Anda di halaman 1dari 4

EED 2013 Ekonomi Pembangunan Topik 10: Alam Sekitar & Pembangunan Alam Sekitar dan Pembangunan Pembangunan

unan & alam sekitar mempunyai hubungan yg rapat. Pembangunan terbaik menyediakan keperluan utk generasi sekarang tanpa mengabaikan keperluan generasi akan datang. Oleh itu polisi & program pembangunan harus ambil kira kepentingan alam sekitar Keadaan alam sekitar akan tentukan samada generasi akan datang boleh ditanggung atau tidak

Alam Sekitar dan Penduduk Pertambahan penduduk di ND3 menyebabkan Pengurangan sumber alam tanah, air & pokok. Tanah yg subur menjadi kering kontang kerana diguna secara intensif. Di Afrika kawasan hutan telah mengecil & kawasan padang pasir semakin luas. Di Asia, banyak hutan yg telah diterokai/ tebang & dibangunkan. Di Amerika Selatan, kawasan Amazon telah banyak dicerobohi dan dimusnahkan. Di negara maju juga banyak kawasan hutan telah dibangunkan atau dimusnahkan. Kemiskinan yg keterlaluan/ mutlak juga beri kesan besar kpd alam sekitar. Penduduk miskin terpaksa mencari sumber alam percuma seperti tanah hutan utk bercucuk tanam dsb tak mampu utk dapatkan dgn cara lain. Alam semulajadi dapat menampong golongan ini, tetapi jika terlalu ramai & tanpa penjagaan pengetahuan utk pengurusan & penjagaan alam sekitar, ia akan dimusnahkan dgn cepat. Golongan kaya juga sebabkan penurunan mutu alam sekitar. Gaya hidup dgn penggunaan sumber secara berlebihan mengurangkan sumber alam, meningkatkan masalah pencemaran air & udara. Pengurusan alam sekitar. Perancangan yg teliti terhadap pembangunan luar bandar & pertanian. Guna teknik pertanian yg mengurangkan pertanian pindah, hakisan tanah, penggunaan tanah yg terlalu intensif, dsb. Pengurusan bandar kurangkan pencemaran air, udara, bahan buangan, gunatanah yg keterlaluan, dsb. Atasi pencemaran udara dari kenderaan, kilang & premis perniagaan. Masalah alam sekitar bukan merupakan masalah sesebuah negara sahaja, tetapi masalah semua negara di dunia. Pengurusan hutan di Brazil memberi kesan ke atas suhu dunia green house effect.

Kebakaran hutan di Indonesia memberi kesan besar ke atas kebanyak negara di Asia Tenggara jerebu. Persoalan siapakah yg patut menanggung kos utik memperbaiki kualiti alam sekitar? Yg menyebabkan masalah, atau yg menanggung kesan dari masalah tersebut?

Pembangunan Bandar & Alam Sekitar Penduduk miskin di bandar kawasan setinggan sama keadaan dgn kehidupan di luar bandar. Tapi penduduk bandar lebih terdedah kpd masalah pencemaran alam sekitar. Keadaan rumah tak sempurna tiada aliran udara bersih isirumah mudah jatuh sakit. Makanan di warung tepi jalan yg tak dijamin kebersihannya. Penjual juga terdedah kpd asap kenderaan yg pencemarannya melebihi tahap tidak selamat. Sisa-sisa pula dibuang ke dlm longkang tepi jalan. Masalah alam sekitar di bandar semakin kronik. Terlalu banyak kenderaan yg mengeluarkan asap berlebihan & tiada usaha utk kurangkan masalah ini. Semua ini mendatangkan masalah kesihatan kpd penduduk bandar seterusnya mendatangkan kos kpd penduduk & ekonomi negara. Keadaan & maslah alam sekitar ini dikatakan meningkat secara berganda bila bandar semakin besar. Golongan miskin menerima akibat buruk dari masalah alam sekitar lebih dari golongan kaya. Golongan kaya boleh menghindari masalah pencemaran dgn menggunakan teknologi terkini penapis udara & penapis air. Golongan miskin tidak mampu. Penduduk miskin hanya mengharap kpd program kerajaan utk tangani masalah pencemaran, namun negara maju sekalipun tidak dapat menangani masalah pencemaran di bandar.

Perindustrian & Alam Sekitar Industri boleh menyebabkan pencemaran secara langsung & tak langsung. Secara langsung asap kilang & bahan buangan. Secara tak langsung barangan pembuatan yg mendatangkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Tiada penguatkuasaan menyebabkan bahan buangan dibuang tanpa mengalami proses pembersihan. Kilang kelapa sawit membuang sisa terus ke dlm sungai. Asap dilepaskan dari kilang tanpa penapisan udara. Kos utk membersih bahan buangan & asap kilang terlalu tinggi menyebabkan ia tidak digunakan. Kos pencemaran terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Kesan Dari Pencemaran Alam Sekitar Kanak-kanak & golongan miskin menanggung akibat paling buruk dr masalah pencemaran alam sekitar. Masalah kesihatan penduduk kerana kekurangan zat makanan menambahkan lagi masalah akibat dr pencemaran. Masalah lebih serius kerana tiada bekalan air bersih & tiada pengurusan sisa yg sistematik. Penduduk terpaksa menggunakan air sungai & air longkang yg telah dicemari bahan buangan Industri & manusia. Kepadatan penduduk yg tinggi menambahkan lagi masalah kesihatan disebabkan oleh pencemaran alam sekitar. Penyakit yg disebabkan oleh air semakin meningkat setiap tahun. Kos ekonomi yg tinggi terpaksa ditanggung oleh penduduk (terutama yg miskin) kerana masa kerja yg semakin berkurangan akibat selalu dijangkiti penyakit. Pelajaran kanak-kanak juga terbantut kerana masalah yg sama.

Polisi Alam Sekitar Perlunya perubahan polisi di NSM Peruntukan yg sedikit terhadap perkhidmatan sosial seperti kesihatan, pelajaran & infrastruktur. Peruntukan yg sedikit menyebabkan ramai penduduk tidak mendapat manafaat sepenuhnya, hanya sebahagian kecil penduduk yg dapat menikmatinya. Bahagian penduduk yg kecil ini tidak termasuk penduduk miskin yg paling banyak menerima kesan buruk dr pencemaran alam sekitar. Adalah perlu bagi kerajaan utk meningkatkan peruntukan supaya lebih ramai rakyat yg dapat menerima perkhidmatan sosial yg diperlukan. Kerajaan harus tukar polisi supaya program kesihatan & subsidi diterima terus oleh penduduk miskin. Golongan kaya boleh membeli barangan (air bersih, dsb) tetapi penduduk miskin hanya mengharapkannya dr program kerajaan kerana mereka tidak mempunyai wang utk membeli barangan tersebut. Penduduk luar bandar & setinggan terpaksa membayar perkhidmatan yg diperlukan dgn harga yg lebih mahal kerana tempat tinggal mereka yg jauh dari perkhidmatan yg disediakan. Subsidi pertanian seperti baja & racun serangga mendatangkan kesan negatif kpd alam sekitar. Ia menguntungkan petani yg punyai ladang besar tetapi penggunaan yg berlebihan menyebabkan pencemaran udara & air. Racun serangga boleh menyebabkan serangga membina daya tahan terhadap racun. Oleh itu subsidi tidak perlu digalakkan tetapi polisi harga yg lebih adil kpd semua golongan perlu dibuat.

Peranan wanita harus diberi penekanan dlm polisi pembangunan terhadap alam sekitar. Kesan ke atas mereka lebih besar & sumbangan mereka terhadap penggunaan sumber yg terhad juga lebih banyak. Kebanyakan wanita juga termasuk dlm golongan miskin, oleh itu membantu mereka juga bermakna membantu golongan miskin. Penghapusan hutan hujan tropika menyebabkan masalah kesan rumah hijau pemanasan global ais dikutub utara & selatan cair menyebabkan paras laut meningkat. CO2 bertambah dan O2 berkurangan. Lebih 60% hutan hujan tropika ditebang utk pertanian & pembalakan. Program harus dibuat utk kekalkan hutan hujan tropika, walaupun kosnya mahal. Program tanam semual hutan harus digalakkan. Negara kaya juga harus kurangkan hutang negara miskin sekiranya program penanaman semula & pengurusan hutan dilaksanakan di negara tersebut. Polisi bagi NSM Penentuan harga sumber yg sesuai. Penyertaan masyarakat. Hak penduduk utk memiliki harta/tanah. Program utk meningkatkan alternatif/ pilihan ekonomi. Meningkatkan satus ekonomi wanita. Membantu golongan miskin. Mengurangkan pengeluaran asap & bahan buangan industri. Polisi bagi maju Polisi perdagangan. Mengurangkan hutang negara miskin. Bantuan kpd negara miskin utk melaksanakan program penjagaan alam sekitar. Mengurangkan pencemaran dari industri di negara sendiri. R & D. Pasaran utk negara maju. Rujukan: Todaro & Smith (2009), Ch. 10

Anda mungkin juga menyukai