Anda di halaman 1dari 6

HUKUM MENGGERAKKAN JARI TELUNJUK KETIKA

BERTASYAHHUD DALAM SOLAT

HUKUM MENGGERAKKAN JARI TELUNJUK


KETIKA BERTASYAHHUD DALAM SOLAT

1.0 PENDAHULUAN

Kebanyakkan dari kita keliru dengan perbuatan menggerakkan jari telunjuk di dalam
solat. Ternyata terdapat pelbagai gerakan dan gaya yang ditampilkan. Lantaran itu, isu ini
hangat diperkatakan. Baik dikalangan bangsa arab mahupun dikalangan kita. Ternyata
kita masih samar-samar dalam mencari jawapannya. Apakah kedudukan hukum yang
sebenarnya. Apakah pandangan mazhab kita dan mazhab-mazhab empat dalam masalah
ini. Bersama kita lapangkan hati dan minda kita untuk menerokai hakikatnya.

2.0 LATARBELAKANG PERMASALAHAN

Sebenarnya isu ini bertaraf permasalahan ranting feqhiyyah. Iaitu antara afdhal dan tidak
afdhal sahaja. Maksudnya setiap individu diberi pilihan samada untuk menggerakkan jari
telunjuk ketika bertasyahhud atau tidak. Jika dilakukan seseorang itu akan mendapat
tambahan pahala. Dan jika tidak dilakukan tidak mengapa. Inilah nilai estetika syariat
yang bersifat fleksibel dalam kelasnya tersendiri.

Tambahan pula, terdapat pelbagai isu yang lebih besar perlu diutamakan. Jika kita hanya
berkisar pada daerah isu yang kecil maka hasilnya tak sampai ke mana. Dan kita seperti
bergerak dalam kehilangan arah tuju.

3.0 PUNCA PERMASALAHAN

Ketahuilah bahawa isu ini merupakan isu yang baru berlaku. Ia mula dikesan di zaman
kita apabila Syeikh Nasiruddin Al-Albaani di dalam kitabnya SifatusSolah An-Nabi[1]
mendakwa disunatkan menggerakkan jari terlunjuk ketika bertasyahhud secara berterusan
sehingga salam dan selesainya solat. Beliau mendakwa perbuatan sebeginilah yang
sunnah dan sunat sebenarnya. Manakala perbuatan selainnya dikatakan tidak sunnah.
Malangnya, ada sesetengah pihak begitu keras menuduh sebahagian dari kita yang tidak
melakukan amalan di atas (sebagaimana mereka) sebagai pembuat bid’ah yang sesat. Dan
layak dihumban ke dalam neraka kerana dikatakan tidak mengikuti jalan yang diajar oleh
Rasulullah. Masya Allah. Ekoran itu perlakulah tuduh-menuduh. Dan kita salah
bertelingkah dengan isu kecil seperti ini. Dimanakah sikap berlapang dada dan tawaddhuk
kita?

Justeru itu, inilah masanya yang sesuai untuk kita menelusuri dakwaan beliau. Sekaligus
menjawab menjawab kemusykilan ini. Kita tidak perlu memerah otak atau bekerja keras
untuk menyelesaikannya. Hanya kepada Allah SWT kita memohon taufik dan
pertolongan.

4.0 KEDUDUKAN HUKUM

Ketahuilah bahawa Imam Al-Hafiz Mahyiddin An-Nawawi rhm telah ditanya di dalam
kitabnya Al-Fatawa tentang isu mengerakkan jari (telunjuk) di dalam solat. Pertanyaan itu
berbunyi : “Adakah menggerakkan jari telunjuk pada tangan kanan itu disunatkan.?
Bilakah waktu yang sesuai untuk menggerakan jari tersebut? Adakah menggerakkanya
secara berterusan itu membatalkan solat?”- hingga tamat soalan.

Maka Imam al-Nawawi rhm menjawab : “Disunatkan mengangkat jari telunjuk dari
tangan kanan ketika melafazkan huruf ‘hamzah’ pada kalimah ( áÇ Åáå ÅáÇ Çááå )
sekali sahaja[2] tanpa menggerak-gerakkanya[3] Sekiranya seseorang itu mengulangi
pergerakannya berkali-kali, maka hukumnya adalah makruh. Hal ini tidak membatalkan
solat. Demikian menurut pendapat yang sahih. Dikatakan juga, iaitu menurut pendapat
yang lemah batal solatnya”… Tamat Fatwa Al-Nawawi m/s 54

Dalam menyelesaikan masalah ini, kami akan mendedahkan bukti-bukti mereka yang
mengatakan bahawa sunat menggerakkan jari telunjuk secara berterusan. Kemudian kita
akan membincangkan dalil-dalil tersebut satu persatu. Kami juga akan menjelaskan
bahawa dalil-dalil yang dipergunakan oleh mereka di atas itu tidak sesuai. Hal ini
diperolehi berdasarkan hujah-hujah dan bukti yang terang lagi bersuluh. Insya Allah…

Disamping itu, kita juga akan menjelaskan dalil yang mengatakan bahawa tidak
disunatkan mengerakkan jari telunjuk secara berterusan menerusi pandangan para ulamak
yang muhaqqiq.

Pendapat para ulamak Mazhab :

1) Di dalam kitab Auni Al-Ma’bud m/s 455 juz 3 dinyatakan bahawa Syeikh Salamullah
berkata di dalam Syarah Muwattha dengan katanya “Pada hadis Wail bin Hujr menurut
Abu Daud[4] yang berbunyi “Kemudian Baginda mengangkat jari telunjuknya, lalu saya
dapati Baginda menggerakkan jari telunjuknya sambil berdoa”.

Hadis ini menjelaskan adanya perbuatan menggerakkan jari telunjuk ketika bertasyahhud.
Inilah pendapat yang diambil oleh Imam Malik dan kebanyakkan ulamak. Perkara inilah
sebenarnya yang dimaksudkan dengan “menggerakkan jari”. Dan maksud yang
diputuskan di sini tidak ada percanggahan dengan riwayat yang telah dibawa oleh Imam
Muslim daripada Abdullah bin al-Zubair yang bermaksud “Adalah Rasulullah SAW
menyisyaratkan jari telunjuknya sambil berdoa tanpa menggerakkannya.”[5] -tamat
“Auni Al-Ma’bud”

2) Berkata penulis kitab Ar-Raudh Al-Marba’ Al-Hanbali m/s 59 juz 1 : “Nabi SAW
mengisyaratkan dengan jari telunjuknya tanpa menggerakkan jari Baginda ketika
bertasyahhud dan doanya di dalam solat dan selainnya. Perbuatan ini dilakukan oleh
Baginda ketika mana Baginda menyebut lafaz Allah SWT. Ianya sebagai suatu peringatan
keatas tauhid”. –tamat dari ‘Ar-Raudh Al-Marba’ – kitab ini merupakan kitab mukhtasar
yang muktamad (dipegangi) dikalangan ulamak Al-Hanabilah.

3) Berkata pula Syeikh Al-Mazhab Al-Hanabilah iaitu Ibn Qudamah Al-Hanbali di dalam
kitanya “Al-Mugni” m/s 534 juz 1 : “Dan baginda mengisyaratkan dengan jari telunjuk
dengan mengangkatnya ketika Baginda menyebut lafaz Allah Taala ketika bertasyahhud.
Perkara ini ditentukan berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin al-
Zubair yang bermaksud : “Sesungguhnya Nabi SAW mengisyaratkan dengan jari
telunjuknya dan Baginda tidak menggerakkannya”. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu
Dawud. –Tamat.
5.0 MAKSUD ‘MENGGERAKKAN JARI TELUNJUK’

Ketahuilah (semoga kalian dirahmati Allah) bahawa perkara yang dimaksudkan oleh
Sayyidina Wail bin Hujr pada lafaz ( áÇ Åáå ÅáÇ Çááå ) itu ialah menggerakkan jari
telunjuk sekali sahaja. Ianya merupakan satu isyarat kepada tauhid. Hal ini amat
bertepatan sebagaimana yang dilakukan oleh Baginda SAW yang tidak menggerakkan
jari telunjuknya daripada awal tahiyyat. Akan tetapi baginda menggerakkannya ketika
membaca ( áÇ Åáå ÅáÇ Çááå ).

Adapun hadis Sayyidina Abdullah bin al-Zubair itu adalah menafi perbuatan
menggerakkan jari secara berulang-ulang. Maknanya ialah perbuatan menggerakkan jari
itu hanya cukup untuk sekali sahaja.

Jadi, kita dapati disini ialah tidak ada pertentangan antara dua hadis. Inilah penjelasan
secara ringkas daripada para ulamak didalam menjelaskan masalah ini. Disini kami
bawakan penjelasan beberapa orang ulamak yang kami naqalkan daripada kitab-kitab
mereka:-

Imam An-Nawawi rhm di dalam “Al-Majmu’ Syarh Al-Muhadzab” m/s 455 juz 3,
mengatakan “Ulamak mengatakan…hikmat meletakkan dua telapak tangan di atas dua
paha ketika bertasyahhud ialah untuk mencegah daripada melakukan perkara yang sia-
sia…”

Pada sudut yang sama, beliau menuqilkan pendapat Imam Al-Baihaqi sebagai berkata :
“Sesungguhnya perkara yang dimaksudkan pada hadis riwayat Sayyidina Wail b. Hujr itu
dengan lafaz ( íÍÑßåÇ ) iaitu “Dia menggerakkannya” ialah mengangkat jari telunjuk
sekali sahaja. Iaitu tanpa menggerakkannya secara berterusan. Maksud ini bertepatan
dengan apa yang telah diriwayatkan oleh Abdullah b. al-Zubair dengan Lafaz
( áÇ íÍÑßåÇ ) iaitu “Dia (Nabi) tidak menggerakkannya”. Demikian perkataan Imam Al-
Baihaqi yang dinuqilkan oleh Imam An-Nawawi ke dalam kitabnya “Al-Majmu’”
daripada Sunan Al-Kubra – Al-Baihaqi m/s 132 juz 2. Kami bawakannya disini secara
ringkas.

Dan sesungguhnya kami telah membawakan fatwa Imam Al-Nawawi yang mengatakan
bahawa dimakruhkan menggerakkan jari secara berterusan di dalam solat. Turut
menguatkan pendapat kami ini ialah apa yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud di dalam
Sunannya dengan sanad yang sahih daripada Numair Al-Khuzai’ie. Numair sebagai
berkata : “Aku melihat Nabi SAW meletakkan telapak tangannya di atas paha kanan
sambil membengkokkan sedikit jarinya.”[6]

Adapun hadis “menggerakkan jari telunjuk itu terlebih berat keatas Syaitan daripada besi”
tidak boleh dijadikan dalil untuk menggerakkan jari secara berterusan. Akan tetapi
maksud sebenar hadis ini ialah orang-orang yang bertasyahhud itu apabila mereka
mengangkat jari telunjuknya merupakan manifestasi isyarat tauhid, seolah-olah mereka
memukul syaitan dengan besi.

Hadis ini bukan bermaksud syaitan itu berada dibawah telunjuk ketika kita
menggerakkannya. Andaian yang mengatakan bahawa syaitan berada dibawah telunjuk
hanyalah satu kesamaran sahaja. Dan dengan kesamaran inilah orang yang
menggerakkannya itu beranggapan bahawa dia sedang memukul syaitan. Pendapat seperti
ini tidak diperkatakan oleh orang-orang yang berakal.

Sebagai satu peringatan disini, dinyatakan bahawa hadis “menggerakan telunjuk itu
terlebih dahulu berat keatas syaitan daripada besi” adalah dhaif dari sudut sanabnya. Pada
sanad hadis ini terdapat seorang perawi yang dihukum tsiqah (dipercayai) oleh Ibn
Hibban. Akan tetapi perawi itu juga dihukum dhaif oleh jumhur (kebanyakan ulamak)

Imam Al-Hafiz Ibn Hajr Al-Asqolani didalam “At-Taqrib At-Tahzib” menyatakan :


“Katsier b. Zaid ialah ialah seorang yang benar. Tapi selalu membuat silap di dalam
meriwayatkan hadis. Dia bukanlah perawi daripada Bukhari dan Muslim (Sahihain)”.

6.0 MAKSUD ‘AL-TAHLIQ’

PENJELASAN TERHADAP MAKNA AT-TAHLIQ (MEMBUAT BULATAN


MENGGUNAKAN JARI)

Setengah dari kita menyangka bahawa At-Tahliq itu ialah menggerakkan jari telunjuk
dengan membuat satu bulatan. Ini adalah sangkaan yang salah. Sebenarnya perkara yang
dimaksudkan dengan At-Tahliq itu ialah seseorang yang mengerjakan solat (di dalam
tasyahhud) itu menjadikan jari tengah (jari hantu) bertangkup dengan ibu jari diiringi
dengan anak-anak jari yang lain. Tangkupan ini menjadikan satu bulatan. Perbuatan ini
sebenarnya tidak membawa kepada makna menggerakan jari. Demikianlah mengikut
penjelasan daripada kitab-kitab Al-Sunan.

Sesungguhnya Imam Ahmad telah meriwayatkan perihal tahliq ini di dalam Al-Musnad
m/s 316 juz 4. Ibn Khuzaimah pula meriwayatkan hadis ini di dalam Sahihnya bernombor
697. Kedua riwayat ini melalui Wail b. Hujr r.a yang berbunyi : “Saya melihat Nabi SAW
membuat bulatan antara jari tengah dengan ibu jarinya dengan mengangkat jari
telunjuknya sambil berdoa (menyeru) ketika bertasyahhud”.

Hadis ini juga turut diriwayatkan oleh Imam An-Nasaie di dalam Sunannya m/s 35/36 juz
3, akan tetapi dengan lafaz yang berlainan. Riwayat itu berbunyi : “Rasulullah SAW
menggenggam kedua jarinya lalu membuat bulatan. Saya melihat Baginda membuatnya
sebegini (lalu dia mengisyaratkan dengan telunjuknya dan membuat bulatan melalui jari
tengah dengan ibu jarinya)” – Maka berhati-hatilah.

7.0 PERANAN KITA

7.1 Kita perlu memahami sesuatu dari akar umbinya. Maksudnya status permasalahan,
punca permasalahan dan menelusuri pendapat para ulamak secara berdisiplin. Di samping
mengamati dalil-dalilnya.

7.2 Kita tidak perlu tergesa-gesa dalam mencari kata putus terhadap sesuatu
permasalahan. Kelak nanti, apa yang kita pegangi sebenarnya tidak dituntut. Manakala
apa yang kita tinggalkan itu sebenarnya satu tuntutan.

7.3 Perasaan insaf, sedar diri dan tawaddhuk perlu ada pada kita walau apa jua status dan
kedudukan kita.
7.4 Kita hendaklah menyampaikan sesuatu dengan penuh releven dan hikmah agar
kebenaran mampu terserlah dengan nilainya.

8.0 KESIMPULAN

8.1 Menggerakkan jari merupakan salah satu permasalahan cawangan dari ranting
feqhiyyah. Ia melibatkan soal afdhal dan tidak afdhal sahaja. Bukannya antara halal dan
haram ataupun sah dan tidak.

8.2 Kita tidak boleh menghukum seseorang dengan ahli bid’ah disebabkan dia tidak
melakukan perkara sunnah. Ini kerana kemungkinan sunnah tersebut merupakan
khususiyyah atau bermaksud sunnat sahaja. Sedangkan tuduhan sesat dan bid’ah
sebenarnya amat berat kerana ia boleh mengeluarkan seseorang dari Islam.

8.3 Kita seharusnya berlapang dada terhadap sesuatu isu yang boleh membawa
kesepakatan dan toleransi antara sesama kita.
[1] Buku karangan Syeikh al-Baani ini telah diterjemahkan ke dalam edisi Bahasa
Melayu oleh Us Abdullah Qari Hj Salleh dan Us Hussien Yee dan lain-lain berjudul
“Ciri-ciri Solat Nabi SAW.” Sebenarnya intisari buku ini lebih merupakan simpulan
pendapat Syeikh al-Baani yang tidak berpegang kepada mana-mana mazhab. Bahkan
condong kepada pemikiran Salafiyah al-Wahabiyyah. Dan ketahuilah bahawa pendekatan
feqhiyyah yang diutarakan mereka ini jauh berbeza dengan pegangan dan pengamalan
rasmi kita di Malaysia . Ternyata, jika cuba diimplimentasi ia sedikit sebanyak
mendatangkan kerancuan di kalangan masyarakat. Lantaran itu, Tuan Guru kami Syeikh
Hasan al-Saqqaf cuba memperbetulkan beberapa dakwaan Syeikh al-Baani dengan
membawa perbincangan feqhiyyah menjurus kepada mazhab al-Syafi’ie untuk
disesuaikan dengan realiti pengamalan syar’ie di negara kita khususnya.

[2]Dalil perbuatan ini adalah berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar
r.a yang bermaksud : “Adalah Nabi SAW apabila baginda mendirikan solat, Baginda
meletakkan tangan kanannya diatas paha kanan dan menggenggam jari jemarinya. Lalu
Baginda mengisyaratkan (mengangkat) jari telunjuknya (yang dekat dengan ibu jarinya).
Baginda juga telah meletakkan tangan kirinya diatas paha kiri.” –Riwayat Al-Khamsah
kecuali Al-Bukhari.

[3] Perbuatan ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Zubair r.a
yang bermaksud ; “Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW mengisyaratkan dengan jari
telunjuknya tanpa menggerakkannya”. Ini adalah hadis yang sahih yang dikeluarkan oleh
Abu Daud dan Al-Baihaqi. Insya Allah kita akan membuat kupasan secara panjang lebar
tentang hadis ini dihadapan.

[4] Sesunggunya Al-Baani telah tertipu dengan nisbah sesetengah yang baru terhadap
Abu Daud. Maka, kita katakana bahawa nisbah beliau terhadap Abu Daud ini berdasarkan
kepada taklid. Inilah sebahagian daripada dalil-dalil yang banyak yang membuktikan
bahawa Al-Baani bukanlah seorang muhaddis. bahkan dia hanya seorang penuqil
daripada kitab-kitab hadis sahaja. Maka berhati-hatilah.

[5] Bagi saya (penulis) : “Hadis ini juga bukan tercatat di dalam Sahih Muslim. Akan
tetapi ia wujud di dalam Sunan Abu Daud. Maka berhati-hatilah.
[6] Hadis ini telah disahkan oleh para Huffaz (Ahli hadis). Malik b. Numair Al-Khuza’ie
adalah seorang yang diterima pada sanadnya. Hal ini sebagaimana yang telah dijelaskan
oleh Ibn Hajr di dalam “At Taqrib-At Tahzib”. Tidak ada hadis yang diriwayatkan
daripada beliau melainkan seorang perawi sahaja. Dan para huffaz telah mengesahkan
hadisnya. Dan kebanyakkan orang-orang yang dipercayai mempercayai riwayatnya
kerana hadis ini bukan hanya diriwayatkan oleh beliau seorang sahaja. Mereka seperti
Thabit b. Qais Az-Zarqi Al-Madini. Saya telah menjelaskan hal ini satu persatu didalam
kitab saya “Imta’ Al-Ilhaz bitausiq Al-Huffaz”. Dan Imam Al-Hafiz Ibn Khuzaimah telah
menghukum sahih hadis Malik b. An-Numair Al-Khuza’ie ini didalam “sahih”nya m/s
354 juz . Al Hafiz Ibn Hajr juga turut mengakuinya didalam kitabnya “Al-Isobah” ketika
menterjemahkan perawi ini bernombor 8807. Disamping itu, Ibn Hibban juga telah
meriwayatkan hadis ini didalam sahihnya m/s 202 juz 3. bernombor 1943. Beliau juaga
dengan Abu Daud (tanpa reaksi) didalam sahihnya m/s 260 juz 1 bernombor 911. Saya
rasa sudah mencukupi bagi kita untuk menghukum hadis ini dengan sahih. Sayang sekali,
Al-Baani telah menghukumnya dhaif (lemah) didalam kitabnya “Taman Al-Minnah”,
kemudian saya dapati beliau menghukum sahih pula hadis Malik b. An-Numair Al-
Khuza’ie ini didalam kitabnya “Sahih Sunan An Nasaie” m/s 272 juz 1. Dan ternyata ini
adalah tanaqudh (berlawanan), Maka berhati-hatilah.

AL-GHARI.
www.al-ghari.blogspot.com

KITAB SAHIH SIFATUSSOLAH AN-NABIY


Kitab ini diperbahaskan mengikut kerangka Mazhab al-Syafi’ie/ Ahli Hadis. Ia
merupakan Satu Jawapan Total Terhadap Sifat Solat Nabi al-Albani.