Anda di halaman 1dari 14

ULASAN KITAB MUSNAD IMAM AHMAD BIN HANBAL

HADITH 1 ( PPPN3333) PENSYARAH : Ustaz Mohd Akil Bin Muhamed Ali PELAJAR : Muhd Izzat Bin Zamakhsari (A129687)

BIODATA PENULIS
Nama: Ahmad b. Muhammad b. Hanbal b. Hilal b. Asad b. Idris b. Abdullah b. Hayyan b. Abdullah b. Anas al-Shaibani. Nama Ibu : Safiyyah bt. Maimunah bt. Abdul Malik Alshaibani. Laqab : Abu Abdullah al-Shaibani. Tempat lahir : Baghdad, Iraq Tarikh lahir : 20 Rabiul Awal 164H = November 780M. Wafat : Malam Jumaat, 22 Rabiul Awal 241H di Baghdad, Iraq

Antara Guru-gurunya : Abu Yusuf al-Qadi, Husaym b. Bashir al-Salmi al-Wasati , Imam asy-Syafie, Sufyan b. Uyaynah, Abdul Rahman b. al-Mahdi . Antara Murid-muridnya : Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Yahya b. Main, Abu Hatim al-Razi, Abu Daud al-Sajistani. Antara Karya-karyanya: Kitab al-Zuhd, Kitab al-Sunnah, Kitab al-Tafsir, Kitab al- Fadail as-Sahabah, Kitab Manasik.

RIWAYAT HIDUP PENULIS


Berdarah keturunan arab tulen dari puak Syaibani. Ada hubungan nasab dengan Nabi ( Mazin bin Muad bin Adnan) Keluarganya berasal dari kota basrah, berpindah ke Marw @ Murwa @al-Marwaziyy Bapanya seorang tentera di Khurasan. Belajar hadith di Baghdad daripada Husaym b. Bashir al-Salmi al-Wasati (w.183h) selama 4 tahun. Yatim ( bapanya wafat ketika dia masih kecil)- kerana itu beliau dinasabkan kepada datuknya (Hanbal).

CIRI-CIRI PERIBADI
Ingatan yang kuat ( mampu menghafaz sebanyak 100 000 buah hadith). Pendiam Suka kepada kebersihan Tidak sombong Selalu kelihatan gembira dan pemalu. Suka berkawan dengan orang miskin Hormat semua orang dan suka menolong.

KITAB MUSNAB IMAM AHMAD


Nama kitab : Musnad Li Imam Ahmad Bin Hanbal. Pengarang : Ahmad b. Muhammad b. Hanbal b. Hilal b. Asad b. Idris b. Abdullah b. Hayyan b. Abdullah b. Anas al-Shaibani. Penerbit : Maktabah Islami,beirut. Bil Jilid: 6 Warna Kulit : Merah Warna Tulisan Muka Kitab: Emas Panjang : 29cm,lebar : 25.5 cm.

Kitab hadith jenis masanid iaitu kitab hadith yang ditulis tidak berdasarkan bab-bab fiqh tetapi ditulis berdasarkan nama sahabat tidak kira samada hadith tersebut sahih, hasan, atau dhoif. Kitab musnad yang terbesar dan paling masyhur . Merangkumi 904 musnad para sahabat. Sebahagiannya melebihi ratusan riwayat dan sebahagiannya hanya terdapat satu atau dua hadith sahaja. Musnad: 1022 Hadith : 40 000 @30 000 @ 29 000-30 000.

METODOLOGI
Dalam meriwayatkan hadith hanya daripada orangorang yang shiqah sahaja dan sangat berhati- hati dalam bab sanad. Musnad ini bermula dengan musnad sepuluh sahabat yang dijanjikan syurga,diikuti dengan hadith Abdul Rahman Bin Abu Bakar, tiga hadith daripada tiga orang sahabat dan diiikuti dengan musnad ahl-bayt. Susunan mengikut urutan dan kedudukan serta keutamaan sahabat-sahabat, tempat asal seseorang sahabat serta keadaan kabilah sahabat tersebut. Contoh : hadith yang diriwayatkan oleh Abu Bakar dinamakan Musnad Abu Bakar..

Syeikh Ahmad Albana As Sa'ati menyimpulkan bahwa Hadis-hadis yang terdapat dalam Musnad Ahmad bin Hanbal terbagi kepada enam bahagian: 1. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu 'Abdirrahman 'Abdillah bin Imam Ahmad dari ayahnya secara sima'i (mendengar langsung dari Imam Ahmad). Hadis-hadis inilah yang kemudian dinamakan dengan Musnad Imam Ahmad. Hadis-hadis dari riwayat ini jumlahnya sangat banyak, lebih dari tiga per empat kitab Musnad Imam Ahmad yang ada sekarang.

2. Hadis-hadis yang didengar oleh 'Abdullah dari Ayahnya (Imam Ahmad) dan juga dari imam yang lain. Hadis-hadis ini sangat sedikit sekali dalam Musnad Ahmad. 3. Hadis-hadis yang diriwayatkan oleh 'Abdullah dari selain ayahnya. Hadis-hadis ini oleh para ahli Hadis disebut dengan zawaid 'Abdillah (tambahan-tambahan 'Abdullah). Hadis-hadis ini lebih banyak jumlahnya dari pada jenis Hadis-hadis yang lain kecuali bahagian satu. ( )

4. Hadis-hadis yang dibaca oleh 'Abdullah atas ayahnya, namun ia tidak mendengarnya langsung dari ayahnya. Hadis-hadis ini jumlahnya sedikit. ( ) 5. Hadis-hadis yang tidak dibaca oleh 'Abdullah dan juga tidak didengarnya dari Imam Ahmad, akan tetapi ia menemukannya dalam kitab ayahnya dengan tulisan tangan ayahnya. ( ) 6. Hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Al Hafidz Abu Bakar Al Qothi'i dari selain 'Abdullah dan Imam Ahmad. Hadis-hadis ini jumlahnya paling sedikit dibanding dengan yang lainnya. ( ) Keenam jenis Hadis di atas termasuk dalam kategori Musnad Imam Ahmad, kecuali bahagian ketiga yang merupakan tambahan dari 'Abdullah dan bahagian keenam yang merupakan tambahan dari Al Qothi'i.

KEDUDUKAN
Terdapat juga hadith daif kerana sebahagian perawi hadith tidak sampai ke tahap thiqah yang ditentukan ataupun salasilah sanad hadith terputus tetapi tidak ada dalil yang menafikan kethiqahan perawi. Ibnu Taimiyyah di dalam musnad terdapat hadith daif tetapi tidak ada hadith maudu dan pendapat ini disepakati para ulama. Ibnu Jauzi: terdapat hadith yang tidak sahih dalam Musnad Imam Ahmad. Sebahagian ulama : tidak terdapat hadith daif. Hal tersebut berlaku kerana beliau meriwayatkan hadith yang Masyhur dan Jayyid kemudian dia menolak apa yang diriwayatkannya ( penapisan hadith ) dan tidak menjadikannya sebagai satu dasar daripada mazhabnya tetapi hadith yang belum ditapis itu sampai kepada orang awam tanpa memperdulikan sama ada hadith itu telah ditapis atau tidak. Sebahagian besar hadith adalah hadith sahih.

ANTARA KITAB SYARAH


( )

RUJUKAN
Muhammad Abu Al-laith Al-khair Abadi, 2011, Ulum Alhadith Usiluha Wa Macasiruha, Bangi , Darul Syakir. Imam Ahmad Bin Hanbal,Musnad Imam Ahmad Bin Hanbal,j.6. Beirut, Maktabah Al-islami. Hadith,Prof Madya Dr Ariffin Bin Omar,2005, Biografi Ulama -Ulama, cetakan 1, Johor , Perniagaan Jahabersa. Dr Ahmad Asy-syurbasi, 1978, Biografi Imam Mazhab Empat , Kota Bharu, Pustaka Aman Press sdn.bhd. Syeikh Ahmad Abd Al-rahman Al-banna Al-sacati, 2005,Bulugh Al-amani Min Asrari Al-fath Alrabbani.j.1,Oman, Baitul Afkar Dauliyyah. Syed Abdul Majid Ghouri, 2011, Pengenalan Ilmu Mustalah Al-hadith, Bangi, Darul Syakir.