Anda di halaman 1dari 14

1.

0 Pengenalan

Sejarah memang penting dalam kehidupan manusia. Dari sejarah, kita dapat mengerti masa lalu yang berguna bagi masa yang akan datang. Kita akan memperoleh kesempatan untuk belajar contoh-contoh masa lampau, kegagalan dan keberhasilannya, dari baik dan buruknya untuk modernitas kita saat ini dan masa yang akan datang. Demikianlah sebaliknya, tanpa sejarah masa lampau bererti kita kehilangan barang berharga yang sangat penting bagi masa depan kehidupan kita. Bagi manusia yang tidak mengenal sejarahnya ibarat manusia yang hilang ingatan sehingga mudah diperbodohi orang lain. Penghilangan sumber sangat penting bagi kemajuan bangsa, bahkan maju atau tidaknya peradaban sebuah bangsa ditentukan oleh sumber-sumbernya. Itulah sebabnya ketika sebuah bangsa berkeinginan menghancurkan bangsa lainnya, yang dilakukannya pertama kali adalah menghancurkan kebudayaannya dengan menghancurkan perpustakaan, museum dan pusat-pusat kesenian lainnya. Atau dengan istilah lain,"menghancurkan peradabannya." Jika hal tersebut telah dilakukan, maka bangsa tersebut tidak lagi punya harga diri dan tidak punya lagi sumbersumber kebudayaan yang patut dibanggakannya, sehingga masuklah kebudayaan bangsa si penyerang sebagai pengganti budaya bangsa yang diserang. 1 Semasa menjalankan penulisan sejarah, ahli sejarah perlu mendapatkan informasi mengenai masa lampau dari berbagai sumber, seperti catatan yang ditulis atau dicetak, mata wang atau benda bangunan dan monumen, serta dari wawancara (yang sering disebut sebagai "sejarah penceritaan", atau oral history dalam bahasa Inggris). Untuk sejarah modern, sumbersumber utama informasi sejarah adalah: foto, gambar bergerak (misalnya: film layar lebar),

Dasman Djamaluddin,1998. Jenderal TNI Anumerta Basoeki Ranchmat Dan supersemar, Indonesia: Grasindo . h. 2.

audio, dan rekaman video. Tidak semua sumber-sumber ini dapat digunakan untuk penelitian sejarah, karena tergantung pada periode yang hendak diteliti atau dipelajari. Penelitian sejarah juga bergantung pada historiografi, atau cara pandang sejarah, yang berbeda satu dengan yang lainnya. Terdapat beberapa pendapat dari ahli sejarah Indonisia tentang sumber sejarah. Antaranya ialah Zaidi Gozalba menyatakan sumber sejarah adalah warisan yang berbentuk lisan, tertulis dan visual. Manakala Muh Yamin menyatakan sumber sejarah adalah kumpulan benda kebudayaan untuk membuktikan sejarah. Dapat disimpulakan bahawa sumber sejarah adalah segala warisan kebudayaan yang berbentuk lisan, tertulis, visual serta dapat digunakan untuk mencari kebenaran. Oleh itu, sumber sejarah memainkan peranan penting dalam penulisan sejarah.

2.0Kepentigan sumber dalam penulisan sejarah


Berdasarkan sumber kita dapat mencari kebenaran peristiwa pada masa lampau, berdasarkan sumber kita dapat menceritakan peristiwa dengan bukti, berdasarkan sumber, kita boleh menjadikan rujukan untuk memastikan sesuatu sejarah adalah benar-benar berlaku. Oleh itu adalah amat penting bagi kita untuk memilih sumber-sumber yang sesuai dalam penulisan sejarah. 2.1 Bentuk-bentuk sumber sejarah Pada asasnya sumber sejarah boleh dikelaskan kepada tiga bentuk, iaitu sumber tulisan, sumber lisan dan sumber berbentuk.

2.1.1 Sumber tertulis Sumber tertulis adalah sumber sejarah yang berupa segala keterangan dalam bentuk laporan tertulis mengenai suatu peristiwa atau kejadian dan fakta-fakta sejarah. Apa yang tertulis dalam sumber sejarah akan memberikan informasi tentang kenyataan di masa lampau. Misalnya data, dokument, babad prasasti, naskah kuno, laporan-laporan, surat khabar, buku dan sebagainya. Bukan sahaja begitu, lukisan juga digolong sebagai sumber tulisan. Oleh itu, lukisan-lukisan binatang yang terdapat di gua juga merupakan salah satu sumber sejarah, dipercayai bahawa huruf-huruf dan symbol-simbol telah digunakan di Mesir pada abad ke 16 SM. Maka berkembanglah sumber-sumber tulisan dengan banyaknya. Kemudianya, sumber ini dapat ditemu pada batu, kayu, dan kertas. Sumber tertulis dibahagi kepada dua ciri, iaitu sumber rasmi dan sumber tidak rasmi. Boleh dirumuskan bahawa sebarang tulisan dalam bentuk dan teknik apa sahaja digolongkan sebagai sumber tulisan. Sumber tulisan juga digolong kepada sumber rasmi dan sumber tidak rasmi. Sumber rasmi merupakan rekod-rekod kerajaan seperti laporan, surat dan fail sulit. Sebagai contoh surat pekeliling yang telah diagihkan kepada setiap sekolah. Sumber rasmi Sumber tidak rasmi

Sumber tidak rasmi adalah seperti buku, majalah, akhbar, babad, hikayat, biogarafi dan lain-lain lagi. Dengan sumber-sumber ini maka bolehlah dijadikan rujukan atau panduan untuk menulis sejarah.

2.1.2 Sumber lisan Sumber lisan adalah sumber sejarah yang berupa keterangan dari seseorang atau beberapa orang
yang menyaksikan langsung atau mengalami langsung suatu peristiwa. Sumber ini merupakan sumber pertama yang digunakan manusia dalam mewarisi suatu peristiwa sejarah, ia memainkan peranan penting sebagai sumber sejarah. Ia merupakan tesimoni orang yang terlibat, baik dengan mengalami atau menyertainya. Orang yang memberikan keterangan lisan ini bertanggungjawab atas kebenaran kejadian yang dikisahkannya sehingga informasinya dapat dipertanggungjawabkan dan dapat dipergunakan sebagai sumber sejarah. Untuk memperoleh sumber lisan ini, sejarawan perlu melakukan metode wawancara.

2.1.3 Sumber berbentuk Sumber berbentuk adalah segala yang dapat diperolehi dari benda-benda peniggalan budaya atau lazim dinamakan benda-benda purbakala atau kuno. Sumber ini dapat ditemukan pada benda-benda yang terbuat dari batu, logam, kayu dan tanah. Sebagai contoh candi-candi yang terdapat di kedah, yakni candi

Lembah Bujang. Pyramid-pyramid yang telah ditinggalkan yang melambangkan kegemilangan tamadun di Eygep dan banyak lagi peninggalan berbentuk di seluruh dunia. Kita boleh mendapati terdapat pelbagai pertemuan sumber-sumber prasejarah seperti fosil tengkorak manusia, fosil binatang dan fosil pepohonan (tumbuhan).

Gambar 1. Fosil-fosil manusia purba Fosil adalah sisa-sisa makhluk hidup yang telah membatu kerana adanya proses kimiawi. Fosil merupakan peninggalan masa lampau yang sudah tertanam ratusan bahkan ribuan tahun di dalam tanah. Selain fosil yang menjadi sumber prasejarah juga terdapat artefak, yaitu peninggalan masa lampau berupa alat kehidupan atau hasil budaya yang terbuat dari batu, tulang, kayu dan logam. Gambar 2 telah menunjukkan beberapa contoh artefak.

Gambar 2. Contoh Artefak Selain itu, kita juga boleh mendapati terdapat pelbagai peninggalan senjata dari pahlawan tanah Melayu. Gambar di bawah menunjukkan senjata yang digunakan dan berada di Kota Ngah Ibrahim :

2.2 Sumber primer dan sumber sekunder Sumber primer atupun sumber pertama ialah bahan yang belum diolah atau dicetak iaitu sumber atau bahan yang masih dalam keadaan asal seperti dalam bentuk kertas, fosil, manuskrip yang belum dicetak, surat rasmi keajaan, batu bersurat dan keterangan lisan. Sumber-sumber tersebut bersifat asli dan belum ditafsir. Menurut Suntharalingam, belaiu mengkategorikan bahan asas mentah (dan) tidak sempurna sebagai sumber pertama. Sebagai contoh, sumber seperti dairi atau memoir yang pernah ditulis oleh seseorang tokoh silam, berita dalam akhbar lama,
6

laporan polis di masa lampau dan sebagainya.

Sumber-sumber tersebut biasanya dihasilkan

pada masa yang hampir sama dengan maklumat yang dicatatkan dan oleh pihak yang berwibawa. Sumber sekunder boleh juga dikatakan sebagai sumber kedua adalah terdiri daripada bahan atau dokumen yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis maklumat yang telah dicatatkan di tempat lain, sumber ini merangkumi majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah, laporan tahuanan jabatan dan blog. Sumber kedua melibatkan analisis, sintesis, tafsiran atau penilaian maklumat asal. Sumber kedua merupakan bahan yang telah diubah, dicetak dan disebarkan kepada umum. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk sumber yang dapat dipilih oleh seseorang sejarawan. Kita boleh mendapati bahawa ada banyak alasan mengapa orang menyimpan dan menjaga catatan sejarah, termasuk: alasan administratif, alasan politis, alasan keagamaan, kesenian, pencapaian olahraga, catatan keturunan, catatan pribadi, dan hiburan. Namun dalam penulisan sejarah, sumber-sumber tersebut perlu dipilih-pilih supaya mendapat sumber yang paling sesuai dan tepat untuk kegunaan penulisan sejarah.

3.0

Sumber menyampaikan kenyataan


Sumber sejarah adalah sesuatu yang secara langsung ataupun tidak menyampaikan kepada kita

tentang sesuatu kenyataan di masa lampau kepada kita. Bagi seorang sejarawan, sumber sejarah merupakan sesuatu alat untuk mendapatkan kebenaran, maka sumber sejarah bukanlah tujuan akhir penulisan sejarah. Sumber sejarah merupakan bukti dan fakta wujudnya kenyataan sejarah. Dengan

E. H. Carr (terjemah Ab. Rahman Haji Ismail), 1984. Apakah sejarah?, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. h. 21.

sumber inilah, sejarawan dapat mengetahui kenyataan sejarah. Tanpa adanya sumber, sejarawan tidak akan bisa bercerita apa-apa tentang masa lalu.

Seorang sejarawan dalam usaha menghasilkan sesuatu karya sejarah mestilah berusaha mendapatkan sumbernya kemudian memilih sumber tersebut, bukan memilih mana-mana yang sesuai untuk digunakan tetapi mana-mana yang ada kaitan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan peristiwa yang dikajinya supaya sumber yang digunakan dapat menyampaikan keyataan.
Dengan sumber seseorang sejarawan dapat menyampaikan sesuatu kenyataaan. Oleh itu adalah penting bagi seseorang sejarahwan memastikan sumber yang dirujuk, dicari atau diguna adalah sesuai dengan penulisan dan perlu dikritik terlebih dahulu. Melalui pengumpulan sumber sejarawan dapat menganalisa dan menyatakan sesuatu kenyataan, bukannya bercakap kosong sahaja. Sumber yang berbentuk tulisan secara rasmi dapat membantu seseorang sejarawan

mengenali dan memahami tentang pentadbiran sesebuah negara dalam tempoh masa tertentu. Bukti seperti surat pekeliling dan fali sulit dapat ditemui dalam arkib Negara. Sebagai contoh melalui SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 16/2000: Salah Laku Memasukkan Unsur Politik Dalam Soalan Peperiksaan/Ujian.
3

Di Sekolah Dan Perbuatan Menghasut/Meracuni

Fikiran Pelajar Membenci Kerajaan. Kita boleh menyatakan bahawa pihak kerajan amat mementingkan perpaduan dan konsep cinta kepada Negara. Ini merupakan suatu kenyataan, dan amat sesuai dijadikan sebagai salah satu sumber yang menunjukkan kenyataan di dalam sesuatu tajuk penulisan sejarah.

4.0
33

Sumber merupakan bukti

Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2000.

Sumber memainkan peranan yang penting dalam penulisan sejarah. Ini adalah kerana sumber sejarah boleh memastikan apa yang ditulis oleh sejarahawan itu tepat dan mempunyai bukti sebagai sokongan dan hasilan penulisan tersebut boleh dipercayai dan kukuh buktinya. Keyakinan terhadap keutuhan status sejarah sebagai suatu bidang ilmu yang berasaskan bahan bukti dan penaklukan. Oleh itu, pelbagai jenis sumber sejarah adalah perlu untuk menunjukkan kebenaran seluruh peristiwa tersebut. Sebagai contoh kita boleh mendapati bahawa penggunaan sumber oleh Raja Ali Haji adalah berdasarkan petikan yang banyak daripada tiga sumber bagi tempoh waktu kurun ke 17 dan 18 iaitu Karangan Engku Busu, Hikayat Negeri Johor dan Babad Siak. Beliau juga mendapat maklumat dari buku catatan harian (dairi), ini adalah kerana menulis dairi merupakan amalan orang Makasar dan Bugis sejak lama dahulu dan sumber lisan dari orang tua istana dan dari pengalaman Raja Ali Haji sendiri turut membantu beliau mendapatkan maklumat yang penting. 4

5.0

Sumber sejarah sebagai rujukan


Kita boleh mendapati bahawa sumber sejarah adalah penting bagi memastikan sejarah

yang dituliskan itu benar, tepat dan boleh dijadikan bahan rujukan kepada generasi akan datang. Maka salah satu kepentingan sumber sejarah ialah menjadi rujukan untuk generasi yang akan datang. Sesebuah karya sejarah perlulah mempunyai ciri-ciri yang boleh dipercayai, maka ia barulah boleh menepati sesuatu kajian sejarah. Sejarawan harus mengkaji serta menganalisis

44

Zaharah Awang , 1987/88. Suatu Penilaian Mengenai Tuhfat Al-Nafis Sebagai Sumber Sejarah, USM : Pusat Pengajaran Ilmu Kemanusiaan,

H.1-19.

sumber-sumber itu mendapatkan fakta dan seterusnya untuk membolehkan melakukan penulisan serta membuat tafsiran terhadap peristiwa berkenaan Sebagai contoh dalam karya Thufat Al- Nafis, kita boleh mendapati bahawa ia telah menepati suatu kajian sejarah. Ini dapat dilihat dari sudut tujuan penulisannya, keobjektifan, penggunaan sumber serta kritikan moral yang terdapat dalam penulisan. Kita juga dapat lihat keistimewaan serta kelemahan Raja Ali Haji sebagai ahli sejarah sekaligus menggambarkan kekuatan dan kelemahan Tuhfat Al-Nafis sebagai sumber sejarah. Tambahan pula, Raja Ali Haji menulis di atas inisiatif sendiri tanpa diperintah oleh mana-mana pihak. 5 Oleh itu, kita bolehlah golongkan karya tersebut sebagai sumber sejarah yang amat sesuai dijadikan rujukan. Selain itu, apabila kita meneliti sesebuah karya sejarah kita mungkin mencurigai ketulinan isi, ataupun keaslian karya tersebut. Maka cara yang paling berkesan ialah memastikan sumber yang digunakan untuk menghasilkan karya tersebut adalah sesuai, dan sumber itulah yang bertindak sebagai rujukan untuk generasi akan datang.

6.0

Rumusan
Kepentinga sumber adalah suatu kepentingan yang asasi. Ini kerana sumber bagi

penulisan sejarah berbeza dengan penulisan karya kreatif, sumber adalah sesuatu yang mesti wujud. Tanpa sumber sejarawan tidak dapat menghasilkan pensejarahannya. Sejarawan haruslah mencari serta mengumpulkan dan memastikan sumbernya. Kepada sumberlah seseorang
55

Ibid.

1-19.

10

sejarawan berharap akan dapat bergantung untuk menghasilkan pennulisannya. Sejarawan juga bergantung kepada sumber untuk mendapatkan faktanya iaitu salah satu daripada unsur yang akan memperkukuhkan kebenaran penulisannya.

Bukti-bukti dan sumber-sumber sejarah adalah penting dalam penulisan sejarah. Tanpanya, kita akan menemui banyak kesulitan untuk mengungkap dan menulis sejarah secara benar dan objektif. Ilmu sejarah tidak dapat berdiri tanpa bukti. Tanpa sumber maka tidak dapat diketahui sejarah ataupun kebenaran tersebut dan boleh dikatakan tidak kukuh. Sehingga terdapatnya zaman prasejarah, disebabkan tidak mempunyai sumber-sumber tulisan. Oleh itu sumber sejarah adalah memainkan peranan penting dalam penulisan sejarah.

7.0Bobliografi
Ahmad Jelani Halimi, 2004. Pengantar Sejarah, Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. h. 8. Dasman Djamaluddin,1998. Jenderal TNI Anumerta Basoeki Ranchmat Dan supersemar, Indonesia: Grasindo . h. 2. E. H. Carr (terjemah Ab. Rahman Haji Ismail), 1984. Apakah sejarah? , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
11

Haji Abdul Rahman Haji Abdullah, 2004. Pengantar Sejarah Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang,

Panduan Belajar, Pusat

Zaharah Awang, 1987/88. Suatu Penilaian Mengenai Tuhfat Al-Nafis Sebagai Sumber Sejarah, Pusat Pengajaran Ilmu Kemanusiaan USM Sidang, Hlm 1-19.

http://hapbiker.wordpress.com/2007/08/15/bukti-fakta-dan-sumber-sejarah/ http://lppbi-fiba.blogspot.com/2009/08/tambo-sebagai-sumber-penelitian-sejarah_18.html http://pahlawanperak.blogspot.com/ http://primagemahripah.multiply.com/journal/item/3/penting_nya_sejarah http://www.e-dukasi.net/mol/mo_full.php?moid=54&fname=sej101_04.htm http://ms.wikipedia.org/wiki/Sumber_sejarah

12

Tajuk : Kenapakah sumber sejarah sangat penting dalam penulisan sejarah? Bincangkan secara kritis.

Isi Kandungan Bil Perkara Halaman


13

1.0 2.0 2.1 2.1.1 2.1.2 2.1.3 2.2 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0

Pengenalan Kepentigan sumber dalam penulisan sejarah Bentuk-bentuk sumber sejarah Sumber tertulis Sumber lisan Sumber berbentuk Sumber primer dan sumber sekunder Sumber menyampaikan kenyataan Sumber merupakan bukti Sumber sejarah sebagai rujukan Rumusan Bibliografi

1-2 2 2 3-4 4 4-5 6-7 7-8 8-9 9-10 10 11

14

Anda mungkin juga menyukai