Anda di halaman 1dari 36

DIPLOMA IN EDUCATION

INSTITUTE OF EDUCATION

SCHOOL & COMMUNITY (EDC 5360)


CIRI-CIRI GURU YANG BERKESAN DAN CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI OLEH MEREKA
: DISEDIAKAN OLEH AISHAH BTE ABD RAHMAN (G 1028538) FARAH ADINEE BINTI AHMAD FAIZAL (G 1023872)

PENSYARAH :

DR MOHD JOHDI SALLEH


SEMESTER 1 SESI 2010

ISI KANDUNGAN

Bil 1 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

Tajuk Penghargaan Pengenalan dan Latar Belakang Kajian Penyataan Masalah Kajian Matlamat dan Objektif Kajian Persoalan Kajian Kepentingan Kajian Kaedah Kajian Analisis Data dan Dapatan Kajian Perbincangan dan Implikasi Kajian Kesimpulan Rujukan Lampiran

Muka Surat 2 3 7 8 9 9 10 12 15 19 22 23

Penghargaan Bissmillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia-Nya dapat kami menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Diharapkan agar penghasilan tugasan ini dapat membantu kami bagi mendapat ilmu pengetahuan yang lebih 2

mendalam dalam subjek ini dan memperoleh pengalaman yang tidak ternilai untuk bekalan pada masa sekarang dan akan datang.

Pada kesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Mohd Johdi Salleh kerana sentiasa membimbing kami sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada rakan-rakan setugas atas kerjasama yang diberikan ketika soal selidik ini dijalankan. Jasa baik pihak Maktab Rendah Sains Mara Serting juga amat dihargai. Kami juga ingin menyampaikan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua responden kami yang banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama yang baik sepanjang tugasan ini dijalankan. Tidak dilupakan juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga Allah merahmati anda semua. Akhir kata daripada kami, semoga tugasan ini dapat memberi sumbangan walaupun sedikit dalam memajukan dan memartabatkan profesion perguruan ini selaras dengan matlamat dan pengisian Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Sekian, terima kasih.

Pengenalan dan Latar Belakang Kajian

Profesion perguruan adalah antara pekerjaan yang penting dalam penyampaian ilmu kepada pelajar di sekolah. Peranan guru sangat penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat, dan negara. Guru juga merupakan golongan yang

paling penting dalam memacu wawasan negara. Tugas guru dianggap mulia kerana gurulah yang dapat mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna.

Pada era globalisasi sekarang peranan guru menjadi semakin mencabar. Perubahan besar dalam dunia pendidikan menyebabkan tugas seorang guru menjadi semakin sukar. Penambahan kursus atau subjek, bilangan pelajar, perkembangan institusi pendidikan, dan kemodenan teknologi adalah antara faktor-faktor yang menyebabkan peranan guru menjadi semakin kompleks. Berdasarkan kenyataan ini, ternyata guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak bangsa. Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara, guru bertanggungjawab dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani serta untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak mulia. Bagi merealisasikan matlamat ini, golongon guru hendaklah memastikan martabat keguruan sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Dalam usaha untuk memartabatkan profesionalisme keguruan, guru-guru perlulah berusaha untuk menjadi guru yang berkesan di sekolah. Banyak kajian mengenai guru berkesan telah dijalankan. Sehubungan dengan itu, penyelidikpenyelidik dalam bidang pendidikan mempunyai definisi tersendiri mengenai guru berkesan. Menurut Imam Al-Ghazali (1988) dan Al-Ibrashy, (1976), guru muslim yang berkesan menunjukkan keterampilan dari segi gaya bercakap, kekemasan berpakaian, penghayatan nilai Islam, penjagaan masa pengajaran (engagement time), ketepatan masa dalam setiap perjanjian, keadilan dalam layanan dan sebagainya. Menurut Huitt (1994) pula guru berkesan bukan sahaja memberi kesan dalam bidang pelajaran yang diajar, mudah faham dan diminati oleh pelajar, tetapi juga boleh

menjadi contoh kepada pelajar dari pelbagai aspek personaliti kerana personaliti guru mempengaruhi sikap pelajar. Columnist William Raspberry (1993) mengatakan guru berkesan adalah seseorang yang penyayang, mengambil berat kebajikan pelajarnya, bermotivasi, menunjukkan kesungguhan, mempunyai perancangan yang terliti, berpengetahuan tinggi dalam mata pelajaran yang diajarnya dan boleh berinteraksi secara positif dengan ibu bapa dan pihak pentadbir.

Manakala Mc Ewan E.K. (2001) pula menyatakan guru yang berkesan terdiri daripada mereka yang sanggup membantu pelajar belajar melalui cara-cara yang boleh dinilai di mana ciri-ciri guru yang berkesan dapat dinilai berdasarkan 3 kategori major iaitu sahsiah yang bermotivasi, kecenderungan ke arah kejayaan dan menunjukkan perilaku profesionalisme keguruan. Ciri-ciri sahsiah guru yang bermotivasi adalah dari segi kegigihan, mesra, mempunyai unsur jenaka serta keupayaan guru. Guru yang bermotivasi gembira dan ikhlas dengan tugas yang dilaksanakan, sentiasa memberikan sokongan kepada pelajar serta mempercayai dan mudah dipercayai. Kegigihan guru pula boleh dilihat berdasarkan sifat yang dinamik, bertenaga dan ekspresi diri yang positif. Guru-guru juga amat prihatin terhadap pelajar serta menunjukkan minat terhadap bahan pengajaran. Guru yang mesra pula mewujudkan hubungan interpersonal dengan pelajar iaitu menunjukkan contoh tauladan yang baik. Lazimnya, guru yang benar-benar baik, peramah dan prihatin terhadap pelajar, menunjukkan sikap yang positif dan berminat terhadap permasalahan pelajar. Kebolehan guru secara bersahaja atau dirancang untuk mencetuskan atau menyelitkan bahan jenaka dalam pengajaran seharian atau sewaktu berinteraksi dengan pelajar juga perlu bagi mengurangkan kebosanan dan ketegangan

(fatigue) dan guru tidak perlu malu untuk berjenaka atau ketawa apabila mendengar jenaka.

Aspek guru berkesan yang kedua adalah cenderung ke arah kejayaan atau berorientasikan kejayaan. Dalam hal ini, guru menyimpan harapan dan tanggapan yang tinggi untuk berjaya iaitu melibatkan keyakinan tinggi daripada guru terhadap kebolehan sendiri untuk berjaya serta kepercayaan akan kebolehan pelajar untuk turut sama berjaya menguasai bahan pengajaran. Selain itu, guru yang berorientasikan kejayaan sering memberi galakan dan sokongan. Galakan dan sokongan ini akan mempertingkat keyakinan diri dan penghargaan kendiri pelajar yang penting bagi masa depan dan proses sosialisasi pelajar. . Aspek ketiga menurut McEwan, E.K. (2001) dalam ciri-ciri guru yang berkesan adalah mempamerkan perilaku profesionalisme keguruan. Antaranya guru mempunyai kesungguhan bersikap dan bertindak membuat keputusan seperti seorang usahawan yang gigih namun fleksibel dalam menangani masalah pelajar serta membantu mereka. Guru juga akan mengatur set induksi yang menarik. Hal ini penting diwujudkan pada awal pengajaran bagi mencetuskan dan menarik minat pelajar. Selain itu, guru berkesan akan melakukan ulang kaji serta mengubah suai kaedah pengajaran sekiranya bahan pengajaran tidak dapat difahami oleh murid. Murid juga digalakkan berinteraksi dengan guru serta sentiasa bersoal jawab bagi meningkatkan kefahaman serta keyakinan diri murid. Di samping itu, guru berkesan juga akan memberikan maklum balas kepada pelajar tentang pencapaian masing-masing (Walberg, 2003). Pengukuhan juga diberi dalam usaha guru untuk mempertingkat tahap motivasi pelajar. No Child Left Behind Act (NCLB) merupakan satu ketetapan perundangan pendidikan di Amerika Syarikat di mana tindakan undang-undang boleh diambil

terhadap pihak sekolah sekiranya prestasi akademik pelajar tidak meningkat ke tahap yang ditetapkan. Jelasnya di Amerika Syarikat guru bertanggungjawab membimbing pelajar menguasai bahan pengajaran-pembelajaran. Umumnya, ciri-ciri kendiri guru berkesan dizahirkan dalam bentuk tingkah laku di mana ciri-ciri tingkah laku ini berbeza di antara individu guru. Ciri-ciri peribadi seperti kesungguhan dan ceria tidak dapat dipelajari manakala ciri-ciri profesional serta keusahawanan dapat dipelajari dan dipupuk.

Penyataan Masalah Kajian

Setiap tahun, banyak institusi-institusi yang membekalkan guru ke pasaran pendidikan. Seiring dengan lambakan guru, isu-isu yang tidak enak tentang guru juga

banyak tersiar di dada-dada akhbar. Guru pada zaman globalisasi ini dikatakan menghadapi bebanan kerja yang berat dan ini menyebabkan banyak berlaku masalah disiplin dalam kalangan guru seperti guru merokok, guru hadir lewat, guru tidur di dalam kelas dan sebagainya. Ada juga dalam kalangan guru yang didakwa di dalam mahkamah oleh ibu bapa pelajar atas tuduhan menghukum pelajar dengan teruk. Persoalannya di sini, adakah guru-guru yang merupakan produk dari institusi-institusi terkenal tidak cukup berwibawa sehinggakan isu yang tidak enak tentang guru tersebar?.

Isu-isu di atas banyak menyentuh peribadi dan sahsiah seorang pendidik. Untuk merealisasikan matlamat pendidikan negara, kita memerlukan seorang guru yang mempunyai ciri-ciri guru berkesan dari segi peribadi dan sahsiah yang baik. Guru yang berkesan amat diperlukan dalam melahirkan pelajar yang berpengetahuan tinggi dan berakhlak mulia. Hal ini kerana hanya guru yang seperti ini dapat menyampaikan ilmu dengan baik dan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Menurut Tuan Mohd Fadlan Tuan Jaafar (2006:47-49), sifat-sifat keperibadian guru yang unggul adalah baik hati, humor, sabar, bertanggungjawab, yakin dan menunjukkan kepimpinan. Berdasarkan kepada aspek yang dinyatakan di atas, maka kajian mengenai ciri-ciri guru berkesan dan cabaran-cabaran untuk menjadi guru yang berkesan ini dijalankan.

Matlamat dan Objektif Kajian

Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji tentang tahap pengamalan ciri-ciri guru berkesan dan cabaran-cabaran yang harus dihadapi dalam kalangan guru- guru MARA. Antara objektif kajian adalah seperti berikut: i. Untuk memperihalkan ciri-ciri guru berkesan dalam kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang efektif di sekolah. ii. Untuk mengenal pasti kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran berkesan

yang diamalkan oleh guru-guru. iii. Untuk mengenal pasti keberkesanan perlaksanaan kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang digunakan oleh guru yang berkesan. iv. Untuk mengenal pasti peranan dan sumbangan yang diberikan oleh guru

berkesan kepada sekolah. v. vi. Untuk mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru berkesan. Untuk mengenal pasti langkah-langkah yang diambil oleh guru dalam cabaran-cabaran yang dihadapi dalam kaedah pengajaran dan

menangani

pembelajaran yang berkesan pada masa kini.

Persoalan Kajian

Soalan utama kajian adalah seperti berikut: i. ii. Apakah ciri-ciri seorang guru yang berkesan? Apakah kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran berkesan yang diamalkan oleh guru? iii. iv. Apakah kesan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah ? Apakah peranan dan sumbangan yang diberikan oleh guru yang berkesan di

sekolah? v. vi. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru yang berkesan? Apakah langkah-langkah yang diambil oleh guru dalam menangani cabaran-

cabaran yang dihadapi?

Kepentingan Kajian

Antara kepentingan kajian ini adalah seperti berikut: i. Kajian dijalankan berdasarkan keperluan masa kini yang signifikan ke arah

melahirkan seorang guru yang efektif. ii. Mengkaji tahap keberkesanan pengajaran guru yang berkesan untuk mencapai

matlamat pendidikan negara. iii. Kepentingan mengetahui kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam

kalangan guru yang berkesan untuk melahirkan pelajar cemerlang dan terbilang. iv. Data yang diperoleh berkemungkinan dapat menjadi bahan rujukan dan panduan

kepada semua guru dalam usaha untuk menjadi seorang guru yang berkesan di sekolah. Kaedah Kajian

10

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Kaedah pemerhatian dan soal selidik digunakan untuk mendapatkan data kajian. Sebanyak 100 set borang kaji selidik telah disediakan. Item soal selidik ini merangkumi ciri-ciri guru berkesan yang dikategorikan kepada tiga major iaitu sahsiah guru yang bermotivasi, kecenderungan ke arah kejayaan dan menunjukkan profesionalisme keguruan. Populasi yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada guru-guru yang mengajar di semua institusi pendidikan MARA, termasuk MRSM, KKTM, KPM, KM dan IKM.

Kaedah kajian yang pertama ialah soal selidik. Dalam kaedah ini, satu bentuk soal selidik telah dibina untuk mengkaji ciri-ciri guru berkesan dan cabaran-cabaran yang dihadapinya. Kaedah ini dipilih dalam kajian kerana cara kajian sebegini mudah untuk dilaksanakan dan mempunyai ciri ciri kredibilti, keobjektifan,

kebolehpercayaan dan kesahan yang mana ia boleh digeneralisasikan kepada sampel. Teknik borang soal selidik yang digunakan adalah berbentuk tertutup di mana pilihan jawapan telah disediakan dan responden hanya perlu menandakan jawapan yang sesuai. Soal selidik ini mengandungi 38 soalan dan dibahagikan kepada empat bahagian yang dinilai menggunakan skala. Terdapat 7 soalan pada bahagian pertama dibina untuk mengetahui profil demografi guru. Skala yang digunakan ialah 1 4 iaitu 1= sangat tidak setuju, 2 = tidak setuju, 3 = setuju, 4 = sangat setuju. Manakala pada bahagian kedua mengandungi 10 soalan bertujuan untuk mengkaji sahsiah guru. Skala yang digunakan sama seperti pada bahagian pertama, iaitu 1 = sangat tidak setuju, 2 = tidak setuju, 3 = setuju, 4 = sangat setuju. Bahagian ketiga pula mengandungi sebanyak 5 soalan yang mengkaji kecenderungan seseorang guru itu ke

11

arah kejayaan. Bahagian keempat pula terdiri daripada 15 soalan yang mengkaji perilaku profesionalisme seorang guru.

Analisis Data dan Dapatan Kajian 12

Bahagian I :Sahsiah Guru

S S GURU AH IAH
1.60%

39.20% TIDAK SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU 59.20%

Rajah 1

Rajah 1 menunjukkan peratusan bilangan guru mengenai pendapat mereka berkaitan sahsiah guru yang membentuk ciri-ciri guru yang berkesan. Terdapat 4 skala yang digunakan untuk menguji tahap pendapat mereka mengenai sahsiah guru. Daripada kajian yang telah dibuat, sebanyak 59.20% responden bersetuju bahawa sahsiah guru itu sendiri mencerminkan ciri-ciri guru yang berkesan. Hanya segelintir guru sahaja yang tidak bersetuju bahawa sahsiah guru itu kurang mencerminkan ciriciri guru yang berkesan. Majoriti berpendapat bahawa guru yang berkesan itu perlulah mempunyai ciri-ciri seperti gigih, bermotivasi tinggi, prihatin terhadap para pelajar, peramah, serta mampu menyelitkan sedikit unsur-unsur jenaka dalam pembelajaran yang membuatkan seseorang guru itu mudah didekati dan disenangi bukan sahaja dalam kalangan para pelajar tetapi juga dalam kalangan rakan sekerja.

Bahagian II : Kecenderungan ke Arah Kejayaan 13

K ECEND ERUNGAN K ARAHK E EJAY AAN


1.80%

48.40%

TIDAK SETUJU SETUJU 49.80% SANGAT SETUJU

Rajah 2

Rajah 2 menunjukkan peratusan bilangan guru mengenai pendapat mereka tentang kecenderungan seorang guru yang berkesan ke arah kejayaan. Majoriti sebanyak 49.80% daripada responden bersetuju manakala hanya 1.80% responden menyatakan pendapat mereka tidak bersetuju mengenai kecenderungan seorang guru yang berkesan ke arah kejayaan. Responden kebanyakannya bersetuju bahawa ciri-ciri guru yang berkesan sentiasa meletakkan harapan yang tinggi untuk berjaya serta memberikan sokongan dan galakan yang positif di samping perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi bagi mencapai matlamat yang diingini. Mereka juga berpendapat bahawa antara ciri-ciri guru yang berkesan ialah perlu mempunyai penghargaan kendiri yang positif dan tinggi bagi mencapai kejayaan dalam menghadapi semua cabaran yang mendatang.

Bahagian III : Perilaku Profesionalisme Keguruan 14

PERIL U PROF IONAL MEK AK ES IS EGURUAN


1.53%

46.27% TIDAK SETUJU SETUJU 52.20% SANGAT SETUJU

Rajah 3

Rajah 3 menunjukkan peratusan guru mengenai pendapat mereka mengenai pendapat mereka mengenai perilaku profesionalisme keguruan. Seperti dalam rajah 1 dan 2, terdapat empat skala yang digunakan untuk menguji tahap pendapat mereka mengenai perilaku profesionalisme keguruan yang mencerminkan ciri-ciri guru yang berkesan. Daripada analisis yang dibuat, sebanyak 52.20% responden menyatakan pendapat bahawa mereka bersetuju bahawa perilaku profesionalisme itu banyak mempengaruhi ciri-ciri guru yang berkesan. Hanya 1.53% responden berpendapat sebaliknya iaitu tidak bersetuju. Kebanyakan responden bersetuju bahawa perilaku profesionalisme seorang guru sangat berkait rapat atau mempunyai hubungan langsung dengan ciri-ciri seorang guru yang berkesan.

Perbincangan dan Implikasi Kajian. 15

Berdasarkan dapatan kajian pengkaji melalui kajian yang dijalankan melalui edaran borang soal selidik, didapati bahawa lebih daripada separuh responden bersetuju dengan item yang dikemukakan oleh pengkaji. Bahagian yang pertama, menyentuh mengenai sahsiah guru. Dalam bahagian tersebut, sebanyak 59.2% guru memilih untuk bersetuju dengan isi item yang dikemukakan. Hal ini meliputi aspek penyampaian guru yang berkesan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran selain keikhlasan guru dalam menjalankan tugasan hakikinya iaitu mengajar di dalam kelas di samping berfungsi sebagai pendidik dalam membentuk sahsiah pelajarnya dari semasa ke semasa. Selanjutnya, bahagian sahsiah guru juga turut memberi penekanan kepada aspek personaliti yang seharusnya ditampilkan oleh seorang guru. Situasi ini merangkumi gaya, mimik. muka dan penampilan diri yang positif dalam kalangan guru. Merujuk kepada kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa guru yang berperwatakan positif akan meninggalkan kesan yang efektif terhadap proses pengajarannya.Dalam hal ini, pengkaji mendapati bahawa 46.27% guru sangat bersetuju dengan item sahsiah guru yang dikemukakan oleh pengkaji. Tambahan pula, keprihatinan seorang guru terhadap kepelbagaian latar belakang budaya pelajar juga turut mempengaruhi keperibadiannya sebagai seorang guru. Hal ini amat penting kerana guru perlu mendekati dan mengenali dengan lebih dekat mengenai taraf sosioekonomi dan sosialisasi seseorang pelajar itu sendiri. Melalui pendekatan sebegini, pelajar akan berasa selesa untuk mendampingi gurunya yang bersifat prihatin terhadap latar belakang pelajarnya. Rentetan daripada ciri tersebut, guru juga secara tidak langsung dapat membantu atau membimbing pelajarnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Secara jelasnya di sini, dapat dinyatakan bahawa kepekaan seorang guru terhadap masalah yang dihadapi oleh para pelajarnya amat berkait rapat dengan

16

kriteria sahsiah guru yang terpuji dan boleh diteladani. Konklusinya, melalui item sahsiah guru ini, dapatlah disimpulkan bahawa majoriti responden memilih untuk bersetuju dan sangat bersetuju dengan pernyataan yang dikemukakan. Jelasnya, sahsiah guru yang baik sememangnya menjadi penanda aras ke arah melahirkan seorang guru yang benar-benar berkesan. Seterusnya, bahagian kedua mengkaji mengenai aspek kecenderungan ke arah kejayaan. Melalui bahagian ini, sebanyak 5 pernyataan telah dikemukakan oleh pengkaji terhadap responden mereka.Secara jelasnya, dapat dilihat bahawa peratusan dapatan antara guru yang bersetuju dan sangat bersetuju adalah sangat hampir. Merujuk kepada pilihan bersetuju dengan pernyataan, sebanyak 49. 8% responden telah memilihnya manakala bagi pilihan sangat bersetuju sebanyak 48.40 % responden telah memilih item tersebut. Jelas dapat dilihat di sini bahawa jurang antara kedua-dua dapatan tersebut tidak jauh bezanya. Hal ini menunjukkan bahawa kecenderungan guru ke arah kejayaan bersifat positif dan menepati ciri-ciri guru yang berkesan. Sebagai contoh, seorang guru yang berkesan percaya dan yakin bahawa mereka mempunyai potensi dan matlamat yang jelas dalam usaha untuk memartabatkan profesionnya sebagai sebagai seorang guru di samping sentiasa memberikan galakan dan sokongan yang membina dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang seimbang bukan sahaja dalam bidang akademik semata-mata malah turut memberikan tumpuan kepada pembinaan jati diri dan rohani yang tekal. Hal ini amat sejajar dengan hasrat negara dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan pencapaian aspek JERI yang seimbang meliputi jasmani, emosi, rohani dan intelek para pelajar, Di samping itu, peratusan responden yang tidak bersetuju adalah sangat kecil iaitu sebanyak 1.80% sahaja. Oleh itu, guru- guru perlu meningkatkan rasa percaya diri untuk merealisasikan matlamat diri seterusnya

17

mencapai kejayaan yang cemerlang dalam profesion pendidikan bertunjangkan objektif yang realistik dan boleh dicapai. Selanjutnya, pada bahagian ketiga borang soal selidik, tumpuan kajian adalah kepada aspek perilaku profesionalisme keguruan. Pada bahagian ini, pengkaji melihat beberapa aspek perilaku guru yang cuba dikenal pasti dan didalami dalam kalangan guru MARA. Merujuk kepada dapatan kajian, separuh daripada responden telah menyatakan pendapat bahawa mereka bersetuju dengan pernyataan yang

dikemukakan oleh pengkaji.Antara pernyataan yang penting untuk diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran guru adalah melibatkan aspek pengurusan kelas secara berkesan. Hal ini termasuklah aspek pengurusan masa yang teratur bagi membolehkan sesi P&P berjalan dengan lancar. Tambahan pula, majoriti responden ( 52.2 %) bersetuju bahawa melalui aspek perancangan yang teliti akan membawa implikasi yang positif iaitu bagi membolehkan guru mencapai matlamat yang cemerlang. Seterusnya, menyentuh peratusan sangat bersetuju, sebanyak 46.27 % responden amat memberi penekanan dan perhatian kepada aspek susun atur kelas yang sistematik dan kemas. Tidak dapat dinafikan lagi, bahawa aspek susun atur kelas merupakan antara kriteria yang sangat signifikan dalam usaha seorang guru untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan berkesan. Dalam hal tersebut juga, keselesaan pelajar sentiasa diambil berat bagi membolehkan mereka dapat menjalani sesi akademik dengan berkesan. Hal ini amat berkait rapat dengan aspek pengurusan kelas yang efektif. Sebagai seorang guru yang baik dan cemerlang, mereka seharusnya mempunyai darjah kepekaan yang baik terhadap situasi sekeliling yang sedikit sebanyak akn memberikan kesan terhadap keberkesanan sesi pengajarannya. Sementelahan pula, guru pada masa kini semakin terbuka dan menggalakkan penglibatan pelajar secara maksimum dalam sesi pengajaran dan

18

pembelajaran supaya kelas menjadi lebih hidup dan interaktif. Proses soal jawab yang berlaku antara guru dan murid merupakan suatu bentuk komunikasi yang penting bagi membolehkan guru mengukur tahap kefahaman para pelajarnya di samping mewujudkan kaedah pengajaran yang berpusatkan murid, tidak hanya berpusatkan guru semata-mata. Maklum balas yang diterima daripada para pelajar juga dijadikan sebagai landasan atau titik penambahbaikan terhadap sesuatu sesi pengajaran. Sebagai seorang guru yang berkesan, adalah sangat penting bagi seseorang guru itu untuk sentiasa membuat penambahbaikan terhadap proses P&P mereka. Refleksi yang dicatat dan disimpulkan setelah berakhirnya satu sesi pengajaran perlu dijadikan panduan oleh guru untuk merangka dan mengolah strategi pengajaran yang lebih menarik dan mampu mencapai objektif yang telah digariskan. Melalui kajian ini juga, didapati hanya sebilangan kecil guru yang tidak bersetuju dengan pernyataan yang dikemukakan dalam bahagian perilaku profesion keguruan ini. Hal ini perlu diambil kira meskipun peratusannya kecil ( 1.53%)kerana mungkin terdapat beberapa kekangan yang menyebabkan prestasi dan penilaian guru terhadap pengajarannya bersifat kurang berkesan dan tidak berlaku sebarang pembaharuan mahupun penambahbaikan dari semasa ke semasa. Oleh itu,untuk melahirkan seorang guru yang berkesan, kita perlu berani melakukan anjakan dan pembaharuan yang bersesuaian dengan cabaran pendidikan yang kian memuncak kini. Tanpa langkah dan usaha yang jitu, institusi pendidikan pasti akan mengalami kerumitan dan gagal memenuhi hasrat negara ke arah melahirkan individu yang berkualiti dan mampu menyumbang kepada pembangunan bunga bangsa pada masa depan.

Kesimpulan

19

Secara konklusinya, dapat dirumuskan di sini bahawa guru-guru perlulah mengimplimentasikan ciri-ciri guru yang berkesan seperti mempunyai sahsiah peribadi yang baik, menanamkan sifat kecenderungan ke arah kejayaan dan mengamalkan perilaku profesionalisme keguruan dalam diri mereka. Ciri-ciri guru berkesan ini mampu memastikan kejayaan pelajar dan pihak sekolah. Hal ini kerana guru yang mempunyai ciri-ciri guru yang berkesan akan sentiasa menggunakan kaedah terbaik dan strategik bersesuaian dengan peredaran zaman. Perkara ini juga penting bagi memastikan agar pelajar-pelajar dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Malahan, guru-guru yang berkesan juga biasanya akan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran dan risiko yang mendatang. Tambahan pula, mereka akan sentiasa meningkatkan kualiti diri mereka dari semasa ke semasa bagi melahirkan generasi masa hadapan yang lebih cemerlang dan terbilang. Umum mengetahui hakikat bahawa sekolah bakal menjadi lapangan

untuk melahirkan pemimpin-pemimpin masyarakat yang sedia bekerja untuk memajukan negara. Ironinya, bukan mudah untuk melahirkan seorang pelajar yang memiliki sahsiah yang terpuji, tidak menyusahkan orang lain dan memberi fokus kepada kejayaan dalam masyarakat. Mereka ini kelak akan menjadi model kepada pelajar cemerlang, membina keluarga bahagia dan disifatkan sebagai golongan yang membiakkan kebaikan demi kebaikan dalam masyarakat. Oleh itu,tidak dapat dinafikan lagi, usaha-usaha untuk melahirkan pelajar seperti ciri-ciri yang disebutkan di atas harus diimplimentasikan oleh seorang guru yang berkesan dan kalis mendepani cabaran dalam dunia pendidikan.

20

Antara instrumen yang signifikan untuk membina akhlak pelajar ialah kurikulum yang bersepadu dan membina hubungan mesra guru dan pelajar. Pengaruh luar yang merosakkan peribadi pelajar dapat diatasi dengan mudah apabila pemikiran dan jiwa pelajar dapat dikawal oleh ibu bapa dan guru. Di sekolah, guru merupakan insan yang paling rapat dengan pelajar, mengetahui keadaan keluarga, menilai prestasi akhlak dan kemajuan pelajaran pelajar. Tugas guru bukan sahaja mengajar malah membimbing. Bagi pelajar yang mendapat perhatian dan bimbingan guru, hidup mereka amat bertuah. Jelasnya di sini, sebagai seorang guru sememangnya mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha untuk melahirkan golongan muda yang bukan sahaja tergolong sebagai kalangan cendekiawan ,usahawan mahupun budayawan bahkan lebih besar lagi sebagai seorang warga yang kaya dengan jati diri dan sahsiah yang terpuji. Kadangkala kita turut merasai kesedihan yang ditanggung oleh seorang guru. Rintihan mereka adalah berkaitan kegagalan sistem yang berlegar dalam masyarakat dan negara. Namun guru-guru tidak boleh berdiam diri dan selesa berpeluk tubuh.Berpegang teguh pada kebenaran, buang jauh-jauh nafsu.Mereka perlu berkorban dengan sepenuh jiwa dan raga, mengharungi semua cabaran. Guru-guru di Malaysia tetap ada harapan untuk membaiki keadaan masyarakat. Selama matahari masih bersinar, selama itu guru-guru mesti berusaha dan berjuang ke arah membaiki akhlak dan perilaku pelajar. Gunakanlah apa apa sahaja cara dan kaedah untuk membina akal yang sihat dan akhlak yang mulia. Tambahan pula,usaha untuk memartabatkan kerjaya guru termasuklah memastikan kerjaya ini mempunyai masa depan yang gemilang menerusi kenaikan pangkat haruslah diambil kira. Di kebanyakan negara, akauntabiliti pengukuran kecemerlangan guru diberi perhatian yang serius. Namun di Finland, aspek ini dilihat

21

dalam konteks berbeza. Perkongsian tanggungjawab dalam kalangan guru menjadi faktor kepada penilaian. Oleh hal yang demikian, secara deduksinya banyak faktor yang akan menjadi penggalak dan pendorong ke arah melahirkan seorang pendidik yang cekal, berwibawa serta mampu menjulang tinggi aspirasi pendidikan di negara kita.

22

Rujukan Cruickshank, D. R., Jenkins, D.B. & Metcalf, K.K. (2006). The Act of Teaching. USA: McGraw Hill.

Covey, Stephen R., 1989. The Seven Habits of Highly Effective People. Simon and Schuster, New York. Hussein Mahmood (1993). Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Tuan Mohd Fadlan Tuan Jaafar (2006). Kerjaya Sebagai Guru. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

http://zahirzainudin.blogspot.com

www.utusanonline.com

23

Lampiran Bahagian I : Sahsiah Guru


GEMBI RA
Frequency Valid tidak setuju setuju sangat setuju Total 1 44 55 100 Percent 1 44 55 100 Valid Percent 1 44 55 100 Cumulative Percent 1 45 100

PERCA YA
Frequency Valid setuju sangat setuju Total 69 31 100 Percent 69 31 100 Valid Percent 69 31 100 Cumulative Percent 69 100

GIGIH Frequency Valid tidak setuju setuju sangat setuju Total 5 64 31 100 Percent 5 64 31 100 Valid Percent 5 64 31 100 Cumulative Percent 5 69 100

GAYA
Frequency Valid tidak setuju setuju sangat setuju Total 1 33 66 100 Percent 1 33 66 100 Valid Percent 1 33 66 100 Cumulative Percent 1 34 100

MOTIVASI

24

Frequency Valid tidak setuju setuju sangat setuju Total 2 68 30 100

Percent 2 68 30 100

Valid Percent 2 68 30 100

Cumulative Percent 2 70 100

DINAMIK Frequency Valid tidak setuju setuju sangat setuju Total 3 63 34 100 Percent 3 63 34 100 Valid Percent 3 63 34 100 Cumulative Percent 3 66 100

PRIHAT IN
Frequency Valid tidak setuju setuju sangat setuju Total 2 67 31 100 Percent 2 67 31 100 Valid Percent 2 67 31 100 Cumulative Percent 2 69 100

PERAMAH
Frequency Valid setuju sangat setuju Total 62 38 100 Percent 62 38 100 Valid Percent 62 38 100 Cumulative Percent 62 100

JENAK A

25

Frequency Valid setuju sangat setuju Total 58 42 100

Percent 58 42 100

Valid Percent 58 42 100

Cumulative Percent 58 100

TUTUR
Frequency Valid tidak setuju setuju sangat setuju Total 2 64 34 100 Percent 2 64 34 100 Valid Percent 2 64 34 100 Cumulative Percent 2 66 100

SAHSIAH GURU SANGAT TIDAK SETUJU 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 SANGAT TIDAK SETUJU 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 TIDAK SETUJU 1 0 SETUJU SANGAT SETUJU

44 69 64 33 68 63 67 62 58 64 592
SETUJU

55 31 31 66 30 34 31 38 42 34 392
SANGAT SETUJU

100 100 100 100 100 100 100 100 100 100

5 1 2
3 2

0 AVERA GE

0 0 2 16
TIDAK SETUJU

1.6

59.2

39.2

Bahagian II : Kecenderungan ke Arah Kejayaan 26

HARAPAN Frequency Valid tidak setuju setuju sangat setuju Total 2 42 56 100 Percent 2 42 56 100 Valid Percent 2 42 56 100 Cumulative Percent 2 44 100

SOKONGAN Frequency Valid tidak setuju setuju sangat setuju Total 3 42 55 100 Percent 3 42 55 100 Valid Percent 3 42 55 100 Cumulative Percent 3 45 100

YAKIN Frequency Valid tidak setuju setuju sangat setuju Total 1 58 41 100 Percent 1 58 41 100 Valid Percent 1 58 41 100 Cumulative Percent 1 59 100

MATLAMAT Frequency Valid tidak setuju setuju sangat setuju Total 2 55 43 100 Percent 2 55 43 100 Valid Percent 2 55 43 100 Cumulative Percent 2 57 100

KENDIRI Frequency 1 Percent 1 Valid Percent 1 Cumulative Percent 1

Valid

tidak setuju

27

setuju sangat setuju Total

52 47 100

52 47 100

52 47 100

53 100

KECENDERUNGAN KE ARAH KEJAYAAN SANGAT TIDAK SETUJU 1 2 3 4 5 0 0 0 0 0 TIDAK SETUJU 2 3 SETUJU SANGAT SETUJU

42 42 58 55 52 249
SETUJU

56 55 41 43 47 242
SANGAT SETUJU

100 100 100 100 100

0
SANGAT TIDAK SETUJU

1 2 1 9
TIDAK SETUJU

AVERA GE

1.8

49.8

48.4

Bahagian III : Perilaku Profesionalisme Keguruan


TINDAKAN

28

Frequency Valid tidak setuju setuju sangat setuju Total 4 59 37 100

Percent 4 59 37 100

Valid Percent 4 59 37 100

Cumulative Percent 4 63 100

MATLAMAT Frequency Valid tidak setuju setuju sangat setuju Total 2 61 37 100 Percent 2 61 37 100 Valid Percent 2 61 37 100 Cumulative Percent 2 63 100

STRATEGI Frequency Valid tidak setuju setuju sangat setuju 41 Total 100 41 100 41 100 100 2 57 Percent 2 57 Valid Percent 2 57 Cumulative Percent 2 59

PANTAU Frequency Valid tidak setuju setuju sangat setuju Total 5 59 36 100 Percent 5 59 36 100 Valid Percent 5 59 36 100 Cumulative Percent 5 64 100

TELITI Frequency Valid tidak setuju setuju 2 44 Percent 2 44 Valid Percent 2 44 Cumulative Percent 2 46

29

sangat setuju Total

54 100

54 100

54 100

100

MASA Frequency Valid setuju sangat setuju Total 45 55 100 Percent 45 55 100 Valid Percent 45 55 100 Cumulative Percent 45 100

KEMAS Frequency Valid tidak setuju setuju sangat setuju Total 1 47 52 100 Percent 1 47 52 100 Valid Percent 1 47 52 100 Cumulative Percent 1 48 100

SESUAI Frequency Valid tidak setuju setuju sangat setuju Total 2 58 40 100 Percent 2 58 40 100 Valid Percent 2 58 40 100 Cumulative Percent 2 60 100

MAHIR Frequency Valid tidak setuju setuju sangat setuju 3 57 40 Percent 3 57 40 Valid Percent 3 57 40 Cumulative Percent 3 60 100

30

Total

100

100

100

MENARIK Frequency Valid setuju sangat setuju Total 41 59 100 Percent 41 59 100 Valid Percent 41 59 100 Cumulative Percent 41 100

UBAHSUAI Frequency Valid tidak setuju setuju sangat setuju Total 1 44 55 100 Percent 1 44 55 100 Valid Percent 1 44 55 100 Cumulative Percent 1 45 100

FAHAM Frequency Valid tidak setuju setuju sangat setuju Total 1 52 47 100 Percent 1 52 47 100 Valid Percent 1 52 47 100 Cumulative Percent 1 53 100

RESPON Frequency Valid setuju sangat setuju Total 56 44 100 Percent 56 44 100 Valid Percent 56 44 100 Cumulative Percent 56 100

PUJIAN

31

Frequency Valid setuju sangat setuju Total 51 49 100

Percent 51 49 100

Valid Percent 51 49 100

Cumulative Percent 51 100

PERILAKU PROFESIONALISME KEGURUAN SANGA T TIDAK SETUJU 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 TIDAK SETUJU 4 2 SANGAT SETUJU

SETUJU

59 61 57 59 44 45 47
58

37 37 41 36 54 55 52
40

100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100

2 5 2 0 1
2 0 3 0

52
57

48
40

1 1
0 0

41 44 52 56 51 783
SETUJU

59 55 47 44 49 694
SANGAT SETUJU

0
SANGA T TIDAK SETUJU

23
TIDAK SETUJU

AVERA GE

1.5333 33

52.2

46.266 67

Lampiran : Borang Soal Selidik INSTITUTE OF EDUCATION BORANG SOAL SELIDIK TAJUK KAJIAN: CIRI-CIRI GURU BERKESAN DAN CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI 32

DI KALANGAN GURU-GURU MARA BAHAGIAN A : Sila isikan maklumat yang berkenaan di bawah Profil demografi 1.. Jantina: L 2. Kaum: Melayu P Cina India iii) 41-50 iv) 51 ke atas

3. Umur: i) 20-30 ii) 31-40 4. Taraf Perkahwinan : Bujang 5. Tahap Pendidikan : Sarjana 6.Tempat Bertugas : 7. Pengalaman mengajar: Sijil

Berkahwin Diploma Ijazah Master

i) 1-3 Tahun iii) 6-10 Tahun

ii) 4-5 Tahun iv) Lebih 10 Tahun

BAHAGIAN B : Inventori ini mengandungi 30 item atau pernyataan. Baca setiap pernyataan dan pilih berdasarkan skala yang disediakan. Anda dikehendaki menjawab semua soalan. Sila jawadengan ikhlas dan jujur. 1. Sangat Tidak Setuju (STS) 2. Tidak Setuju (TS) 3. Setuju (S) 33

4. Sangat Setuju (SS) A) SAHSIAH GURU No. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Item Saya gembira dan ikhlas dengan tugas yang dilaksanakan Di sekolah, saya seorang guru yang mempercayai dan mudah dipercayai oleh pelajar Saya adalah seorang guru yang gigih Gaya penyampaian yang berkesan akan meningkatkan motivasi pelajar Pengajaran saya turut memotivasikan pelajar Saya bersifat dinamik, bertenaga dan mempunyai ekspresi diri yang positif Saya prihatin terhadap kepelbagaian latar belakang pelajar bagi suasana pengajaranpembelajaran yang kondusif Saya bertimbang rasa, peramah, prihatin, dan berminat terhadap permasalahan pelajar Saya menyelitkan unsur jenaka bagi menghilangkan kebosanan dan ketegangan pelajar Saya menunjukkan gaya pertuturan, bahasa tubuh dan mimik muka yang positif STS TS S SS

8. 9. 10.

B) KECENDERUNGAN KE ARAH KEJAYAAN No. 1. 2. 3. Item Saya menyimpan harapan dan tanggapan yang tinggi untuk berjaya Saya sentiasa memberikan sokongan dan galakan yang positif Saya berkeyakinan tinggi terhadap kebolehan sendiri untuk mencapai matlamat dan memperoleh kejayaan 34 STS TS S SS

4.

5.

Saya berkeyakinan tinggi terhadap kebolehan sendiri untuk mencapai matlamat dan memperoleh kejayaan Keyakinan diri dan penghargaan kendiri adalah penting bagi masa depan dan proses sosialisasi pelajar C) PERILAKU PROFESIONALISME KEGURUAN

No. 1.

Item Saya mempunyai kesungguhan dalam tindakan dan membuat keputusan tetapi bertolak ansur dalam membantu menangani masalah pelajar Sebagai guru, saya mempunyai matlamat yang terancang dengan baik dan teratur Saya sentiasa mencari strategi yang baik untuk mencapai matlamat pengajaran-pembelajaran Saya sentiasa memantau maklum balas daripada murid untuk memperbaiki kelemahan dan meningkatkan mutu pengajaran-pembelajaran Perancangan yang teliti membolehkan guru mencapai matlamat dengan cemerlang Sebagai guru, penting bagi saya untuk menepati masa Saya akan memastikan susun atur kelas yang kemas dan sistematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran Saya perlu membuat perubahan dan penyesuaian semerta dalam proses pengajaran-pembelajaran sekiranya keadaan mendesak Keseimbangan dan penyesuaian di dalam bilik darjah adalah penting di kalangan guru dan murid Pengajaran saya berkaitan dengan keperluan masa kini yang perlukan peningkatan kemahiran dan pengetahuan semasa Penting bagi saya untuk mencetuskan dan menarik minat pelajar terhadap subjek yang diajar Ulangkaji serta pengubahsuaian kaedah pengajaran akan dilakukan sekiranya pelajar tidak memahami bahan pengajaran Saya menggalakkan interaksi dan soal jawab bagi meningkatkan kefahaman serta keyakinan diri murid Saya memberi maklum balas yang interaktif 35

STS TS

SS

2. 3. 4.

5. 6. 7.

8.

9. 10.

11. 12.

13.

14.

15.

terhadap pencapaian pelajar-pelajar Saya memberi penghargaan dan pujian terhadap prestasi pelajar agar motivasi setiap pelajar meningkat

Terima kasih. Kerjasama anda amatlah dihargai!

36

Anda mungkin juga menyukai