Anda di halaman 1dari 42

Kabus Di Perbukitan

Novel ini mengisahkan


kecekalan Faridah mengharungi hidup sejak kecil setelah berlaku perpisahan antara ibu dan ayah. Perpisahan ibu dan ayah memaksa Faridah berpisah dengan kembarnya Rahayu . Namun akhirnya bertemu semula pada hari kematian Rahayu. Kesedihan hidupnya berterusan setelah kematian ibunya dan suami (Ghazali) yang membawa penghijrahannya ke New Zealand. Di bumi New Zealand, Faridah berkahwin dengan lelaki Inggeris dan menetap selama 25 tahun tanpa pulang ke Malaysia. Perkahwinan selama 25 tahun dikurniakan dengan dua orang cahaya mata kembar tidak pernah melunturkan jati dirinya sebagai seorang Muslim dan bangsa Melayu. Malahan, Faridah berjaya membentuk peribadi suaminya seorang penganut Islam selepas berkahwin dengannya, menjadi seorang Muslim yang taat akan perintah agama. Budaya hidup Barat yang mewarnai kehidupan kedua-dua anaknya berjaya dirungkai dengan perkahwinan anak-anaknya. Melina berkahwin Benny seorang Muslim dari Dubai yang menetap di Terengganu mulai merasai keunikan budaya bangsa Melayu iaitu bangsa ibunya. Anne berkahwin dengan Zain seorang pelajar di bidang pertanian berasal dari kampung Faridah sendiri iaitu Sungai Besar, Selangor. Kedua-dua anaknya kembali pada dasar jati diri keluarga sebagai Muslim. Ketekunan Faridah dan suami menjalankan perusahaan di bidang ternakan dan perkahwinan Anne dengan Zain akhirnya menautkan kembali Faridah dengan tanah tumpah darahnya. Dia kembali menetap di Malaysia malah mengembangkan empayar perniagaannya di Cameron Highlands.
Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

Ulasan Kajian Komsas Tingkatan 5 (Kabus Di Perbukitan)


TEMA: Jati Diri Orang Melayu a) Faridah yang bermaustatin di Rosewood , New Zealand tidak pernah melupai tanah tumpah darahnya Malaysia walaupun sudah 25 tahun menetap di Rosewood. b) Faridah masih menggemari masakan Melayu iaitu kari yang juga merupakan masakan kegemaran anaknya Anne. c) Faridah masih mengekalkan panggilan namanya dengan nama Melayu iaitu Idah d) Faridah masih kuat berpegang pada agama Islam yang menjadi pegangan kuat bangsa Melayu. Faridah dan Soleh Johnsons menerapkan ajaran Islam kepada anak-anak mereka iaitu larangan meminum arak. Faridah dan Johnsons menghantar anak-anak mereka Anne dan Melina belajar di sekolah rendah Islam ketika berusia enam tahun di Christchurch yang terletak 30 km dari rumah mereka di Rosewood PERSOALAN a. Sayang akan bangsa dan tanah air o Faridah amat menyayangi tempat asalnya , Sungai Besar , Selangor walaupun sudah 25 tahun tinggal di New Zealand. b. Keretakan rumah tangga yang memisahkan kasih sayang anak-anak o Perpisahan Salmah dengan Kamarudin menyebabkan perpisahan anak kembarnya Rahayu dan Faridah. Mereka tidak bertemu lebih dari 20 tahun c. Kasih sayang antara ibu, ayah dan anak i. Perasaan sayang Salmah tidak pernah pudar walaupun telah berpisah dengan Rahayu selama lebih 20 tahun

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

ii. Mejar (B) Kamarudin meredah hutan belantara mencari anaknya yang Faridah yang hilang di dalam hutan Cameron Highlands walaupun selama lebih 20 tahun dia tidak pernah pernah bersua denga Faridah setelah berpisah dengan Salmah (ibu Faridah ) iii. Hamidah amat menyayangi Rahayu walaupun Rahayu hanya anak tirinya yang dibela bagai anak sendiri sejak berusia 7 tahun. d. Pelestarian alam semula jadi Soleh Johnsons mengusahaknan sebuah kawasan peranginan di Lojing,Cameron Highlands tanpa menebang pokok-pokok balak merbau dan tualang dan pokok-pokok balak yang lain demi mengekalkan ekosistem Cameron Highlands.

e. Kepentingan agama dalam kehidupan i. Faridah masih kekal sebagai Muslim yang taat walaupun telah tinggal di Nez Zealand selama 25 tahun. ii. Soleh Johnsons seorang Muslim yang kuat pegangan agama, anak-anaknya Anne dan Melina dihantar belajar di sebuah sekolah rendah agama yang jauhnya 30 km dari Rosewood semata-mata mahu anak-anaknya mendapat pendidikan Islam yang baik. f. Pengamalan agama yang sederhana dan penuh unsur lemah lembut i. Melina amat terpesona dan kagum dengan cara pengamalan Islam yang ditunjukkan oleh Ustaz Hassan Syukri (Imam Masjid Marang )dan Haji Awang (jirannya) penuh berhemah dan berlemah lembut ii. Haji Awang tidak agresif apabila bercakap tentang agama Islam. Pendapatnya tidak terburu-buru berbanding Mohd. Attar rakan Benny (suami Melina ) yang sangat agresif iaitu menggunkan unsur keganasan yang menakutkan. g. Ketaksuban agama yang keterlaluan/ masalah kumpulan militan Islam Mohd. Attar , rakan Benny memperjuangkan Islam secara agresif . Ditangkap ketika membawa bom di Singapura

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

h. Semangat kental untuk memajukan sektor pertanian i. Azrul meneruskan usaha bapanya menjadi usahawan tani dan berjaya membina empayar perniagaannya sehingga mendapat penghargaan (bergelar Datuk ) kerana usaha gigihnya memajukan industri tani di Sungai Besar ii. Zain , anak Azrul meneruskan pengajian di bidang pertanian di New Zealand untuk meneruskan legasi perniagaan tani ayahnya. iii. Soleh Johnsons mengusahakan industri ternak kambing secara Islam di New Zealanddan usaha ini diteruskan pleh zain yang berkahwin dengan anaknya Anne. i. Sikap optimis terhadap sektor agrikultur/pertanian Azrul amat yakin akan keputusannya untuk memajukan sektor pertanian selepas tamat pengajian di UPM . 25 tahun kemudian dia bergelar Tokoh Peladang Jaya.

j. Perkahwinan campur pelbagai bangsa i. Faridah berkahwin dengan Soleh Johnsons seorang bangsa Inggeris New Zealand ii. Melina berkahwin dengan Benny berbangsa Arab iii. Anne berkahwin dengan Zain berbangsa Melayu k. Amalan agama yang longgar dalam kehidupan masyarakat kini Benny seorang lelaki yang longgar pegangan agama walaupun seorang Muslim dia masih minum arak dan sering berfoya-foya, akhirnya tanpa sedar telah diperalatkan oleh Mohd. Attar seorang anggota militan Islam sehingga terpaksa melarikan diri dan meninggalkan Melina seorang diri di Marang. Mohd. Attar mengkritik cara berpakaian wanita Muslim di Terengganu yang menutup rambut tetapi berpakaian sendat dan berseluar jeans. l. Prejudis terhadap agama Kegiatan vandalisme berlaku di An Noor Islamic Centre,
Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

Media yang memberi gambaran negatif tentang Islam

m. Kepelbagaian budaya dan adat resam bersatu di bawah satu pegangan agama Benny seorang Arab, Melina dan Anne mengamalkan cara hidup Barat dan Timur Asraf penuntut Muslim dari Afrika. Orang Barat tidak suka mencampuri urusan peribadi orang lain seperti yang digambarkan oleh Zain tetapi Orang Melayu lebih terbuka apabila berbicara tentang keluarga/peribadi. Asraf berpendapat orang Afrika Muslim lebih berkongsi berbanding bahagian lain Afrika yang saling mencurigai. n. Pemuliharaan khazanah negara Bukit Kutu diwartakan sebagai Hutan Rizab Hidupan Liar. Bangsa Maori di New Zealand dipelihara sebagai warisan unik New Zealand dan amat dihormati di New Zealand.

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

Binaan PLOT

PLOT

Plot ialah jalinan cerita atau jalan cerita bagi kisah-kisah yang terdapat dalam novel

Plot terbahagi kepada dua aspek iaitu; BINAAN PLOT TEKNIK PLOT Binaan plot berkembang dengan pelbagai teknik plot dari pemulaan cerita hingga peleraian cerita

A. BINAAN PLOT Kebiasaannya terdapat 5 peringkat dalam binaan plot Permulaan/pengenalan Perkembangan Perumitan Puncak Peleraian

Konsep ( 5P)
Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

1. PERKEMBANGAN/PENGENALAN Peristiwa-peristiwa penting dalam permulaan i. Rahayu berasa sakit tekak ketika bangun pagi ii. Rahayu dan Azrul bertemu di kafeteria di Universiti Putera Malaysia iii. Kedua-dua merupakan mahasiswa tahun kedua. iv. Mereka kemudian ke perpustakaan . v. Tiba-tiba Rahayu terasa dia sedang menuju pengadang jalan, dilanggar pengadang jalan tersebut dan dia jatuh ke dalam gaung. Rahayu meminta tolong kemudian jatuh pengsan vi. Pada masa yang sama, Faridah dalam perjalanan menuju Raub setelah mengurus program anak-anak istimewa di Bukit Fraser. vii. Ketika memandu, tiba-tiba Iqbal, seorang kanak-kanak istimewa bertanya hala tuju mereka. Faridah terperanjat kerana tidak menyangka Iqbal boleh berada di dalam van sedangkan sebentar tadi dia bersama-sama Mastura , rakan sekerja Faridah. Malangnya dia tidak dapat mengawal van yang dipandunya. Van terlanggar pengadang jalan dan terjatuh ke dalam gaung. Pada masa itu, Faridah terkenang ibunya yang keseorangan di rumah..

2. PERKEMBANGAN 1. Operasi mencari Faridah diteruskan oleh pasukan polis, RELA, PERHILITAN dan orang asli Senoi dari Pos Praak. 2. Ayah Faridah Mejar(B) Kamarudin dimaklumkan oleh Cikgu Raduan tentang kehilangan Faridah 3. Mejar(B) Kamarudin memberitahu kisah Faridah kepada isterinya Hamidah iaitu Faridah ialah kembar Rahayu yang berpisah sejak berusia 7 tahun 4. Mejar (B) Kamarudin bertolak ke Bukit Fraser
Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

5. Keadaan Rahayu semakin serius . 6. Rahayu sering meracau tentang Faridah, tentang Bukit Kutu 7. Mejar (B) Kamarudin bersama-sama Buyung mesuk ke hutan Bukit Kutu untuk mencari Faridah berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui racauan Rahayu 8. Faridah dan Iqbal berada di Bulit Kutu dan tinggal di banglo milik Tuan Cecil Renking seorang magistrate and collector 9. Suasana seperti tahun 40-an pada era P. Ramlee atau R. Azmi 10. Faridah diberitahu dia berada di Bukit Kutu yang berketinggian 3300 kaki dari aras laut. 11. Faridah bertemu Rahayu dalam tidur dan mendapat tahu Rahayu menghidap penyakit kanser 12. Pada masa ini Hamidah ibu tiri Rahayu melihatnya meracau-racau dalam tidur 13. Semasa Rahayu sedang berjuang melawan sakitnya di HUKM, di Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Dareah Raub , ACP Ahmad dan bin Mokhtar selaku OCPD daerah Raub mengumumkan Ops PDK yang dilancarkan untuk menyelamatkan Faridah dan Iqbal ditamatkan 14. Mejar(B) Kamarudin mengambil keputusan untuk mencari Faridah dengan bantuan Buyung, 15. Mereka akhirnya berjaya mengesan Faridah dan Iqbal di Sungai Dua di kawasan perkampungan Orang Asli . 16. Faridah dibawa ke HUKM dan Iqbal dengan helikopter . 17. Semasa berada di bawah minda bawah sedar Faridah dibawa oleh Amah Siti ke Pekan Kubu. 18. Aktiviti perlombongan amat aktif di Hulu Sungai Selangor dan dikawal oleh Penghulu Garang. 19. Faridah juga menyaksikan kejadian Tuan Cecil Renking mengebom lombong timah yang dikatakan berpuaka ( buaya putih )
Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

20. Pada masa itu sebenarnya Faridah telah berada di HUKM. Rahayu sedang menemaninya apabila tiba-tiba Rahayu mendengar Faridah meminta tolong dan Rahayu sedang merempuh dan menongkah air yang deras. 21. Rahayu dapat menyelamatkan Faridah yang tersepit di bawah almari besar. 22. Rahayu berpesan agar Faridah pulang menemui ibu mereka kerana sudah terlalu lama Faridah meninggalkan ibunya. 23. Faridah menjerit nama Rahayu sekuat hati dan tersedar dari komanya. Tatapi pada masa itu Rahayu telah menghembuskan nafasnya. 24. Salmah mengalami tekanan jiwa akibat kematian Rahayu. Dia sentiasa terkenang Rahayu. 25. Salmah memberitahu Faridah tentang Ghazali dan berharap Faridah dapat menerima Ghazali sebagai suami. 26. Azrul kekasih Rahayu, memilih untuk mencebur diri di bidang penternakan 27. Salmah terus mengalami tekanan jiwa . Dia sentiasa mengingati arwah Rahayu, 28. Faridah melahirkan kebimbangannya terhadap kesihatan Salmah kepada Ghazali suaminya. 29. Salmah akhirnya meninggal dunia setelah lama menderita kematian rahayu. 30. 25 tahun setelah berhijrah ke New Zealand dan berkahwin dengan warga New Zealand, Faridah tidak pernah pulang ke kampung halamannya di Sungai Besar, Malaysia. 31. Dia tinggal di Rosewood berdekatan Christchurch dan memiliki dua orang anak kembar , Melina dan Anne. 32. Anaknya Melina berkahwin dengan Benny seorang bangsa Arab warga Dubai 33. Dan mengikut suaminya berhijrah ke Marang, Terengganu.
Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

34. Melina meneruskan minatnya melukis. Benny mula merapatkan diri dengan Mohammed Attar kerna kagum dengan kehebatan pengetahuan agama Islam yang dimiliki Mohamed Attar 35. Zain seorang penuntut bidang pertanian menjalinkan hubungan dengan Anne. 36. Di Christchurch pula Soleh Johnsons amat risau akan kegitan vandalisme terhadap umat Islam di situ dan bercadang meredakan keadaan dengan mengadakan jamuan bersama-sama penduduk tempatan. 37. Zain yang pulang bercuti ke Malaysia menyampaikan hasratnya untuk berkahwin dengan Anne kepada bapanya Datuk Azrul 38. Zain berkunjung ke rumah Faridah dan asal usul Faridah terbongkar. Zain dan Faridah berasal dari Sungai Besar. Zain menjemput Faridah pulang ke Sungai Besar . 39. Mohammed Attar cuba mengembangkan pengaruh militannya kepada Ustaz Syukri. 40. Melina mengingatkan Benny tentang sikap Mohammed Attar yang agresif tetapi disangkal oleh Benny. Benny beranggapan Mohammed Attar seorang yang warak dan mampu membimbing mereka ke arah kebaikan. 41. Faridah dan Soleh Johnsons pulang ke Malaysia untuk menziarahi Melina yang sarat mengandung, membincangkan perkahwinan Zain dan Anne sambil bercuti di Cameron Highlands. 42. Faridah mendedahkan kisah Rahayu dan dirinya kepada Datuk Azrul. Faridah ingin kembali melihat kampung halamannya di Sungai Besar. 43. Benny menghilangkan diri setelah mendapat mesej penangkapan Mohammed Attar kerana kegiatan militannya. 44. Melina ke Cameron Highlands untuk bertemu Faridah dan Soleh Johnsons. Faridah telah dimaklumkan tentang kehilangan Benny.

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

1. PERUMITAN 1. Benny mula terlibat dengan kegiatan militan Mohammed Attar tanpa sedar. 2. Melina mengalami tekanan perasaan apabila sering ditinggalkan oleh Benny berseorangan kerana kesibukan Benny. 3. Benny, Muhammad Attar tidak sependapat dengan Ustaz Syukri dalam cara mereka memperjuangkan agama Islam. 4. Benny melarikan diri pada awal pagi meninggalkan Melina keseorangan di Marang , Terengganu setelah dimaklumkan Mohammed Attar telah ditahan kerana cuba meletupkan kasino di Pulau Sentosa. 5. Benny menaiki bot di tengah lautan yang disediakan oleh An Anbia Family Limited Company untuk membawanya ke lokasi rahsia. 6. Melina tidak tahu tempat suaminya menghilang dan lebih merumitkan lagi apabila nama Benny tidak disenaraikan oleh polis Malaysia sebagai orang yang dikehendaki. 7. Mejar(B) Kamarudin berlaku curang kepada isterinya Slamah dan berkahwin dengan Hamidah. 8. Mejar(B) Kamarudin memisahkan Rahayu dengan Faridah apabila dia dipindahkan ke Pontianak menyebabkan Rahayu mengalami gangguan emosi pada awal perpisahan. 9. Faridah mengalami kekecewaan apabil putus tunang dengan Azman 10. Rahayu pengsan di perpustakaan dan akhirnya disahkan menghidap kanser paru-paru. 11. Faridah dan Iqbal terlibat dalam kemalangan dan hilang selama sebulan di dalam hutan tanpa dapat dikesan.

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

2. PUNCAK a. Faridah , Soleh Johnsons dan Anne pulang bercuti di Malaysia untuk melawat Melina dan membincangkan perkahwinan Anne dengan Zain. kepulangan Faridah telah mempertemukan semula Faridah dengan Azrul dan kerinduan Faridah terhadap kampung halamannya sungai besar semakin mendalam. b. Muhammad Attar ditangkap oleh pihak Interpol kerana cubaan meletupkan sebuah kasino di Pulau Sentosa. pada masa yang sama melina melaporkan kehilangan Benny kepada pihak polis di Marang, Terengganu C.Perkahwinan Zain dan Anne yang melakar sejarah dua buah negara.tetamu pelbagai bangasa dari luar negara hadir.hotel, rumah tumpangan, rumah rehat, calet sekitar Teluk Intan, Sabak Bernam dan sungai besar habis ditempah. Perkahwinan mendapat liputan sebuah stesen televisyen..... PERKAHWINAN DUA NEGARA. FARIDAH MERUPAKAN INSAN YANG PALING GEMBIRA. d.Soleh dan Melina ke Dubai untuk bertemu Benny setelah dihubungi oleh keluarga Jaafar al Anbia yang bertanggungjawab membawa Benny keluar dari Malaysia secara rahsia.Benny tidak boleh meninggalkan Dubai kerana telah disenaraikan sebagai orang yang paling dikehendaki oleh Amerika Syarikat.

3. PELERAIAN 2. Faridah pulang ke Sungai Besar . Pulang ke rumah ibunya. Menikmati dan mengenang semula kampung halamannya yang 25 tahun ditinggalkan 3. Soleh Johnsons dan Melina terbang ke Dubai untuk bertemu Benny . 4. Segala persoalan terungkai...Benny menceritakan pelariannya selama dua minggu sebelum sampai ke Dubai melalui perancangan keluarganya di Dubai.

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

5. Anne dan Zain pulang ke New Zealand dan megambil alih perniagaan penternakan Soleh Johnsons. 6. Faridah dan Soleh Johnsons menetap di Camerons Hihglands. 7. Soleh Johnsons dan Datuk Azrul mengusahakan kawasan peranginan ala Inggeris berkonsepkan agropelancongan di Tanah Tinggi Lojing. 8. Benny berjanji akan mempromosikan tempat peranginan tersebut di Dubai 9. Melina melahirkan anak lelaki pewaris An Anbia. 10. Anne melahirkan anak kembar Melinda dan Rahayu ( nama pilihan Faridah) 11. Bukit Kutu kekal menjadi hutan rizab binatang liar seperti Bukit Nanas, Kuala Lumpur 12. Faridah bersyukur kerana telah kembali ke tanah air dan berjanji membina jati diri bangsa. 13. Faridah berharap anak cucunya mewarisi jati diri bangsa dengan berpegang pada tali agama.

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

NILAI DAN PENGAJARAN

Nilai ialah unsur-unsur baik yang terdapat dalam novel Pengajaran ialah unsur-unsur yang negatif untuk dijadikan iktibar kepada kita Kedua-dua nilai dan pengajaran dikaji untuk menjadi panduan dan teladan dalam kehidupan seharian kita.

A. NILAI

1.KETEGUHAN JATI DIRI BANGSA DAN AGAMA


Faridah masih kental jati diri Melayunya walaupun telah tinggal di New Zealand selama 25 tahun. Dia masih makan makanan Melayu iaitu kari malah anaknya Anne meminta dia memasak kari. Faridah masih mengekalkan panggilan nama Melayunya Idah- nama yang dipanggil oleh suaminya Soleh Johnsons. Faridah masih mendengar lagu-lagu Melayu melalui internet. Datul Azrul sering berpesan kepada anaknya Zain, agar tidak melupakan kampung halaman dan pulang ke kampung halaman setelah tamat pengajian di New Zealand. Melina dan Benny masih berpegang kuat pada ajaran agama iaitu mereka berkahwin setelah saling menyayangi alupun baru 2 minggu berkenalan. Faridah dan Soleh Johnsons menghantar Anne dan Melina bersekolah agama di sekolah rendah yang terletak 30km dari Rosewood pada sebelah petang. Datuk Azrul solat berjemaah subuh dan mendengar ceramah agama di surau kampungnya. Soleh Johnsons mengusahakan pusat penyelembihan untuk membekalkan daging halal kepada umat Islam di New Zealand.

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

2.KASIH SAYANG
Salmah amat menyayangi anaknya Rahayu sehingga sering terkenang-kenangkan Rahayu yang sudah meninggal dunia akibat kanser. Hamidah menyayangi anak tirinya Rahayu yang dibela sejak berusia 7 tahun, menjaga Rahayu yang sakit di hospital . Benny amat menyayangi Melina. Melina dibawa tinggal di Dubai kerana Benny tidak lagi boleh keluar dari Dubai setelah tersenarai sebagai militant oleh Amerika Syarikat. Faridah amat menyayangi keluarganya (Soleh Johnsons, Anne dan Melina) sehingga tidak pernah meninggalkan mereka setelah 25 tahun berhijrah ke New Zealand Faridah amat menyayangi ibunya Salmah sehingga terlalu sedih selepas Salmah meninggal dunia.

3.KETABAHAN/KECEKALAN
Faridah tabah menjalani hidup selama 25 tahun di New Zealand tanpa pulang ke Malaysia setelah berkahwin dengan Soleh Johnsons.

4.KEBERANIAN
Kamarudin berani meredah hutan tebal Bukit Kutu bersama-sama buyung sematamata mahu mencari anaknya Faridah dan Iqbal yang hilang selepas terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan ke Raub. Melina berani memandu seorang diri dari Marang Kuala Terengganu ke Bukit Cameron Highlands untuk bertemu ibunya Faridah.

5.KEBIJAKSANAAN
Datuk Azrul membuat keputusan yang bijak apabila menceburi bidang pertanian selepas tamat pengajian dari UPM.

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

6.BERTANGGUNGJAWAB
Kamarudin seorang bapa yang bertanggungjawab. Walaupun hampir 14 tahun tidak bersua dengan Faridah, dia tetap berusaha mencari Faridah yang hilang dalam hutan. Ghazali seorang majikan Faridah yang bertanggungjawab. Ghazali seorang pegawai JKM berada bersama-sama pasukan pemyelamat di Rumah Rehat Gap semasa poerasi mencari Faridah dan Iqbal.

7.KEPRIHATINAN
Azrul amat prihatin dengan isu alam sekitar. Azrul menyertai kempenSave Our RiverS.O.S di KLCC anjuran Persatuan Pencinta Alam Soleh Johnsons tidak mahu mengusahakan kebun sayur di Tanah Tinggi Lojing kerana tidak mahu merosakkan ekosistem alam semula jadi sebaliknya membina kawasan peranginan berkonsep semula jadi iaitu kebun teh, padang ragut untuk kuda liar, dusun buah-buahan sitrus dan taman-taman bunga. Soleh Johnson amat pritahin akan keinginan Faridahuntuk ;pulang kekampung halamannya di Malaysia. Dia, akhirnya berhijrah ke Cameron Highlands bersama-sama Faridah.

8.KESETIAAN
Melina seorang isteri yang setia. Dia berhijarh ke Malaysia mengikut Benny yang bertugas di Marang Trengganu Melina seorang isteri yang setia, berhijrah ke Dubai kerana perlu berada di sisi Benny yang telah pulang ke Dubai kerana disyaki sebagai militan.

9. KETAATAN KEPADA AGAMA


Faridah taat akan ajaran agama. Bangun bersembahyang Subuh . Melina mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Benny selepas berkenalan selama 2 minggu kerana masih berpegang kuat pada ajaran Islam setelah dipelawa oleh Benny untuk ke Malaysia selama tiga bulan

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

10. BERBUDI BAHASA


Zain seorang pemuda yang berbudi bahasa. Dia menziarahi Faridah untuk berkenalan dengan keluarga Faridah dan menyampaikan salam daripada kedua-dua orang tuanya di Malaysia.

11. KEPASRAHAN/KEREDAAN pada takdir tuhan


Soleh memberitahu Anne, segala yang berlaku dalam keluarga mereka merupakan ketentuan Allh SWT apabila Anne bertanya sebab Faridah meninggalkan kampung halamannya 25 tahun dahulu. Penghijrahan Faridah menjadi penyebab kelahiran Anne ke dunia

B.PENGAJARAN

1.Kita mesti mempunyai jati diri yang kental terhadap bangsa sendiri. Faridah masih mengekalkan idenditi bangsa Melayunya walaupun sudah 25 tahun tinggal di New Zealand iaitu masih menggunakan nama Idah.

2. Kita mesti meletakkan pegangan agama sebagai asas kehidupan untuk berjaya dalam hidup Soleh Johnsons berjaya menjadi pengusaha ternakan dan penyembelihan cara Islam di New Zealand . Dia amat dikenali dalam kalangan 30.000 orang Muslim di New Zealand.

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

3. Kita mesti memulihara alam semula jadi agar kerosakan ekologi dapat dikurangkan Soleh Johnsons dan Datuk Azrul tidak mahu mengusahakan ladang sayur demi kelestarian Tanah Tinggi Lojing, sebaliknya mengusahakan pusat peranginan berkonsep agropelancongan. Bukit Kutu kekal menjadi Hutan Rizab Hidupan Liar yang telah diwartakan sejak zaman pemerintahan British.

4. Kita mesti berwawasan jauh untuk mencapai kejayaan Azrul seorang graduan yang berpandangan jauh tentang masa depan bidang pertanian di negara ini. Azrul menyatakan hasratnya untuk menternak kambing selepas tamat pengajian kepada ayahnya setelah melihat pasaran kambing yang tinggi bagi majlis akikah, korban, majlis menyambut kelahiran dan kegunaan masyarakat Hindu. 25 tahun kemudian Azrul bergelar Datuk Azrul setelah berjaya memajukan industri pertanian melalui ladang sendiri dan Pertubuhan Peladang.

5. Kita mesti berfikiran terbuka untuk mencapai kejayaan Datuk Azrul menghantar anaknya Zain belajar dalam bidang pertanian di New Zealand untuk mengalami sendiri perbezaan cara hidup masyarakat New Zealand yang jauh lebih maju di bidang pertanian dan membezakannyadengan sikap masyarakat tempatan yang tidak berubah walaupun negara sudah maju. Datuk Azrul terpaksa berusha gigih meyakinkan penduduk Merbau Berdarah agar menyatukan kebun-kebun mereka untuk membentuk mini estet kelapa sawit dan buahbuahan

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

6. Kita mesti yakin sektor pertanian mampu memajukan negara Datuk Azrul memberitahu Zain bahawa semaju mana pun negara jika tanpa hasil tani, rakyatnya tidak dapat meneruskan kehidupan. New Zealand, negara tempat Faridah bermaustatin merupakan negara pertanian dan penternakan biri-biri yang maju. Suaminya Soleh Johnsons mengusahakan industri penternakan dan penyelembihan yang berjaya di Christchurch.

7. Kita mesti beradab dan menghormati golongan tua/veteran Faridah menziarahi Pak Talib berusia 80/90 tahun pengusaha belacan semasa pulang ke Sungai Besar. Benny menziarahi Faridah dan Soleh Johnsons untuk menyampaikan hasrat melamar Melina sebagai isteri Zain menziarahi Faridah untuk berkenalan dengan keluarga Anne setelah berhasrat untuk mengahwini Anne.

8. Kita jangan mengabaikan adat budaya bangsa dalam kehidupan Zain menyampaikan hasratnya untuk berkahwin dengan Anne gadis kacukan Inggeris Melayu kepada ayahnya bagi mendapatkan persetujuan bapa dan ibunya. Datuk Azrul dan Datin Aisyah menziarahi Faridah dan Soleh Johnsons di Cameron Highlands untuk berbincang dan mengurus perkahwinan Zaindan Anne.

9. Kita mesti ingat asal usul keturunan kita Faridah sentiasa bercerita tentang sawah bendang, pokok kelapa di kampung halamannya Sungai Besar kepada Melina dan Anne. Melina ingin ke Sungai Besar untuk melihat kampung halaman ibunya dan menjejak warisannya yang dirasakan semakin hilang.

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

10. Kita mesti mengamalkan cara hidup yang sederhana dan harmoni demi keamanan negara/ berlemah lembut apabila menasihati maasyarakat Ustaz Hassan Syukri menyampaikan ajaran agama Islam dengan lemah lembut Ustaz Hassan Syukri memberitahu Mohamed Attar orang Melayu Islam di Malaysia mengamalkan cara hidup yang sederhana dan sentiasa berlemah lembut.

11. Kita hendaklah berhati-hati memilih kawan Benny terperangkap dalam kumpulan militan Mohammed Attar yang dikenalinya semasa bertugas di Marang. Kepetahan Mohammed Attar berhujah memikat Benny yang masih kurang ilmu pengetahuan Islam tanpa menyedari Mohammed Attar ialah seorang anggota kumpulan militan.

12. Kita hendaklah bijak membuat keputusan apabila berada dalam kesusahan Melina bertindak melaporkan kehilangan suaminya Benny kepada pihak polis dengan segera setelah Benny tidak pulang ke rumah selama empat hari. 13. Kita mesti ada sifat tolak ansur dalam hidup berkeluarga Soleh Johnsons bersetuju untuk tinggal di Cameron Highlands setelah Anne berkahwin dengan Zain . Soleh Johnsons mengikut hasrat Faridah untuk tinggal di Cameron Highlands (menetap di Malaysia)

14. Kita jangan terlalu taksub dengan satu-satu pendapat dan pegangan sehingga menjejas keamanan dan keselamatan orang lain Mohammed Attar seorang juruterbang helikopter di syarikat tempat Benny bertugas ialah seorang yang tahfiz Al Quran dari Madrasah al-Husaini, Islamabad , mahir tentang rukun Islam, tauhid tetapi amat benci akan Amerika yang dianggap petualang.

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

Dia dipercayai oleh polis republik mahu mengebom kasino yang baru dibina di Pulau Sentosa tetapi berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa republik tersebut. Mohammed Attar tidak dapat menerima pendapat Ustaz Hassan Syukri yang menekankan unsur lemah lembut dalam berdakwah dan menegur orang lain.

15. Kita mesti prihatin akan kesusahan orang lain yang berada di sekeliling kita Azrul sentiasa menemani Rahayu yang sakit di HUKM Pasukan polis Raub menjalankan operasi mencari Faridah dan Iqbal yang hilang selepas kemalangan. Ghazali seorang majikan yang prihatin akan keselamatan Faridah dan Iqbal. Ghazali bermalam di Rumah Rehat Gap untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Faridah dan Iqbal

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

LATAR
LATAR TEMPAT LATAR MASYARAKAT LATAR MASA

1. LATAR TEMPAT LALUAN Faridah ke Bukit Fraser dan Raub A. SUNGAI BESAR SELANGOR MALAYSIA B. BUKIT FRASER, PAHANG MALAYSIA C. RAUB , PAHANG , MALAYSIA

KEDUDUKAN FARIDAH SELEPAS HILANG DI DALAM HUTAN SEHINGGA DIBAWA KE HOSPITAL HUKM

A. SUNGAI BESAR, SELANGOR B. KUALA KUBU BARU, SELANGOR C. BUKIT FRASER, PAHANG D. BUKIT KUTU, SELANGOR E. KAMPUNG SUNGAI DUA, KARAK,BENTONG, PAHANG , MALAYSIA F. HOSPITAL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, KUALA LUMPUR

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

NAMA-NAMA TEMPAT YANG DISEBUT DALAM DIALOG ANTARA AMAH SITI DAN FARIDAH A. BUKIT KUTU B. BUKIT BUJANG C. KUALA SELANGOR D. TELUK ANSON

DI MALAYSIA 1.SUNGAI BESAR SELANGOR- KAMPUNG PARIT TIGA - KAMPUNG SUNGAI HAJI DORANI - PARIT SATU SUASANA SEBUAH PERKAMPUNGAN MELAYU -KAWASAN PERTANIAN; SAWAH, KEBUN KELAPA, PERUSAHAAN HASIL LAUT

DI RUMAH SALMAH - Rahayu dibawa pulang oleh Kamarudin ke rumah ibunya Salmah ketika penyakit kansernya semakin serius. - Jenazah Rahayu disemadikan di Sungai Besa 2. BUKIT KUTU - Tempat Faridah hilang bersama-sama anak muridnya Iqbal -kawasan hutan yang sangat tebal -kawasan rizab hidupan liar sejak zaman British

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

-Kamarudin dan Buyung memulakan tugas mencari Faridah dari Bukit Fraser ke Bukit Kutu

PEKAN SUNGAI KUBU - Berdekatan Bukit Kutu - Tempat perniagaan HOSPITAL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (HUKM, CHERAS) - Tempat Rahayu dirawat di wad merah jambu kerana menghidap kanser di leher. HOSPITAL KUALA LUMPUR

- Tempat Faridah dibawa untuk rawatan setelah ditemui di Sungai Dua oleh ayahnya Kamarudin dan Buyung - Tempat Rahayu dan Faridah bertemu setelah 14 tahun berpisah di alam ilusi ( bawah sedar ) - Tempat Rahayu meninggal dunia di samping Faridah yang koma. - Peristiwa luar biasa berlaku-ketika Rahayu meninggal dunia Faridah sedar dari koma. MARANG TERENGGANU - Tempat tinggal Melina dan Benny - Benny bekerja di Trengganu - Banglo Melina di hadapan pantai Marang

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - Tempat Faridah dan Soleh Johnsons tinggal (Golf View Cottage) - Kawasan peranginan tanah tinggi kegemaran pelancong - Berdekatan dengan tanah Tinggi Lojing , Gua Musang, Kelantan - Tempat pertemuan semula Faridah dengan Azrul (teman sekuliah Rahayu) - Tempat tinggal ramai Muslim berbangsa Inggeris seperti Musa Surray, Amir Mustov dan Ariff Carlsons. - Banyak bangunan kolonial British TANAH TINGGI LOJING - 500 ekar tanah dipajak oleh Datuk Azrul untuk pusat AGROPELANCONGAN TANAH TINGGI. - Usahasama dengan Soleh Johnsons.

SUNGAI DUA -Perkampungan orang asli -Faridah dan Iqbal ditemui merayau-rayau di Sungai Dua oleh penduduk Orang Asli -Kamarudin dan Buyung bertemu Faridah yang tidak sedar diri di rumah Tok Batin Senik.

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

BANGLO MILIK MELINA DI MARANG -Tempat tinggal Melina di Malaysia -terletak di hadapan Pantai Marang Terengganu -tempat Melina dan Khadijah berbual-bual tentang nilai masyarakat Malaysia

DI NEW ZEALAND

1. ROSEWOOD , CHRISTCHURCH - Faridah menetap di Rosewood selama 25 tahun - Berkahwin dengan Samuel Kirkby Johnsons (Soleh Johnsons ) - Pusat penternakan kambing biri-biri 2. AUCKLAND - Melina bekerja di Auckland sebagai pembantu pelukis pelan - Bertemu Benny di Gloria Coffee Bean
Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

DUBAI -tempat kelahiran Benny -tempat Melina melahirkan anak pewaris empayar minyak An Anbia Family Limited Company ( Said An Anbia ) -tempat tinggal Melina dan Benny 2.LATAR MASYARAKAT

a. Masyarakat Melayu di perkampungan Melayu -Faridah dan Salmah tinggal di Kampung Parit Tiga , Sungai Besar Selangor -Salmah seorang pesawah di Sungai Besar

b. Masyarakat Petani/Penternak - Soleh Johnsons seorang penternak berjaya di Christchurch, New Zealand. Memiliki Pusat Penyembelihan Hijrah untuk orang Islam di New Zealand - Datuk Azrul seorang usahawan tani yang berjaya di Sungai Besar

c. Masyarakat Melayu Islam yang cinta akan keamanan dan kesederhanaan - Ustaz Syukri Hassan menyampaikan ajaran Islam kepada Benny dan Mohd. Attar dengan cara lembut - Faridah dan Soleh Johnsons menganjurkan majlis rumah terbuka untuk semua penduduk dan komuniti di temapat tinggalnya semasa hari Raya
Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

d. Masyarakat Melayu di bawah penjajahan British - Masyarakat Melayu semasa penjajahan British ditadbir oleh Tuan Cecil Renking - Menjalankan aktiviti perlombongan di Hulu Sungai Selangor

e. Masyarakat Islam yang radikal dan agresif - Mohd. Attar seorang lelaki keturunan Arab yang berpandangan radikal dan terlibat dalam gerakan militant Islam

f. Masyarakat berbilang bangsa dan budaya - Muslim berbangsa Eropah di Cameron Highlands seperti Yusuf Jensen (Belanda),Musa Surray (Scotland), Ahmad Raffles (Australia) dan Ariff Carlsons (Britain) - Muslim Arab di Malaysia seperti Benny dan Mohd. Attar - Melayu-Inggeris iaitu Melina dan Anne

g. Masyarakat yang prihatin - Haji Awang sentiasa menyuruh Khadijah (anaknya) menemani Melina di rumah Melina semasa ketiadaan Benny demi keselamatan Melina yang tinggal seorang diri. - Seorang wanita di masjid di Pekan Batang Kali bertanya Melina tentang perjalanannya ketika melihat Melina seorang diri di situ.

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

h. Masyarakat yang bertanggungjawab - Kamarudin berusaha mencari Faridah yang hilang di Bukit Kutu walaupun sudah hampir 14 tahun dia tidak bertemu dengan anaknya itu. - Pasukan Perhilitan, orang asli Senoi Praak, Ketua Inspektor Aznil dari Polis Diraja Malaysia , PasukanGerak Am (PGA), Pasukan RELA menjalankan operasi mencari Faridah dan Iqbal selama dua minggu dalam Ops PDK.

i. Masyarakat berpendidikan tinggi -Rahayu dan Azrul menuntut di Universiti Putera Malaysia. -Anne penuntut tahun dua universiti di Christchurch -Benny mendapat pendidikan di London.

j. Masyarakat Penyayang -Faridah dan Mastura berkhidmat sebagai sukarelawan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat mendidik anak-anak istimewa. -Faridah menyayangi anak-anak istimewa Iqbal.

k. Masyarakat yang menyayangi alam sekitar Soleh Johnsons tidak mahu menebang pokok-pokok balak yang terdapat di Tanah Tinggi Lojing semata-mata untuk memajukan kawasan peranginannya.

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

Pokok merbau dan tualang dikekalkan walaupun kos pembinaan kpusat peranginannya meningkat. Soleh Johnsons dan Datuk Azrul tidak mahu menjalankan pertanian di Tanah Tinggi Lojing kerana aktiviti tersebut akan merosakkan alam semula jadi. Soleh Johnsons dan Datuk Azrul mengusahakan pusat peranginan berkonsepkan agropelancongan.

l. Masyarakat yang kuat berpegang pada jati diri bangsa Melayu - Datuk Azrul tinggal di kampung dan mengusahakan sektor pertanian walaupun bergelar siswazah - Datu Azrul sentiasa berpesan kepada Zain agar pulang ke Malaysia setelah menamatkan pengajian di New Zealand. - Faridah masih makan masakan Melayu daan menyediakan masakan kari untuk akeluarganya di New Zealand. - Faridah sentiasa bercerita tentang Sungai Besar dan asal usulnya kepada kedua-dua orang anaknya. - Faridah masih mengekalkan panggilan nama Idah walaupun sudah 25 tahun tinggal di New Zealand - Faridah pulang semula ke Malaysia setelah 25 tahun merantau di New Zealand.

m. Masyarakat yang longgar pegangan agama - Melina minum arak tanpa pengetahuan ibu bapanya - Benny mengaku bahawa dia meminum arak walaupun dilarang oleh agama Islam.
Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

- Kamarudin semasa mudanya sering mengunjungi kelab malam Nirwana Night Club untuk berkaraoke dan minum arak

n. Masyarakat yang taat akan agama - Faridah taat mengerjakan solat Subuh dan tahajud 1. LATAR MASA Waktu Pagi - Rahayu bangun pada pukul 6.00 pagi dan terasa sakit di leher - Rahayu tiba di perpustakaan pukul 8.00 pagi - Rahayu pengsen di perpustaakaan - Faridah dan Iqbal mendapat kemalangan pad masa yang sama rahayu pengsan - Salmah meninggal dunia pada subuh pagi selepsa faridah selesai menunaikan solat Subuh - Faridah mengelamun di rumahnya di Rosewood, Christchurch ,New Zealand- merindui Senmenanjung Malaysia. - Kamarudin dan Buyung meneruskan perjalanan ke Sungai Dua dari Bukit Kutu untuk menjejaki Faridah dan Iqbal - Benny tergesa-gesa meninggalkan rumahnya di Marang setelah mendapat berita tentang penangkapan Mohd. Attar. - Zain berbual dengan ayahnya Datuk Azrul tentang kemajuan sektor pertanian, masalah tenaga buruh di sektor pertanian dan hasratnya berkahwin dengan Anne gadis kacukan Inggeris Melayu.
Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

Waktu malam - Salmah mengadakan bacaan yasin diketuai Pak Imam Sohod setelah mendengar berita kehilangan Faridah. - Khadijah meyakinkan Melina bahawa dia tetap orang Melayu walaupun tidak dilahirkan di Malaysia.

Sebulan - Faridah dan Iqbal hilang selama sebulan di hutan sebelum ditemui di Sungai Dua oleh orang Asli .

Masa penjajahan British - Faridah dan Iqbal berada di Bukit Kutu dan Pekan Sungai Baru semasa zaman penjajahan Inggeris. Bertemu dengan Tuan Cecil Renking, magistret dan pemungut cukai bagi pihak Sultan Selangor.

25 tahun selepas berhijrah ke New Zealand - Faridah bersuamikan Soleh Johnsons dan mempunyai dua orang anak kembar Anne dan Melina - Anak-anaknya bertemu jodoh dengan orang Arab dan Melayu - Faridah pulang dan menetap di Malaysia

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

25 tahun sebelum berhijrah ke New Zealand - Faridah tinggal di Sungai Besar bersama-sama ibu - Berkahwin dengan Ghazali - Suaminya Ghazali meninggal setahun selepas ibunya Salmah meninggal.

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

WATAK DAN PERWATAKAN


1. WATAK UTAMA FARIDAH Berusia 50 tahun Wanita Melayu yamng dibesarkan di kampung Anak kepada pasangan Salmah dan Kamarudin Pasangan kembar kepada Rahayu Sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Isteri kepada Ghazali dan Soleh Johnsons Berasal dari Sungai Besar , Selangor dan bermaustatin di Rosewood, New Zealand Mempunyai dua anak kembar iaitu Melina dan Anne

PERWATAKAN FARIDAH -Bertanggungjawab -Penyayang -Cekal/tabah/kuat semangat -tebal jati diri -kuat pegangan agama -berfikiran terbuka -setia
Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

SOLEH JOHNSONS( SAMEUL JOHNSONS ) Suami Faridah Ayah kepada Melina dan Anne Pengusaha ladang biri-biri yang terkenal di Rosewood ( Pusat Penyembelihan Hijrah )

PERWATAKAN SOLEH JOHNSONS -penyayang -bertanggungjawab -Dermawan/pemurah -Pencinta alam semula jadi/prihatin akan alam semula jadi -Bertolak ansur

RAHAYU Kembar Faridah Berpisah dengan Faridah dan ibunya Salmah ketika berusia 7 tahun Pelajar tahun dua dalam bidang pembangunan manusia (Fakulti Ekologi Manusia) Teman sekuliah Azrul Penghidap penyakit kanser Kakak kepada tiga orang adik lelaki berlainan ibu, Syuqri,Abdul Rafiq dan Abdul Rashid. Dibela oleh Hamidah ibu tirinya setelah berpisah dengan ibunya ,Salmah

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

PERWATAKAN RAHAYU -Penyayang -Cekal

SALMAH Ibu kandung Faridah dan Rahayu Gadis keturunan Banjar Berlesung pipit dan bermata sepet, berkulit kemerah-merahan Isteri kepada Kamarudin kemudian berpisah ketika anak-anaknya berusia 7 tahun Menetap di Sungai Besar Selangor Petani/pesawah/bekerja kampung Penyambut tetamu di Calet Seri Buana, Pengkalan Balak

PERWATAKAN SALMAH -Penyayang - Cekal/tabah -rajin MEJAR (B) KAMARUDIN Suami Hamidah dan Salmah Pesara tentera
Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

Ayah kepada Rahayu, Faridah, Syuqri, Abdul Rafiq dan Abdul Rashid PERWATAKAN KAMARUDIN - Penyayang - Berani -Suka berfoya-foya - Berpandangan jauh/berwawasan

ANNE Anak Faridah dan Soleh Johnsons Saudara kembar Melina Dilahir dan dibesarkan di New Zealand Pelajar tahun dua Bachelor of Science Sosial Isteri kepada Zain Bermata galak dan wajah putih bersih Berambut hitam keperangan Berwajah Melayu-Inggeris

PERWATAKAN ANNE - Sayang akan asal usul - Berbudi bahasa

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

ZAIN Penuntut jurusan pertanian di New Zealand Anak Datuk Azrul seorang usahawan tani yang berjaya di Sungai Besar, Selangor. Suami Anne Pengusaha Pusat Penyembelihan Hijrah milik Soleh Johnsons di New Zealand. Dibesarkan di kawasan perkampungan di Sungai Besar Selangor PERWATAKAN ZAIN - Berwawasan jauh - Berbudi bahasa - Kuat pegangan agama - Tinggi jati diri bangsa MELINA Kembar Anne Anak Faridah dan Soleh Johnsons Isteri Benny ( Jabbar al-Anbia ) Pembantu pelukis pelan di syarikat pembinaan Redwood Building, Auckland. Gagal dalam pengajian tahun pertama di Universiti Canterbury Berhijrah ke Marang Terengganu, mengikut suami Benny yang bekerja di Malaysia Pandai melukis

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

PERWATAKAN MELINA - Peramah - Setia - Berani - Bijak - Berpegang teguh pada agama Benny walaupun baru 2 minggu berkenalan.

BENNY ( JABBAR AL-ANBIA) Suami Melina Bangsa Arab Dubai Belajar di London Pewaris empayar minyak An Anbia Family Limited Gemar belayar dengan kapal layar Disyaki terlibat dengan kumpulan militan Berhijrah ke Terengganu , Malaysia untuk menerajui bahagian operasi syarikat Teguh Emas Berhad

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

PERWATAKAN BENNY - Penyayang - Berterus terang - Mudah mempercayai orang lain - Bertanggungjawab

DATUK AZRUL/AZRUL Teman sekuliah Rahayu Pelajar Fakulti Ekologi Manusia Meminati bidang pertanian Usahawan tani yang berjaya Bapa mentua Anne Ayah Zain

PERWATAKAN AZRUL - Berwawasan jauh/berpandangan jauh - Penyayang - Prihatin - Mencintai alam semula jadi - Kental jati diri

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

Muhammad Fadzli Zulkipli 4 Azam, SPM 2012 9A+

Anda mungkin juga menyukai