi ialah bangsa asing lebih diutamakan untuk menjadi pendidik kepada anak bangsa kita setelah pengumuman kerajaan untuk membawa masuk 300 orang guru bahasa inggeris dari Amerika Syarikat yang menelan belanja RM18 juta sedangkan dalam masa yang sama ramai graduan anak watan yang menganggur. Persoalannya, siapa yang lebih diutamakan untuk mendidik generasi bangsa kita. Oleh yang demikian, seramai 5,000 mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menuntut Kementerian Pelajaran memberi jaminan penempatan sekolah kepada mereka sama seperti Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Ini kerana graduan UPSI telah dilatih untuk menjadi guru sebenar, sekali gus mengurangkan isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan. Mengapa kekosongan jawatan guru diberikan kepada lepasan GSTT yang tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru. Kementerian Pelajaran perlu menghentikan pengambilan GSTT sebagai guru tetap kerana golongan tersebut sepatutnya menjadi sokongan dan bukan pilihan utama. Kementerian juga dituntut supaya tidak menawarkan pelan Diploma Pendidikan Lepasan

Ijazah (DPLI) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kepada graduan lepasan ijazah bukan pendidikan kerana ia mampu membunuh usaha melahirkan guru profesional. Pada masa yang sama Kementerian juga perlu mengeluarkan unjuran penempatan yang lebih tepat dan telus agar pihak universiti dapat menyediakan jumlah graduan yang mencukupi. Tuntutan tersebut dibuat bagi menjamin masa depan mahasiswa dan graduan ISMP. Kebanyakan graduan ISMP menganggur kerana mereka tidak diterima bekerja di sektor lain atas alasan ijazah pendidikan yang dimiliki tidak menepati kehendak mereka. Justeru, peluang graduan ini untuk bekerja hanyalah dalam bidang pendidikan tetapi hak mereka sebagai guru telah dinafikan oleh golongan GSTT tersebut. Pada masa kini, pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran, keluarga, masyarakat dan negara. Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah: Sebagai suluh yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembang dan memajukan pendidikan. Menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara. Sebagai rujukan unuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan negara.

Sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan.

Sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahan-bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai pengawal ke atas sebarang penyelewengan aktiviti daripada dasar pendidikan. Menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan. Misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah untuk membangunkan sistem

pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembang potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Matlamat KPM pula ialah melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, melahirkan insan yang beriman, berilmu dan berketrampilan, menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara serta memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia. Selain itu, KPM juga ingin memartabatkan profesion perguruan dan memperkenalkan Standard Guru Malaysia (SGM). Penggubalan SGM adalah berlandaskan kepada matlamat pembangunan modal insan yang berupaya untuk memberi sumbangan ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Oleh kerana pembangunan modal insan berkualiti adalah bergantung kepada pendidikan berkualiti, maka Standard Guru Malaysia yang menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru akan membolehkan mereka memberi pendidikan berkualiti, demi membina modal insan berkualiti, khasnya celik Teknologi Maklumat

dan Komunikasi (TMK), progresif dan mampu bersaing di dalam pasaran kerja global. SGM juga digubal berdasarkan rasional seperti berikut:

Guru berkualiti sebagai profesional yang berkesan hendaklah mempunyai nilai profesionalisme keguruan, ilmu pengetahuan serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam tahap amalan yang tinggi.

Untuk melantik guru berkualiti sebagai profesional yang berkesan, agensi dan institusi latihan perguruan hendaklah menyediakan keperluan-keperluan yang jelas dan lengkap untuk membolehkan proses latihan perguruan dilaksanakan dengan lancar, berkesan serta bermutu tinggi.

Oleh kerana KPM ditugaskan untuk melonjakkan kecemerlangan institut pendidikan guru supaya menjadikan contoh teladan, adalah wajar standard, iaitu pengukuran piawai bagi institut latihan perguruan diwujudkan.

Maka, Standard Guru Malaysia hendaklah menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian Qualification Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi.

Memartabatkan Profesion Perguruan Ke Tahap Lebih Tinggi Ketua Pengarah Pelajaran yang baru, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berazam menambah baik skim perkhidmatan pendidikan dan mengangkat profesion keguruan ke tahap lebih tinggi dalam perkhidmatan awam. Menurutnya, dengan memartabatkan profesion itu maka ia akan memperkemaskan lagi sistem penyampaian dan seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini secara menyeluruh.

Memang diakui berlaku sedikit kecelaruan dalam sistem perjawatan perguruan. Bagaimanapun, kita tidak boleh menafikan pandangan dan peringatan sesetengah pihak yang sedia menyedari hakikat profesion perguruan di Malaysia. Satu persoalan yang timbul ialah adakah profesion perguruan di Malaysia sudah dianggap satu kerjaya profesional? Mungkin ada kalangan kita termasuk saudara sendiri mengatakan ya dan ada juga yang mengatakan tidak. Antara faktornya kerana kehadiran GSTT. Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) merupakan individu yang berminat jadi guru namun tidak mempunyai sjil, diploma atau ijazah dalam bidang perguruan. Kebiasaannya mereka akan menjadi guru ganti bagi memenuhi kekekurangan guru di sekolah. Merekta tertakluk bawah kontrak tertentu dan boleh ditamatkan bila-bila masa sahaja. Jika diteliti profesion lain yang dianggap popular dan bertaraf profesional seperti perubatan, guaman dan akauntan, adakah akan wujud jawatan bertaraf sandaran tidak terlatih? Pernahkah kita mendengar akauntan sandaran tidak terlatih atau doktor sandaran tidak terlatih? Sama ada mahu mengakui atau tidak, kewujudan GSTT menimbulkan sedikit kecelaruan dalam sistem perjawatan perguruan, apatah lagi perguruan sudah dianggap satu kerjaya profesional. Seharusnya tidak wujud lagi sandaran tidak terlatih dan jawatan sebegini tidak ada pada kerjaya lain bertaraf profesional seperti perubatan, guaman dan akauntan. Faktor kekurangan guru bukan lagi alasan sesuai ketika ini, apatah lagi keperluan terhadap sistem pendidikan yang amat tinggi serta kritikal dan sewajarnya usaha penambahbaikan dilakukan terhadap profesion ini. Selaras dengan itu jugalah Kementerian Pelajaran menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dan satu daripada terasnya ialah Memartabatkan Profesion Perguruan dan mengikut teras ini jugalah satu daripada pengisiannya

sifar GSTT. Namun Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 sudah berakhir dan sewajarnya pelan induk baru yang dirangka akan mengambil kira keperluan sifar GSTT juga. Memang benar GSTT banyak membantu dari segi perjalanan operasi sekolah, tetapi untuk diserap ke jawatan tetap bukan sesuatu yang wajar kerana masih ramai mereka yang berkelayakan yang boleh memenuhi jawatan berkenaan. Mungkin dengan menyerap GSTT masih ramai bakal guru sukar mendapat tempat di mana-mana sekolah selepas tamat kursus kelak. Kecelaruan yang berlaku ini disebabkan tuntutan semasa dan kehendak sesetengah pihak yang kurang sedar akan tanggungjawab mereka memartabatkan profesion perguruan yang hakikatnya semakin hari semakin mencabar. Janganlah sampai suatu ketika masyarakat mempersoalkan kelayakan seseorang guru untuk mengajar. Harus diingat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Dalam Cuti (KDC) mahupun kursus lain yang ditawarkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bukanlah untuk menindas mana-mana pihak. Semua kursus itu adalah suatu usaha ke arah memartabatkan profesion perguruan. Kalau ingin memandu kereta haruslah dapatkan lesen memandu terlebih dulu, begitu juga pengamal perubatan, peguam dan tidak terkecuali sebagai seorang guru. Justeru, memartabat profesion perguruan bukan dengan penyerapan GSTT. Graduan ISMP Terperangkap Dengan Pengangguran Perkembangan semasa menyaksikan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zakashi mengeluarkan kenyataan berhubung penyerapan 13,000 GSTT kepada guru berjawatan. Dilaporkan surat penawaran jawatan telah mula diedarkan kepada GSTT yang sedia ada dari

bulan lepas lagi. Tindakan ini dilihat terlalu tergesa-gesa selepas rungutan GSTT tidak mendapat sambungan kontrak. Apabila kenyataan ini dikeluarkan, ia memberi keuntungan kepada GSTT. Tetapi bagaimana dengan nasib bakal-bakal guru terlatih atau digelar sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) yang menamatkan pengajian pada Disember 2011 dan Mei 2012. Apakah penempatan mereka akan diumumkan dalam masa yang terdekat? Namun bagaimana dengan nasib graduan-graduan pendidikan daripada pelbagai universiti awam dan institut pengajian tinggi awam swasta (IPTS) yang menawarkan kursus sama jika tiada penempatan diumumkan dalam masa yang terdekat. Memang benar ada yang menyatakan, carilah kerja lain dulu. Tapi satu persepsi apabila pergi temuduga, susah bagi majikan sektor swasta mengambil graduan jurusan pendidikan atas anggapan kumpulan ini tidak akan lama berkhidmat. Bukan berhasrat untuk menyalahkan pihak KPM mahupun pihak menteri yang berkenaan. Cuma berharap jika warga GSTT mendapat pembelaan sewajarnya, graduan pendidikan terlatih wajar mendapat penempatan dan keadilan. Janganlah jadi seperti kera di hutan disusukan, anak di rumah menangis kelaparan. Ini disebabkan ribuan graduan ijazah sarjana muda pendidikan (ISMP) kini seolah-olah terperangkap dalam dunia pengangguran apabila gagal ditempatkan sebagai guru dan dalam masa sama sukar diterima di sektor swasta. Masalah itu berpunca daripada penempatan mereka sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) masih belum diumumkan. Graduan ISMP mempunyai latihan khusus dalam pendidikan yang menjadikan mereka sukar diterima di pasaran kerja dan tiada pilihan selain menjadi guru. Buktinya ramai graduan ISMP di tolak mentah-mentah oleh majikan swasta atas alasan tidak kekal lama dan akan

mengambil hak graduan bidang lain. Penempatan kedua mereka sehingga kini masih menjadi persoalan setelah hanya satu penempatan diumumkan bagi tempoh Disember 2010 sehingga awal Oktober tahun ini. Pengumuman itu bagi graduan yang mengisi borang e-GST pada Disember tahun lalu. Selain itu, terhadap tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang

"membekukan" perjawatan guru GST - tetapi membuka penempatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dan Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) menimbulkan kekecewaan di kalangan graduan ISMP. Daripada maklum balas yang diterimanya juga, Gabungan Graduan ISMP Malaysia (GGIM) mendakwa hanya graduan lepasan institut pendidikan guru dan ISMP dari institus pengajian tinggi awam sahaja layak berkhidmat. Selaras dengan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zarkashi Julai lalu bahawa 13,000 GSTT diserap kepada guru berjawatan, menimbulkan persoalan sama ada ia bermaksud pengambilan kedua GST akan dibekukan. Jika benar maka pihak kerajaan dilihat tidak dapat merealisasikan perancangan mensifarkan GSTT semasa perlaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang sudah pun berlalu, di mana isu GSTT masih berlarutan hingga kini dan menimbulkan banyak kecelaruan dalam penempatan GST. KPM juga tidak dapat memberitahu tarikh tepat borang penempatan dikeluarkan dan sering menasihatkan graduan terlibat selalu menyemaknya di laman web. Ini bukanlah jawapan yang positif dan bersifat umum serta satu bentuk alasan yang boleh digelarkan sebagai acuh tak acuh. Sehingga kini Tan Sri Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri masih gagal memberi jaminan 'posting' kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP). Graduan dalam bidang pendidikan ini memerlukan jawapan daripada pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia khususnya oleh Tan Sri Muhyidin untuk memastikan mereka boleh mengatur masa depan yang baik kerana pengangguran dikalangan graduan bakal guru ini semakin teruk ditambah pula kenyataan yang tidak cermat dan mengguriskan hati mahasiswa oleh menteri berkenaan supaya graduan bidang pendidikan ini mencari kerja lain selain dari guru.

Selain itu mempersoalkan nasib graduan ISMP yang dianak tiri, dalam masa yang sama sejumlah 13000 guru Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) diserap ke jawatan tetap melalui Kursus Dalam Cuti (KDC) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang sepatutnya diisi oleh graduan bidang pendidikan yang tamat pengajiannya pada 2011 ini. Selain itu, pengumuman pada bajet 2012 untuk melanjutkan umur bersara penjawat awam daripada 58 tahun kepada 60 tahun juga turut memberi kesan berantai kepada pengangguran graduan yang terpaksa menunggu dua tahun lagi untuk mengisi ruang dalam penjawat awam dan juga terpaksa bersaing dengan graduan baru pada masa tersebut. Lebih mengecewakan lagi ialah bangsa asing lebih diutamakan untuk menjadi pendidik kepada anak bangsa kita setelah pengumuman kerajaan untuk membawa masuk 300 orang guru bahasa inggeris dari Amerika Syarikat yang menelan belanja RM18 juta sedangkan dalam masa yang sama ramai graduan anak watan yang menganggur. Persoalannya, siapa yang lebih diutamakan untuk mendidik generasi bangsa kita. Oleh yang demikian, seramai 5,000 mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menuntut Kementerian Pelajaran memberi jaminan penempatan sekolah kepada mereka sama seperti Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Ini

kerana graduan UPSI telah dilatih untuk menjadi guru sebenar, sekali gus mengurangkan isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan. Mengapa kekosongan jawatan guru diberikan kepada lepasan GSTT yang tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru. Kementerian Pelajaran perlu menghentikan pengambilan GSTT sebagai guru tetap kerana golongan tersebut sepatutnya menjadi sokongan dan bukan pilihan utama. Kementerian juga dituntut supaya tidak menawarkan pelan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kepada graduan lepasan ijazah bukan pendidikan kerana ia mampu membunuh usaha melahirkan guru profesional. Pada masa yang sama Kementerian juga perlu mengeluarkan unjuran penempatan yang lebih tepat dan telus agar pihak universiti dapat menyediakan jumlah graduan yang mencukupi. Tuntutan tersebut dibuat bagi menjamin masa depan mahasiswa dan graduan ISMP. Kebanyakan graduan ISMP menganggur kerana mereka tidak diterima bekerja di sektor lain atas alasan ijazah pendidikan yang dimiliki tidak menepati kehendak mereka. Justeru, peluang graduan ini untuk bekerja hanyalah dalam bidang pendidikan tetapi hak mereka sebagai guru telah dinafikan oleh golongan GSTT tersebut.

Anda mungkin juga menyukai