Anda di halaman 1dari 4

IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KM 10 JALAN PADANG TENGKU, 27200 KUALA LIPIS, PAHANG.

PEndidikan jasmani
Permainan bola baling
Nama No K/P Angka Giliran Nama Unit

: WONG SEOW WEI : 861019-29-5916 : 2008112240041 : KDPM-KDC AMBILAN NOV 2008


5PC/PJ/MT/BM

Sekolah yang bertugas : SJK(C) GUA MUSANG, GUA MUSANG, KELANTAN Nama Pensyarah

: En. Roslee bin Ismail

Tarikh Serah Tugasan : 20.12.2011

ASPEK KECERGASAN BERLANDASKAN PSIKOMOTOR DAN KESIHATAN DALAM PERMAINAN BOLA BALING.

1. KOMPONEN KECERGASAN BERDASARKAN KESIHATAN

A. DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR Daya tahan kardiovaskular bermaksud keupayaan jantung dan sistem peredaran darah berfungsi dengan baik. Permainan bola baling memerlukan pergerakan yang banyak. Oleh itu pemain bola baling memerlukan daya tahan kardiovaskular yang tinggi supaya boleh bertahan dalam permainan tersebut.

B. DAYA TAHAN OTOT


Daya tahan otot bermaksud kemampuan otot untuk melakukan kerja berulang kali dalam tempoh masa yang panjang tanpa merasa letih. Pemain-pemain bola baling perlu ada daya

tahan otot yang baik semasa melakukan beberapa pergerakan terutama sekali dalam pergerakan menggelecek bola kerana permainan ini memerlukan masa yang panjang.

C. KEKUATAN OTOT Kekuatan bermaksud kemampuan otot untuk menghasilkan daya bagi mengatasi sesuatu rintangan. Pemain bola baling perlu ada kekuatan otot yang cukup terutama sekali semasa menghantar bola atau menjunam bola ke dalam gol dengan cepat dan tepat.

D. KELEMBUTAN

Kelenturan bermaksud keupayaan meregang otot beserta kebebasan sendi bergerak dengan sepenuhnya. Pemain bola baling memerlukan kelembutan semasa bermain kerana mereka perlu membaling dan menyambut bola dengan cepat tanpa cedera. Penjaga gol memerlukan kelenturan yang baik kerana dia perlu bergerak dengan cepat dan lancar untuk menyambut.

E. KOMPOSISI BADAN

Di dalam bidang sukan, komposisi badan ataupun struktur badan merupakan satu aspek yang penting kerana pengetahuan yang mendalam di dalam bidang ini dapat membantu di dalam mengenal jenis-jenis latihan dan prestasi seseorang pemain. Komposisi badan pemain harus dikenalpasti supaya dapat membantu dalam mengenal pasti prestasi pemain. Guru dapat mengatur posisi pemain yang bersesuaian dengannya dalam sesuatu permainan mengikut komposisi mereka.

2.KOMPONEN KECERGASAN BERLANDASKAN PERLAKUAN MOTOR A. KOORDINASI Koordinasi bermaksud pergerakan yang melibatkan keselarasan antara mata, tangan, kaki dan badan. Pemain harus mempunyai kemampuan menggunakan pancaindera bersama badan dan mengaitkan dengan mental dalam pergerakan yang sempurna semasa menyambut bola atau menghantar bola dengan licin, kemas dan tepat

B. IMBANGAN Imbangan bermaksud kebolehan seseorang mengekalkan posisi badannya ketika dia berada dalam keadaan tetap ataupun semasa melakukan sesuatu aktiviti. a) Imbangan Statik - Kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat gravitinya berada setempat. b) Imbangan Dinamik - Kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat graviti diubah. Pemain bola baling harus menguasai teknik mengimbangkan diri dalam setiap pergerakan. terutamanya semasa merebut bola, menggelecek dan menyambut bola supaya tidak mudah terjatuh.

C. KETANGKASAN

Ketangkasan bermaksud kebolehan seseorang bergerak dengan pantas sambil bertukar arah atau posisi. Pemain bola baling harus mempunyai tindak balas yang tangkas dalam setiap pergerakan seperti menghantar, menggelecek, menangkap serta menjaring bola.

D. KUASA Kuasa adalah kombinasi kedua-dua kekuatan otot dan kelajuan. Ianya adalah kebolehan individu melakukan suatu pergerakan pantas (mengecut / explosive) yang kuat dalam jangkamasa yang singkat dengan kecepatan yang tinggi. Ia adalah hasil kucupan otot yang kuat dalam jangkamasa yang singkat. Ianya merupakan gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan kucupan otot. Pemain bola baling harus mempunyai kekuatan semasa permainan supaya dapat mengatasi segala rintangan yang tertimbul dalam sesuatu permainan.

E. MASA TINDAK BALAS Masa tindak balas bermaksud masa yang diambil oleh seseorang untuk bertindak setelah menerima rangsangan untuk berbuat demikian. Pemain bola baling perlu mempunyai masa tindak balas yang cepat untuk menyambut bola, menggelecek bola ataupun menghantar bola dalam sesuatu permainan.

F. KEPANTASAN Adalah kebolehan individu melakukan pergerakan berturut-turut dengan pantas dalam masa yang singkat mengikut arah. Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindakbalas dan masa bergerak. Kelajuan ditentukan dari hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah. Biasanya pemain perlu mempunyai kepantasan semasa membawa dan menggelecek bola ke arah gol supaya pihak lawan tidak dapat merebut bola dengan senang. Pemain akan memastikan bola menghampiri gol dalam masa yang paling singkat.