Anda di halaman 1dari 3

Kebencian Ideologi-ideologi

Komunis Terhadap Islam

Darwinisme turut menjadi asas kepada komunisme. Ia telah dijelaskan oleh pengasasnya yang
pertama, Karl Marx dan Friedrich Engels. Kedua-duanya merupakan ateis, yang melihat
penghapusan kepercayaan beragama merupakan sesuatu yang amat penting kepada komunisme,
dan kedua-duanya memahami sejelas-jelasnya bahawa teori evolusi dapat membantu mereka
mencapai hasrat yang diidam-idamkan.
Tidak berapa lama selepas buku Darwin diterbitkan, Engels menulis surat kepada Marx yang
berbunyi: “Buku Darwin yang sedang saya baca ini amat bagus sekali.”2 Pada 19 Disember
1860, Marx membalas, “Inilah buku yang mengandungi asas sejarah semula jadi untuk rujukan
kita.”3 Di dalam suratnya yang lain kepada seorang lagi rakan sosialis, Lassalle, yang bertarikh
16 Januari 1861, Marx menulis, “Hasil kerja Darwin adalah sangat penting dan memenuhi niat
saya yang mana ia menyediakan asas kepada sains tulen untuk perjuangan kelas yang
bersejarah,”4 maka dengan itu telah mendedahkan betapa pentingnya teori evolusi kepada
komunisme.
Para diktator seperti Lenin, Trotsky, Stalin dan Mao Tse-tung telah memberikan komen mereka
tentang komunisme, yang mana ia menunjukkan suatu hubungan ideologi kepada idea Darwin.
Teori evolusi dijadikan asas pendidikan dan polisi pertanian di bawah rejim komunis. Semua
pergerakan komunis menemui asas ideologi dan justifikasi apabila mereka melihat fahaman
Darwinisme.
Bagi ideologi komunis yang begitu terpengaruh dengan Darwinisme, masyarakat hanyalah
“sekumpulan haiwan.” Manusia adalah tidak bernyawa, makhluk yang dungu, “mesin manusia-
haiwan”, dan tidak berguna. Hukum “Ada banyak kumpulan haiwan, jadi tidak mengapa jika
satu hilang” telah menjadi asas pemerintahan. Mereka yang cacat dan tidak berupaya berkerja
akan disingkirkan daripada kumpulan tersebut dan akan dibiarkan mati. Mereka dilihat sebagai
sesuatu yang sakit dan berbahaya. Tidak wujud langsung sebarang perasaan kasih-sayang, belas
kasihan, dan kesetiaan. Memandangkan mereka percaya tiada kehidupan selepas kematian, maka
mereka hidup dengan menggunakan seluruh kuasa yang dimiliki. Memandangkan semua orang
adalah musuh dan pesaing di dalam pergelutan untuk terus hidup, maka segala tindak-tanduk
dilakukan untuk menentang mereka, dan kebencian menjadi satu perkara lumrah.
Adalah sesuatu yang semulajadi bagi ideologi komunis, yang mewujudkan suatu masyarakat
tanpa semangat moral, sprituil dan juga kemanusiaan, turut memusuhi agama. Sifat-sifat mulia
seperti nilai-nilai moral, cinta, sayang, belas kasihan, sanggup berkorban, berkerjasama dan
saling bermaafan tidak mendapat sebarang tempat di dalam model yang diwujudkan komunisme.
Apabila seseorang membaca tulisan-tulisan Marx, Engels, Lenin, Stalin, Trotsky, Mao dan para
pendukung ideologi komunis yang lain, mereka akan dapat melihat kebenaran hakikat tersebut.
Marx menggambarkan agama sebagai “candu masyarakat” dan juga sebagai budaya yang
dibentuk oleh kelas pemerintah yang hanya melenakan orang-orang miskin. Oleh itu, beliau
mencadangkan agar sebarang kepercayaan beragama dihapuskan jika komunisme mahu bertapak
dengan kukuhnya.
Di dalam artikel Lenin yang bertajuk “Socialism and Religion” (Sosialisme dan Agama), yang
diterbitkan pada 1905 di dalam sebuah majalah berbahasa Rusia Novaya Zhizn, beliau
menggambarkan agama sebagai “kabus” yang harus dihapuskan, dan juga turut menyusun
propaganda komunis yang akan dilaksanakan. Di dalam “The Attitude of the Workers’ Party to
Religion” (Sikap Parti Buruh Terhadap Agama) yang diterbitkan di dalam majalah Proletary pada
tahun 1909, beliau sebagai pemimpin Parti Demokratik Sosial Rusia (yang kemudiannya dikenal
sebagai Parti Komunis) telah menulis:
Asas kepada falsafah Marxisme, seperti Marx dan Engels berulang-kali isytiharkan, ialah
dialektikal materialisme, yang telah mengambil alih sepenuhnya tradisi bersejarah materialisme
abad kelapan belas di Perancis dan juga materialisme Feuerbach (separuh masa pertama abad
kesembilan belas) di Jerman yang mana ia merupakan ateis mutlak dan memusuhi semua agama
dengan hebatnya. “Agama adalah candu masyarakat.” Pernyataan rasmi oleh Marx ini telah
menjadi batu asas kepada pandangan ahli-ahli Marxis terhadap agama. 5
Kenyataan tersebut menunjukkan permusuhan Marx terhadap semua agama, dan juga telah
mendedahkan kejahilannya tentang perkara tersebut. Kenyataan-kenyataan tersebut tidak
mencerminkan kebenaran hakiki. Komunisme dan ideologi-ideologi ateis yang lain
menyebabkan manusia tidak dapat berfikir, dan melakukan apa sahaja yang diarahkan tanpa
banyak soal. Adalah sesuatu yang jelas bahawa manusia yang tidak pernah berfikir tidak akan
mencapai hakikat kebenaran, dan seterusnya menjadikan hidup mereka penuh dengan tipuan dan
kesalahan. Dengan berfikir, manusia dapat memahami tujuan dunia ini diciptakan, dan juga
sebab kewujudan diri mereka sendiri. Kebenaran ini telah dijelaskan di dalam al-Quran:

Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan segala apa yang ada antara keduanya dengan tujuan
main-main. Kami tidak menciptakan keduanya melainkan dengan hak (kebenaran), tetapi
majoriti mereka tidak mengetahui. (Ad-Dukhan, 38-39)

Oleh itu, setiap individu harus memikirkan pertama sekali tentang tujuan penciptaannya, dan
kemudian tentang makhluk atau jasad yang dilihat di alam ini dan juga yang akan dijumpai
sepanjang kehidupan mereka. Seseorang yang gagal berfikir hanya akan dapat memahami
kebenarannya setelah dia mati, di hadapan Allah, tetapi ketika itu segalanya sudah terlewat.
Berfikirlah sementara kita masih punya masa, dan kemudian buatlah kesimpulan. Ia pasti akan
memberikan faedah kepada kita di Hari Akhirat nanti. Itulah sebabnya Allah menyeru manusia,
dengan menggunakan utusan-utusan dan juga kitab-kitab-Nya, untuk berfikir tentang tujuan
penciptaannya dan seluruh alam semesta ini:
Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) mereka? Allah tidak menciptakan
langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar
dan untuk waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya ramai manusia yang ingkar tentang
pertemuan dengan Tuhannya. (Ar-Ruum, 8)

Namun demikian, musuh-musuh agama seperti para pemimpin komunis, telah melemparkan
tuduhan-tuduhan tidak berasas yang menyebabkan ramai manusia berpaling dari agama,
sehingga mendakwa agama menghalang manusia dari berfikir. Namun seperti yang telah kita
lihat, agama sebenarnya mengajak manusia untuk berfikir.

Anda mungkin juga menyukai