P. 1
Perang Dunia I

Perang Dunia I

4.5

|Views: 1,853|Likes:
Dipublikasikan oleh buyah

More info:

Published by: buyah on Oct 29, 2008
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/09/2013

pdf

text

original

Perang Dunia I

Perang Dunia I berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan bermula di Balkan. Pada 28 Jun 1914, Archduke Franz Ferdinand dari Austria-Hungary bersama isterinya terbunuh di Sarajevo, Bosnia. Bosnia merupakan kawasan Austria yang dituntuti oleh Serbia, sebuah negara Balka yang kecil di mana pembunuhan tersebut telah dirancang. Dengan sokongan negara Jerman, Austria-Hungary memutuskan menghukum Serbia. Austria-Hungary menyerang Serbia pada 28 Julai 1914. Rusia membuat penyediaan untuk menyokong Serbia dan diserang oleh Jerman. Negara Perancis pula menyokong Rusia dan Jerman juga menyerangnya. Untuk sampai di Paris dengan secepat mungkin, tentera Jerman menyerang Belgium, sebuah negara yang berkecuali. Britain kemudian menyerang Jerman. Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan tetapi negara Perancis, Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman, Austria-Hungary dan sekutunya digelarkan "Kuasa-kuasa Pusat" manakala negara-negara yang menentangi mereka digelarkan "Tentera Bersekutu". Sewaktu peperangan berlanjutan, negara-negara lain bercampur tangan. Hampir kesemuanya memihak dengan Tentera Bersekutu. Pada tahun 1915, Itali menyertai Tentera Bersekutu kerana ingin menguasai tanah Austria. Dan pada tahun 1917, Amerika Syarikat memasuki peperangan memihaki Tentera Bersekutu.

Sekitar kemusnahan serta pertempuran yang berlaku semasa Perang Dunia I. Sungguhpun Tentera Bersekutu amat kuat, negara Jerman kelihatan hampir-hampir memenangi peperangan itu. Selepas 1914, negara Jerman menguasai Luxemborg, kebanyakan Belgium, serta sebahagian daripada Perancis utara. Negara Jerman juga menang di Barisan Timur ketika usaha Rusia tergagal. Akan tetapi menjelang 1918, tentera Jerman telah mengalami keletihan. Bekalannya tidak mencukupi dan terdapatnya pergolakan sosial di dalam negara sendiri. Pada waktu yang sama, semakin ramai tentera Amerika Syarikat baru tiba untuk mengukuhkan Tentera Bersekutu. Pada musim panas 1918, tentera Amerika Syarikat membantu menentangi serangan Jerman yang terakhir di barat. Negara Jerman menurunkan tandatangan perjanjian gencatan senjata pada 11 November. Di bawah Perjanjian Versailles yang ditandatangani selepas Perang Dunia I, negara Jerman menyerahkan tanah-tanah jajahan dan sebahagian daripada wilayah Eropahnya. Poland diasaskan semula dan menerima Posen {sekarang digelar Poznani), sebahagian Silesia serta sebahagian Prussia Barat. Alsace dan bahagian Lorraine yang dikuasai oleh Jerman dipulangkan kepada negara Perancis. Negara Perancis juga dapat menguasai kawasan Saar selama 15 tahun. Perjanjian ini juga meletakkan Rhineland di bawah pendudukan Tentera Bersekutu selama 15 tahun. Bilangan tentera Jerman dikecilkan tidak melebihi 100,000 askar serta dilarang mempunyai tentara udara. Jerman juga perlu membayar Tentera Bersekutu pampasan perang yang sungguh besar.

Dianggarkan terdapat 8.6 juta mangsa peperangan ketika Perang Dunia I. Pihak Bersekutu kehilangan 5.1 juta orang sementara Kuasa-kuasa Pusat 3.5 juta. Peperangan tersebut mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara yang terlibat dan dikenali sebagai "peperangan untuk mengakhiri semua peperangan" sehinggalah Perang Dunia II berlaku.

Punca Perang Dunia I
Perang Dunia I berlaku disebabkan oleh faktor politik dan ekonomi. Antara faktor politik termasuklah kemunculan nasionalisme dan sistem pakatan negara-negara Eropah, iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Faktor ekonomi pula melibatkan persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi. Pada penghujung abad ke-19, negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan membentuk sebuah bangsa yang lebih besar, contohnya Jerman dan Itali. Kedua-dua negara ini menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain, Perancis, AustriaHungary dan Rusia dalam usaha mendapatkan tanah jajahan. Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa-kuasa besar ini sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan masing-masing. Menjelang penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, persaingan sengit berlaku di kalangan kuasa Eropah ini akibat Imperialisme Baru. Kuasa besar mula bersaing bagi membentuk lingkungan pengaruh masing-masing untuk mendapatkan bahan mentah serta untuk memasarkan barangan siap mereka.

Garis waktu
1914
• • • • • • • • • • • • • •

28 Jun: Archduke Franz Ferdinand dibunuh di Sarajevo. 28 Julai: Austria-Hungary mengumumkan perang ke atas Russia. 2 Ogos: Jerman menceroboh Luxembourg. 3 Ogos: Jerman mengistiharkan perang ke atas Perancis. 4 Ogos: Britain mengistiharkan perang ke atas Jerman dan Austria-Hungary. 4 Ogos: Tentera Jerman menceroboh Belgium melanggar perjanjian yang ditandatangani oleh Prussia untuk menghormati keberkecualian Belgium. 19 Ogos: Wilson merayu untuk berkecuali. 26-30 Ogos: Pertempuran Tannenberg. Ogos: Pertempuran Togoland dan pengejaran Goeben dan Breslau. 5-10 September: Pertempuran Pertama Marne. September: Pertempuran Pertama Aisne dan pertempuran Lemberg. Oktober-November: Pertempuran Pertama Ypres. November: Pertempuran Lodz. 25 Disember: Kedamaian sementara tidak rasmi sempena Krismas di Barisan Barat.

1915
• • • • • • • • • • • • • • •

19 Januari: Serangan udara zeppelin Jerman pertama ke atas Britain. 4 Februari: Jerman mengistiharkan sekatan kapal selam kepada Britain. Februari: Pertempuran Masuria. Mac: Pertempuran Neuve-Chapelle. Mac-Disember: Pertempuran Rabung Aubers dan Festubert. 22 April-5 Mei: Pertempuran Kedua Ypres. Pengunaan senjata kimia pertama. 23 April: Serangan Tentera Bersekutu ke atas Gallipoli. 7 Mei: Kapal Lusitania ditenggelamkan oleh kapal selam Jerman. 13 Mei: Nota Lusitania pertama. Mei: Pertempuran Gorlice-Tarnow. 30 Ogos: Berdasarkan tuntutan Amerika, kapal selam Jerman menghentikan menenggelamkan kapal tanpa amaran. 5 September: Tsar Nicholas memerintah askar Rusia. September-Oktober: Pertempuran Artois dan Champagne serta Pertempuran Loos. 7 Disember: David Lloyd George menjadi Perdana Menteri Britain. 28 Disember: Tentera Bersekutu berundur dari Gallipoli.

1916
• • • • • •

21 Februari: Pertempuran Verdun Mei-Jun: Serangan Trentino. 31 Mei: [Pertempuran Jutland. 4 Jun: Serangan Brusilov. 1 Julai-18 November: Pertempuran Somme. 7 November: Woodrow Wilson dilantik semula.

1917
• • • • • • • • • • • • •

22 Januari: Ucapan "Keamanan tanpa Kemenangan" oleh Presiden Wilson. 1 Februari: Jerman mengistiharkan pertempuran kapal selam tanpa batasan kembali. 24 Februari: Penenggelaman Laconia. 15 Mac: Tsar Nicholas turun takhta. Mac-September: Perpecahan Rusia berlaku. 6 April: Amerika Syarikat mengisytiharkan perang ke atas Jerman. 16-29 April: Serangan Chemin des Dames. April: Pertempuran Arras dan Vimy Ridge serta Serangan Nivelle. Jun: Pertempuran Messines. 6 Julai: Aquaba ditawan orang-orang Arab pimpinan T.E.Lawrence. 16 Julai-10 November: Pertempuran Ketiga Ypres. 6 Ogos: Aleksander Fyodorovich Kerensky dilantik sebagai Perdana Menteri Rusia. Oktober: Pertempuran Caporetto.

• • • • •

7 November: Kerajaan baru Kerensky digulingkan oleh Bolshevik. 10 November, 1917 Pihak British sampai ke Passchendaele. November: Pertempuran Cambrai. 3 Disember: Gencatan senjata Jerman-Russia. 9 Disember: Jerusalem ditawan oleh Britain.

1918
• • • • • • • • • • • • • • •

3 Mac: Perjanjian Brest-Litovsk antara Rusia dan Kuasa-kuasa Pusat (Jerman, Austria-Hungary dan Turki). 15 Mac: Rusia mengesahkan Perjanjian Brest-Litovsk yang membawa Rusia keluar dari perang. Mac-Jun: Serangan Ludendorff. April: Serangan Zeebruggge. Jun-Julai: Serangan Piave. 16-17 Julai: Bolshevik membunuh Tsar Nicholas dan keluarganya. 17 Julai: Ekspedisi Archangel. 29 September: Tentera Bersekutu melintasi Garisan Hindenberg. September: Serangan St. Mihiel. September-Oktober: Pertempuran Megiddo. September-November: Pertempuran Meuse-Argonne. 28 Oktober: Kelasi Jerman memberontak. 9 November: Kaiser Wilhelm meletakkan jawatan. 10 November: Republik Jerman ditubuhkan. 11 November: Perang Dunia I berakhir. Kuasa-kuasa Pusat dipaksa membatalkan Perjanjian Brest-Litovsk.

1919

28 Jun: Perjanjian Versailles secara rasminya mengakhiri Perang Dunia I.

Korban

Gambar zon peperangan

Tentera Bersekutu
• •

• • • • • • • • •

Belgium: 13,700 (0.2%) Pihak British: 908,000 (16.5%) o Australia: 60,000 o Kanada: 55,000 o India: 25,000 o New Zealand: 16,000 o Afrika Selatan: 7,000 o Britain: 715,000 Perancis: 1,354,000 (24.6%) Greece: 5,000 (0.1%) Itali: 650,000 (11.8%) Jepun: 300 (0.0%) Rumania: 336,000 (6.1%) Rusia: 1,700,000 (30.9%) Serbia: 450,000 (8.2%) Amerika Syarikat: 50,600 (0.9%) JUMLAH: 5,497,600 (100%)

Kuasa-kuasa Pusat
• • • • •

Austria-Hungary: 1,200,000 (35.5%) Bulgaria: 87,500 (2.6%) Jerman: 1,770,000 (5.3%) Kerajaan Uthmaniyah: 325,000 (9.6%) JUMLAH: 3,382,500 (100%)

Orang awam
• • • • • • • • • • • •

Austria: 300,000 (4.6%) Belgium: 30,000 (0.5%) Britain: 31,000 (0.5%) Bulgaria: 275,000 (4.2%) Perancis: 40,000 (0.6%) Jerman: 760,000 (11.7%) Greece: 132,000 (2.0%) Romania: 275,000 (4.2%) Rusia: 3,000,000 (46.2%) Serbia: 650,000 (10.0%) Kerajaan Uthmaniyah: 1,000,000 (15.4%) JUMLAH: 6,493,000 (100.0%)

Perjanjian Versailles
Perjanjian Versailles juga dikenali sebagai Triti Versailles merupakan satu daripada lima perjanjian yang ditandatangani semasa Persidangan Keamanan Paris atau (Paris Peace Conference) yang bermula pada 12 Januari 1919. Perundingan ini diketuai oleh lima kuasa besar yang berjaya menewaskan Kuasa Pusat atau Central Powers iaitu Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Itali dan Jepun. Tokoh yang utama dalam perundingan ini termasuklah Georges Clemenceau (Perancis) David Lloyd George (Britain), Vittorio Orlando (Itali), dan Woodrow Wilson (Amerika Syarikat). Hasilnya, lima perjanjian telah dimeterai dan ianya diberi nama berdasarkan lima bandar suburbs di sekitar Paris iaitu Versailles, St Germain, Trianon, Neuilly dan Serves.

Syarat utama

Woodrow Wilson dengan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Amerika Perjanjian Versailles merupakan perjanjian yang paling komprehensif, dimana sebahagian kuasa besar telah bersetuju untuk menghukum Jerman dan negara lain yang tewas dalam Perang Dunia I. Antara syarat dan terma yang utama ialah: 1. Penyerahan kesemua tanah jajahan atau koloni Jerman sebagaimana yang dimandatkan oleh Liga Bangsa (League of Nations): 2. Wilayah Alsace-Lorraine dipulangkan kepada Perancis; 3. Penyerahan Eupen-Malmedy kepada Belgium, Memel kepada Lithuania, daerah Hultschin kepada Czechoslovakia, 4. Poznania, iaitu sebahagian Prussia Timur dan Upper Silesia diserah kepada Poland; 5. Danzig dijadikan bandar yang bebas;

6. Plebiscites (sejenis pungutan suara) diadakan di sebelah utara Schleswig untuk menyelesaikan isu sempadan Denmark-Jerman; 7. Pendudukan dan status istimewa bagi wilayah Saar di bawah kawalan Perancis; 8. Pendudukan Rhineland yang dijadikan kawasan bebas tentera selama limabelas tahun ; 9. Jerman membayar hutang perang sebanyak £6,600 juta; 10. Pengharaman keatas penggabungan Jerman dan Austria; 11. Menerima pengakuan kesalahan Jerman kerana menyebabkan Perang Dunia I; 12. Provisi untuk perbicaraan bekas Kaiser dan pemimpin perang yang lain; 13. Tentera Jerman terbatas kepada 100,000 orang tanpa tentera kerahan, kereta kebal, artileri berat, bekalan gas beracun, kapal terbang dan "airship"; 14. Tentera Laut Jerman hanya boleh memiliki kapal di bawah sesaran 10,000 tan untuk "kapal berperisai", dan tidak boleh memiliki kapal selam; Perjanjian Versailles merupakan satu tamparan yang cukup hebat kepada rakyat Jerman yang bangga dengan kegemilangan mereka yang lampau.

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->