Anda di halaman 1dari 24

Bab 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dalam bab ini penyelidik cuba menerangkan tentang latar belakang


masalah membaca yang dihadapi murid. Penyelidik juga menyatakan tentang
pernyataan masalah kajian. Di samping itu bab ini juga menjelaskan tentang
objektif kajian, persoalan kajian dan hepotesis kajian.

1.2 Latar belakang kajian.

Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ( 2006 ) membaca


adalah satu keupayaan untuk membaca ayat dengan lancar serta sebutan,
intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan adalah diberi kepada aspek
pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan
pelbagai teknik.

Menurut fahaman terdahulu membaca semata-mata memindahkan


tulisan kepada suara. Seseorang murid yang menyuarakan tulisan dengan
lancar, adalah dianggap pandai membaca walaupun isi bacaan itu tidak
ifahami. Justeru itu kemahiran membaca sentiasa dijalankan dengan cara

1

\fe]\] c[v p;v kvkvll


membaca kuat untuk memerhati kepada kekuatan suara, kelancaran dan
sebutan murid itu. Soal memahami isi bacaan tidak dihiraukan.

0iffifvfvfvcffglvllcdxdx d3ppvfD

DDP
Fahaman masa kini pula membaca itu bukanlah bermakna
memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan
memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan
tulisan pada suara dengan lancar dan kuat, jika tidak memahami apa yang
disuarakan maka murid itu tidak boleh dianggap sebagai pandai membaca.
Memahami isi bacaan adalah tujuan yang berjalan serentak dengan kelancaran
membaca .

Dalam hal demikian, bolehlah dikatakan bahawa membaca ialah


menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan
memahamkan kandungannya. Pelajar memperoleh kemahiran membaca ini
sejak dari awal tadika sehinggalah ke peringkat sekolah rendah.

Namun senario kini amat menyedihkan di mana kemahiran membaca


ini menunjukkan kelemahan yang amat ketara di kalangan pelajar sekolah
rendah sehingga Tahun Enam mahupun ke peringkat sekolah menengah masih
berlarutan sehinggakan menjadi masalah kepada para guru.

2
Menurut laporan Kualiti Hidup Malaysia ( 2002 ) menunjukkan
bahawa tahap membaca dalam kalangan murid khususnya dan masyarakat
amnya, agak membimbangkan. Mengikut kadar literasi ( 2002 ) sebanyak 93.8
% rakyat Malaysia membaca secara purata hanya 2 buah buku setahun. Pada
tahun 1996 kanak-kanak yang berumur 5 – 6 tahun hanya 52 % boleh
membaca.

Di peringkat sekolah rendah murid dalam lingkungan umur 7 – 9 tahun


sebanyak 96 % boleh membaca sementara 73 % mengamalkan tabiat
membaca. Kumpulan murid dalam lingkungan umur 10 tahun ke atas,
sebanyak 93 % boleh membaca dan hanya 87 % mengamalkan tabiat
membaca di dalam kehidupan seharian mereka. Di bandar sebanyak 81 % dan
di luar bandar pula hanya 77 % yang mana kedua-dua lokasi ini sekadar 56 %
yang mengamalkan tabiat membaca.

3
Jadual 1.1 Kebolehan Membaca dan Amalan Membaca bagi Kanak-kanak
Berumur 5 hingga 10 tahun.

Ciri-ciri Orang Boleh baca Amal baca

% % insiden % insiden
taburan

Jumlah 100 79 56

Jantina-

lelaki 51 78 55

perempuan 49 80 57

5 - 6 tahun 38 52 30

7 - 9 tahun 62 96 73

10 th ke atas 100 93 87

( Laporan Kualiti Hidup Sihat Malaysia 2002 )

4
Jadual 1.2 Jenis bahan bacaan yang disukai ( 2002 )

Ciri-ciri Surat Majalah Buku komik

khabar

5 – 9 6 10 26 41
tahun

10 tahun 79 47 52 32
ke atas

( Laporan Kualiti Hidup Sihat Malaysia 2002 )

Jadual 1.2 menunjukkan bahan-bahan bacaan yang sering di baca oleh


murid-murid sekolah.. Merujuk kepada jadual di atas amat membimbangkan
kerana amalan membaca buku akademik menunjukkan peratusan yang rendah
iaitu 26 % bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 9 tahun dan 52 % bagi mereka
yang dalam lingkungan umur 10 tahun ke atas.

5
Bilangan penduduk yang boleh membaca mengikut banci penduduk
tahun 1996 hanya meningkat sebanyhak 8 % daripada 85 % dalam tahun 1991.
Peningkatan yang agak perlahan ini amat membimbangkan pihak kerajaan.

Ekoran daripada itu pada tahun 1995, kerajaan telah menganjurkan


Kempen Bulan Membaca peringkat kebangsaan setiap tahun sehingga tahun
2005. Bagi menjayakan kempen ini, beberapa agensi kerajaan turut terlibat
seperti Perpustakaan Negeri danerpustakaan Negara, Kementerian Pelajaran,
Jabatan-Jabatan, Agensi-Agensi kerajaan dan Swasta serta Institusi-Institusi .
Usaha ini semata-mata untuk menyemarakkan dan menyuburkan minat
membaca kalangan kanak-kanak, remaja, dewasa dan keluarga.

1.3 Pernyataan masalah

Membaca merupakan aktiviti individu yang berinteraksi dengan teks


dan bahan yang dilihat, dibaca, didengar dan ditonton. Sejak dari dalam
kandungan ibu lagi seseorang bayi itu secara tidak langsung telah dipupuk dan
disemai sikap membaca melalui amalan si ibu. Ketika umur 3 atau 4 tahun
peringkat awal bacaan berulang sehinggalah kanak-kanak itu melangkah kaki
ke alam persekolahan, amalan membaca berterusan dan amat sinonim di dalam
kehidupan.

6
Namun , apa yang membimbangkan senario yang melanda para murid
sekolah rendah khususnya murid-murid pendidikan khas, masih ada yang tidak
boleh menguasai kemahiran membaca ini. Sehubungan dengan itu, penyelidik
cuba membuat satu kajian tentang tahap kecekapan membaca khususnya murid
pendidikan khas di sekolah rendah dan cuba untuk menyelongkar apakah sebab
sebenarnya masalah ini boleh berlaku.

1.4 Objektif kajian

Kajian ini dilakukan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

1.4.1 Mengenalpasti pendekatan guru dalam proses pengajaran kemahiran


membaca di bilik darjah.

1.4.2 Menilai sejauh manakah tahap penerimaan murid terhadap


keberkesanan pendekatan yang digunakan.

1.5 Persoalan kajian

Berdasarkan objektif-objektif berikut Penyelidik telah menetapkan tiga


persoalan seperti berikut:

7
1.5.1 Apakah pendekatan yang digunakan oleh guru dalam mengajar
kemahiran membaca di dalam bilik darjah?

1.5.2 Bagaimanakah guru mengendalikan pendekatan yang dipilih untuk


meningkatkan tahap kecekapan murid dalam kemahiran membaca?

1.5.3 Adakah pendekatan ICT dapat meningkatkan tahap kecekapan


membaca di kalangan murid?

1.6 Hepotesis kajian

Ho1 ; Tiada perbezaan di antara pendekatan tradisional ( talk & chalk ) dengan
penggunaan ICT dalam meningkatkan tahap kecekapan membaca murid di
bilik darjah.

Ho2 : Tiada perbezaan di antara murid lelaki dengan murid perempuan


terhadap peningkatan tahap kecekapan membaca dengan pendekatan
tradisional ( talk & chalk )

8
Ho3 ; Tiada perbezaan di antara murid lelaki dengan murid perempuan
terhadap peningkatan tahap kecekapan membaca dengan pendekatan ICT.

1.7 Kepentingan kajian

Dalam bahagian ini penyelidik memberi beberapa contoh tentang


kepentingan kajian ini kepada murid-murid, guru mahupun pihak sekolah.
Semoga kajian ini akan dapat mempertingkatkan tahap kecekapan membaca
dan diaplikasikan oleh murid-murid. Di samping itu akan memberi dorongan
dan motivasi kepada murid-murid yang lain. Bagi guru-guru pula diharap
dapatan ini akan terus memberi motivasi kepada guru berkenaan dan guru-guru
yang lain.

Hasil tersebut kelak akan menjadi sumber inspirasi atau semangat guru-
guru supaya lebih berani untuk mencuba dan menghasilkan sesuatu yang baru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian ini akan menjadi
koleksi sekolah untuk sumber rujukan guru-guru serta sekolah lain yang
memerlukannya.

1.8 Batasan kajian

Penyelidik telah memilih lokasi kajian di salah sebuah sekolah rendah


pendidikan khas di sekitar bandar Kota Kinabalu. Sampel yang dipilih dari
sebuah kelas Tahun Tiga yang terdiri daripada 9 orang murid lelaki dan 16

9
orang murid perempuan. Proses pengajaran dan pembelajaran hanya
dikendalikan sebanyak dua kali dalam seminggu dalam tempoh satu jam.

Adalah menjadi harapan penyelidik semoga dengan kaedah yang


dipilih untuk bilangan pelajar yang sekecil ini, kelak akan dapat diaplikasikan
dengan sebaik mungkin seterusnya dapat mengatasi masalah membaca di
kalangan pelajar ini.

Rumusan

Dalam bab ini penyelidik telah menerangkan serba sedikit tentang latar
belakang dan pernyataan masalah. Selain itu objektif-objektif dan persoalan
kajian turut dinyatakan. Penyelidik telah memilih nol sebagai jenis hepotesis
kajian. Kepentingan dan batasan kajian juga turut dijelaskan secara ringkas.

10
Bab 2

LITERATUL KAJIAN

2.1 Pendahuluan

Membaca jambatan ilmu cukup sinonim dalam kehidupan. Setiap orang


secara fitrahnya akan terdorong untuk membaca sesuatu pernyataan yang
dilihat tidak kira dalam bentuk media elektronik ataupun media cetak. Dengan
amalan membaca rakyat akan menjadi warga berilmu sekaligus mempunyai
akal yng terdidik untuk menjadi warga cemerlang dan upaya menghindari diri
daripada gejala-gejala sosial. Dalam bab ini penyelidik cuba membincangkan
tentang konsep-konsep membaca, kaedah dan pendekatan bacaan. Teori-teori
dan juga kajian-kajian yang berkaitan turut di perjelaskan.

2.2 Menurut Kamus Pelajar ( 2000 ) membaca merupakan perbuatan untuk


membunyi, menyebut dan melapazkan huruf, perkataan dan ayat yang ditulis,
dilihat dan memahami apa yang tertulis. Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohammad
( 2001) menyatakan bahawa membaca adalah satu proses penting untuk
mendapat ilmu dan maklumat. Dalam hal demikian, bolehlah didefinisikan
bahawa membaca itu ialah menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang
tertulis dan memahamkan kandungannya.

11
Terdapat dua cara membaca di sekolah iaitu bacaan mekanis (bersuara )
dan bacaan alkaliah. ( senyap ) Proses mengajar bacaan mengandung lima
peringkat iaitu peringkat menyediakan murid terutamanya terhadap perasaan
dan bahasa mereka. Peringkat mendirikan asas terutamanya dalam perkara-
perkara seperti pemilihan ayat, rangkaikata, perkataan, huruf-huruf dan
sukukata supaya tidak membosankan murid. Peringkat melatih dan memaham
isi bacaan, peringkat membaca untuk hiburan dan mencari pengetahua serta
peringkat membina sikap gemar membaca.

Di samping peringkat-peringkat bacaan terdapat juga kaedah untuk


mengajar bacaan seperti kaedah mengeja, kaedah bunyi, kaedah huruf dan
kaedah pandang sebut. Penyelidik turut menyenaraikan beberapa pendekatan
membaca di antaranya pendekatan membina ( sintesis), pendekatan cerakinan (
analisis ) pendekatan eklektik dan pendekataan bacaan ekstensif iaitu SQ3R

Terdapat teori-teori yang berkonsepkan pengajaran dan pembelajaran.


Teori behaviorisme berasaskan kepada perubahan tingkah laku. Dengan
melakukan sesuatu secara berulang-ulang tingkahlaku akan dikuasai secara
automatik. Peneguhan, ganjaran dan hukuman adalah cara pengajaran dan
pembelajaran teori ini. Teori kognitif pula berpegang teguh bahawa
pembelajaran melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula maklumat
dalam struktur pemikiran.

12
Teori-teori ini tidak menyatakan secara tepat tentang masalah kajian
namun, ianya berhubung kait dengan proses pengajaran dan pembelajaran.
Bahan-bahan rangsangan yang kerap kali diberi kepada murid-murid,
menggalakkan minda murid-murid untuk memproses maklumat tersebut
dengan lebih bermakna yang mana akhirnya berlaku perubahan tingkahlaku.
Sebagai contoh, bahan-bahan bacaan yang menarik dan pelbagai dengan
penggunaan ICT ini, lebih merangsang murid untuk terus mengikuti
pembelajaran seterusnya mendapat input yang lebih berkesan.

Kajian mengenai tahap kecekapan membaca seperti yang telah dipilih


oleh penyelidik mendapat perhatian oleh penyelidik-penyelidik terdahulu. Di
antaranya adalah kaji selidik tentang tabiat atau minat membaca di Sabah.
Dalam kaji selidik ini didapati peratusan responden membaca akhbar dan buku
agak baik manakala peratusan membaca majalah masih rendah. Menurut kaji
selidik ini, pola pembacaan ini ditentukan oleh faktor pendapatan, umur,
geografi, etnik dan jantina. Dalam kajian ini juga turut memaparkan tentang
sikap masyarakat yang kurang menggalakkan terhadap kempen membaca yang
telah dijalankan.

Laporan Kualiti Hidup Malaysia 2002 terbitan Perancangan Ekonomi


mengatakan bahawa kadar laterasi 2002, sebanyak 93.8 % rakyat Malaysia
membaca secara purata hanya dua buah buku setahun. Dalam laporan ini turut
memaparkan bilangan murid-murid sekolah rendah dalam lingkungan umur 7

13
hingga 9 tahun sebanyak 96 % boleh membaca dan hanya 73 % daripada itu
mengamalkan. Kajian mendapati jenis bahan yang diakses berbentuk bacaan
ringan seperti surat khabar 79 % buku 52 % majalah 47 % dan komik 32 %.

Kajian mendapati di antara sebab mengapa tidak membaca ialah tidak


berminat dan tidak mempunyai masa lapang. Utusan Malaysia 12 Jun 2006
melaporkan beberapa kajian tentang budaya membaca di institut pengajian
tinggi. Satu kajian di barat tentang budaya membaca di kalangan pelajar
universiti menunjukkan keputusan yang tidak memberangsangka di mana
hanya 41 % responden membaca setiap hari.

Terdapat juga kajian lain di barat bahawa membaca buku ini


merupakan ditempat terakhir masa senggang yang ada. Mereka lebih rela
menghabiskan masa bersembang dengan rakan-rakan daripada membaca buku
ilmiah. Satu kajian lagi di barat bahawa 39 % pelajar universiti tidak
mempunyai masa membaca kerana faktor tidak mempunyai sebarang buku
yang ingin dibaca. Kalaupun membaca ialah novel dan buku yang tidak
berbau akademik.

Satu kajian yang di jalankan oleh pihak Perpustakaan Malaysia


tentang peranan mereka untuk menggalakkan amalan membaca di kalangan
rakyat Malaysia. Beberapa langkah dan aktiviti telah dijalankan seperti
menubuhkan Dasar Galakan Membaca Perpustakaan negeri Malaysia tiga
Disember 2002, penubuhan Gerakan Literasi Maklumat 2002, Jawatankuasa
Gerakan Membaca Kebangsaan, Perpustakaan Keluarga, bacaan kegemaran
saya dan banyak lagi.

14
Sebuah Seminar Kebangsaan Buku Kanak-kanak Malaysia 2003 telah
diadakan. Di antara programnya adalah Gerakan membaca Nilam yang telah
disampaikan oleh Puan Fatimah Jusoh dari Bahagian Teknologi Pendidikan.
Beliau lebih menekankan peranan murid-murid dalam memupuk minat
membaca. Kajian tentang kadar literasi perbandingan antarabangsa. Anggaran
UNESCO tentang kadar literasi rakyat Malaysia terutamanya kadar literasi
perempuan adalah terlalu rendah.

Rumusan

Secara amnya, kajian-kajian lalu menunjukkan tahap amalan membaca


di kalangan rakyat Malaysia khususnya terhadap pelajar IPT dan sekolah
rendah biasa.. Oleh hal yang demikian, penyelidik akan cuba mengkaji tahap
kecekapan membaca dalam kalangan murid pendidikan khas di sekolah
rendah dan sejauhmanakah tahap perkembangan nya hingga ke hari ini.

15
Bab 3

METADOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Dalam bab ini dijelaskan secara ringkas tentang bahagian-bahagian


yang terkandung seperti pemilihan reka bentuk kajian iaitu kuantitatif. Di sini
juga dihuraikan tentang bagaimana prosedur-prosedur pengumpulan data
dirancang dan dilaksanakan. Penyelidik turut menjelaskan tentang instrumen-
instrumen yang digunakan di samping penjelasan mengenai analisis data.
Seperti biasa bahagian rumusan mengakhiri bab ini.

3.2 Reka bentuk kajian

Reka bentuk kajian merupakan satu strategi atau rancangan bagaimana


untuk menjalankan sesuatu kajian yang melibatkan pemilihan dan
pembahagian sampel. Ia juga menerangkan apakah data dan bagaimana data
dikutip. Penyelidik memilih reka bentuk kajian kuantitatif dalam bentuk
eksperimen jenis tak berkumpulan kawalan. Reka bentuk ini bertujuan untuk
membandingkan keberkesanan kaedah pengajaran baru dengan kaedah biasa.

16
Terrdapat dua kumpulan iaitu kumpulan A adalah kumpulan yang diajar
dengan menggunakan kaedah tradisional (kumpulan kawalan). Kumpulan yang
kedua iaitu kumpulan B yang diajar menggunakan kaedah baru. (kumpulan
eksperimen ) Ujian Pra akan diberikan kepada kedua-dua kumpulan ini
sebelum proses rawatan dijalankan. Sementara ujian Pos akan diberi kepada
kedua-dua kumpulan setelah proses rawatan dibuat kepada kumpulan
eksperimen.

3.3 Populasi / Persampelan

Penyelidik telah memilih sampel secara rawak di dalam salah sebuah


sekolah rendah pendidikan khas di sekitar bandar Kota Kinabalu. Sampel
pilihan merupakan satu kelas daripada empat buah kelas tahun tiga. Sampel
berjumlah 25 orang iaitu 9 orang murid lelaki dan 16 orang murid
perempuan.

3.4 Instrumen kajian

3.4.1 Ujian Pra

17
Ujian Pra akan diberikan kepada kedua-dua kumpulan sebelum proses
rawatan. Ujian ini mengandung 5 soalan dalam bentuk objektif kefahaman
pada aras sederhana .

3.4.2 Ujian Pos

Ujian Pos diberikan kepada kedua-dua kumpulan setelah proses rawatan


dilaksanakan. Ujian ini juga mengandung lima soalan dalam bentuk objektif
kefahaman pada aras yang sederhana mengikut tajuk yang telah dipelajari.

3.4.3 Borang soal selidik

Borang kaji selidik ini dibuat dalam dua kategori iaitu bahagian biodata
dan minat. Soalan soal selidik ini dilaksanakan dengan dua cara iaitu secara
bertulis dan lisan, di mana guru akan membaca soalan-soalan soal selidik
tersebut sementara murid-murid menandakan jawapan yang betul dalam
borang yang telah diedarkan.

18
3.5 Prosedur pengumpulan data.

Sampel

Kumpulan
A

19
Kumpulan
B

Kumpulan
A

Ujian pra

Kumpulan
B

Ujian Pos

Data

Analisis data

Tulis laporan

20
Gambarajah di atas merupakan gambaran ringkas tentang prosedur-
prosedur pengumpulan data. Langkah pertama adalah pemilihan sampel yang
terdiri daripada murid-murid dari sekolah rendah pendidikan khas. Sampel
merupakan Tahun Tiga seramai 25 orang yang terdiri daripada 9 orang murid
lelaki dan 16 orang murid perempuan. Sampel dibahagikan kepada dua
kumpulan. Kumpulan A murid-murid yang belajar secara tradisional manakala
kumpulan B adalah sampel yang mengikuti proses rawatan dengan pendekatan
ICT.

Prosedur kedua adalah menjalani ujian pra kepada kedua-dua kumpulan


untuk melihat pencapaian awal sebelum proses rawatan dijalankan. Sebagai
permulaan kertas ujian ini mengandung lima soalan dalam bentuk objektif
kefahaman. Kedua-dua kumpulan A dan B menjawab soalan yang sama dalam
tempoh yang telah ditetapkan pada aras yang sederhana.

Prosedur ketiga pula adalah proses rawatan di mana kumpulan B cuba


diajar dengan menggunakan pendekatan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran guru seharian. Sebaik sahaja tempoh rawatan dianggaap sudah
mencukupi, ujian pos untuk ujian yang kali kedua pun dijalankan kepada
kedua-dua kumpulan kelas ini. Tujuan ujian ini semata-mata untuk melihat
sejauh manakah pendekatan yang digunakan itu memberi impak kepada
kumpulan rawatan yang telah dipilih.

21
Setelah selesai ujian kedua, proses pengumpulan data dilaksanakan.
Data-data yang dikumpul adalah seperti borang soal selidik serta markah
pencapaian daripada ujian Pra dan ujian Pos murid-murid. Selesai dikutip
proses analisis data dijalankan seterusnya menulis laporan penuh.

3.6 Analisis data

Semua data mentah yang dikutip perlu dimasukkan ke dalam fail data
komputer dan disemak supaya apa yang dimasukkan adalah betul dan tepat.
Analisis data ini dibuat dalam bentuk statistik.

3.6.1 Kekerapan

Kekerapan atau taburan yang dibuat adalah terdiri daripada aspek-


aspek seperti jantina, markah pencapaian, pendapatan dan hobi. Kekerapan
dibuat semata-mata untuk mencari taburan dalam bentuk peratus sesuatu item.

3.6.2 Min

Min merupakan salah satu kecenderungan memusat untuk dapatkan


purata sesuatu set data / skor.

22
3.6.3 Sisihan Piawai

Sisihan piawai pula merupakan sukatan serakan yang mengambil kira


semua data yang ada untuk menunjukkan perbezaan besar antara ukuran sesuatu
item.

3.6.4 Ujian t

Ujian -t ini dibuat bertujuan untuk menguji hepotesis antara dua purata
tidak berbeza cara signifikan. Ujian -t dan kaedah statistik yang lain akan
dilaksanakan dengan menggunakan perisian Statical Package for the Social
Science ( SPSS)

Secara ringkasnya penyelidik turut menyertakan jadual di bawah bagi


memudahkan pembaca memahami pernyataan di atas.

23
Jadual 3.1 Analisis data tahun 3

ITEM ANALISIS KAEDAH TUJUAN

Jantina Kekerapan Peratus

Pendapatan Min Purata

Hobi Ujian - t Perbezaan

Markah

Rumusan

Dalam bab ini penyelidik telah menjelaskan tentang reka bentuk


kuantitatif eksperimen. Penyelidik juga telah menjelaskan serba sedikit tentang
sampel yang dpilih, instrument-instrumen yang terlibat dan juga prosedur-
prosedur mengumpul data.

24

Anda mungkin juga menyukai