Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan Secara umumnya, pembelajaran merupakan satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar yang

aktif untuk memperolehi pengalaman atau perkaitan yang baru. Ini membolehkan seseorang itu menggunakan pengalaman yang baru diperolehi dalam situasi baru. Menurut mazhab kognitif pula, pembelajaran dimaksudkan sebagai proses yang berlaku dalam diri seseorang. Malah pembelajaran juga merupakan proses dalaman yang tidak dapat diperhatikan secara langsung. Pada masa yang sama, bagi pelopor mazhab ini, gaya pembelajaran atau disebut juga gaya kognitif adalah cara individu memproses maklumat. Apabila menyentuh perkara berkaitan kognitif dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) bilik darjah, kita seharusnya terlebih dahulu memahami maksud atau konsep kognitif itu sendiri. Kognitif disebut Kognisi merujuk pada aktiviti mental termasuk berfikir, belajar dan penggunaan bahasa. Apabila mengaplikasikan pendekatan kognitif pada pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru itu perlu memberi fokus kepada kefahaman sesuatu maklumat atau konsep-konsep, merungkai maklumat dan membinanya semula dengan perkaitan logik, maka kefahaman itu pasti meningkat Pada masa kini terdapat pelbagai teori berkaitan pembelajaran yang telah dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi dunia. Teori-teori ini pula terangkum dalam aliran atau lapangan yang berbeza yang juga disebut dalam istilah mazhab atau aliran. Walaupun demikian, terdapat perkaitan Menyentuh perkara ini, terdapat empat mazhab atau aliran iaitu mazhab Behavioris, mazhab Kognitif (disebut juga Gestalt), Neobehavioris (social), dan Humanis. Mazhab Behavioris dipelopori oleh ahli atau tokoh psikologi Petrovich Pavlov (Rusia), John B. Watson (19130, Edwin Guthrie, Thorndike, dan burrhus Frederic Skinner. Aliran Behavioris percaya, sangat berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Mereka berpendapat, seseorang pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. seperti Ivan Edgard Lee pembelajaran tingkah laku

Mazhab sosial pula, menekankan teori pembelajaran dengan menggabungkan mazhab behavioris dengan mazhab kognitif. Mereka menyarankan pembelajaran berlaku melalui proses pemodelan atau pembelajaran pemerhatian. Teori pemerhatian ini yang dipraktikkan dalam pembelajaran adalah dengan menggunakan model dimana pemerhatian terhadap model tersebut dilakukan bagi merangsang murid memperolehi tingkah laku baru (melalui pemerhatian terhadap tingkah laku model tersebut), menggalakkan tingkah laku lama, dan mengukuh atau melemahkan penghalang. Teori ini dikemukakan oleh Albert Bandura, seorang tokoh psikologi pendidikan yang berasal dari kanada. Sementara itu, bagi mazhab humanis pula telah mengemukakan teori bahawa proses pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Antara ahli

psikologi yang berada dalam aliran ini seperti Carl Rogers dan Maslow. Mereka menegaskan setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu lain, Kerana itu aktiviti, strategi atau pendekatan yang hendak diambil oleh seseorang guru dalam proses P&P perlu mengikut dan melihat kepada perkembangan emosi setiap murid. Mazhab kognitif (kognitive) dipelopori oleh ahli psikologi seperti Kart Koffka, Wolfgang Kohler, Jerome S. Bruner, Robert Gagne, dan David Ausubel. Mazhab kognitif turut disebut mazhab gestalt. Pengamal teori Gestalt ini menyarankan bahawa pembelajaran berlaku apabila kita cuba mencari maksud berkaitan dengan sesuatu perkara. Dalam hal ini, setiap individu akan menggunakan pemikiran dan sistem otaknya untuk belajar dan memperolehi input. Pengamal-pengamal teori Gestalt telah menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut perkembangan di peringkat umur dan kebolehan seseorang pelajar. Teori Gestalt juga lebih memberi tumpuan dan fokus kepada cara pembelajaran seperti pemikiran, celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi. Isi Kandungan Pengenalan kepada Teori Resepsi Bermakna oleh Ausubel David Ausubel merupakan ahli psikologi berasal dari Amerika Syarikat. Merupakan orang yang pertama mengemukakan teori pembelajaran yang memberikan penekanan kepada Resepsi (penerimaan). Berdasarkan kepada teori ini, Ausubel berpendapat guru perlu menyampaikan bahan pembelajaran kepada murid secara tersusun, berperingkat, dan lengkap. Ini bermakna murid menerima bahan yang paling berguna kepada mereka. Kaedah ini dinamakan Kaedah Pengajaran Pendedahan yang mana sangat sesuai diguna dan diaplikasikan untuk tujuan pembelajaran maklumat yang mempunyai makna, idea, dan konsep. Ausubel telah mengemukakan satu strategi bagi pembelajaran resepsi yang bermakna dan boleh digunakan seterusnya diaplikasikan oleh semua guru di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) bilik darjah. Strategi Pembelajaran Resepsi Yang Bermakna a) Pengelola Awal (Advance Organiser) Pengelola awal menyatakan pada peringkat permulaan, murid mestilah diperkenalkan secara menyeluruh tentang sesuatu tajuk atau topik itu berkaitan bentuk pernyataan seperti hukum, konsep, perbincangan atau aktiviti lain. Menurut beliau, hal ini penting bertujuan menggerakkan struktur-struktur kognitif (berkaitan mental dan pemikiran) yang sedia ada supaya bahan baru yang diperolehi dapat diintegrasikan dengan konsep yang akan dipelajari.

b) Perhubungan Konsep Guru perlu membimbing dan menolong muridnya menghubungkan struktur kognitif yang sedia ada dengan struktur yang diajarkan untuk menjamin berlakunya pembelajaran bermakna. c) Perbezaan Progresif Perbezaan progresif d) Penyesuaian Secara Integrasi Selain itu, dalam cara resepsi (penerimaan) guru berperanan dalam menyampaikan maklumat kepada murid-murid berdasarkan kepada sesuatu tajuk atau topik secara tersusun dan teratur. Penggunaan cara ini membolehkan guru menyampaikan maklumat sebanyak mungkin. Pada masa yang sama, Ausubel juga turut menyatakan teori penemuan, pemikiran, analisis dan asimilasi serta penggunaan bahasa yang bermakna dan susunan awal dalam pengajaran. Teori pengajaran berasaskan penemuan, membolehkan murid memperolehi maklumat secara bebas melalui usaha sendiri. Murid menggunakan analisis dan rumusan kendiri melalui proses cuba jaya, celik akal serta pemikiran intuitif. Aplikasi Lima Strategi Pembelajaran Berasaskan Teori Mengikut Aliran Kognitif (Teori Ausubel dan Gadne)

1. Pendekatan deduktif (Kaedah Sumbangsaran) Contoh matapelajaran Bahasa Malaysia Setiap kumpulan diberikan dengan satu kertas yang mengandungi 5 contoh ayat dalam bahasa Melayu yang mengandungi Simpulan Bahasa Contoh, 1) Pelajar dikehendaki memahami dan cuba membuat kesimpulan berkaitan konsep pelajaran pada hari tersebut.

2. Pendekatan induktif (Kaedah Pemusatan Bahan) dan menggunakan peta minda sebagai alat bantu mengajar (ABM) atau alat pemikiran

3. Modul Pengajaran (Model Ekspositori) menggunakan strategi atau kaedah pengajaran berpusatkan bahan dengan pendekatan pengajaran induktif? 4. Kaedah Taksonomi Bloom Menyoal dengan menggunakan What, When,where, who, why Subjek: Kajian Tempatan, topik: Sejarah Kesultanan Melayu Melaka Pendekatan Deduktif Pelajar diberikan soalan khusus berkaitan dengan faktor-faktor kejatuhan kesultanan Melayu Melaka. Soalan ini akan merangsang murid mengerak dan menggunakan kognitif mereka dalam usaha mencari jawapan. Kemudian baharulah guru akan menerangkan kepada mereka secara kesuluruhan berkaitan dengan Kesultanan Melayu Melaka.

Anda mungkin juga menyukai