Anda di halaman 1dari 3

CONTOH KAJIAN TINDAKAN YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH RENDAH Meningkatkan kefahaman murid tentang konsep fotosintesis.

Mastura bt Ismail SK. Laneh,Lubok Merbau,K.Kangsar. 1. OBJEKTIF a)Umum Menimbulkan minat serta pandangan positif terhadap mata pelajaran Sains. Mengenalkan pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan kepada pelajar. b)Khusus i . membantu 14 pelajar Tahun 4 (gred B dan C) menguasai konsep fotosintesis . ii. membantu pelajar menguasai kemahiran tafsir carta dengan bantuan gambarajah,carta dan peta konsep. 2. METADOLOGI Metadologi yang digunakan : i . Pemerhatian ii. Ujian Diagnostik iii. Ujian Post iv. Soal Selidik untuk murid,guru dan ibu bapa. 3. PERLAKSANAAN KAJIAN a) Tinjauan Masalah i . Prestasi pencapaian subjek Sains dalam peperiksaan dalaman masih belum mencapai target dari segi kualiti gred. ii . Pelajar masih lemah dalam penguasaan kemahiran asas dalam konsep bagi topic Sains. iii. Pelajar kurang mahir dalam mengembangkan idea dengan menggunakan perkataan sendiri terutama dalam soalan Bahagian B. iv. Kecenderungan pelajar dalam subjek Sains bergantung kepada topic yang tertentu sahaja. v. Pelajar kurang mendapat motivasi dari ibu bapa dalam mempelajari Sains. b) Perlaksanaan program i .Membuat ujikaji berbentuk inkuiri- penemuan ii Membina kefahaman terhadap konsep iii Pembimbing rakan sebaya iv Membina carta,peta minda dan gambarajah v Ujian Post vi Kajian soal selidik c) Tindakan yang dijalankan i Menjalankan Ujian Pra

ii Membuat ujikaji berbentuk inkuiri penemuan iii Murid membina kefahaman melalui ujikaji iv Bimbingan rakan sebaya dari gred A semasa aktiviti berkumpulan v Membina carta proses fotosintesis dengan bimbingan rakan dan maklumat dari rujukan . vi Mempamerkan carta fotosintesis untuk penilaian. vii Ujian Post 4. DAPATAN KAJIAN a) Analisis Data i Analisis Ujian Pra ii. Analisis Pemerhatian iii Analisis soal selidik iv. Analisis perlakuan murid v. Analisis Ujian Post b) Rumusan i Pemahaman murid tentang konsep fotosintesis lebih kukuh ii Kaedah inkuiri penemuan secara berperingkat dan dapatan yang diulang-ulang dapat membantu murid membina konsep dengan kukuh. iii.Aktiviti berkumpulan dengan bimbingan rakan sebaya membantu pelajar terlibat secara aktif dan bahan rujukan diguna dengan sepenuhnya apabila hasil dipertandingkan. 5. REFLEKSI KAJIAN a.) Pencapaian murid Murid dapat mengatasi masalah kekeliruan konsep pertukaran gas semasa fotosintesis. b) Rumusan Pemerhatian Pertandingan antara kumpulan dalam menghasilkan carta memberi galakkan yang baik pada setiap pelajar. c) Proses Pengajaran dan pembelajaran Kefahaman murid terhadap Konsep Fotosintesis dapat diperkukuhkan dengan teknik pengajaran yang pelbagai. 6. CADANGAN Saya bercadang untuk meneruskan teknik pengajaran berkumpulan dan inkuiri penemuan dalam membina konsep fotosintesis. Posted by JPIPK@IPG KBM at 1:12 PM 5 comments:

uden said...

sebagai guru, bagaimana kajian tindakan yang saya jalankan dapat membantu kualiti pnp di sekolah saya? terimakasih. February 14, 2008 4:03 PM

RESEARCH@IPBMM said... saudara uden, kajian tindakan yang dilakukan oleh guru di sekolah bertujuan untuk membantu guru meningkatkan kualiti p&p. contohnya, kita telah mengenal pasti bahawa murid kita bermasalah dalam memahami satu tajuk. jadi, kita mencari suatu alternatif dalam proses menyampaikan isi pelajaran. contohnya, kita menggunakan kaedah demonstrasi. selepas menggunakan kaedah itu, guru mendapati, murid-murid dapat memahami tajuk berkenaan dengan mudah. maka, sudah berlaku proses pemindahan pembelajaran. kaedah guru berkenaan berkesan. dengan kata lain, guru berkenaan telah menjalankan satu kajian tindakan yang mudah dalam mengendalikan p&p yang berkesan dan berkualiti. itulah intipati kajian tindakan. membantu guru menyelesaikan masalah dalam menyampaikan

Anda mungkin juga menyukai