Anda di halaman 1dari 16

asna_ker

2 years ago 3,121 viewed

Send To Friend

IM Article

Share

Sebagai pendidik awal kanak-kanak untuk membangunkan Advertisement Random Highlight sosioemosi kanak-kanak dan membantu mereka mendapat kejayaan dan kesejahteraan dalam kehidupan kita mesti mengetahui perkembangan emosi kanak-kanak dahulu.Hal ini kerana dalam membangunkan sosioemosi kanak-kanak dan membantu mereka mendapat kejayaan dan kesejahteraan guru harus mengetahui bagaimana emosi kanak-kanak berkembang dan dari situlah guru akan dapat mengetahui kaedah dan teknik yang sesuai dalam membangunkan sosioemosi kanakkanak dan membantu mereka mendapat kejayaan dan kesejahteraan. Emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Emosi menambahkan keseronokan kepada pengalaman sehari-hari kanak-kanak, menjadi penggerak kepada tindakan dan memberikan corak kepada bentuk tindakan yang diambil oleh mereka. Selain itu, emosi juga memainkan peranan terhadap penanggapan seseorang terhadap persekitarannya dan menentukan bentuk penyesuaian yang akan diambil olehnya.Perkembangan emosi adalah hasil daripada kematangan dan juga pembelajaran. Kematangan dalam perkembangan jasmani dan mental kanak-kanak akan mempengaruhi emosi mereka.Perkembangan emosi mendapat coraknya yang tertentu apabila kanakkanak berunsur matang. Apabila perkembangan seseorang itu meningkat, emosinya juga berubah kesan daripada keseluruhan pertumbuhannya. Secara ringkasnya, perkembangan emosi kanak-kanak dapat dilihat sejak kelahirannya berkembang selari dengan pertambahan umur mereka. Dengan kematangan mental kanak-kanak akan berkebolehan untuk menganggap makna yang tidak dapat ditanggap sebelum ini dan juga membolehkan mereka member perhatian dengan lebih lama kepada sesuatu rangsangan dan menumpukan ketegangan emosi terhadap sesuatu benda.Oleh yang demikian, kanak-kanak dapat memberikan gerak balas terhadap ransangan yang tidak diberikan gerak balas sebelumnya. Perkembangan Emosi Kanak-Kanak Peringkat Bayi (0-2 tahun) Sewaktu dilahirkan, emosi seseorang bayi

merupakan kebangkitan perasaan yang dapat digambarkan melalui tindakan seperti ketawa atau menangis.Selepas itu, emosi bayi dapat dilahirkan melalui gerak badan, iaitu sebagai suatu reaksi kepada rangsangan. Ketika berumur tiga bulan emosi suka dan duka lebih jelas kelihatan.Apabila mencapai umur enam bulan perasaan duka bayi mengambil bentuk perasaan takut, jijik dan marah.Perasaan takut lebih merupakan perasaan yang dipelajarinya, terutamanya daripada ibu bapa, abang dan kakaknya. Contohnya, seseorang seseorang ibu atau bapa yang cuba menghentikan bayinya daripada menangis akan menakutkannya dengan cara menengking. Semasa berumur 12 bulan emosi suka mengambil bentuk gembira dan ketika berumur 18 bulan rasa cemburunya mulai kelihatan. Bayi bergantung sepenuhnya kepada orang lain untuk hidup. Bayi bukan sahaja bergantung kepada orang yang menjaganya untuk keperluan fisiologi seperti makan, rehat, keselesaan dan kemesraan, tetapi ia juga bergantung kepadanya sentuhan-sentuhan, pujukan dan interaksi manusia. Perkembangan asas pada masa ini ialah untuk mempercayai bahawa orang lain akan melindunginya, menjaganya dan mengasuhnya iaitu kualiti kemanusiaan yang ditunjukkan sebagai kasih dan sayang untuk memberikan bayi perasaan selamat dan tenteram Peringkat Awal Kanak-Kanak (2-6 tahun) Tempoh masa awal kanak-kanak merupakan masa memperluaskan pandangan sosial. Kanak-kanak pada masa ini masih bergantung rapat kepada ibu, tetapi ayah juga sudah mulai penting. Perhubungan kanak-kanak dengan familinya di peringkat ini sangat mempengaruhi kebolehannya berhubung dengan individu dan kumpulan lain. Jika kanak-kanak itu merasai kasih saying dan sentiasa akan dikasihi maka ia lebih mudah dan lebih cepat berhubung dan berinteraksi dengan orang dewasa lain dan kawan sebayanya. Jika kanak-kanak itu terlalu bergantung kepada orang lain atau merasa tidak selamat dan tenteram maka biasanya ia kan lebih sukar untuk bersosialisasi dengan orang lain. Salah satu perkara yang penting dalam perkembangan sosial kanak-kanak prasekolah ialah pembelajaran mematuhi peraturan-peraturan yang dikehendaki di dalam kebudayaannya.Jika ke tadika kanak-kanak akan mempelajari cara berkawan serta bertimbang rasa dan tidak bergaduh atau mementingkan dirinya sahaja. Ketika ini juga, kanak-kanak mempelajari konsep betul atau salah. Seterusnya ialah di dalam perkembangan kanak-kanak pada masa ini ialah pembelajaran berhubungemosi dengan orang lain, selain keluarganya. Sebagai contoh kanak-kanak itu menyatakan bahawa dia sangat suka gurunya,kawannya, berkongsi mainan dengan kawan dan sebagainya. Kanak-kanak juga sudah mengetahui erti malu dan bersifat mengikut arah jantina mereka.Apabila menjelang

akhir tempoh masa awal kanak-kanak, kanak-kanak tersebut telah memperolehi beberapa kebebasan yang tertentu, walaupun ibunya masih sangat penting dalam hidupnya. Kanak-kanak tersebut sudah mempunyai orentasi orang dewasa dan mematuhi standard orang dewasa. Ia sudah mula menerima tanggungjawab untuk tingkah lakunya sendiri dan telah menjelaskan konsep betul dan salah bagi dirinya sendiri serta membentuk kata hati. Ketika ini ia sedang berada di ambang dunia sekolah, daerah tempat tinggalnya, masyarakat dan dunia berbagai-bagai pengalaman bersama dengan idea berbeza-beza yang terbentang luas dihadapannnya. Pada peringkat ini emosi kanak-kanak cepat berubah. Ini berlaku kerana: i. Kanak-kanak lazimnya menyatakan emosinya secara terbuka. ii. Kanak-kanak kurang memahami sesuatu situasi yang berkenaan oleh sebab kematangan fikiran dan pengalaman yang kurang. iii. Tempoh penumpuan adalah singkat dan dengan itu perhatian mereka beralih kepada perkara yang lain dengan mudah sahaja. Pada peringkat ini emosi kanak-kanak dinyatakan dengan kuat dan keras. Ini jelas dilihat apabila mereka tidak dapat sesuatu yang dikehendaki.Begitu juga apabila mereka letih atau lapar, emosi marah akan jelas kelihatan. Kanak-kanak pada peringkat ini juga agak imaginatif. Misalnya, mereka menggambarkan adanya hantu di tempat yang gelap.Ini menyebabkan mereka berasa takut yang kadangkala disebabkan oleh pemikiran yang tidak rasional. Peringkat Akhir Kanak-Kanak (7-12 tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak mempunyai ciri emosi berikut: i. Kanak-kanak mula sedar akan perasaan orang lain. Malangnya ada di antara mereka yang gemar menyinggung perasaan orang lain seperti mengejek atau menyindir. ii. Kanak-kanak peka pada kritikan dan juga sukar menerima kegagalan. iii. Kanak-kanak juga juga gemar menolong guru menjalankan pelbagai tugasan seperti menghantar buku latihan ke bilik guru, menyapu lantai dan sebagainya.Dengan kata lain mereka suka menerima tanggungjawab. iv. Ketika berumur 9-12 tahun, kanak-kanak menghadapi dilema kerana nilai norma ibu bapa atau orang dewasa. Mereka ingin akan penerimaan oleh rakan sebaya tetapi pada masa sama yang sama mereka masih bergantung kepada ibu bapa untuk sokongan kewangan dan moral. Walau bagaimanapun, mereka sedia menerima kebebasan yang terhad serta peraturan yang dikenakan ibu bapa. Guru perlu mengetahui perkembangan emosi mereka supaya dapat mengenalpasti kebolehan kanak-kanak apabila mengetahui tahap perkembangan mereka. Guru juga dapat mengenali setiap kanak-kanak dan menyediakan rangsangan yang sesuai untuk kanak-kanak. Melalui mengetahui tahap perkembangan kanakkanak dapat membantu guru untuk memperkembangkan sosioemosi kanak-kanak dan membawa mereka

kearah kejayaan dan kesejahteraan.

Komponen Perkembangan Sosioemosi memberi fokus kepada penguasaan kemahiran emosi yang matang. Pekembangan emosi dan sosial yang sihat penting dalam kehidupan seseorang kerana ia menjadi asas kepada pembelajaran dan perkembangan murid dan seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam pembelajaran mereka. Perkembangan emosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri, diikuti denagan pencapaian emosi yang positif. Kebolehan menguruskan emosi membantu membina keyakinan diri, semangat berdikari dan sikap positif terhadap pembelajaran. Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami emosi, keperluan dan menghormati pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam masyarakat berbilang kaum yang mesra dan harmoni. Komponen ini juga memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinaan untuk menghadapi kehidupan seharian yang penuh dengan pelbagai cabaran. Oleh itu adalah penting bagi guru menyediakan pengalaman pembelajaran yang menarik untuk membolehkan murid menumpukan perhatian kepada tugas atau aktiviti dan rasa gembira untuk belajar.

1.0 PENDAHULUAN Kanak-kanak pintar cerdas memiliki perkembangan yang berbeza berbanding dengan kanakkanak normal dari segi fizikal dan sosioemosi. Perbezaan tersebut dalam kalangan kanak-kanak pintar cerdas dapat diperhatikan dan dikenalpasti. Terdapat pelbagai ciri-ciri sosio-emosi yang terdapat dalam kalangan kanak-kanak pintar cerdas tetapi berbeza diantara individu. Ciri-ciri yang dimiliki tersebut turut memberi kesan yang positif dan negatif kepada individu tersebut. Walaubagaimanapun, kebijaksanaan melaksanakan atau merancang program yang bersesuaian dengan ciri-ciri yang dimiliki penting supaya cirri yang memberi kesan yang negatif dapat dikurangkan atau dihapuskan. Selain itu, program untuk tingkatkan ciri-ciri yang positif juga boleh dijalankan sekiranya ciri-ciri tersebut perlu ditingkatkan atau diteruskan supaya kesan positif dapat dikecapi oleh kanak-kanak pintar cerdas. 1.1 Definisi Perkembangan Perkembangan merupakan perubahan bersifat kualitatif , tersusun, bertahap dan berterusan pada diri manusia bermula semenjak percambahan sel hingga akhir hayat organism hasil dari kombinasi pembelajaran, pengalaman dan kematangan melibatkan aspek fizikal, emosi, mental dan sosial. Menurut Crow dan Crow, perkembangan merupakan berubah secara kualitatif serta cenderung kearah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Seterusnya, D.S.Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam

warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organism dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur. 1.2 Perkembangan Fizikal Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagianbahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia (Woolfolk & Margetts, 2007). Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003) perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Proses ini juga dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan, otot dan kordinasi. Menurut Schmidt dan Wrisberg (2000), menjelaskan bahawa kemahiran fizikal kanak-kanak perlu dilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup atau terbuka. Kemahiran fizikal tertutup bermaksud kanak-kanak bermain dalam suasana persekitaran yang terkawal. kemahiran fizikal terbuka pula merupakan persekitaran bagi kanak-kanak melakukan aktiviti yang sentiasa berubah. Kanak-kanak yang telah memasuki peringkat umur dua hingga enam tahun mereka akan mengalami perkembangan fizikal yang tidak begitu pesat tidak berlaku seperti diperingkat bayi sebelum ini (Kamarulzaman, 2009). Pada peringkat ini juga berat dan bentuk badan kanak-kanak akan kelihatan lebih halus. Walaubagaimanapun, pertumbuhan otot semakin maju yang membolehkan kanak-kanak tersebut dapat menunjukkan kemahiran motor yang semakin baik. Kajian menunjukkan bahawa kadar perubahan fizikal kanak-kanak perempuan adalah lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak

lelaki. 1.3 Perkembangan Sosial-Emosi Perkembangan sosial merujuk kepada keupayaan seseorang menjalinkan hubungan dengan orang lain. Menurut kamus Advanced Learners English-Malay Dictionary (2001) menghuraikan emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap, seperti kasih gembira, benci, takut, gembira dan sebagainya. Mengikut Daniel Goleman, emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbezabeza untuk bertindak. Perkembangan emosi juga merangkumi kemampuan individu untuk mengenali, mengeksperesikan dan menguruskan perasaan serta mempunyai perasaan empati terhadap orang lain. Keupayaan kendiri merupakan komponen yang penting dalam perkembangan sosiol-emosi. Berdasarkan ahli psikologi Albert Bandura (1986), menyatakan bahawa keupayaan kendiri merupakan keyakinan individu dalam melakukan sesuatu tugasan. Selalunya, pada peringkat awal kanak-kanak iaitu ketika berumur dua hingga tujuh tahun emosi kanak-kanak cepat berubah dan sukar untuk difahami. Pada masa ini juga, emosi kanak-kanak juga sukar untuk dikawal terutamanya ketika mereka tidak mendapat sesuatu yang diinginkan. 1.4 Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Individu Setiap individu mempunyai peringkat perkembangan yang sama tetapi berbeza dari sesi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Tiada individu yang mempunyai kadar perkembangan yang sama

diantara satu sama lain. daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Gen-gen yang mempunyai sifat baka dibawa oleh DNA dan RNA yang terdapat dalam kromosom. Gen tersebut merupakan penentu utama sebagai pewarisan cirri-ciri perkembangan individu. Perbezaan fizikal dapat dilihat apabila setiap individu mempunyai ciri fizikal seperti saiz badan, tinggi, berat serta kemahiran fizikal yang yang unik. Kajian menunjukan cirri fizikal ini diwarisi daripada gen-gen ibu bapa. Perbezaan dari segi mental pula adalah setiap individu mempunyai tahap kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza diantara satu sama lain. Berdasarkan kajian yang dijalankan ahli psikologi, ibu bapa yang pintar cerdas melahirkan anak-anak yang pintar cerdas. Emosi seseorang individu juga adalah diwariskan daripada baka kedua-dua ibu bapa.

Berdasarkan Teori yang diutarakan oleh Eric Bronfrenbrenner iaitu teori ekologi (2004) menfokuskan sosiobudaya persekitaran terhadap perkembangan individu dari lahir hingga dewasa. Dalam teori ini terdapat lima sistem ekologi yang terdiri daripada lima jenis sistem iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan kronosistem yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Mikrosistem merujuk kepada persekitaran yang kebanyakan masa kanak-kanak berinteraksi secara langsung dengan ibubapa, rakan sebaya,

guru-guru dan orang dewasa serta alam persekitaran manakala mesosistem merujuk kepada perkaitan antara dua mikrosistem iaitu antara keluarga dengan sekolah. 2.0 TEORI 2.1 Teori Perkembangan Sosio-Emosi Diperkenalkan oleh Erik Erikson yang merupakan ahli neo-Freudian yang menerima rangka kerja psikoseksual Freud. Walaubagaimanapun, beliau telah menambahbaikkan gambaran dengan menambahkan peringkat perkembangan sosio-emosi manusia daripada lima kepada lapan peringkat, mulai dari peringkat bayi hingga peringkat tua. Beliau menyatakan bahawa didalam setiap peringkat tingkah laku positif dan negatif akan timbul yang menyebabkan penyesuaian psikologikal kerana konflik emosinya. Berikut adalah jadual konflik emosi dan ciri-cirinya yang dikenalpasti oleh Erikson dari peringkat bayi hingga tua.Peringkat konflik Ciri-Ciri Perkembangan Emosi 0-1 (bayi) Kepercayaan lawan ketidakpercayaan ama

dipenuhi

1-3 (awal kanak-kanak) Autonomi Lawan Malu/Ragu

keinginan membuat sesuatu dengan daya usaha sendiri

3-6 (awal kanak-kanak tadika) Inisiatif lawan serba salah

kepada yang betul dan salah

6-11 ( kanak-kanak) kerajinan lawan kompleks lawan rendah diri.

kal dan sosial

yang disempurnakannya

12-20 (remaja) Identiti lawan keliruan identiti

kepada perubahan badan dan imej diri

peringkat dahulu.21-25 (Awal Dewasa) Kemesraan lawan keterasingan

aha membentuk ikatan kemesraan

terus keterasingan 26berikutnya atau melakukan aktiviti produktiviti n kerana gagal dalam pencapaian yang bermakna.

berharga

takut mati.3.0 KAJIAN KES 3.1 Latar Belakang Responden

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Anda mungkin juga menyukai