Anda di halaman 1dari 17

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Sahabatku Marianor, Apa khabar, saudari? Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya semasa mengikuti lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang anjuran Persatuan Kajian Tempatan sekolah saya. Kami memperoleh ilmu pengetahuan yang banyak daripada lawatan itu. Setiap detik yang berlalu, kami manfaatkan dengan sebaik- baiknya dengan mengunjungi tempat bersejarah seperti Port Cornwallis. Ketika menaiki kereta api bukit ke Bukit Bendera, kami kagum akan keindahan alam semula jadi. Cuaca di puncak Bukit Bendera sejuk manakala udaranya sungguh nyaman dan segar. Semasa di Pantai Batu Feringghi, kami meminta kebenaran untuk mandi tetapi guru pengiring melarang kami mandi kerana air sedang pasang. Kami akur akan nasihat guru pengiring itu. Lawatan seterusnya ke Muzium Permainan. Kami berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan kesesakan. Sebelum pulang, kami singgah membeli- belah di kedai cenderamata. Saya hanya membeli barang- barang yang perlu sahaja kerana itulah yang dipesan oleh ibu. Saya juga membeli buah tangan untuk kawan- kawan dan anggota keluarga.

Tulis lima nilai atau pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Faridah membawa adiknya berjoging di taman rekreasi berdekatan dengan rumahnya. Semasa berjoging, Faridah terlihat seorang lelaki tua terjatuh semasa berjoging. Faridah segera mendekati lelaki tua itu. Faridah memegang tangan lelaki itu dan menolongnya untuk bangun. Lelaki tua itu mengucapkan terima kasih kepada Faridah. Selepas berjoging, Faridah pulang ke rumah. Selepas berehat sekejap, Faridah masuk ke bilik mandi. Dia mandi dan membersihkan badannya dengan menggunakan sabun. Kemudian, dia ke dapur. Faridah menolong ibunya menyediakan masakan untuk makan malam. Faridah membuat apa- apa sahaja yang disuruh oleh ibunya.

Tulis lima nilai atau pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Puan Faridah melarang Syafik daripada masuk ke dalam bilik kakaknya. Namun, Syafik tidak mengendahkan larangan ibunya itu. Syafik membuka laci meja kakaknya. Dia terlihat seutas jam tangan. Syafik tertarik dengan bentuk jam yang cantik ini. Syafik mengambil jam itu lalu membelek- belek. Tiba- tiba jam itu terlepas daripada tangan Syafik. Jam itu terjatuh ke lantai. Cermin jam itu retak. Syafik berasa bimbang akan dimarahi oleh kakaknya. Pada petang itu, kakak Syafik pulang dari tempat kerja. Kakak Syafik hairan melihat Syafik kelihatan muram. Akhirnya, Syafik memberitahu bahawa cermin jam tangan kakaknya telah pecah. Kakak Syafik agak terkejut pada mulanya. Tetapi kakak Syafik memaafkan Syafik kerana Syafik mengakui kesalahannya. Kakak Syafik berharap Syafik tidak lagi menyentuh barang- barang berharga di biliknya. Syafik berjanji akan mendengar nasihat ibu dan kakaknya. Syafik juga berjanji akan mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti yang lebih berfaedah seperti membaca buku.

Tulis lima nilai atau pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Radzi telah dilantik sebagai pengawas. Dia berjanji kepada dirinya untuk menjalankan tugas sebagai pengawas dengan baik. Pada suatu hari, Radzi bertugas di hadapan pintu masuk sekolah. Radzi mencatat nama murid- murid yang dating lewat. Pada hari itu, Azman, rakan sekelasnya dating lewat ke sekolah. Azman mendesak Radzi supaya tidak mencatatkan namanya. Namun, Radzi tidak mahu mengikut kata- kata Azman. Dia perlu menjalankan tugas sebagai pengawas tanpa mengamalkan sikap pilih kasih. Azman dipanggil oleh guru disiplin. Pertama sekali, Azman ditegur kerana mendesak Radzi supaya tidak mencatat namanya. Dia juga ditegur kerana dating lewat ke sekolah tanpa alas an yang kukuh. Azman mengakui bahawa dia terlewat bangun pagi kerana menonton televisyen sehingga larut malam. Azman mengakui kesalahannya dan berjanji tidak akn mengulanginya lagi. Azman juga meminta maaf atas kesalahannya.

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Hari ini sekolah mula bercuti. Nurul bangun awal. Selepas membersihkan diri dan bersembahyang, dia membantu ibunya menyediakan sarapan. Dia bersarapan bersama- sama dengan ibu, bapa dan adiknya. Bapanya tersenyum melihat Nurul melayan kerenah adiknya semasa makan. Kemudian, Nurul ke bilik air untuk membasuh kasut dan pakaian sekolahnya. Dia juga selalu menolong ibu mengemas rumah dan menjaga adiknya yang berumur empat tahun. Walaupun sibuk, Nurul tidak lupa untuk mengulang kaji pelajaran. Dia akan belajar mengikut jadual waktu yang disediakannya. Pada waktu lapang, Nurul akan bersenam di tanam berhampiran dengan rumahnya.

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Fikri murid Tahun 6 dan merupakan anak yatim piatu. Ibu dan ayahnya telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ketika dia masih kecil lagi. Setelah kematian kedua- dua ibu bapanya, Fikri telah dibesarkan oleh bapa saudaranya. Kehidupan bapa saudaranya tidaklah mewah dan mereka hidup serba sederhana. Namun begitu, ibu dan bapa saudara Fikri memeliharanya dengan penuh kasih saying di samping lima orang anak mereka. Mereka tidak pernah mengabaikan Fikri dan tidak pernah bersikap pilih kasih. Fikri juga amat mesra dengan sepupu- sepupunya, malah kemesraan mereka bagaikan adik- beradik kandung. Mereka sentiasa tolong- menolong dan bantu- membantu antara satu dengan yang lain. Kemesraan dan keakraban mereka bersaudara begitu tebal dan sukar untuk dipisahan. Fikri sangat beruntung kerana mempunyai keluarga yang begitu mengambil berat dan menyayanginya. Fikri berazam akan membalas segala budi dan jasa baik ibu dan bapa saudaranya serta sepupu- sepupunya apabila dia sudah Berjaya pada suatu hari nanti. Keazaman Fikri itu dibuktikan apabila dia telah Berjaya menjadi murid yang cemerlang di sekolahnya dan ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya ke sekolah berasrama penuh dengan dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan negeri. Fikri bersyukur kepada Tuhan kerana telah memakbulkan doanya dan berjanji akan mengotakan segala janjinya itu.

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Setiap hari, Sarah bangun seawall jam 6.00 pagi. Dia membersihkan diri lalu menunaikan solat subuh. Selepas mandi, dia memakai pakaian sekolahnya. Kemudian, dia menjenguk ibunya di dapur. Dia melihat ibunya sedang menyiapkan sarapan pagi. Sarah lantas membantu ibunya. Dia memasak air dan membancuh air teh. Setelah semuanya telah sedia, Sarah pun bersarapan bersama- sama keluarganya. Sebelum makan, mereka membaca doa. Semasa makan, Sarah memberitahu ibu dan ayahnya bahawa dia akan pulang lewat kerana ingin mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Ayah Sarah mengingatkan Sarah agar belajar dengan tekun. Selepas bersarapan, Sarah bersiap- siap untuk pergi ke sekolah. Dia mencium tangan ibu dan ayahnya sebelum pergi ke sekolah. Sarah menunggang basikal ke sekolah dengan berhati- hati. Dia sentiasa ingat pesanan ibunya, iaitu biar lambat asalkan selamat.

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada sajak di bawah. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Malaysia tanah airku, Tanah tumpahnya darahku ini, Walau pelbagai dugaan melanda, Kau tetap gah di mata dunia.

Malaysia tercinta, Kini sudah setengah abad engkau merdeka, Jangan sesekali mengundur langkah, Teruskan kegemilangan tingkatkan kecemerlangan.

Wahai anak bangsa, Engkaulah pembela tanah air, Di tanganmu terletak ketentuan, Mundurnya tanah air atau gahnya negara, Kemerdekaan yang dikecap perlu dipertahankan, Jangan biarkan penjajahan kembali, Bermaharajalela.

Oh, Malaysiaku! Ayuh, gemilangkan namamu!

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Bersukan dapat menyihatkan badan. Banyak acara sukan yang dapat kita sertai. Antara sukan yang diminati ialah bola sepak, futsal, badminton, boling dan sebagainya. Apabila kita bersukan, badan kita akan mengeluarkan peluh. Seterusnya badan kita akan menjadi sihat. Apabila badan kita sihat, otak kita pun akan menjadi cerdas. Selain menyihatkan badan, sukan juga dapat mengeratkan perhubungan antara satu dengan yang lain. Kita dapat berkenalan dengan rakan sepasukan dan dapat bertukar- tukar pendapat dan informasi tentang sukan. Melalui sukan juga, seseorang itu dapat menguji ketahanan mental dan emosinya. Ada juga sukan yang memerlukan ketahanan fizikal seseorang, contohnya seperti sukan mendaki gunung, berkayak dan sebagainya. Seseorang yang bersukan juga dapat menenangkan fikiran mereka,terutamanya bagi individu yang selalu sibuk dengan tugas di pejabat.

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada pantun di bawah. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Memanjat pokok ke hujung dahan, Dahannya patah kaki terluka; Anak- anak anugerah Tuhan, Perlu dididik dengan sempurna.

Masak lemak ikan tenggiri, Makan ulam kacang kelisa; Hidup di dunia hendaklah berbudi, Dikenang orang sepanjang masa.

Berenang di kolam si anak angsa, Kolam berkocak ditimpa kelapa; Setelah anak meningkat dewasa, Balaslah jasa ibu dan bapa.

Pergi ke pekan meniti titi, Pulang semula hamper senja; Orang tua hendaklah dihormati, Tanpa mereka siapalah kita.

Hendak mengail ikan si ikan haruan, Tapi tertangkap si ikan kelisa; Tunjuk dan ajar jadikan panduan, Agar hidup sejahtera sentiasa.

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Munirah anak seorang petani. Keluarganya hidup susah. Ibunya menghidapi sakit kronik sejak setahun yang lalu. Dia mempunyai dua orang adik yang masih bersekolah. Pada setiap pagi, dia menyediakan sarapan untuk keluarganya. Selepas itu, dia pergi ke warung Mak Melah. Dia membantu Mak Melah berniaga nasi lemak. Upah yang diterimanya dapatlah dia gunakan untuk membeli sedikit barang keperluan rumah. Selepas pulang dari sekolah, dia akan memastikan adik- adiknya mengulang kaji pelajaran. Dia juga akan mengulang kaji pelajaran bersama- sama mereka. Dia tidak pernah merungut walaupun kadangkala dia berasa letih. Dia tahu, dia harus membantu bapanya untuk meringankan beban. Sebagai anak sulung, dia bertanggungjawab untuk memastikan kehidupan mereka selesa. Bapanya sentiasa berpesan agar belajar dengan bersungguh- sungguh supaya berjaya dalam pelajaran. Dia berazam untuk mengubah nasib keluarganya pada suatu hari nanti.

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pada suatu pagi, Halim membantu ibunya mengalihkan pasu- pasu bunga di halaman rumah mereka. Tiba- tiba, dia terlihat sebuah lori yang sarat dengan muatan berhenti di hadapan rumah bersebelahan rumahnya. Tidak lama kemudian, sebuah kereta berhenti berhampiran lori tersebut. Seorang lelaki dan wanita keluar dari kereta. Halim memanggil ayahnya yang berada di dalam rumah. Lelaki dan wanita itu memperkenalkan diri mereka dan mengatakan bahawa mereka ialah jiran baharu Halim. Ayah dan ibu Halim bersalam- salaman dengan jiran baharu mereka. Halim pun bersalam dengan mereka juga. Selepas itu, Halim dan ayahnya membantu jiran baharu mereka mengangkat barang. Ibu Halim pula membancuh air untuk jiran baharu mereka itu. Pada sebelah malamnya pula, ibu dan ayah Halim menjemput jiran baharu mereka untuk makan malam bersama- sama. Selepas makan, mereka berkenalan dengan lebih lanjut. Sebelum pulang, jiran baharu Halim mengucapkan terima kasih kepada Halim sekeluarga.

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Jasmi anak orang kaya. Sungguhpun begitu, dia tidak pernah bersikap meninggi diri. Dia budak yang ringan tulang. Walaupun dia baharu sahaja bersekolah di situ, dia sudah mendapat banyak kawan. Jasmi bukan sahaja murid yang rajin, bahkan dia juga murid yang pandai. Dia tidak pernah kesekut ilmu dengan rakan- rakan yang menghadapi masalah dalam pelajaran. Dia sering membantu mereka menyelesaikan masalah berkaitan pelajaran. Pada suatu hari, dia ternampak Malik duduk seoramg diri di dalam kelas pada waktu rehat. Dia menghampiri Malik lalu bertanyakan masalah yang dihadapi olehnya. Malik memberitahu Jasmi bahawa wang sakunya hilang dan dia tidak dapat membeli makanan. Jasmi bersimpati dengan nasib Malik. Dia mengajak Malik ke kantin dan mereka makan bersama- sama. Malik berasa terharu dengan pertolongan Jasmi. Dia mengucapkan terima kasih kepada Jasmi kerana telah membantunya.

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ganesh pengawas sekolah. Setiap pagi, dia akan dating awal ke sekolah untuk menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya. Pada suatu pagi, dia ternampak seorang murid Tahun Enam mengugut murid Tahun Empat. Murid lelaki yang diugut itu berada dalam ketakutan. Ganesh memerhatikan kejadian itu dari jauh sahaja. Ganesh mengambil keputusan untuk berjumpa dan bersemuka dengan murid Tahun Enam itu. Murid itu tidak mengendahkan teguran dan nasihat yang diberikan oleh Ganesh. Pada keesokan harinya, dia terlihat murid itu mengulangi perbuatannya lagi. Kali ini Ganesh nekad. Dia akan melaporkan perkara itu kepada guru disiplin. Murid itu telah dipanggil oleh guru disiplin dan dia juga telah menerima hukuman yang setimpal. Guru disiplin memuji Ganesh atas tindakannya itu.

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Sungguh sejuk air telaga, Bermandi- manda pada waktu petang; Tutur kata mestilah dijaga, Agar tidak menyakiti hati orang.

Setiap petang menangkap belalang, Belalang terbang di tepi lembangan; Bantulah insan bernasib malang, Agar mereka merasai kesenangan.

Kanak- kanak berlari- lari, Orang dewasa bermain api; Janganlah suka meninggi diri, Pasti kawan akan ke tepi.

Sayur kangkung dan juga peria, Sungguh pahit tekak terasa; Sekiranya kita menikmati bahagia, Hendaklah bersyukur pada yang Esa.

Arnab berlumba dengan di kura- kura, Bertembung dengan si anak angsa; Jika negara aman dan sejahtera, Pasti rakyatnya hidup sentosa.

Gariskan beberapa ayat yang mangandungi pengajaran daripada petikan di bawah. Kemudian, salin semula ayat tersebut di atas garisan yang disediakan.

Halim pergi ke kedai berhampiran rumahnya untuk membeli barang keperluan dapur yang disuruh oleh ibunya. Halim tidak pernah mengingkari apatah lagi membantah sebarang suruhan atau permintaan ibunya. Halim pergi ke kedai dengan basikal baru yang dibeli oleh ayahnya. Halim sangat saying akan basikal itu kerana basikal itu merupakan hadiah sempena hari lahirnya baru- baru ini. Sampai sahaja di kedai, Halim merantai basikalnya pada tiang berhampiran. Halim sentiasa ingat akan pesan kedua- dua ibu bapanya supaya menjaga harta benda dengan baik. Pada masa yang sama, Halim ternampak beberapa rakannya yang baru keluar dari kedai itu. Halim menegur sapa dengan mereka. Halim membayar wang selepas membeli barang yang dipesan oleh ibunya. Sebelum meninggalkan kedai itu, dia memeriksa terlebih dahulu barang- barang yang dibelinya. Dia mengira baki wang belian dan menyedari wang itu melebihi daripada sepatutnya dia terima. Halim segera memulangkan semula baki wang tersebut. Pekedai itu mengucapkan terima kasih kepada Halim.

Anda mungkin juga menyukai