Anda di halaman 1dari 2

Nama: _____________________________ Tarikh: __________

Men. 4______
Latihan 3
Arahan: Padankan peribahasa berdasarkan maksud yang
diberikan.

a. muka berpandangan, budi kedapatan kasih sebagai selama


jua
b. Quran buruk
c. seperti melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi,
masuk tidak memenuhi
d. meski tertimbun dalam tanah, namun teras timbul juga
e. mengata dulang paku serpih, mengata orang awak yang
lebih
f. seperti menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus
tepung dangan berserak
g. tangan mencengang bahu memikul
h. laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak
ditimpa hujan
i. rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku
j. pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak

1. Meskipun kebenaran itu belum terang, lambat laun akan


menjadi kenyataan juga.

2. Manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan


kesilapan.

3. Tiap-tiap yang bernyawa akan mati juga sudahnya, baik


tua,muda ataupun anak-anak.
4. Penyakit yang dihidapi itu boleh merosakkan keelokan rupa kita,
begitu juga kelakuan yang keji boleh merosakkan nama baik
bangsa kita.

5. Orang tua yang banyak pengalaman tidak wajar disia-siakan


walaupun buah fikirannya tidak dapat digunakan lagi.

6. Seseorang yang tidak dianggap penting oleh orang lain dan


dianggap tidak berguna. Adanya tidak mempunyai apa-apa erti.

7. Jika kita yang membuat kesalahan, kitalah yang harus


menanggung akibatnya.

8. Mencela orang tetapi diri sendiri lebih buruk daripada orang


yang dicela.

9. Menghukum hendaklah dengan seadil-adilnya, sehingga kedua-


dua belah pihak berasa puas.

10. Seseorang yang mengetahui perbuatan jahat orang lain


terhadap dirinya tetapi tidak menghiraukannya.

Anda mungkin juga menyukai