Anda di halaman 1dari 2

Bukannya Gagal Cuma Hasil

Oleh: Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad drasmadi@maptraining.com.my

Dalam keputusan UPSR yang telah diumumkan baru-baru ini seramai 46,012 pelajar daripada 485,160 pelajar telah berjaya mendapat semua A. Ini bermakna 9.5 peratus daripada calon berjaya dengan cemerlang. Ibu bapa dan pelajar dalam kelompok ini pastinya gembira dan merasa puas setelah segala usaha yang diambil membuahkan hasil yang diharapkan. Dalam masa yang sama ada lebih kurang 90 peratus lagi pelajar yang tidak berjaya mendapat semua A. Bagi pelajar-pelajar ini mereka merasakan diri mereka telah gagal. Definisi gagal itu sendiri sangat subjektif. Ada pelajar yang merasakan bahawa tidak mendapat semua A sebagai satu kegagalan. Ini kerana itulah keputusan yang sangat diharapkan olehnya. Malah mereka rasa mereka tidak sepatutnya gagal kerana segala usaha sudah dilakukan. Pelajar ini merasa malu dengan rakan-rakannya, merasakan bahawa dia telah mengecewakan ibu bapanya dan menmusnahkan harapan gurugurunya. Pelajar dalam kumpulan ini usahlah terlalu sedih seba b apa yang diperolehi itu sebenarnya bukanlah kegagalan. Tetapi ia hanyalah satu hasil. Cuma hasilnya itu tidak seperti apa yang dicita-citakan. Banyak faktor kenapa ini boleh berlaku. Mungkin pelajar terlalu yakin ketika menjawab soalan. Mungkin kesihatan tidak begitu baik ketika itu. Mungkin fikiran agak bercelaru ketika berada dalam dewan peperiksaan. Mungkin juga anda terlalu takut dan gementar hingga tidak mencapai prestasi puncak ketika berhadapan dengan kertas peperiksaan itu. Walau apa sekali pun penyebabnya, yakinlah anda sebenarnya memang seorang pelajar yang berkualiti. Cuma kali ini belum ada rezeki. Malah ada pelajar yang mendapat semua A dalam UPSR tetapi gagal meneruskan kecemerlangannya itu di peringkat PMR dan SPM. Sebaliknya ramai juga pelajar yang tidak mendapat semua A tetapi cemerlang pula dalam peperiksaan selepas itu. Sebab itulah tidak perlu terlalu kecewa. Tidak mendapat semua A bukanlah gagal tetapi sekadar satu hasil. Ubah penyebabnya maka akan mendapat hasil yang berbeza dan lebih baik selepas itu. Ada pula pelajar yang gagal tetapi tidak merasakan apa-apa. Mungkin terasa sedikit kekesalan tetapi sekadar itu sahaja dan yang teruk menangis adalah ibunya. Pelajar dalam kategori ini sebenarnya sudah menjangkakan keputusannya. Dia dari awal lagi sudah tahu yang dirinya tidak mungkin mampu mendapat semua A oleh itu keputusan yang diumumkan langsung tidak memeranjatkan baginya. Sayang sekali bagi pelajar dalam kategori ini. Mereka tahu yang mereka tidak bersedia tetapi tidak berusaha melakukan sesuatu agar mendapat keputusan yang lebih baik. Ini cukup berbeza dengan seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Sentul 1 iaitu Siti Aisyah Mawardi yang menduduki kelas corot tetapi berjaya mendapat 5A dalam UPSRnya. Sedangkan dalam peperiksaan percubaan dia hanya mampu memperolehi 4B 1C sahaja. Kejayaan yang dicapai oleh Siti Aisyah ini sepatutnya menjadi sumber inspirasi kepada semua pelajar yang lain terutamanya yang sering merasakan diri mereka sebagai tidak boleh, tidak bagus dan tidak berpotensi. Hasil cemerlang yang diperolehi oleh Siti Aisyah ini adalah kerana dia cepat sedar. Dia enggan menerima bahawa dirinya tidak mampu mendapat 5A lalu melakukan

sesuatu yang positif dengan mempertingkatkan latihan serta ulangkajinya. Semua ini berlaku kerana dia tidak melihat keputusan terdahulu iaitu 4B 1C sebagai satu kegagalan. Tetapi ia sekadar satu hasil dan setiap hasil ada sebab-sebabnya. Betulkan apa yang menjadi sebab kepada keputusan tersebut maka akan betullah hasil yang diperolehi nanti. Dalam situasi Siti Aisyah dia betulkan penyebabnya dengan lebih memberikan tumpuan dalam kelas dan meningkatkan ulangkajinya. Jelas di sini yang membezakan antara pelajar yang cemerlang dan pelajar yang tidak cemerlang adalah cara mereka berfikir. Cara mereka melihat dirinya, cara mereka memberikan reaksi terhadap apa yang berlaku padanya, dan cara mereka mengatur langkah dan merancang bagi memperbaiki pencapaiaannya. Pelajar yang percaya dirinya boleh cemerlang tidak akan mudah mengaku kalah. Mereka ini akan terus berusaha dan yakin tidak masa ini, mungkin pada masa yang lain. Tidak dalam peperiksaan yang ini, mungkin dalam peperiksaan yang lain. Tidak pada tahun ini, mungkin pada tahun yang lain. Jadi kepada lebih 90 peratus pelajar yang tidak mendapat semua A kali ini, betulkan cara fikir anda sekarang dan katakan dengan pasti, insya Allah pada peperiksaan selepas ini giliran anda pula berjaya. Meratap dan menangis tidak mampu mengubah keputusan yang telah diperolehi. Tetapi pelajar adalah manusia biasa. Manusia biasa yang normal punya perasaan. Oleh itu apabila hasil yang telah diperolehi tidak seperti yang dimahukan maka silalah menangis sehingga hati merasa lega. Tetapi usah berlarutan kerana perjalanan sebenarnya masih panjang dan masih jauh. Kenapa tidak sempena cuti sekolah yang baru bermula ini belajar bagaimana cara untuk bangkit semula dengan lebih bergaya dalam program motivasi terutamanya dalam program Motivasi Alihan Pelajar yang telah wujud sejak tahun 1995 lagi. Adalah lebih mudah bagi mencipta kejayaan apabila kita ada mentor, tahu cara dan tahu rahsianya. Sepanjang cuti sekolah ini, MAP Training and Consultancy telah merangka program Motivasi Alihan Pelajar di seluruh negara. Malah pengalaman kami dalam mengendalikan program Motivasi Alihan Pelajar di seluruh negara membuktikan bahawa anak-anak mampu cemerlang melalui program motivasi sebegini. Pernah ada pelajar yang sebelumnya menduduki tempat ke empat puluh (40) dalam kelas akhirnya berjaya masuk dalam kelompok lima (5) pelajar terbaik setelah berkursus selama dua hari. Ada yang dulunya berada dalam kelas keempat lalu naik ke kelas pertama. Ada yang tidak pernah mendapat A dalam pelajarannya akhirnya, setelah dua hari dimotivasikan, mendapat 7A dan 8A dalam peperiksaan PMRnya. Pendek kata, seminar mampu membuka mata dan menggerakkan hati serta meningkatkan kemahuan anak-anak bagi mencapai kecemerlangan. Untuk mengetahui tentang lokasi serta tarikh seminar yang terkini mohon hubungi pejabat Motivasi Alihan Pelajar iaitu 03-22734622 / 016-5580719 atau 05-3134622 / 0165580619 atau layari laman web kami di www.laman-map.com.

Anda mungkin juga menyukai