Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT SENTOSA 2 JALAN ANGGERIK 4, SEKSYEN BS 7, 48300 RAWANG, SELANGOR

KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM SMKBS2

DISEDIAKAN OLEH: HARTINI BT RAZAK SETIAUSAHA KOKURIKULUM

1.0

TAJUK KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM


TARIKH TEMPAT MASA : 26 Februari 2011 (Sabtu) : Dewan Umar Abdul Aziz : 8.00 AM 1.30 PM

2.0

PENDAHULUAN

Barisan kepimpinan unit beruniform , kelab persatuan dan sukan permainan sekolah adalah para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian kokurikulum para pelajar ke tahap yang lebih baik. Pelajar tersebut memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan berketrampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan dan panduan. Untuk mencapai tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas barisan kepimpinan ini memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka. Pengerusi dan Setiausaha unit beruniform , kelab persatuan dan sukan permainan juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui perkembangan bidang kokurikulum. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka . Maka atas dasar dan tujuan tersebut kursus kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan. 3.0 RASIONAL
Di dalam sesebuah organisasi, Pengerusi dan Setiausaha memainkan peranan penting untuk menggerakkan jentera organisasi tersebut. Tanpa ilmu dan keyakinan diri, pelajar tidak akan dapat menjalankan peranan mereka dengan berkesan. Melalui kursus ini pelajar yang dilantik memegang jawatan akan mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dan bersama-sama membantu perkembangan kokurikulum di sekolah.

4.0

MATLAMAT Untuk memastikan para pelajar terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan mempraktikkannya.

5.0

OBJEKTIF 5.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin dan mengenali kawan-kawan. 5.2 Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan. 5.3 Mewujudkan kumpulan pemimpin yang bekerja di dalam satu pasukan.. 5.4 Meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.

5.5 Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak. 5.7 Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak sekolah 6.0 JAWATANKUASA Penasihat Pengerusi Penyelaras Setiausaha Ahli-ahli Jawatankuasa: 6..1 6.2 Persiapan tempat dan siaraya En. Mohd Khairul Nizar bin Mohd Zainuddin Sijil , Buku Program dan Jamuan makan Pn. Siti Nor Asiah bt Ahmad Pn. Suhaila bt Abdul Wahab
Urusetia dan Pendaftaran Pn. Harini bt Razak

: : : :

Pn. Rokiah binti Ramlan En. Mohd Ariff b Mohd Sharif Pn. Hartini binti Razak Pn. Suhaila bt Abdul Wahab

6.3

6.4 6.5 6.6


7.0

Jurufoto dan dokumentasi En Bukhri b Bahari Backdrop dan Mengemas En. Jefrizain bin Nordin Juruacara dan Disiplin peserta En. Mohamad Zamri b. Mohamad Yunus

BIDANG TUGAS 7.1 Penyelaras program Mengadakan perbincangan dengan PK Kokurikulum. Membuat kertas kerja dan mengadakan mesyuarat.

7.2 Setiausaha Menguruskan makluman kepada peserta kursus. Menguruskan surat kepada penceramah. Menguruskan makluman mesyuarat dan minit mesyuarat.

7.3 Persiapan Tempat dan Siaraya Menyediakan dan menyusun tempat untuk kursus.

7.6

Menyediakan tempat duduk dan keperluan penceramah semasa program. Menyediakan dan memastikan siaraya berfungsi di PSS. Mencari alternatif dan back up sekiranya ada gangguan. . Back Drop Menguruskan backdrop di bahagian hadapan tempat kursus.

7.7

Pengerusi Majlis - Menyediakan draf teks ucapan pengacaraan program dan majlis penutupan. - Berbincang dengan penyelaras berkaitan dengan aturcara majlis. - Mempengerusikan majlis hingga tamat.

7.8

Jurufoto dan Dokumentasi Mengambil foto didokumentasikan. di sepanjang majlis berlangsung untuk

7.9

Sijil dan Buku Program - Berbincang dengan penyelaras, merangka dan menyediakan buku program. - Menyediakan sijil untuk para peserta kursus.

7.10

Jamuan - Berbincang dengan penyelaras untuk memastikan jumlah peserta. - Membuat tempahan makanan dan memastikan tempat makan adalah bersih dan teratur. Urusetia dan Pendaftaran Mendaftar masuk semua peserta termasuk guru.

7.11

8.0

KUMPULAN SASARAN Pengerusi dan Setiausaha Unit Uniform, Kelab Persatuan, Sukan Permainan SMKBS2.

9.0 BIL 1 2 3 4 5 6

STRATEGI PELAKSANAAN AKTIVITI Perbincangan bersama PK Koku tentang Kursus Kepimpinan Kokurikulum Menyerahkan kertas kerja untuk diedit. Menyerahkan kertas kerja untuk kelulusan Penasihat Mesyuarat bersama semua AJK pelaksana Makluman kepada Pengerusi dan Setiausaha melalui Guru Penasihat TINDAKAN CATATAN Penyelaras Membuat draf 1 kertas kerja program. Penyelaras Membaiki kertas kerja. Penyelaras Lulus/ Tidak Lulus Penyelaras Setiausaha Pengagihan tugas kepada AJK Mengedarkan surat melalui Guru Penasihat Memastikan jumlah

TARIKH 10 Dis 2010 10 Jan 2011 14 Jan 2011 18 Jan 2011 19 Jan 2011 26 Jan 2011

Mendapat maklum balas dari semua Setiausaha

guru penasihat 7 8 9 10 27 Jan 2011 21 Feb 2011 25 Feb 2011 26 Feb 2011 Mendapatkan penceramah fasilitator Taklimat akhir bersama ketua AJK Persiapan tempat Pelaksanaan Kursus Kepimpinan

Guru Penasihat atau Setiausaha Semua AJK AJK Semua AJK

peserta kursus Lancar/Tidak Lancar/Tidak Lancar/Tidak Lancar/Tidak

10.0 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM KEIBUBAPAAN Masa 8.00 8.30 am 8.30 9.30 am 9.30 11.00 am 11.00 11.30 am 11.30 1.00 pm 1.00 1.30 pm 1.30 pm Aturcara Pendaftaran Taklimat / Ice Beraking Ceramah : Konsep Kepimpinan Rehat / Jamuan Ketrampilan Diri / Kreativiti Berpasukan Majlis Penutup Bersurai

11.0 CADANGAN PERUNTUKAN KEWANGAN


Perbelanjaan : Perkara Bayaran Saguhati Penceramah RM 150.00 x 2 slot Jamuan Makan RM 3.00 x 180 Fail : RM5.00 x 90 Fotografi , Dokumentasi , Bahan Edaran dan Sijil JUMLAH Jumlah RM 300 RM 540 RM 450 RM 100 RM 1390 Sumber

Wang Kokurikulum (Sahsiah)

12.0 INSTRUMEN PENILAIAN 12.1 Surat Tawaran kepada Pengerusi dan Setiausaha 12.2 Borang Jawapan Kehadiran
12.3 Borang Kehadiran Peserta 12.4 Borang Post Mortem.

13.0 PENUTUP
Adalah diharapkan di akhir kursus ini para peserta akan dapat menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka sebagai pemimpin kecil di sekolah dan dapat menjana perubahan ke arah kecemerlangan di dalam kelab, persatuan dan unit beruniform masingmasing. Kursus ini akan dapat menyemai dan menanam sikap kepimpinan kepada

para pelajar serta mengetahui dan membudayakan nilai-nilai kepimpinan dengan berkesan untuk mencapai kecemerlangan diri dan sekolah.

Program ini juga diharapkan dapat melahirkan pemimpin yang berkebolehan dan akhirnya mampu menjana dan membentuk barisan kepimpinan unit uniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan pelajar yang berfikiran positif, kreatif, kritis dan proaktif.

Disediakan oleh, . (HARTINI BT RAZAK) Setiausaha Kokurikulm SMKBS2

Disemak oleh, . (MHD ARIFF BIN MHD SHARIFF) GPK Kokurikulum SMKBS2

Diluluskan oleh, .. (ROKIAH BT RAMLAN) Pengetua SMKBS2

Isi Kandungan Kertas Kerja


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Tajuk Kertas Kerja Pendahuluan Rasional Matlamat Objektif Jawatankuasa Bidang Tugas AJK Kumpulan Sasaran Strategi Pelaksanaan Jadual Pelaksanaan Program Cadangan Peruntukan Kewangan Instrumen Penilaian

Muka Surat 1 1 1 1 1 1-3 3-4 4 5 5 5 6

13 Penutup