Anda di halaman 1dari 1

Gejala Rempit Perkembangan gejala negatif ini boleh dikatakan berada di tahap yang merisaukan.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh akhbarakhbar tempatan dan statistik yang dikeluarkan oleh pihak berwajib, semakin lama, isu ini semakin menjadi-jadi. Seperti yang kita tahu, gejala rempit juga turut melibatkan gejala-gejala lain seperti kecurian, ragut, ponteng, dadah dan yang paling utama adalah lumba haram. Isu ini secara langsung telah meningkatkan lagi masalah disiplin di dalam negara kita kini. Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca timbulnya gejala rempit ini. Antaranya ialah daripada pihak ibubapa serta keluarganya sendiri. Mereka yang tidak mendapat kawalan serta perhatian keluarga mudah untuk terdedah dengan isu lumba haram ini. Masyarakat yang tidak ambil peduli serta usaha kerajan yang kurang juga antara faktor-faktor isu rempit ini timbul. Justeru, semua pihak haruslah bersama-sama bekerjasama membanteras gejala mat rempit. Aktiviti-aktiviti mereka banyak membahayakan nyawa pengguna jalanraya serta orang lain. Kawalan daripada banyak pihak harus dipertingkatkan. Masyarakat dimana turut meliputi ibubapa, guru dan rakyat malaysia yang lain tidak seharusnya meletakkan semua tanggungjawab keatas bahu kerajaan. Ramai yang berkata kerajaan dan masyarakat harus bekerjasama namun mereka berkata-kata seolah-olah mereka berada di pihak ketiga. Harus diingat semua orang perlu terlibat. Bukan hanya menunggu kempen kerajaan dan kemudian mengharapkan insentif untuk penyertaan. Sikap anjing menyalak bukit ini perlu dibuang oleh semua rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai