Anda di halaman 1dari 5

WUDUK Hukum Wuduk: wajib jikalau mahu solat dan tawaf. Rukun Wuduk 1. niat. 2. membasuh muka. 3.

membasuh kedua-dua tangan hingga kedua-dua mata siku. 4. menyapu kepala. -imam syafie: difardhukan hanyalah sebahagian kepala sahaja walaupun hanya sehelai rambut,ada yg berpndapat sekurang-kurangna tiga helai rambut. -imam malik: seluruh kepala. 5. membasuh kedua-dua kaki hingga buku lali. 6. tertib. Syarat Sah Wuduk 1.Hendaklah dikerjakan dengan menggunakan air mutlak, atau air yang hukumnya suci. 2. anggota wuduk yg dibasuh hendaklah benar-benar dilalui oleh air wuduk. 3. tidak ada yang melekat pada anggota wuduk yang boleh menghalang air daripada sampai ke anggota wuduk. 4. tdk ada yang melekat yang bolek merubah sifat air mutlak. 5.bg org yang bermasalah hndaklah mengmbil wuduk setelah masuk waktu solat. Sunat-sunat Wuduk 1.menghadap kiblat 2. membaca basmallah. 3.Berkumur-kumur dan menggosok gigi. 4. membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan dan menggosok-gosok celah-celah jari. 5.istinsyaq,memasukkan ke dalam hidung.

6.mendahulukan anggota kanan. 7. menyapu seluruh kepala. 8.menyapu kedua-dua telinga. 9.mengulangi basuh srhingga tiga kali. 10. menjimatkan pemakaian air. 11. membasuh anggota wuduk melebihi sedikit drpd batasnya. 12.membaca doa selepas wuduk. Perkara yang Membatalkan wuduk 1.keluar sesuatu drpd qubul dan dubur. 2. bersentuh kulit mereka yang bukan mahram. 3. menyentuh kemaluan tanpa alas. 4. hilang akal kerana mabuk,pitam,gila,dll 5.tidur yang tidak tetap kedudukannya.

SOLAT Syarat Wajib Solat 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Islam. Baligh. Berakal Suci drpd haid dan nifas. Ada pendengaran dan penglihatan. Orang yang dalam keadaan jaga. Sampai seruan (Islam.)

Syarat Sah Solat 1. 2. 3. 4. 5. Suci drpd hadas kecil dan besar. Suci drpd najis. Menutup aurat. Memghadap kiblat. Masuk waktu.

Rukun Solat 1. Niat. 2. Berdiri betul. 3. Takbiratul ihram. 4. Membaca al-Fatihah. 5. Rukuk. 6. Iktidal (bangkit drpd rukuk). 7. Sujud. 8. Duduk antara dua sujud. 9. Duduk tasyahud akhir (tawarruk). 10. Membaca tasyahud akhir. 11. Selawat kpd nabi dlm tasyahud akhir. 12. Mengucap salam 13. Tertib. Sunat-sunat Solat 1. Mengangkat kedua-dua belah tangan ketika mengucapkan takbiratul ihram, ketika hendak rukuk dan ketika bangkit drpd rukuk. 2. Meletakkan telapak tangan kanan di atas belakang tangan kiri serta meletakkan keduaduanya di bawah dada. 3. Memandang tempat sujud.

4. Membaca doa iftitah. 5. Membaca taawuz (auzubillah). 6. Membaca al-Fatihah secara kuat dlm sembahyang subuh,mgrib dan isyak/ 7. Membaca amin selepas al-fatihah. 8. Membaca mana2 surah selepas al-Fatihah. 9. Membaca takbir ketika hendak berpindah dr satu rukun ke rukun yang lain. 10. Membaca samiallahuliman hamidah. 11. Membaca Rabbana lakal hamdu. 12. Meletakkan kedua-dua belah tangan di atas lutut ketika rukuk. 13. Membaca tasbih ketika sujud dan rukuk. 14. Meletakkan lutut terlebih dahulu ketika hendak sujud. 15. Merenggangkan kedua-dua belah kaki dan menghadapkan anak jari tangan ke arah kiblat semasa sujud. 16. Merapatkan jari dan meletakkan kedua-dua tangan sama tentang dengan bahu ketika sujud. 17. Membaca zikir ketika duduk antara dua sujud. 18. Duduk iftirasy (duduk tasyahud awal). 19. Membaca tasyahud awal. 20. Membaca doa qunut. 21. Duduk tawarruk. 22. Mengembangkan jari kiri dan menggulung jari kanan. 23. Duduk rehat dalam duduk. 24. Membaca doa antara tasyahud akhir dan salam. Perkara Makruh dalam Solat 1. Meninggalkan yang sunat. 2. Memalingkan muka ke kiri dan kanan. 3. Memandang ke atas. 4. Mempercepat-cepatkan pergerakan rukuk dan sujud. 5. Menyapu pasir atau tanah yg terdapat di tempat sujud. 6. Solat sambil bercekak pinggang. 7. Member isyarat dengan tangan. 8. Membuka mulut ketika menguap dalam solat. 9. Menahan buang air atau menahan lapar. 10. Memandang Sesuatu yang melalaikan. 11. Meludah ke kanan dan hadapan. 12. Menutup mulut. 13. Solat dalam keadaan mengantuk. 14. Memejamkan mata.

Perkara yang membatalkan Solat 1. Meninggalkan rukun solat. 2. Berkata-kata dengan sengaja

Anda mungkin juga menyukai