Anda di halaman 1dari 2

ISKANDAR MOBILE ENTERPRISE

(IP0345856-U) No 25 Jalan Pengkalan Indah 2 Bandar Pengkalan Indah 31650 Ipoh Perak. Tel: 0103801144 / 0103097333 01 November 2011. No. 65 Kampung Pinji Pasir Putih 31650 Ipoh Perak. Puan Farah Jasmin, Surat Tawaran Pekerjaan. Merujuk pekara di atas, dengan sukacita syarikat kami ingin menawarkan jawatan sebagai Pembantu Tadbir / Pembantu Akaun kepada anda. Kami percaya bahawa pengetahuan, kemahiran dan pengalaman anda akan menjadi antara aset kami yang paling berharga dan kehadiran anda ke dalam organisasi ini amat dialu-alukan. Terma serta syarat-syarat tawaran adalah seperti yang termaktub di bawah: 1. Tempoh bekerja Tempoh bekerja adalah tetap, anda akan melalui tempoh percubaan (probation) selama sebulan. 2. Gaji dan Elaun Gaji yang ditawarkan adalah sebanyak RM1200 sebulan untuk tempoh percubaan dan RM1800 sebulan selepas tempoh percubaan. Anda juga akan diberikan elaun kedatangan sebanyak RM150 sebulan. Sebarang kenaikan atau perubahan gaji, jika perlu, akan dibincangkan bersama dengan pihak pengurusan syarikat. 3. Potongan KWSP dan SOCSO Potongan KWSP dan Socso akan dilakukan selepas tamat tempoh percubaan. 4. Cuti tahunan Anda diberi cuti tahunan sebanyak 12 hari setahun yang diberi secara pukul rata (prorated). Permohonan cuti hendaklah dilakukan 2 minggu lebih awal.

5. Hari dan waktu bekerja Hari dan waktu bekerja adalah sepertimana yang telah dipersetujui antara anda dengan syarikat. Sebarang perubahan dalam hari dan waktu bekerja, jika ada, akan dimaklumkan kepada anda. 6. Tugas dan tanggungjawab Tugas dan tanggungjawab anda adalah seperti yang dibincangkan bersama pihak pengurusan. Sebarang perubahan dan tambahan tugas akan dibincangkan dari semasa ke semasa. Kami yakin anda akan mampu menggalas tugas yang diberikan. Walau bagaimanapun, jika anda menghadapi sebarang kesulitan, anda dialu alukan untuk merujuk kepada pihak pengurusan. 7. Penamatan kerja Sepanjang tempoh perkhidmatan ini, kedua dua pihak boleh menamatkan perkhidmatan melalui pemberian notis 3 bulan lebih awal. Sekali lagi, selamat datang dan kami berharap kehadiran anda akan memajukan lagi organisasi ini.

Yang benar,

.. Eddy Looi Choon Mun Pengurus Iskandar Mobile Enterprise

Pengakuan dan penerimaan Saya ................., nombor IC ...... dengan ini menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat yang termaktub dalam perjanjian ini.

Tandatangan : .. Tarikh : ..