Anda di halaman 1dari 36

Perusahaan Kecil dan Sederhana

P I N JA M A N A N DA

Perusahaan Kecil dan Sederhana


Permohonan Pinjaman dan Keperluan Pembiayaan

Program pendidikan pengguna oleh:

kandungan

1 2

Pengenalan Proses permohonan pinjaman Peringkat pertama: Penyediaan pelan perniagaan Peringkat kedua: Proses permohonan Peringkat ketiga: Penilaian permohonan pinjaman Kelulusan permohonan pinjaman Gambarajah: Proses permohonan pinjaman Tanggungjawab anda sebagai peminjam Hak anda sebagai peminjam Pengurusan aliran tunai Dana khas bagi perusahaan kecil dan sederhana Soalan yang sering ditanya Glosari Lampiran

3 7 9

10 11 12 13 14 23 24

Penaan Dokumen ini diterbitkan untuk maklumat am anda sahaja. Ia tidak mengandungi nasihat muktamad atau maklumat lengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dan tidak seharusnya digunakan sebagai alternatif kepada nasihat guaman. Tarikh: 1 Disember 2003

Pengenalan

Institusi kewangan adalah

Institusi kewangan adalah penyumbang utama dana kepada perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia. Buku kecil ini berhasrat membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam permohonan pinjaman mereka dengan memaparkan maklumatmaklumat tentang keperluan-keperluan lazim institusi kewangan dalam memberikan pinjaman.

penyumbang utama dana


kepada perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia

PROSES PERMOHONAN PINJAMAN

Pelan perniagaan

Umumnya, proses permohonan pinjaman terdiri daripada tiga peringkat. Ia meliputi penyediaan pelan perniagaan, penyerahan permohonan pinjaman dan penilaian permohonan pinjaman.
PERINGKAT PERTAMA: PENYEDIAAN PELAN PERNIAGAAN

Pelan perniagaan yang diolah dengan baik dan berstruktur seharusnya merangkumi dan memaparkan informasi perniagaan yang memang ingin diketahui oleh institusi kewangan. Pelan perniagaan hendaklah bersifat jelas, mudah dan ringkas.

yang baik seharusnya mengandungi...

Apakah Aspek Penting Pelan Perniagaan?


Aspek penting pelan perniagaan adalah:

Maklumat mengenai syarikat anda adalah diperlukan sebelum institusi kewangan boleh membuat keputusan sama ada untuk meluluskan pinjaman anda. Ini adalah untuk memastikan pemprosesan permohonan pinjaman anda berjalan dengan cepat dan lancar. Bagi perusahaan kecil dan sederhana, ini akan melibatkan penyediaan pelan perniagaan.

Model perniagaan, produk/perkhidmatan,


wawasan dan matlamat

Kedudukan syarikat masa kini, dalam


konteks kewangan, pasaran dan pesaing (jika ada)

Faktor-faktor kritikal untuk kejayaan


perniagaan

Keperluan pembiayaan Tujuan-tujuan spesik pinjaman dan


bagaimana pinjaman boleh membantu perniagaan

Apakah Pelan Perniagaan?


Ia adalah rencana bertulis yang memaparkan wawasan anda dan bagaimana perniagaan anda akan diuruskan untuk menepati objektifnya.

Pelan perniagaan yang baik seharusnya mengandungi maklumat asas seperti berikut:

PERINGKAT KEDUA: PROSES PERMOHONAN

Pengenalan mengenai perniagaan anda Carta organisasi dan struktur organisasi Tujuan dan wawasan perniagaan Perihal produk dan perkhidmatan Analisis industri dan pesaing Strategi perniagaan Keperluan operasi Strategi jualan dan pemasaran Unjuran kewangan
Contoh pelan perniagaan adalah seperti yang terdapat di Lampiran.

Untuk mempercepatkan proses permohonan, anda seharusnya mengemukakan borang permohonan pinjaman yang lengkap dengan melampirkan pelan perniagaan dan semua dokumen yang berkaitan yang dikehendaki oleh institusi kewangan anda. Setiap institusi kewangan mungkin mempunyai borang permohonan pinjaman dan senarai semak permohonan pinjaman mereka sendiri. Walau bagaimanapun, senarai dokumen yang diperlukan oleh kebanyakan institusi kewangan adalah lebih kurang sama untuk ditentusahkan dan dinilai. Jadual berikut menyenaraikan dokumen-dokumen asas yang dikehendaki (mengikut jenis syarikat) untuk permohonan pinjaman.

Dokumen Berkanun Dokumen untuk Syarikat Memorandum & artikel persatuan Sijil penubuhan (Borang 9) Penyata peruntukan saham (Borang 24) Penyata yang memberikan butiran daftar pengarah dll. (Borang 49) Salinan kad pengenalan pengarah/penjamin Borang J pengarah/penjamin Dokumen untuk Perkongsian dan Keempunyaan Tunggal Pendaftaran perniagaan Lesen perniagaan Penyata cukai pendapatan perniagaan Borang J pekongsi/empunya tunggal Salinan kad pengenalan pekongsi/empunya tunggal

Dokumen Kewangan dan Pengurusan Akaun yang telah diaudit (disahkan oleh juruaudit sekiranya bukan syarikat) untuk tempoh 3 tahun Penyata akaun semasa yang disimpan di lain-lain institusi kewangan untuk tempoh 6 bulan Pendedahan semua pinjaman dengan lain-lain institusi kewangan bersama-sama surat-surat tawaran Penyata pembayaran balik pinjaman/penggunaan kemudahan perdagangan dari lain-lain institusi kewangan Unjuran perniagaan dan aliran tunai Senarai pembekal dan pembeli utama

Dokumen Kewangan dan Pengurusan Pemiutang dan penghutang mengikut senarai pengusiaan Prol syarikat/pelan perniagaan/prol pengarah syarikat Akaun pengurusan terkini Laporan kebolehlaksanaan (untuk pembiayaan projek dan usaha niaga baru)

Lain-lain Dokumen Berkaitan Dokumen Cagaran Salinan perjanjian jual beli yang berkaitan dan geran tanah yang dicadangkan sebagai cagaran Dokumen yang membuktikan pemilikan ke atas lain-lain cagaran yang dicadangkan Laporan penilaian yang berkaitan Lain-lain Dokumen Kontrak dalam tangan/surat tawaran kontrak Dokumen untuk membuktikan lain-lain punca pendapatan Maklumat mengenai entiti perniagaan yang berkaitan Invois dan dokumen komersial Kontrak-kontrak lengkap dan kontrak-kontrak berpotensi Pinjaman kumpulan

Anda harus mengisytiharkan maklumat yang

Institusi kewangan memerlukan dokumen-dokumen ini untuk menentusahkan/memahami/menilai yang berikut:

Strategi/pelan kontingensi peminjam untuk


mengurangkan risiko dan memaksimumkan keuntungan

Cadangan kemudahan adalah selari dengan


keperluan pinjaman

lengkap dan tepat


mengenai hal-hal kewangan anda

Kewujudan syarikat/perniagaan,
pengarah/pemilik perniagaan dan kuasa untuk meminjam dan kesahan pinjaman

Amaun yang dipohon mencerminkan


keperluan perniagaan berdasarkan kepada jualan sekarang atau ramalan

Risiko operasi perniagaan dan kecekapan


pengurusan, pengalaman dan kepakaran pemilik dan kumpulan pengurusan utama

Risiko keseluruhan yang berkaitan dengan


pinjaman yang dicadangkan Anda harus mengisytiharkan maklumat yang lengkap mengenai hal-hal kewangan anda dan memastikan bahawa maklumat tersebut adalah tepat pada masa permohonan pinjaman dibuat. Pengisytiharan maklumat yang betul juga akan memastikan permohonan pinjaman anda cepat diproses.

Kekuatan kewangan dan keupayaan


membayar balik (termasuk aliran tunai) peminjam

Nilai bersih perniagaan dan penggearan


(gearing) peminjam

Kedudukan kewangan pengarah/pemilik


perniagaan

Kebolehlaksanaan dan daya maju syarikat


dalam keadaan ekonomi semasa

Lawatan dan Sesi Temu Duga oleh Institusi Kewangan


Untuk memahami perniagaan dan untuk mendapatkan penjelasan, institusi kewangan mungkin mengadakan sesi temu duga dan lawatan ke premis perniagaan anda.

Industri dan risiko pasaran perniagaan Risiko operasi perniagaan

Ini adalah untuk membolehkan institusi kewangan menilai kedudukan kewangan dengan lebih baik. Pertanyaan-pertanyaan yang diajukan ketika sesi temu duga dan lawatan adalah berkaitan dengan perniagaan, struktur pengurusan, kedudukan pasaran iaitu pasaran dikuasai, pesaing, ramalan pasaran, pelan masa hadapan dan putaran hayat produk.
PERINGKAT KETIGA: PENILAIAN PERMOHONAN PINJAMAN

Daya maju perniagaan Sama ada risiko adalah pada tahap yang
boleh diterima menurut garis panduan pinjaman institusi kewangan

Keupayaan anda membayar balik pinjaman Sama ada pinjaman anda adalah untuk
membangunkan perniagaan

Sejarah kredit anda dengan institusi


kewangan tersebut Prinsip umum yang digunakan oleh institusi kewangan untuk menilai risiko kredit perniagaan boleh dibahagikan kepada 5 aspek yang merangkumi kedua-dua penilaian bersifat kualitatif dan kuantitatif. Kelima-lima prinsip tersebut dan ciri-ciri masing-masing adalah diringkaskan seperti di bawah:

Selepas anda mengemukakan semua dokumen yang diperlukan, institusi kewangan akan menilai permohonan pinjaman anda. Anda boleh merujuk kepada piagam pelanggan yang dipamerkan di ruang legar bank untuk mengetahui tempoh yang diperlukan oleh institusi kewangan untuk memproses permohonan anda. Dalam menilai permohonan pinjaman anda, institusi kewangan akan menjurus kepada keperluan asas tertentu seperti yang diringkaskan di bawah:

Karektor
Pengetahuan anda tentang perniagaan, pengalaman dan projek yang lampau Kedudukan kewangan, rekod pembayaran balik yang lampau, reputasi dan komitmen kepada perniagaan

Stail pengurusan perniagaan anda iaitu konservatif, aggresif, berhemat dan sebagainya Pelan penggantian pengurusan, umur dan tahap kesihatan

Modal
Sumber modal, misalnya sama ada daripada pemegang saham syarikat Kecukupan komitmen kewangan anda dalam perniagaan (dalam bentuk dana pemegang saham, pendahuluan daripada pengarah dan cagaran pihak ketiga yang disediakan oleh pemilik) [Anda harus memastikan bahawa anda menyediakan modal yang mencukupi untuk menyokong perniagaan anda dan tidak hanya bergantung kepada pinjaman bank. Ini memastikan perniagaan anda berkeupayaan menghadapi sebarang kejutan yang boleh menjejas pencapaiannya.]

i. Penjanaan aliran wang tunai yang mencukupi iaitu, tunai masuk ditolak tunai keluar akibat perbelanjaan adalah mencukupi untuk membayar balik pinjaman. (Keuntungan tidak boleh dimanfaatkan untuk membayar balik pinjaman memandangkan ia adalah keputusan pengiraan yang diperolehi pada akhir sesuatu tempoh) ii. Lain-lain punca pembayaran balik [Program pembayaran balik akan distrukturkan mengikut kaedah yang tidak akan terlalu membebankan perniagaan]

Keadaan
Pengaruh luar yang akan memberikan kesan secara langsung dan tidak langsung terhadap prestasi perniagaan seperti persekitaran teknologi/pembangunan, globalisasi, pasaran mata wang asing, ekonomi negara rakan dagangan utama, sistem perundangan, rangka kerja pengawalseliaan dan trend sosial

Kapasiti
Kapasiti atau kebolehan perniagaan untuk membayar pinjaman melalui:

Cagaran
Cagaran yang ditawarkan oleh anda untuk mengimbangi kelemahan bagi aspek-aspek di muka surat 7 dan 8 Institusi kewangan menjalankan pemeriksaan kredit dan meneliti pengendalian akaun semasa perniagaan, rekod pembayaran balik pinjaman dan kemudahan perdagangan. Sesetengah institusi kewangan sudahpun memperkenalkan matriks penilaian pinjaman dalam bentuk pemarkahan sebagai sebahagian daripada proses penilaian kredit mereka.
KELULUSAN PERMOHONAN PINJAMAN

GAMBARAJAH: PROSES PERMOHONAN PINJAMAN


Penghantaran borang permohonan dan dokumen yang diperlukan

Penilaian dan kelulusan kemudahan yang dipohon

Pengeluaran surat tawaran/penolakan pinjaman

Penerimaan tawaran oleh pemohon

Setelah institusi kewangan meluluskan pinjaman anda, ia akan mengeluarkan satu surat tawaran yang menyatakan syarat-syarat kemudahan pinjaman tersebut. Di antara syarat-syarat yang lazim dikenakan ialah:

Penolakan tawaran atau rayuan terhadap penolakan permohonan

Pemohon perlu mematuhi keperluan perundangan dan syarat-syarat pra-pengeluaran

PENGELUARAN KEMUDAHAN KREDIT

Syarat-syarat pembayaran balik dan


penjelasan tunggakan

Tanggungjawab anda sebagai peminjam seharusnya merangkumi:

Pinjaman tertakluk kepada semakan


berkala dan akan berubah mengikut budi bicara institusi kewangan

Mengekalkan pengurusan akaun yang baik:


Jika anda mempunyai kemudahan overdraf, pastikan anda tidak melampaui had kemudahan tersebut Pastikan tiada cek yang dipulangkan akibat dana yang tidak mencukupi Pastikan semua kutipan perniagaan dikreditkan ke akaun bank anda (untuk menanam sikap bertanggungjawab atau akauntabiliti yang lebih baik/urus tadbir korporat serta kawalan dan pengurusan aliran tunai)

Penyerahan buku-buku akaun Keperluan yang dikenakan ke atas


peminjam jika berlaku perubahan dalam jenis perniagaan yang diceburi
TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI PEMINJAM

Sebagai seorang peminjam, institusi kewangan mengharapkan anda mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menguruskan perniagaan anda supaya pinjaman anda dapat dibayar balik tepat pada masanya. Pinjaman ini akan tertakluk kepada semakan berkala (contohnya, setahun ataupun setiap pertengahan tahun). Institusi kewangan juga boleh meminta anda mengemukakan kedudukan kewangan atau prestasi perniagaan yang terkini dan lain-lain butiran berkaitan dengan perniagaan anda.

Memastikan ansuran bulanan dibayar


dalam masa yang ditetapkan: Ketepikan dana yang mencukupi untuk membayar ansuran dan komitmen bulanan dalam masa yang ditetapkan Elakkan sebarang kelewatan dalam membuat pembayaran dengan memberi masa yang mencukupi untuk menjelaskan pembayaran, iaitu mengeluarkan cek tepat pada masanya
10

Pastikan perniagaan anda diuruskan dengan cekap:


Pantau dan uruskan aliran tunai, stok, tempoh pembayaran balik penghutang dan pemiutang perdagangan, dan lain-lain

Haluan perniagaan Rancangan masa depan Pengemukaan dokumen-dokumen yang dikehendaki oleh pihak institusi kewangan, seperti laporan kemajuan dan lain-lain
HAK ANDA SEBAGAI PEMINJAM

Pastikan penggunaan dana ke arah yang betul:


Gunakan dana semata-mata untuk tujuan perniagaan dan bukan untuk kegunaan peribadi Gunakan dana seperti yang tertera di dalam surat tawaran. Contohnya: i. Pinjaman bertempoh untuk pembelian harta benda atau aset tetap ii. Overdraf untuk keperluan modal kerja dan bukan untuk pembelian aset tetap

Sebagai peminjam, anda mempunyai hak seperti berikut:

Hak untuk mendapat akses


kepada segala maklumat yang boleh mempengaruhi keputusan pinjaman anda

Dana digunakan hanya untuk perniagaan yang Hak untuk mendapat layanan dimaksudkan dan tidak disalurkan untuk kegunaan yang profesional, bersopan, dan syarikat-syarikat berkaitan dan sebagainya tanpa prasangka Kemukakan penyata kewangan tahunan yang telah Hak untuk mendapat maklumat yang diaudit tepat mengenai akaun pinjaman anda secara tetap Maklumkan kepada institusi kewangan jika berlaku sebarang perubahan pada perniagaan, seperti: Hak untuk mengambil tindakan Struktur pengurusan yang terbaru undang-undang jika berlaku perlanggaran kontrak

Institusi kewangan mengharapkan anda mengambil langkahlangkah yang perlu untuk menguruskan perniagaan anda supaya pinjaman anda dapat dibayar balik tepat pada masanya

11

Cara terbaik untuk menentukan banyak mana tunai yang ada... ialah dengan melihat bajet tunai syarikat

PENGURUSAN ALIRAN TUNAI

Peranan 2: Perancang Tunai

Bajet Tunai
Satu daripada kesilapan yang sering dilakukan oleh usahawan-usahawan perusahaan kecil dan sederhana ialah membuat andaian bahawa untung bersih adalah sama dengan tunai. Ini tidak benar. Cara terbaik untuk menentukan banyak mana tunai yang ada pada sesebuah syarikat dan urus niaga yang mana satu yang menggunakan tunai pada masa-masa tertentu ialah dengan melihat bajet tunai syarikat. Bajet ini melaporkan peristiwa yang menyebabkan aliran masuk dan keluar bagi sesuatu tempoh skal. Peranan pengurusan tunai bagi usahawan perusahaan kecil dan sederhana ada lima, seperti yang disenaraikan di bawah: Peranan 1: Pencari Tunai

Memastikan tunai kepunyaan syarikat


digunakan dengan cara yang betul dan esien

Menjejaki pergerakan tunai Meramalkan aliran masuk dan keluar


Peranan 3: Pengedar Tunai

Mengawal tunai yang diperlukan untuk


membayar pembekal serta menetapkan keutamaan dan masa pembayaran

Meramalkan penggunaan tunai


Peranan 4: Pemungut Tunai

Memastikan penghutang membayar


hutang dalam masa yang ditetapkan Peranan 5: Penjimat Tunai

Memastikan anda mempunyai dana yang


mencukupi bagi membayar semua bil semasa dan yang akan datang

Memastikan syarikat anda mendapat


nilai yang maksimum untuk wang yang telah dibelanjakan

Terdapat 5 langkah asas di dalam


menyiapkan bajet tunai:

12

Menentukan baki tunai minimum yang mencukupi Meramalkan jualan Meramalkan penerimaan tunai Meramalkan penggunaan tunai Menentukan baki tunai pada akhir bulan
DANA KHAS BAGI PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA

Selain daripada merangsang pertumbuhan ekonomi, penubuhan dana perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana adalah juga untuk memastikan mereka yang berdaya maju terus mendapat akses kepada pembiayaan pada kadar yang berpatutan. Oleh itu, pinjaman daripada dana yang diluluskan akan dikenakan caj pada kos yang lebih rendah.

Cara-cara Memohon Pinjaman di bawah Dana Khas


Dana khas ditadbir oleh beberapa agensi Kerajaan atau ejen-ejen mereka bergantung kepada tujuan dana tersebut. Bank Negara Malaysia turut mentadbir sebahagian daripada dana-dana ini. Usahawan-usahawan boleh memohon pinjaman tersebut melalui institusi-institusi kewangan yang terlibat. Dana tersebut disalurkan melalui institusi-institusi kewangan yang terlibat, memandangkan mereka mempunyai rangkaian cawangan yang luas, sekali gus memudahkan akses pinjaman bagi peminjam. Institusi-institusi kewangan yang terlibat akan menjalankan proses penilaian kredit sebagaimana permohonan pinjaman lain dan permohonan pinjaman yang berjaya akan dikemukakan ke Bank Negara Malaysia untuk disahkan. Untuk maklumat mengenai senarai tabung-tabung yang ditadbir oleh Bank Negara Malaysia, sila layari laman web di www.bnm.gov.my.

Kerajaan telah juga menubuhkan beberapa dana khas yang boleh diakses oleh perusahaan kecil dan sederhana. Dana perusahaan kecil dan sederhana yang pertama ditubuhkan pada 1985 dan dipanggil Tabung Pelaburan Baru (TPB). Tujuan TPB ialah untuk mempercepatkan proses pemulihan ekonomi berikutan kemelesetan ekonomi pada pertengahan dekad 1980-an. Sejak itu, Kerajaan telah menubuhkan banyak lagi dana melalui pelbagai kementerian dan agensi. Sehingga kini, Kerajaan telah menubuhkan lebih 40 dana untuk perusahaan kecil dan sederhana bagi membiayai pelbagai bidang perniagaan.

13

S&J
SOALAN YANG SERING DITANYA

Apakah maklumat yang perlu saya kemukakan kepada institusi kewangan untuk mendapatkan kemudahan kredit? Bolehkah saya mendapat pembiayaan jika saya menceburkan diri dalam perniagaan buat pertama kali?

Kebanyakan institusi kewangan mempunyai senarai semak yang menyenaraikan dokumen-dokumen yang diperlukan. Sila bertanya kepada institusi kewangan yang berkenaan untuk mendapatkan senarai semaknya.

Institusi kewangan adalah dalam perniagaan menyediakan pembiayaan dan akan memberi pertimbangan untuk memberi pinjaman kepada sebarang perniagaan yang berdaya maju walaupun ianya adalah perniagaan yang baru. Namun demikian, institusi kewangan akan meneliti trek rekod syarikat berkenaan atau akaun peribadi pemohon apabila menyemak semula permohonan pinjaman.

Mengapakah institusi kewangan memerlukan pelan perniagaan? Siapa boleh membantu saya untuk menyediakan pelan perniagaan?

Melalui pelan perniagaan, institusi kewangan boleh mendapatkan maklumat berhubung dengan perniagaan peminjam seperti latar belakang peminjam dan industri, kedudukan kewangan peminjam, unjuran perniagaan peminjam, strategi perniagaan dan keperluan operasi peminjam. Anda boleh meminta bantuan bank perdagangan terlibat untuk menyediakan pelan perniagaan tersebut sekiranya anda mengalami kesukaran untuk menyediakannya. Hampir semua bank perdagangan mempunyai Unit Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS) yang berdedikasi. Unit ini ditubuhkan untuk menangani keperluan perusahaan kecil dan sederhana, termasuk memberi khidmat nasihat.

14

Adakah perlu saya mengemukakan pelan perniagaan kepada institusi kewangan bagi jumlah pinjaman yang kecil seperti pinjaman sebanyak RM10,000? Adakah peluang perusahaan kecil dan sederhana untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan akan berkurangan sekiranya tidak ada cagaran? Bagaimana sekiranya institusi kewangan tetap inginkan cagaran?

Keperluan pelan perniagaan bergantung kepada institusi kewangan terbabit. Anda harus merujuk kepada institusi kewangan anda mengenai perkara ini.

Tidak. Tujuan meminta cagaran adalah untuk memastikan bahawa peminjam komited untuk membayar balik pinjaman yang telah diambil. Kriteria utama yang digunakan oleh institusi kewangan untuk menaksir sesuatu permohonan pinjaman adalah daya maju perniagaan pemohon.

Bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana yang berdaya maju dengan cagaran yang tidak mencukupi, Kerajaan telah menubuhkan Syarikat Jaminan Kredit untuk menyediakan jaminan bagi pinjaman yang diambil daripada institusi kewangan. Jaminan oleh Syarikat Jaminan Kredit ini akan menyokong cagaran yang mungkin berbeza di antara institusi kewangan. Buat masa ini, Syarikat Jaminan Kredit mengendalikan enam skim jaminan, yang mana butir-butir lanjut boleh didapati dengan melayari www.cgc.gov.my.

15

Apakah alasan-alasan institusi kewangan untuk menolak permohonan sesuatu pinjaman?

Alasan-alasan menolak permohonan kredit termasuk: Pemohon tidak mempunyai keupayaan untuk membayar balik kemudahan yang dipohon Tujuan pinjaman adalah tidak selaras dengan kemudahan yang dipohon Keputusan kewangan pemohon yang tidak memuaskan Pemohon mempunyai pinjaman luar yang banyak sehingga mengakibatkan penggearan yang tinggi (iaitu jumlah pinjaman adalah lebih tinggi daripada modal) Pengendalian akaun semasa yang tidak memuaskan oleh pemohon Rekod pembayaran balik yang kurang memuaskan dengan pemberi pinjaman yang lain Pemohon mempunyai kes yang sedang menunggu tindakan guaman Risiko perniagaan yang tinggi seperti terlalu bergantung kepada pembeli atau pembekal tunggal Kekurangan komitmen kewangan daripada pemilik perniagaan, iaitu tidak bersedia untuk menyumbang modal kerja tambahan Pengurusan yang lemah Empunya tunggal/perkongsian/pengarah-pengarah/pemegang-pemegang/penjamin dan sebagainya yang menghadapi tindakan kebankrapan daripada pihak lain Satu keperluan Bank Negara Malaysia ialah institusi kewangan seharusnya memaklumkan keputusan kreditnya kepada peminjam secara formal dan bertulis, yang dengan jelas mengenal pasti bidang yang gagal dipenuhi oleh peminjam. Ini adalah untuk memastikan bahawa peminjam mengetahui alasan penolakan dan membantu peminjam memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti sebelum mengemukakan permohonan pinjaman lain pada masa akan datang.
16

Bolehkah saya mengemukakan permohonan pinjaman kepada lebih daripada sebuah institusi kewangan? Apa yang boleh saya lakukan sekiranya institusi kewangan menolak permohonan pinjaman saya?

Boleh. Walau bagaimanapun, anda mungkin akan dikenakan pemprosesan sekiranya anda menolak pinjaman tersebut setelah ia diluluskan.

Setiap institusi kewangan mempunyai satu set garis panduan kredit dan kriteria penilaian kredit masing-masing. Apabila institusi kewangan memaklumkan keputusannya dan alasan penolakan kepada anda, anda sepatutnya berhubung dengan institusi berkenaan untuk mengetahui apa yang anda boleh buat bagi membolehkan mereka mempertimbangkan semula permohonan anda dan selepas itu, mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memenuhi keperluan institusi kewangan. Sebagai alternatif, anda boleh memohon pinjaman daripada institusi kewangan yang lain.

Bolehkah sesebuah institusi kewangan mengurangkan jumlah kemudahan kredit (seperti kemudahan overdraf, kemudahan perdagangan) yang dahulunya telah diberikan kepada saya?

Semua institusi kewangan menjalankan kajian semula berkala ke atas potfolio kredit dan berdasarkan kepada penilaian mereka, mungkin mengambil keputusan untuk mengurangkan pendedahan kredit kepada sebarang peminjam. Institusi kewangan boleh berbuat demikian atas beberapa sebab termasuk penggunaan kemudahan yang rendah (overdraf dan kemudahan perdagangan) atau pengendalian akaun yang tidak memuaskan (overdraf). Hak ini biasanya dinyatakan di dalam surat tawaran atau dokumen-dokumen yang lain. Walau bagaimanapun, institusi-institusi kewangan biasanya akan memberi notis awal mengenai keputusan mereka untuk mengurangkan kemudahan kredit peminjam untuk membolehkan peminjam mencari kaedah alternatif. Walau apapun, institusi kewangan mungkin akan mempertimbangkan sebarang rayuan/permohonan daripada peminjam untuk mengembalikan kemudahan kredit ke tahap asal, sekiranya wajar.

17

Saya menghadapi masalah untuk membayar balik berdasarkan amaun ansuran sekarang tetapi saya mampu membayar ansuran yang lebih rendah. Apa yang perlu saya lakukan? Di manakah boleh saya membuat aduan terhadap institusi kewangan saya?

Anda boleh merujuk kepada institusi kewangan anda dan memohon penstrukturan atau penjadualan semula pinjaman anda. Ia biasanya dilakukan dalam bentuk bayaran bulanan yang lebih rendah dan memanjangkan tempoh bayaran pinjaman. Walau bagaimanapun, anda mesti memberikan kepada institusi kewangan anda maklumat lengkap mengenai kedudukan kewangan anda untuk membolehkan mereka membuat penilaian.

Semua bank perdagangan dan syarikat kewangan telah dikehendaki oleh Bank Negara Malaysia untuk menubuhkan unit aduan di institusi masing-masing. Anda seharusnya cuba menyelesaikan aduan anda dengan institusi kewangan anda terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan, anda boleh merujuk masalah anda kepada Bank Negara Malaysia. Untuk isu-isu berkaitan dengan pinjaman perniagaan oleh kaum Bumiputera, anda juga boleh merujuk kepada ERF Sdn. Bhd. (sebuah badan khas yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia sebagai pusat setempat untuk menangani isu-isu berkaitan pembiayaan Bumiputera).

18

Di manakah boleh saya mendapat khidmat nasihat kewangan berhubung dengan perniagaan saya?

Hampir semua bank perdagangan telah menubuhkan Unit Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS) yang menyediakan khidmat nasihat kewangan kepada perusahaanperusahaan kecil dan sederhana. Di samping itu, Bank Negara Malaysia telah menubuhkan Unit Khas IKS untuk membantu perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana yang berdaya maju dengan membekalkan maklumat mengenai berbagai-bagai sumber pembiayaan yang ada, melancarkan proses permohonan pinjaman, menangani masalah yang dihadapi oleh perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana untuk mendapat pinjaman daripada institusi-institusi kewangan dan menyediakan khidmat nasihat. Unit tersebut boleh dihubungi di: Unit Khas IKS Tingkat 4C Bank Negara Malaysia Jalan Dato Onn 50480 Kuala Lumpur

19

Apakah fungsi ERF Sdn. Bhd.?

ERF Sdn. Bhd. adalah satu pusat setempat yang telah ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk memberi pembiayaan dan khidmat nasihat kepada perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana Bumiputera.

Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan akses kepada tabung khas yang disediakan oleh Kerajaan/Bank Negara Malaysia?

Tabung khas yang disediakan oleh Kerajaan/Bank Negara Malaysia disalurkan kepada orang awam melalui institusi-institusi kewangan, atau secara kolektifnya dikenali sebagai institusi-institusi kewangan yang terlibat atau agensi-agensi yang dilantik oleh kerajaan. Kriteria dan objektif tabung khas termasuk kadar pinjaman ditentukan oleh Kerajaan/Bank Negara Malaysia, sekali gus mengawasi penggunaan tabung khas tersebut.

Apakah peranan yang dimainkan oleh institusi-institusi kewangan yang terlibat berkaitan dengan tabung khas?

Pada asasnya, peranan institusi-institusi kewangan yang terlibat adalah untuk menilai permohonan pinjaman dan menentukan kelayakan dan daya maju projek-projek yang akan dibiayai. Perusahaan Kecil dan Sederhana boleh menyerahkan permohonan pinjaman tabung khas melalui institusi-institusi kewangan yang terlibat yang berkenaan. Meskipun pinjaman-pinjaman ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan/Bank Negara Malaysia, keputusan untuk meluluskan atau menolak permohonan pinjaman adalah tertakluk kepada penilaian institusi kewangan yang terlibat yang berkenaan. Ini adalah kerana risiko kredit akan ditanggung oleh institusi kewangan yang terlibat yang berkenaan. Di samping itu, institusi-institusi kewangan yang terlibat akan mengawasi pembayaran balik daripada peminjam-peminjam.

20

Adakah borang-borang tertentu yang perlu diisi untuk membuat permohonan tabung khas? Bagaimana kalau pemohon tidak memenuhi syarat-syarat cagaran yang dikenakan oleh institusi-institusi kewangan yang terlibat?

Tidak. Kerajaan/Bank Negara Malaysia tidak menyediakan borang tertentu untuk permohonan tabung khas. Pemohon boleh menggunakan borang-borang yang disediakan oleh institusi-institusi kewangan yang terlibat.

Keperluan cagaran adalah berdasarkan penilaian kredit dan prol risiko pemohon. Kriteria utama ialah daya maju sesuatu projek. Antara faktor-faktor lain yang turut diambil kira adalah karektor dan integriti pemohon, keupayaan untuk membayar balik pinjaman, komitmen modal dan keadaan perniagaan. Institusi-institusi kewangan yang terlibat juga boleh menolak permohonan jika permohonan tersebut tidak mengandungi maklumat yang cukup bagi membolehkan penilaian kredit dibuat. Untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana, Syarikat Jaminan Kredit juga mempunyai beberapa skim jaminan kredit untuk manfaat pemohon-pemohon yang tiada cagaran atau mempunyai cagaran yang tidak mencukupi.

Memandangkan tabung khas ini disediakan oleh Kerajaan/Bank Negara Malaysia, adakah pelanggan diwajibkan membayar balik pinjaman tersebut?

Pelanggan (peminjam) adalah terikat dengan perjanjian pinjaman yang mereka tandatangani. Ini dianggap penting khususnya bagi membolehkan Kerajaan/Bank Negara Malaysia untuk meneruskan program bantuannya kepada pemohonpemohon yang layak memandangkan saiz tabung akan berkurangan jika peminjampeminjam gagal membayar balik pinjaman. Peminjam akan menandatangani dokumen perjanjian pinjaman di mana semua syarat-syarat dinyatakan termasuk tindakan-tindakan yang akan diambil oleh institusi-institusi kewangan yang terlibat jika peminjam mungkir.

21

Bolehkah saya memohon pinjaman yang baru jika pinjaman sedia ada telah diklasikasikan sebagai pinjaman tidak berbayar? Mengapa institusi-institusi kewangan menghendaki penyata-penyata kewangan untuk tiga tahun?

Rekod kredit yang negatif boleh menjejaskan penilaian kredit pemohon. Anda patut membincang hal ini dengan institusi kewangan berkenaan dan merumuskan satu skim pembayaran balik dengan institusi kewangan berkenaan. Setelah akaun anda dikemaskinikan, rekod kredit anda akan mencerminkan keadaan yang lebih baik.

Institusi-institusi kewangan biasanya akan meminta penyata-penyata kewangan untuk tiga tahun bagi membolehkan mereka membuat perbandingan dalam menentukan trend perkembangan perniagaan untuk menilai keupayaan peminjam membuat pembayaran balik.

22

GLOSARI Cagaran Harta yang sah, deposit tetap atau sekuriti-sekuriti ketara yang lain yang dicagarkan kepada institusi kewangan untuk pinjaman yang diberi. Institusi Kewangan Yang Terlibat Institusi-institusi kewangan yang dilantik oleh Bank Negara Malaysia sebagai perantara untuk tabung khas. Modal Permulaan Modal yang diperlukan untuk memulakan atau menubuhkan perniagaan.

23

LAMPIRAN
CONTOH PELAN PERNIAGAAN Pengenalan Perihal Perniagaan Perihal ringkas mengenai perniagaan; bidang industri yang diceburi dan pasaran yang disasarkan, dan posisi daya saing berbanding dengan saingan anda Kedudukan Semasa Syarikat Tarikh penubuhan dan di peringkat mana syarikat berada pada masa ini

Untuk perniagaan baru:


Sejauh mana pencapaian perniagaan; sama ada kumpulan pekerja utama telah diambil, pengeluaran telah bermula, status jualan dan sebagainya Untuk perniagaan sedia ada: Nyatakan jualan dan keuntungan syarikat untuk tiga tahun yang lalu Pembiayaan Yang Dipohon

Nyatakan jenis, amaun, tujuan, tarikh pinjaman diharap akan dikeluarkan dan tempoh pembayaran semula
pinjaman yang dijangkakan

Perniagaan baru hendaklah mengenal pasti sumber modal permulaan syarikat sama ada daripada
saham-saham/modal berbayar, pendahuluan daripada pengarah-pengarah, ahli keluarga, pihak ketiga, pinjaman luaran dan sebagainya

24

Contoh-contoh: Pembiayaan Modal Kerja Jenis dan had Overdraf, kemudahan perdagangan (resit amanah, penerimaan jurubank dan sebagainya) Tujuan Untuk membiayai kekurangan/jurang di dalam keperluan modal kerja Pengiraan untuk Nilai RM bagi Keperluan Modal Kerja Contoh: Syarat-syarat kredit penghutang Pusing ganti stok Hari 90 60 150 Tolak Syarat-syarat kredit penghutang Kitar Penukaran Aset ( 60 ) 90

Sekiranya perolehan jualan tahunan ialah RM5 juta, keperluan modal kerja ialah 90/365 x RM5.0 juta = RM1.23 juta

25

Pembiayaan Perbelanjaan Modal Jenis dan had Pinjaman berjangka, pemajakan, sewa beli margin pembiayaan yang diperlukan, sumber kewangan peminjam dalam mengeluarkan modal sendiri Tujuan

Untuk membiayai pemerolehan aset tetap, misalnya pembelian harta benda, jentera Untuk membiayai kos pembinaan kilang/rumah kedai
Butiran

Jenis, jenama/buatan dan kos untuk memperolehi aset tetap dan hayat ekonominya Kos pembinaan bersama-sama dokumen-dokumen sokongan
Syarat-syarat pembayaran Kaedahnya Amaun (berdasarkan unjuran aliran tunai/pendapatan) Tempoh pinjaman Tarikh pembayaran pertama dijangka akan bermula

26

Objektif dan Visi Perniagaan Anda harus memperjelaskan visi anda tentang bagaimana anda inginkan perniagaan anda berkembang dan pencapaian pada masa hadapan Perihal Produk dan Perkhidmatan

Terangkan jenis produk yang dikeluarkan/perkhidmatan yang disediakan Nyatakan bahagian perniagaan anda dalam rantai penawaran iaitu, sama ada sebagai pembekal perkhidmatan, pengilang
[Original Equipment Manufacturer (OEM) atau industri sokongan], ejen pemasaran/jualan, pemborong, kontraktor pembekal, pembinaan dan sebagainya Jumlah jualan atau pengeluaran dalam setahun Sifat kitaran perniagaan, nalar atau berkitar Sifat produk Kapasiti/jumlah yang kilang anda boleh keluarkan dan posisi masa kini Analisa Industri dan Pesaing

Sediakan gambaran ringkas mengenai struktur industri dan ciri-cirinya; tahap persaingan dan halangan kemasukan Senarai pesaing utama syarikat, bahagian pasaran mereka, kekuatan/kelemahan berbanding syarikat sendiri Mengenal pasti ancaman, risiko dan peluang yang ada

27

Strategi Perniagaan

Pembentukan strategi yang jitu dianggap penting untuk memastikan kejayaan perniagaan Strategi seharusnya berasaskan kekuatan syarikat dan faktor-faktor kejayaan yang kritikal dalam konteks
persaingan dan industri

Strategi yang efektif seharusnya memfokus kepada keunikan atau kelainan produk dan perkhidmatan
yang anda berikan

Strategi syarikat anda seharusnya bersifat dinamik (iaitu mampu untuk menangani perubahan dalam
persekitaran kendalian dalam jangka masa panjang) Strategi Generik

Pengeluar kos rendah Pembezaan; produk yang ditawarkan adalah unik Fokus; menceburi pasaran "niche", segmen barisan keluaran atau pasaran yang bercirikan geogra
Syarat-syarat Pengendalian Personel

Menyenaraikan jenis dan bilangan pekerja yang diperlukan untuk jawatan pengurusan utama, pengeluaran,
pemasaran dan jualan

Sumber dan ketersediaan buruh; mahir, tidak mahir, teknikal Latihan dan insentif untuk mengekalkan pekerja-pekerja
Proses Pengeluaran/Pembuatan

Tahap automasi dalam proses pengeluaran; teknologi yang diperlukan dan perjanjian teknikal/sokongan jaminan Jenis/buatan jentera utama yang digunakan

28

Kapasiti pengeluaran/giliran kerja Bahan mentah utama/komponen


Khidmat Pelanggan dan Sokongan Selepas Jualan Menyediakan lakaran ringkas mengenai program syarikat bagi khidmat selepas jualan dan sokongan untuk membina kesetiaan pelanggan, menambah belian ulangan dan mempromosi lainlain barangan dan perkhidmatan Kitaran Perniagaan, Pembeli, Pembekal, & Syarat-syarat Perdagangan

Ramalan Kedudukan Kewangan

3 aspek ramalan kedudukan kewangan


diperlukan: Untung Rugi Aliran Tunai Kunci Kira-kira Dokumen-dokumen di atas hendaklah disediakan dalam bentuk unjuran bulanan untuk 12 bulan yang pertama dan di dalam bentuk unjuran tahunan untuk tempoh 2 tahun selepas itu Andaian-andaian yang digunakan Nyatakan andaian-andaian utama seperti berikut: % kos perbelanjaan utama, bahan-bahan mentah, pekerja, komisen % jualan kredit dan tunai Tempoh kredit yang diberi dan diterima Tempoh inventori % pertumbuhan perniagaan setahun

Pembeli utama, jumlah jualan, kekerapan dan syarat-syarat kutipan Pembekal utama, jumlah belian, kekerapan dan syarat-syarat
pembayaran

Butiran konsesi/perjanjian dengan pembekal dan pembeli Kitaran perniagaan (contoh: senarai peristiwa-peristiwa penting
perniagaan, masa yang diambil dan syarat-syarat) Strategi Jualan dan Pemasaran Sediakan lakaran ringkas mengenai strategi pemasaran syarikat bagi menggalakkan pelanggan untuk membeli barangan dan perkhidmatan daripada segi campuran pemasaran iaitu produk, penetapan harga, aliran (jualan) dan promosi-promosi

29

Format penyata untung rugi, penyata aliran tunai dan penyata kunci kira-kira adalah seperti berikut: Penyata Untung Rugi Tarikh Jualan Kos Tolak: Kos Jualan Untung Kasar Margin Untung Kasar (%) Tolak: Jumlah Kos Kendalian Perbelanjaan Pemasaran & Jualan Perbelanjaan Pentadbiran & Overhed Keuntungan Kendalian Margin Keuntungan Kendalian (%) Tolak: Kos Bukan Kendalian Faedah oleh Bank Keuntungan Sebelum Cukai Margin Keuntungan Sebelum Cukai (%) Tolak: Cukai Pendapatan Keuntungan Bersih Selepas Cukai Margin Untung Bersih (%) Jan Feb Mac Jumlah Tahun 1 Jumlah Tahun 2 Jumlah Tahun 3

30

Anjuran Penyata Aliran Tunai Tarikh Baki Mula Sumber Hasil Jualan Tunai Jualan Kredit Overdraf Pinjaman Bertempoh Modal Ekuiti Perbelanjaan Tunai Kos Jualan Gaji & Perbelanjaan Berkaitan Perbelanjaan Bukan Gaji Faedah Pembayaran Pinjaman Dividen Pembelian Aset Cukai Pendapatan Perubahan Tunai Bersih Baki Akhir Jan Feb Mac Jumlah Tahun 1 Jumlah Tahun 2 Jumlah Tahun 3

31

Anjuran Penyata Kunci Kira-kira Tarikh Asset Semasa Tunai Dalam Tangan Penghutang Perdagangan Lain-lain Penghutang, Deposit & Bayaran Terdahulu Jumlah Hutang dari Anak-anak Syarikat Stok Liabiliti Semasa Pinjaman Jangka Pendek Pemiutang Perdagangan Lain-lain Pemiutang dan Akruan Jumlah Hutang kepada Anak-anak Syarikat Jumlah Hutang kepada Syarikat Induk Jumlah Hutang kepada Pengarah-pengarah Asset (Liabiliti) Semasa Bersih Asset Tetap Pinjaman Bertempoh Dibiayai Oleh: Modal Syer Perolehan Tertahan Jan Feb Mac Jumlah Tahun 1 Jumlah Tahun 2 Jumlah Tahun 3

32

Design Copyright 2003 by Freeform Design Sdn Bhd. All rights reserved.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI

www.bankinginfo.com.my
ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Edisi Pertama

Anda mungkin juga menyukai