Anda di halaman 1dari 9

Maya

Kebudayaan Maya
Kaum Maya merupakan penduduk selatan Mexico dan utara Amerika Tengah yang kaya
dengan sejarah yang merangkumi tempoh selama 3,000 tahun. Maya merupakan
sebahagian daripada kebudayaan Pre-Kolombia Mesoamerika. Bertentangan kepada
dongeng popular, Orang Maya tidak pernah "hilang" ; berjuta-juta Maya masih hidup
dikawasan ini, ramai dari mereka masih bertutur dalam salah satu keluarga bahasa Maya.
Rencana ini akan menumpu kepada tamadun Maya sebelum penaklukan oleh Sepanyol.

Asal
Bukti Arkeologi menunjukkan kaum Maya mula mendirikan bangunan upacara sekitar
3000 tahun dahulu. Terdapat pertelingkahan berkenaan sempadan dan perbezaan di antara
kaum Maya yang awal berbanding dengan jiran mereka, tamadun Pre-klasik
Mesoamerika, kebudayaan Olmec. Kaum Olmec dan kaum Maya awal kelihatan
mempengaruhi sesama mereka.

Binaan terawal terdiri dari timbunan pengebumian yang mudah, awalan kepada piramid
yang didirikan dimasa yang berikutnya.

Akhirnya, kebudayaan Olmec pudar selepas pengaruh mereka tersebar ke semenanjung


Yucatan, sekarang dikenali sebagai Guatemala, dan daerah yang lain.

Kaum Maya memajukan bandar yang terkenal iaitu Tikal, Palenque, Copán dan
Kalakmul, juga Dos Pilas, Uaxactun, Altun Ha, dan banyak tempat yang lain di kawasan
itu. Mereka majukan suatu pertanian intensif, empayar berpusat kepada bandar
mengandungi dari banyak bandar negara bebas. Binaan yang paling menonjol adalah
piramid yang mereka bina sebagai pusat kepercayaan mereka dan istana pemerintah
mereka. Peninggalan kaji purba penting yang masih kekal termasuk kepingan batu diukir,
lazimnya panggil STELAE (Maya menggelar mereka Tetun, atau "pokok-batu"), yang
menggambarkan (pemerintah) disertai dengan teks heiroglyphik yang menerangkan
salasilah mereka, kemenangan dalam peperangan, dan pencapaian yang lain.

Kaum Maya terlibat dalam perdagangan jarak jauh di Mesoamerika dan mungkin dengan
tempat yang lebih jauh. Barangan perdagangan penting termasuk koko, garam, dan
obsidian; lihat juga : kegunaan obsidian di Mesoamerika.

Seni
Ramai yang memikirkan bahawa kesenian Maya pada Era klasik Maya (sekitar 200
hingga 900 s.m.) merupakan tercanggih dan tercantik diantara kesenian silam Dunia
Baru. Ukiran dan lukisan stucco di Palenque dan patung di Copan amat halus,
menunjukkan kelembutan dan kejituan pemantauan bentuk tubuh manusia yang
mengigatkan pakar kaji purba kepada kebudayaan silam Dunia Lama, menyebabkan era
ini diberikan nama Era klasik Maya. Kita hanya ada bayangan lukisan maju Maya klasik,
kebanyakan yang masih tertinggal adalah tembikar pengkebumian dan seramik Maya
yang lain. Terdapat juga binaan di Bonampak yang memiliki mural silam yang terselamat
secara tidak sengaja. Dengan pemahaman skrip tulisan Maya, didapati kaum Maya
merupakan salah satu daripada kebudayaan yang mana para artisnya menuliskan nama
mereka pada hasil kerja mereka.

Seni bina
Seunik dan menakjubkan seperti sebarang senibina Greek atau Rom silam, senibina Maya
kekal selama beribu-ribu tahun; tetapi, yang paling dramatik dan paling senang dikenali
sebagai kebudayaan Maya adalah binaan piramid bertingkat menakjubkan dari tempoh
Pre-kalssik terminal dan seterusnya. Pada "kemuncak" kebudayaan Maya, pusat
keugamaan mereka, perdagangan dan kuasa birokrasi meningkat untuk membentuk
bandar seperti: Chichen Itza, Tikal, and Uxmal yang mengkagumkan. Seterusnya, melalui
perbezaan stail yang jelas dan banyak, tinggalan daripada hasil senibina Maya adalah
suatu kunci penting untuk kefahaman tentang evolosi tamadun silam Maya.

Rekabentuk bandar
Ketika bandar Maya merebak serata geografi Mesoamerika, tahap dari perancangan tapak
bandar keluhatannya minima; bandar mereka telah dibina sembarangan menurut keadaan
mukabumi setiap tapak bandar, seni bina Maya cenderung untuk merangkumi sebahagian
besarnya dengan keadaan mukabumi asal. Contohnya, sebahagian bandar yang wujud di
dataran batu kapur di utara Yucatan berubah kepada bandaraya terbentang luas, sementara
yang lain yang dibina di kawasan berbukit-bukau di Usumacinta menggunakan keadaan
mukabumi berbukit asli untuk mendirikan menara dan kuil mereka pada ketinggian
menakjubkan. Bagaimanapun, sebahagian persamaan dari bentuk, yang diperlukan oleh
sebarang bandar besar, masih berjaya diatasi. Pada permulaan pembinaan berskala besar,
kebiasaannya satu titik tengah telah ditetapkan selari dengan arah jarum kompas dan
bergantung kepada lokasi dan sumber asli seperti adanya sumber air bersih, atau
"cenotes", bandar tersebut akan diperluaskan dengan menyambung medan besar dengan
platform yang banyak yang membentuk sub-struktur bagi kesemua bangunan Maya,
melalui laluan pejalan kaki sacbeob. Di pusat bandar Maya wujud plaza besar dikelilingi
oleh bangunan kerajaan dan keugamaan paling penting seperti makam diraja, kuil
piramid agung dan kadang-kala padang bola Mesoamerika
Betul-betul diluar pusat budaya terdapat
binaan bangsawan kurang penting, kuil
kecil, dan kuil persendirian.... ringkasnya
semakin kurang penting semakin kurang
menjadi tumpuan. Apabila lebih banyak
binaan ditambah dan bangunan sedia ada
dibina semula atau diubah suai, bandar
Maya agung kelihatannya mempunyai
identiti yang rawak, jelas bertentangan
dengan bandaraya Mesoamerika lain
seperti Teotihuacan yang mempunyai
pembinaan berpetak. Sungguhpun bentuk
bandar bergantung kepada keadaan
mukabumi, perhatian khusus diberikan Stela di Copán Batu bertanda
kepada arah kuil dan tempat pemerhatian pada stela di Copán
bintang dan mereka dibina menurut
pengertian Maya tentang orbit bintang. Diluar pusat bandar, rumah yang lebih kecil dan
tidak kekal kepunyaan rakyat biasa dibina.

Reka bentuk bandar Maya Klasik dapat digambarkan dengan mudah sebagai
pembahagian ruang oleh peringatan besar dan jalan laluan. Dalam kes ini, dataran terbuka
umum merupakan tempat perkumpulan orang ramai dan merupakan tumpuan bagi reka
bentuk bandar, sementara ruang dalaman mendapat tempat kedua. Hanya pada Zaman
Pasca-Klasik Akhir, bandar besar Maya beransur membangun menjadi struktur
pertahanan sepertikubu yang tidak mempunyai dataran yang tidak sebanyak seperti era
Klasik.

Bahan Binaan

Sesuatu yang menghairankan mengenai struktur pembinaan Maya adalah ketiadaan


teknologi moden yang dianggap perlu bagi pembinaan struktur sedemikian. Ketiadaan
perkakasan logam, takal, dan juga roda tidak menjadi masalah kerana seni bina Maya
memerlukan hanya satu sumber tetapi dalam jumlah yang besar: tenaga manusia.
Sungguhpun begitu, selain keperluan yang banyak ini, bahan yang lain kelihatannya
mudah di dapati. Kesemua batu untuk bangunan Maya kelihatannya di ambil daripada
kuari tempatan; pada kebiasaannya ini merupakan batu kapur yang ketika dikeluarkan
masih lembut untuk diukir dengan menggunakan perkakasan batu dan hanya menjadi
keras serelah lama terdedah kepada udara. Selain daripada pengunaan bagi pembinaan
struktur, kebanyakan bahan motar Maya menggunakan batu kapur yang dihancurkan,
dibakar, dan digaul yang membentuk bahan menyerupai simen dan digunakan sebagai
lapisan kemasan stucco selain sebagai motar. Bagaimanapun, kemajuan dalam teknik
melombong batu mengurangkan pergantungan kepada stucco batu kapur apabila batu
yang diambil dipotong dengan begitu sempurna ukurannya. Bagaimanapun campuran
motar ini kekal sebagai unsur penting dalam sebahagian tiang dan atap lintel. Dalam kes
rumah biasa, tiang kayu, adobe, dan atap jerami merupakan bahan yang biasa digunakan;
bagaimanapun apa yang kelihatannya seperti rumah orang kebanyakan, yang dibina dari
batu kapur turut dijumpai. Ianya patut dijelaskan bahawa dalam satu kejadian, di bandar
Comalcalco, batu-bata tanah liat dibakar telah digunakan bagi menggantikan kekurangan
deposit batu utama.

Proses Pembinaan

Kesemua bukti yang ada mencadangkan bahawa kebanyakan bangunan batu yang
terdapat di kemuncak sub-struktur pelantar yang berbeza ketinggiannya dari kurang
daripada satu meter, dalam kes tambak "terraces" dan struktur kecil, sehingga 45 meter
bagi kuil agung dan piramid.

Susunan tangga batu yang curam biasanya membelah pelantar bertingkat besar pada satu
bahagian, menyumbang kepada penonjolan "bi-symmetrical" yang biasa terdapat pada
seni reka Maya. Bergantung kepada kecenderungan stail yang biasa pada sesuatu
kawasan, pelantar tersebut kemungkinannya dibina dari batu stucco yang dipotong
dibahagian luar dan diisi dengan anak batu yang di isi padat. Sebagaimana dengan
kebanyakan ukiran timbul Maya, apa yang terdapat di atas pelantar sering berkait dengan
tujuan struktur yang didirikan. Dengan itu, apabila pelantar sub-struktur siap, tempat
kediaman utama dan kuil Maya di bina di atas asas yang kukuh di atas pelantar. Ketika
semua struktur dibina, tiada perhatian diberikan kepada kegunaan mereka atau hiasan
luaran; bagaimanapun, a beberapa ciri-ciri berulang, gerbang batu corbeled arch,
seringkali digunakan bagi menyamai bentuk dan perasaan pondok Maya ringkas.
Walaupun ini bukannya perkakasan yang sesuai untuk meningkatkan ruang dalaman,
kerana dinding batu yang tebal diperlukan untuk menyokong siling yang tinggi,
sesetengah kuil menggunakan gerbang berulang, atau corbeled vault, untuk membina apa
yang dikenali oleh orang Maya sebagai pibnal, atau sweatbath, sebagaiman yang terdapat
di Kuil Salib Temple of the Cross di Palenque. Apabila struktur siap dibina, biasanya
kerja-kerja hiasan yang menyeluruh dilakukan ... biasanya hanya pada stucco penutup
yang digunakan bagi menghapuskan sebarang kecacatan; bagaimanapun, banyak ukiran
lintel telah ditemui, termasuk juga ukiran batu sebenar yang digunakan sebagai muka
depan. Biasanya, ia akan berterusan tanpa henti mengelilingi selurut binaan dan
mengandungi pelbagai hasil seni berkaitan dengan penghuni atau tujuan bangunan
tersebut. Walaupun bukan terdapat di kesemua lokasi Maya, penggunaan stucco yang
diwarnakan turut dijumpai.

Ianya telah dicadangkan bahawa, bersama dengan Takwim Kiraan Panjang Maya "Mayan
Long Count Calendar", setiap lima puluh dua tahun, atau kitaran, kuil dan piramid diubah
suai dan dibina semula. Ianya kelihatan sekarang bahawa pembinaan semula sering
dicetuskan oleh pemerintah baru atau untuk tujuan politik, dan bukannya bergantung
kepada kiraan kitaran takwim. Bagaimanapun, proses membina semula di atas struktur
lama merupakan satu kebiasaan. Paling penting, Acropolis Utara di Tikal kelihatannya
merupakan hasil dari pengubah suaian arkitekture selama 1,500 tahun.

Pembinaan Penting
Pelantar Upacara "Ceremonial Platforms"

Pelantar Upacara biasanya merupakan pelantar batu kapur yang biasanya kurang dari
empat meter tinggi di mana upacara umum dan upacara keugamaan dijalankan. Dibina
dalam bentuk pelantar asas biasa, Pelantar Upacara sering dihiasi dengan ukiran lembaga,
alters dan kemungkinannya tzompantli, pacang yang digunakan untuk mengantung kepala
mangsa korban atau kepala pasukan permainan bola Mesoamerika yang kalah.

Istana

Istana Maya pada kebiasaannya bersaiz besar dan berhias indah, terletak hampir dengan
pusat bandar dan didiami kaum bangsawan. Sebarang istana diraja yang teramat besar,
atau mengandungi bilik pada aras berlainan boleh dirujuk sebagai akropolis.
Bagaimanapun, seringkali istana adalah satu tingkat dan mengandungi banyak bilik kecil
dan sering mengandungi sekurang-kurangnya satu halaman dalaman; struktur ini
mengambil kira keperluan fungsi penghuni, termasuk juga hiasan diperlukan sebagai
memenuhi taraf penghuni. Kebanyakan pakar kajipurba bersetuju bahawa kebanyakan
istana merupakan makam. Di Copan, di bawah empat ratus tahun binaan semula, makam
pemerintah silam telah dijumpai dan Acropolis Utara di Tikal kelihatannya merupakan
tapak banyak penkebumian semasa tempoh Terminal Pre-klassik dan Awal Klassik.

Kumpulan E (E-groups)

Kehadiran binaan yang sentiasa terdapat di bandar Maya ini kekal sebagai suatu misteri.
Tidak pernah gagal untuk muncul di sebelah barat dataran adalah kuil piramid,
berhadapan dengan tiga kuil yang lebih kecil bersetentangan dataran. Ianya telah
diandaikan bahawa kumpulan-E ini adalah bangunan pencerapan bintang disebabkan
kedudukan matahari yang tepat melalui kuil kecil apabila dilihat melalui piramid ketika
solstis dan ekuinoks. Pendapat lain terhasil dari kemungkinannya cerita ciptaan yang
digambarkan oleh ukiran dan hasil seni yang menghiasi struktur ini.

Kuil dan Piramid


Sering kali kuil keugamaan terpenting, terletak
dikemuncak piramid Maya, yang dianggap tempat
paling hampir dengan syurga. Sungguhpun perjumpaan
baru menunjukkan kearah penggunaan meluas piramid
sebagai makam, kuil itu sendiri kelihatannya jarang,
jika ada, mempunyai makam. Walaupun tiada kamar
pengkebumian, bagaimanapun, paderi Maya boleh
memasuki ruang paling dalam, tiga bilik sempit untuk
kegunaan pelbagai tujuan upacara. Terletak
dikemuncak piramid, sesetengahnya melebihi dua ratus
kaki, seperti yang terletak di El Mirador, setiap kuil
mengkagumkan dan dihiasi dengan struktur berukir.
Biasanya ditutup dengan atap ( roof comb ), atau
dinding mengkagumkan di luar "superficial grandiose
wall", kuil ini mungkin dijadikan sebagai sejenis Kuil Maya dengan atap berukir
propaganda. Kerana kadang-kadang satu-satunya comb and corbeled arch
struktur yang melepasi ketinggian hutan, atap sikat (
roof combs ) dipuncak kuil sering kali diukir dengan gambaran pemerintah yang boleh
dilihat dari jarak jauh. Dibawah kuil
agung terletak piramid yang
merupakan pelantar bertingkat dibelah
oleh tangga curam yang
membenarkan laluan ke kuil.

Padang Bola (Ball Courts)

Sebagai aspek penting dalam cara


hidup Mesoamerikan, padang bola
bagi permainan bola adat dibina
diseluruh alam Maya dan sering kali
pada skala besar-besaran. Dikepung di
dua bahagian oleh cerun bertingkat
yang menghala ke pentas upacara atau Padang bola agung Chichen Itza
kuil kecil, padang bola itu sendiri adalah berbentuk huruf I besar dan terdapat di kesemua
kecuali bandar terkecil Maya.

Sistem Tulisan
Sistem tulisan Maya (sering dipanggil hieroglyphics dari persamaan kabur dengan tulisan
Mesir Silam, yang mana tiada kaitan) merupakan gabungan simbol phonetik dan
ideogram. Ianya merupakan sistem tulisan Dunia Baru Pre-Kolumbian yang boleh
mewakili sepenuhnya bahasa pertuturan dengan tahap sama dengan bahasa bertulis dunia
lama. Pemahaman ( decipherment ) tul;isan Maya merupakan proses yang sukar dan
memakan masa. Sebahagian daripadanya telah difahami pada akhir abad ke 19 dan awal
abad ke 20 (kebanyakannya berkaitan dengan nombor, takwim, dan astronomi), tetapi
kejayaan besar bermula pada 1960-an dan 1970-an dan meningkat dengan pantas
selepasnya, jadi sekarang kebanyakan teks Maya boleh di baca hampir sepenuhnya dalam
bahasa mereka. Malangnya paderi Sepanyol begitu ghairah memerintah pembakaran
kesemua buku Maya selepas penaklukkan. Walaupun banyak ukiran batu terselamat
(kebanyakannya dari bandar yang telahpun ditinggalkan apabila orang-orang Sepanyol
sampai), hanya 3 buku dan beberapa halaman dari yang keempat terselamat dari
perpustakaan silam. Timbunan empat segi plaster dan serpihan cat sering kali dijumpai
dalam carigali purba Maya; ia adalah apa yang tinggal daripada buku selepas kesemua
bahan organik telah reput.

Merujuk kepada skop penulisan Maya yang tinggal, Michael Coe, pakar kajipurba
terkenal di Universiti Yale menyatakan:

"[O]ur knowledge of ancient Maya thought must represent only a tiny fraction of
the whole picture, for of the thousands of books in which the full extent of their
learning and ritual was recorded, only four have survived to modern times (as
though all that posterity knew of ourselves were to be based upon three prayer
books and Pilgrim's Progress)." (Michael D. Coe, The Maya, London: Thames
and Hudson, 4th ed., 1987, p. 161.)

Mathematik
Maya (atau leluhur Olmec mereka) memajukan konsep sifar (malah, mereka telah
menggunakan konsep sifar berabad-abad sebelum Dunia Lama), dan menggunakan
sistem nombor asas 20 (lihat nombor Maya). Ukiran menunjukkan mereka kadang-kala
membuat pengiraan sehingga beratus juta. Mereka menghasilkan pemantauan astronomi
yang amat tepat; peta pergerakan bulan dan planet adalah setaraf atau lebih baik
berbanding sebarang kebudayaan yang melakukan pencerapan menggunakan mata kasar.
Pengiraan Maya terhadap tahun matahari ( solar year ) adalah lebih baik berbanding
takwim Gregory.

Kejatuhan Maya
Pada abad ke 8 dan ke 9 AD kebudayaan Maya Klassik merosot, dengan kebanyakan
bandar tanah rendah ditinggalkan. Perperangan, kehabisan tanah pertanian disebabkan
faktor ekologi, dan kemarau atau gabungan faktor-faktor ini biasanya dicadangkan
sebagai sebab kemerosotan ini. Terdapat bukti carigali arkhaeologi mengenai
perperangan, kebuluran, dan pemberontakan terhadap kaum bangsawan dipelbagai tapak
tanah rendah tengah.

Bandar Maya di tanah rendah di utara Yucatan masih berkembang melebihi dari satu abad
lagi; sebahagian dari tapak penting pada era ini adalah Chichen Itza, Uxmal, Etzna, dan
Coba. Selepas kejatuhan dinasti pemerintah Chichen dan Uxmal, Mayapan memerintah
kesemua Yucatan sehingga pemberontakan pada tahun 1450; kawasan tersebut kemudian
bertukar menjadi negara bandar sehingga Sepanyol menakluk Yucatan.
Negeri Post-Klassik Maya turut terus berkembang ditanah tinggi kawasan selatan. Satu
daripada kerajaan Maya di kawasan ini, Quiché, bertanggung jawab bagi hasil kerja
Mayan yang paling terkenal historiografi dan mythologi, Popol Vuh.

Sepanyol memulakan penaklukan tanah Maya pada 1520-an. Sesetengah negeri Maya
memberikan tentengan sengit; negara bandar Maya terakhir hanya ditewaskan oleh pihak
berkuasa Sepanyol pada 1697.

Sebahagian besar koloni Amerika Sepanyol terputus hubungan dengan negara luar, dan
runtuhan bandar agung silam tidak begitu diketahui kecuali kepada penduduk tempatan.
Pada tahun 1839 bagaimanapun, pengembara Amerika, John Lloyd Stephens, mendengar
lapuran mengenai tinggalan purba di dalam hutan, melawat Copan, Palenque, dan tapak
lain dengan arkhitek & pelakar pelan draftsman Inggeris Frederick Catherwood.
Gambaran bergambar mereka mengenai runtuhan tersebut menyemarakkan minat yang
kuat terhadap penduduk dan kawasan tersebut, dan mereka sekali lagi menduduki
kedudukan penting sebagai penyambung penting dalam warisan Mesoamerican.

Sebahagian besar penduduk pendalaman kini di Guatemala dan Belize adalah dari
keturunan Maya dan bertutur Maya sebagai bahasa utama; kebudayaan Maya masih
wujud dipendalaman Mexico.

Daftar Tapak Maya


Tapak terpenting Maya

• Chichen Itza
• Coba
• Copan
• Kalakmul
• Tikal
• Uxmal

Tapak Maya yang lain

• Altun Ha
• Becan
• Bonampak
• Caracol
• Dos Pilas
• Dzibilchaltun
• El Mirador
• Etzna
• Gumarcaj
• Izamal
• Kabaah
• Kaminaljuyu
• Labná
• Louisville, Belize
• Lubaantun
• Mayapan
• Nim Li Punit
• Piedras Negras
• Quirigua
• Rio Bec
• Sayil
• Seibal
• Tonina
• Tuluum
• Uaxactun
• Xunantunich
• Yaxchilan
• Zaculeu