Anda di halaman 1dari 9

1

MEMBANGUNKAN MODEL SISTEM PAIP SALIR SEBAGAI ABBM

Nor Idayu Binti Mahayudin ( CB090056 ) Fakulti Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussien Onn Malaysia r_yu23@yahoo.com

Abstrak Model Sistem Paip Salir sebagai satu ABBM ini dibangunkan bertujuan untuk membantu guru atau pensyarah dalam proses pengajaran. Kajian ini ditumpukan kepada pembangunan model perbezaan sistem paip salir iaitu sistem berasingan, sistem bergabung dan sistem separa berasingan. Objektif utama kajian ini adalah untuk membangunkan model sistem paip salir sebagai ABBM. Model yang dibangunkan kemudian dinilai untuk mengetahui kesesuaian dari segi rekabentuk dan proses pengajaran dan pembelajaran. Model ADDIE digunakan sebagai panduan dalam membangunkan model ini. Untuk kesahan model, pengkaji telah memilih dua pensyarah dari Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional manakala untuk penilaian model pula, pengkaji telah memilih 2 guru dari Sekolah Teknik Johor Bauru, seorang pensyarah Fakulti Pendidika Teknik dan Vokasional dan 20 pelajar yang mengambil subjek Bekalan Air Dan Sistem Saliran juga dari FPTV. Pengkaji telah menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil daripada analisis data menunjukkan nilai skor min bagi penilaian dari segi kesesuaian rekabentuk model ialah 4.0, bagi kesesuaian model dalam proses pengajaran juga ialah 4.0 dan bagi kesesuaian model dalam proses pembelajaran ialah 3.30 Nilai skor min yang diperolehi merupakan nilai skor yang tinggi. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa model yang dibangunkan boleh berfungsi dan sesuai untuk dijadikan sebagai ABBM. . Keyword : discharge pipes, duel system, single system and single stack system, model.

1.0 Introduction

Menurut Shahabudin et al., ( 2004 ), pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas yang mana melibatkan antara guru dan pelajar. Pembelajaran pula merupakan aktiviti mental, fizikal atau rohani pada diri pelajar itu sendiri. Ia merupakan proses dimana aktiiviti dapat mengubah sikap dan tingkah laku mereka untuk berkembang secara berterusan dan kekal serta mampu menggunakan ilmu dan kemahiran yang diperolehi untuk kemajuan diri sendiri khasnya dan negara amnya. Gaya belajar dan gaya mengajar tidak dapat dipisahkan. Gaya belajar adalah satu kelaziman dan kegemaran iaitu yang biasa diamalkan oleh seseorang pelajar. Ia membiasakan dirinya untuk belajar dengan cara yang paling digemari dan didapati gaya itu paling berkesan. ( Choong Lean Keow PhD, 2008 ) Alat bahan bantu mengajar ABBM adalah bahan yang di gunakan oleh guru untuk membantu penyampaikan isi pengajaran dibilik-bilik darjah. Contoh alat bantu mengajar adalah objek, specimen LCD, video interaktif, bahan tiga dimensi dan sebagainya. ( Chin Yoon Poh,2009) Bahan tiga dimensi yang digunakan oleh guru sebagai ABBM adalah seperti realia, model, diorama, akuarium dan terrarium, boneka, Mobiledan topeng. Kelebihan bahan tiga dimensi adalah konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar serta pembelajaran yang berlaku lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar. Selain itu, murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu dengan lebih baik. ( Baharuddin et al., 2000 ). Model pula terbahagi kepada tiga iaitu model berskala, model olok-olok, dan keratan rentas. Oleh itu, model yang akan dibangunkan oleh pengkaji adalah berbentuk model berskala, hal ini adalah kerana model berkala ialah model bahan yang diperbuat dalam saiz yang lebih kecil dengan berpandukan kepada skala pembesaran dan pengecilan tertentu tetapi bahagian yang dibuat menyerupai benda asal. ( Chin Yoon Poh,2009).

1.1

Problem Background

Sistem pengajaran dalam sebuah kelas atau makmal perlu bersifatkan guru sebagai pembimbing. Pengajar bertugas menerangkan cara pengendalian peralatan dan teori yang berkaitan. Pengajar harus menggunakan pelbagai jenis ABBM dalam pengajaran bagi

memupuk kemahiran psikomotor dan mengaplikasi latihan kemahiran. Ini adalah kerana ABBM merupakan media penterjemahan teori, maklumat, dan idea yang abstrak kepada pelajar agar mereka mendapat gambaran terhadap pengajaran. ( Salwani, 2006 ) Dengan menggunakan objek atau model pelajar dapat melihat dengan lebih jelas. Sebagai contoh model untuk pembeljaran sains iaitu organ dalaman manusia dan struktur atom, pelajar dapat melihat walaupun binaannya tidak sama dari segi saiz dan kompleksiti akan tetapi ia dapat memudahkan pelajar memahami sesuatu perkara yang tidak dapat dilihat secara langsung (Chin Yoon Poh, 2009). Menurut Sulaiman,( 2002 ) kaedah-kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mengikut susunan darjah penglibatan pelajar dalam kelas, dengan menggunakan model adalah ditahap kedua ini membuktikan bahawa darjah penglibatan pelajar lebih berkesan dengan mengunakan kaedah pengajaran pengalaman contrived. Selain itu, bagi menguatkan lagi kajian ini, pengkaji telah membuat kajian rintis. Kajian ini dibuat kepada guru yang mengajar subjek Pengajian Kejuruteraan Awam Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Kajian dibuat dengan menggunakan borang kaji selidik berbentuk soalan berstruktur, di mana respondennya adalah guru yang mengajar pengajian kejuruteraan awam, beliau merupakan guru panitia subjek tersebut. Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh beliau, kaedah pengajaran yang dilakukan adalah dengan penerangan, menggunakan rajah dan melabel rajah sahaja. Beliau juga bersetuju akan cadangan membangunkan model bagi sistem paip salir ini.

1.2

Problem Statement

Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah di buat kebanyakan guru hanya menggunakan kaedah penerangan dan gambarajah sahaja. Guru juga tidak dapat mengenalpasti samada pelajar faham akan penerangannya pada ketika itu. Bagi menambahkan lagi keyakinan guru untuk menyampaikan pengajaran bagi topik ini pengkaji akan membangunkan sebuah model sistem paip salir ini. Dengan adanya model ini pelajar dapat melihat sendiri bagaimana fungsi sistem paip salir berlaku dan beza antara 3 jenis paip salir di dalam sesebuah rumah. Pengkaji telah mendapat idea untuk membina satu model untuk membantu guru bagi proses menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan. Pelajar juga dapat melihat sendiri proses agihan air sisa dalam sesebuah rumah itu disamping mendengar penerangan daripada guru.

1.3

Research objective

i. ii. iii.

Membangunkan model sistem paip salir sebagai ABBM. Menguji kesesuaian reka bentuk model sistem paip salir sebagai ABBM. Menguji kesesuaian model sistem paip salir sebagai ABBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.4

Research question

i. ii. iii.

Bagaimanakah penghasilan ABBM bagi sistem paip salir? Sejauh manakah kesesuaian reka bentuk model sistem paip salir sebagai ABBM? Sejauh manakah kesesuaian model sistem paip salir digunakan sebagai ABBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

1.5

Purpose of the study

Tujuan kajian ini di buat adalah untuk membangunkan model bagi proses pengajaran dan pembelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam tingkatan 5 dan pelajar kejuruteraan awam yang belajar tentang topik sistem paip salir. Kajian ini juga bertujuan untuk meringankan beban guru atau pengajar bagi mempelbagaikan strategi pengajaran semasa sesi pembelajaran 2.0 Literature Review

Teknologi pendidikan ialah proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. ( Chin Yoon Poh,2009). Pengajaran adalah penyampaian maklumat dalam pelbagai peringkat pendidikan misalnya sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi termasuk kolej dan universiti. ( Choong Lean Keow,PhD, 2008). Pembelajaran pula secara amnya diertikan sebagai proses memperolehi ilmu pengatahuan ataupun kemahiran. Pembelajaran dalam keadaan bilik darjah, sekiranya pengajaran dapat dipengaruhi pelajar sehingga tingkahlakunya mengalami perubahan yang

dapat diperhatikan selepas pengajaran berbanding sebelum pengajaran, maka dapat disimpulkan bahawa pembelajaran telah berlaku.( Baharom et al.,2000). Gaya pembelajaran merupakan cara bagaimana seseorang itu belajar. Pembelajaran merupakan kebolehan seseorang mengambil maklumat, merekod dan menfailkan maklumat tersebut supaya ianya mudah digunakan apabila diperlukan. Gaya pembelajaran tidak berkait rapat dengan kecerdasan atau kemahiran yang telah dipelajari. Tetapi gaya pembelajaran berkait rapat dengan bagaimana minda kita berkerja dengan berkesan terhadap pembelajaran maklumat baru. ( Bahrom et al.,). Gaya pembelajaran berdasarkan kecerdasan pelbagai iaitu spatial, aural, verbal, fizikal, logikal, sokial dan solitari(Choong Lean Keow,PhD, 2008). Pendekatan merupakan cara atau langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu misalnya objektif pengajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu pelajaran. Terdapat lima pendekatan pelajaran iaitu deduktif, induktif, integratif, elektik, tematik(Choong Lean Keow,PhD, 2008). Menurut kamus dewan ( 2001 ), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga bermakna kebijaksaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Dalam kajian ini pengkaji menekankan strategi pemusatan bahan pengajaran hal ini adalah kerana pengkaji akan membangunkan ABBM berbentuk model. ( Sulaiman, 2002 ) Bahan pengajaran ialah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, model, peta, specimen, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor. Bahan pembelajaran pula ialah bahan yang digunakan oleh pelajar seperti buku teks, kad kerja, bahan bercetak, radas, alat-alat ujikaji dan komputer ( Mok Soon Sang, 2009 ). Fungsi media adalah untuk memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran iaitu, ia dapat membuat pengajaran lebih tersusun dimana pengajaran guru perlu dirancangkan dengan sistemtik terlebih dahulu supaya pengajaran lebih tersusun. Media juga dapat memberi maklumat berdasarkan apa yang ditayangkan dan tunjukkan oleh guru. Selain itu, pembelajaran menjadi lebih dekat dimana sesuatu perkara diluar bilik darjah yang perlu diketahui oleh pelajar boleh dirakam dan diaplikasikan dalam kelas dimana situasi sebenar itu dipindahkan secara media seperti foto, video ataupun model dan simulasi. ( Muhamad Hasan Abdul Rahman, 2000) ABBM merupakan alat atau perkakasan yang di perlukan sebagai peneguhan di dalam proses penyampaiaan P&P kerana ia menjadi media bagi pelajar mendapat pengetahuan dan

kemahiran, teknik dan penggunaannya dengan cara yang terancang dan teratur akan menghasilkan kesan yang amat baik. ( Salwani, 2006 ). Kepentingan ABBM terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran seperti membantu guru menyampaikan pelajarannya dengan tepat. Merangsang minat pelajar supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran. Memudahkan guru menyampaikan pelajarannya. Dengan adanya ABBM, guru tidak perlu menghuraikan sesuatu dengan menggunakan banyak perkataan. Dengan menggunakan ABBM seperti model, guru tidak perlu lagi menulis maklumat di papan hitam. Membantu pelajar menjalankan aktiviti penggayaan dan pemulihan. Selain itu, ABBM membantu pelajar menyelesaikan masalah secara sendiri dengan menggunakan ABBM. Lebih penting lagi ABBM dapat merangsang minat pelajar. (Mok Soon Sang ,2008 ) Menurut ( Chin Yoon Poh,2009) model menggambarkan objek sebenar tetapi berbeza dari segi saiz dan bahan yang digunakan untuk membuat projek sebenar. Model berkala mewakili sesuatu objek yang besar atau kecil tetapi mengikut kekadarannya. Contoh model mata yang diperbesarkan, model peti sejuk yang diperkecilkan dan sebagainya. Kelebihan model adalah seperti pelajar dapat didedahkan kepada konsep yang betul kerana murid boleh melihat benda yang sebenarnya. Pembelajaran juga berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenarnya. Menurut kamus dewan rekabentuk adalah rancangan ataupun corak, bentuk dan sebagainya yang menunjukkan susunan, struktur atau aspek-aspek sesuatu produk faedah sama ada binaan atau sebagainya. Spesifikasi ini merupakan satu lakaran dalam bentuk peta minda tentang tujuan produk direka, fungsi dan ciri-ciri yang dimiliki oleh produk. Di samping itu, ia juga menerangkan maklumat yang berkaitan dengan masalah rekabentuk yang hendak diselesaikan. Spesifikasi yang dianggap sebagai piawaian sesuatu produk reka bentuk yang akan dipasarkan. Antara yang diambilkira semasa meraka bentuk sesuatu produk ialah saiz, keselamatan kos dan estetika. ( Jamil et,al. 2010 ) Dalam pembangunan produk ini pengkaji menggunakan Model ADDIE. Model ini menjadi asas kepada model-model rekabentuk yang lain. Ia adalah satu proses rekabentuk yang iteratif iaitu berulang-ulang pada setiap fasa. Model rekabentuk ADDIE juga adalah salah satu model rekabentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk tujuan merancang penggunaan media secara sistematik bermula dari peringkat analisis Analysis , rekabentuk Design , Pembinaan Development , perlaksanan Implementation , dan penilai Evaluation ( Ee Ah Meng, 2001 )

Fungsi bagi paip salir adalah menyalirkan najis dan air sisa dari dalam bangunan di salirkan ke sistem paip salir. Selain menyalirkan najis dan air sisa daripada lekapan sanitari, paip salir juga berfungsi menyalirkan air permukaan yang terdiri daripada air hujan yang turun keatas bumbung bangunan dan air hujan yang turun di atas permukaan disekeliling bangunan. Sistem paip salir terbahagi 3, iaitu sistem berasingan, sistem gabungan dan sistem separa berasingan ( Ismail et al., 2003 ). Sistem berasingan ialah sistem yang menggunakan dua paip salir untuk menyalirkan najis, air sisa dan air pemukaan ke pembentung. Satu paip salir yang satu lagi berfungsi menyalirkan air permukaan sahaja. Najis serta air sisa dari lekapan sanitari dalam bangunan disalir melalui paip salir yang dibina dibawah permukaan. Najis dan air sisa tersebut disalirkan ke pembentung awam yang membawa bahan sisa ke logi rawatan kumbahan. Air permukaan disalirkan ke paip salir ke dua, paip salir yang kedua berfungsi menyalirkan air permukaan ke pembentung air permukaan untuk disalirkan terus ke sungai atau laut. ( Jamadi Yasin et al.,2000 ). Sistem gabungan merupakan sistem yang menyalirkan najis, air sisa dan air permukaan melalui satu paip salir menuju ke pembentung awam. Sistem gabungan perlu menggunakan paip salir berdiameter besar berbanding dengan paip salir sistem lain. Pembinaan lebih mudah kerana semua paip bangunan disambung kepada satu paip salir sahaja. ( Jamadi Yasin et al.,2000 ). Sistem berasingan separa merupakan sistem yang menggunakan dua paip salir. Satu paip salir berfungsi menyalirkan najis dan air sisa dari lekapan sanitari ke pembentung awam, manakala yang satu lagi menyalirkan air perrmukaan dari kawasan sekeliling bangunan ke pembentung air permukaan. Keunikan sistem ini ialah paip salir air permukaan yang kedudukannya berhampiran dengan paip salir najis dan air sisa akan disambungkan terus ke paip salir najis dan air sisa ( Ismail et al., 2003 ).

3.0

Research Methodology

Beberapa perkara dinyatakan dengan lebih terperinci bagi proses membangunkan ini. Ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan di dalam kajian. Di antara perkara-perkara yang di buat adalah menggunakan pelbagai rekabentuk kajian, instrument kajian, bentuk analisis yang akan digunakan, dan sebagainya. Ini adalah bertujuan untuk mendapatkan data yang sistematik serta sahih.

3.1

Research Sample

Bagi sampel kajian, pengkaji memilih 2 orang guru yang mengajar subjek Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru dan pengkaji juga memilih seorang wakil pensyarah daripada Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional serta 20 pelajar lepasan diploma yang mengambil subjek bekalan air dan sistem saliran. Sampel kajian dipilih menggunakan teknik persempelan bertujuan ( Purposive sampling ) dimana pengkaji telah memilih responden yang mempunyai kretiria yang sesuai dan mengetahui tentang topik berkenaan dengan sistem paip salir ini iaitu guru, pensyarah dan pelajar yang mempelajari topik berkenaan.

3.2

Research Instrument

Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan ialah model, borang soal selidik,borang pengesahan pakar dan borang pengesahan soal selidik. Kajian ini terbahagi kepada dua kaedah, pertama adalah pengumpulan data secara kajian literatur terutamanya mengenai topik yang dikaji. Sementara kaedah kedua pula ialah kaedah pembinaan model dan seterusnya penilaian ke atas model ABBM yang direka bentuk. Untuk penilaian ke atas kesesuaian model tersebut pengkaji telah memilih penilaian secara soal selidik ke atas responden dan pakar bagi pengesahan pakar.

4.0

Data Analysis

Hasil daripada analisis yang dijalankan terhadap guru, pensyarah dan pelajar menunjukkan keseluruhan skor min adalah tinggi iaitu diantara 3.00-4.00. Ini bermaksud, objektif pembangunan Model sistem paip salir sebagai ABBM tercapai dan model ini sesuai untuk dijadikan sebagai ABBM bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

5.0 Conclusion

Secara keseluruhannya, daripada penganalisaan dan perbincangan yang dibuat, dapatlah disimpulkan bahawa pembangunan model sistem paip salir ini mencapai objektifnya kerana mengikut penilaian yang diberikan oleh responden adalah positif. Skor min bagi keseluruhan

item juga tinggi. Responden bersetuju dengan item-item yang diajukan oleh pengkaji. Oleh itu, pengkaji amat berharap agar para guru dan tenaga pengajar dapat mempelbagaikan kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran mereka agar dapat merangsang minat pelajar, mewujudkan interaksi dua hala, meningkatkan pemahaman pelajar, menggalakkan pelajar bergiat aktif dalam kelas serta menambahkan pengalaman baru dalam pembelajaran pelajar.

Anda mungkin juga menyukai