Anda di halaman 1dari 2

Nama: _____________________________ Tarikh: __________

Men.3______
Latihan 2
Arahan: Padankan peribahasa berdasarkan maksud yang
diberikan.

a. jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya


b. menegakkan benang basah
c. gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar
d. sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
e. gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
f. menconteng arang di muka
g. rumah sudah pahat berbunyi
h. ditatang bagai minyak yang penuh
i. kuat ketam kerana sepit, kuat burung kerana sayap
j. ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

1. Peperangan atau perselisihan yang berlaku antara dua pihak


yang berkuasa menyebabkan rakyat yang binasa atau
menderita.

2. Sesuatu perkara yang telah terlanjur dibuat salah, hendaklah


dibetulkan dengan dibuat semula dari awal.

3. Hendak meniru-niru perbuatan orang besar atau kaya, akhirnya


diri sendiri binasa.

4. Menahankan sesuatu perkara yang sebenarnya tidak dapat


dipertahankan lagi.
5. Hendaklah sentiasa berhati-hati supaya jangan terpedaya dan
habis harta dengan percuma.

6. Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna.

7. Melakukan sesuatu perbuatan buruk yang boleh memberi aib


atau mencemarkan nama baik ibu bapa atau keluarga.

8. Setiap orang mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-


masing.

9. Orang besar atau mulia tidak akan hilang martabatnya jika dia
merendahkan dirinya sekalipun.

10. Mencela atau bersungut tentang sesuatu yang sudah siap.

Anda mungkin juga menyukai