Anda di halaman 1dari 14

ROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN Walaupun kesan buruk merokok telah di ketahui ramai namun,bilangan perokok di seluruh dunia tidak

melihatkan banyak penurunan...rakyat negara maju dicatatkan semakin kurang merokok dan perokok di negara membangun pula semakin meningkat... *Amerika syarikat menurun 50%...bilangan perokok pada 1965 (42%) dan menurun menjadi (20.8)pada tahun 2006 Dianggarkan 1.1 billion perokok seluruh dunia mengisap 5.5 trilion batang rokok yang dihasilkan setiap tahun... Asia tenggara mancatatkan 44%lelaki dan 14% wanita yang merokok.... *Rakyat China pula penghisap rokok yang terbenyak iaitu 1.64 trilion batang rokok berbanding Amerika Syarikat yang hanya 451 billion batang rokok setahun

Mengapa tembakau dan merokok menjadi isu utama? Tembakau adalah satu-satunya bahan pengguna yang dibenarkan di sisi-sisi undang-undang tetapi boleh mendatangkan ketagihan dan membunuh separuh dari penghisapnya Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia beracun Lebih kurang 63 dari bahan kimia tersebut boleh menyebabkan barah

Apakah jenis-jenis bahan merokok dari tembakau? Merokok boleh dalam bentuk berikut : Rokok Cerut Tembakau paip Seesha

Adakah terdapat data mengenai kesan merokok di Malaysia? Lebih kurang 50% lelaki Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas perokok Lebih kurang 20% remaja adalah perokok 85 % remaja akhirnya menjadi ketagih kepada rokok Dianggarkan 3,500 dari setiap 10,000 kematian setiap tahun di Malaysia adalah berkaitan dengan merokok

Apakah yang menyebabkan ketagihan rokok? Rokok mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan seperti juga heroin dan kokain

Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan ketagihan

Mengapa merokok merbahaya? Merokok merbahaya kerana : Tembakau mempunyai hubungkait yang rapat sebagai penyebab penyakit seperti barah dan penyakit jantung Boleh terjebak dalam penyalahgunaan dadah

Bagaimana merokok itu membahayakan? Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 jenis bahan kimia beracun Lebih kurang 63 dari bahan kimia di atas boleh menyebabkan barah

Adakah kesan buruk merokok hanya tertumpu kepada perokok atau juga orang lain? Ya, orang lain boleh menjadi perokok pasif secara tidak langsung jika : Terhidu asap yang keluar dari perokok. Kesan yang tidak diingini adalah sama iaitu penyakit lelah, penyakit jantung dsb.

Apakah bahan kimia yang merbahaya dalam asap rokok? Daripada 4000 bahan beracun dalam asap rokok, yang biasa dikenali adalah seperti berikut :

Tar (bahan untuk membuat jalan raya) Ammonia (bahan dalam pencuci lantai) Napthylamine (ubat gegat) Arsenik (racun anai-anai) Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan) Kadmium (terdapat dalam bateri) DDT (Ubat nyamuk) Formaldehyde (untuk mengawet mayat) Butane (gas yang boleh membunuh) Methanol (Bahan pembakar untuk roket) Hydrogen cyanide (racun) Toluene (bahan pelarut) Carbon Monoxide (gas beracun)

Apakah penyakit yang membawa maut dan dikaitkan dengan tabiat merokok? Penyakit saluran pernafasan: lebih 10-20 kali ganda Barah paru-paru: lebih 10-15 kali ganda Barah payudara: lebih 11 kali ganda Barah hidung dan tekak: lebih 5-15 kali ganda Barah mulut: lebih 3-15 kali ganda Barah saluran makanan : lebih 4-5 kali ganda Sakit Jantung: lebih 1.5-3 kali ganda Barah Buah Pinggang: lebih 1.5-3 kali ganda Ulser Perut: lebih 2 kali ganda Angin Ahmar: lebih 2-3 kali ganda

Adakah perokok pasif kurang bahaya? Tidak, ianya lebih merbahaya kerana : Berbanding dengan asap yang dihisap oleh perokok, asap yang disedut oleh perokok pasif mengandungi : o 2 kali ganda nikotin o 3 kali ganda tar o 5 kali ganda karbon monoksida o 50 kali ganda bahan kimia merbahaya

Adakah undang-undang dan peraturan berkaitan merokok?

Ya, adalah menjadi kesalahan jenayah bagi remaja untuk merokok, membeli rokok atau memiliki bahan yang dihasilkan dari tembakau. Merokok adalah dilarang di tempat-tempat awam seperti berikut : Sekolah Hospital dan klinik Bangunan-bangunan kerajaan Lif Kapalterbang

Bila merokok dianggap sebagai ketagihan? Seseorang mengalami rasa tidak selesa dan ketagih untuk merokok apabila tidak merokok Di antara tanda-tanda ketagihan adalah : o Tanda fizikal : Gelisah Menggeletar Degupan jantung lebih laju Pernafasan cetek / tidak dalam o Corak pemikiran : Gian untuk menghisap rokok Berasa risau, gelisah dan bimbang Tidak boleh menumpukan perhatian o Corak Emosi : Mudah marah Mudah runsing Rasa bimbang Gelisah o Pola kelakuan : Kehadiran ke sekolah merosot dan kurang disiplin Tercicir dari sekolah Perubahan sikap dan tingkah laku Terlibat dalam kegiatan jenayah seperti mencuri untuk membiayai tabiat merokok

Bagaimana merokok mendatangkan kesan ke atas tubuh badan anda? Mempunyai kedua-dua kesan jangka pendek dan jangka panjang Bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok boleh merosakkan beberapa organ dalam tubuh badan kita.

Apakah kesan-kesan jangka pendek? Otak - Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya Telinga - Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak

Mata - Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan Mulut - Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah dan tekak - Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut - Gigi menjadi kuning Hidung - Mengurangkan deria bau Kulit - Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut Paru-paru - Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan Apakah kesan-kesan jangka panjang? Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus) Penyakit Jantung Angin Ahmar / Strok Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis) Penyakit mulut dan gusi Ulser (perut, peptic) Osteoporosis Kemandulan (tidak boleh hamil) Kurang bernafsu dalam perhubungan seks Mati pucuk

Selain membahayakan kesihatan diri, apakah keburukan merokok yang lain? Merokok juga boleh mencemarkan persekitaran Puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan persekitaran seperti mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes Menyebabkan pencemaran udara Perokok pasif (Menyedut/menghidu asap rokok dari orang lain yang merokok), juga boleh menyebabkan penyakit lelah di kalangan kanak-kanak Menyumbang sebanyak 25% kepada kes kebakaran

Apakah baiknya berhenti merokok? Pernafasan bertambah baik Stamina meningkat Lebih sihat Lebih diterima oleh masyarakat Mengurangkan bahaya merokok terhadap kesihatan Melindungi orang lain dari bahaya merokok Menjimatkan wang

Melindungi persekitaran

Mengapa susah untuk berhenti? Nikotine dalam tembakau menyebabkan ketagihan Kesan merokok yang menyeronokkan (contoh : merasa lebih segar dan tidak mengantuk) adalah kesan serta merta tetapi tidak lama (lebih segar , degupan jantung bertambah) Merasa letih dan murung apabila tidak merokok Merasa gelisah dengan gejala gian yang lain Mengatasi gian dan keinginan merokok

Bagaimana cara berhenti merokok? Menyedari anda mepunyai masalah. Membuat keputusan. Menetapkan tarikh berhenti merokok. Elakkan pengaruh untuk merokok. Minta bantuan dari rakan anda. Cari aktiviti yang lebih baik untuk dilakukan. Rancang hari hari tidak merokok anda. Bina keyakinan diri. Buat peringatan bertulis mengingatkan anda untuk berhenti merokok / diari berhenti merokok

Petua mengatasi keinginan merokok. Tarik nafas panjang Minum air Membuat kerja lain Mengunyah sesuatu (seperti gula getah) Mandi Basuh tangan Senaman ringan ( contoh : regangan) Sembahyang / meditasi

Mengapa anda perlu berkata "Tidak"? Adalah penting berkata "Tidak" kepada merokok sebelum ia menjadi tabiat atau menjadi ketagih.

Bagaimana anda berkata tidak kepada merokok?

Jika semua rakan anda merokok dan anda tidak mahu seperti mereka, adalah susah untuk mengatakan "tidak", tetapi menjadi orang yang tidak merokok adalah hak anda. Tiada seorang pun yang mahu disisihkan, tetapi kesihatan anda adalah lebih penting. Strategi yang berlainan mungkin sesuai untuk orang yang berlainan. Sesetengah orang merasa mudah menyatakan tidak tanpa memberi penjelasan. Orang lain pula berpendapat memberi penjelasan lebih baik (cth."Saya tidak mahu merokok" atau "Pakcik saya mati disebabkan merokok") Jika anda tidak selesa untuk berkata tidak kepada kawan-kawan anda, minta ibubapa anda atau orang dewasa lain membantu anda mengatakan tidak. Mungkin seorang remaja boleh berkata "Bapa saya tidak membenarkan saya merokok" "Jurulatih bolasepak saya akan membuang saya dari pasukan jika saya merokok" . Yang penting anda perlu bertegas bila berkata "tidak" tanpa melukai hati/perasaan orang lain.

Bagaimana anda bertegas diri? Nyatakan pendirian anda. Beritahu mereka bahawa anda tidak berhajat untuk merokok. Nyatakan alasan anda. Beritahu mereka alasan anda mengapa tidak merokok. (contoh: merokok membahayakan kesihatan saya). Saling memahami. Biarlah orang lain tahu yang anda memahami perasaan orang lain.

Bagaimana anda menyampaikan keputusan anda? Gunakan kemahiran tanpa lisan yang betul. (ekspresi muka, gaya badan dsb.) Berikut beberapa panduan/petua untuk anda menjadi lebih tegas. o Kelantangan suara. Jangan berbisik atau bercakap tidak jelas. Bercakap dengan nada suara yang jelas dan meyakinkan. o Kontak mata. Jangan memandang ke tempat lain apabila bercakap dengan seseorang. Pandang terus ke mata seseorang semasa bercakap o Ekspresi muka . Pastikan ekspresi muka anda bersesuian dengan apa yang anda perkatakan.(contoh jangan senyum ketika anda hendak memberitahu yang anda marah). o Jarak. Tentukan jarak yang sesuai apabila anda bercakap dengan seseorang. (sebagai contoh, berada dijarak yang jauh jika anda hendak beredar atau berada dijarak yang dekat untuk menimbulkan kemesraan.

Bagaimana mengatakan "Tidak"? Teknik "Tidak" yang mudah Contoh "Tidak" atau "Tidak, terima kasih."

Beritahu yang benar

"Tidak, terima kasih, saya tidak merokok"

Beri alasan

"Tidak, terima kasih, saya perlu pergi segera ke tempat lain."

Menukar subjek perbualan

Katakan "tidak" dan teruskan bercakap perkara lain "Tidak, terima kasih. Hey. Anda tengok perlawanan malam tadi tak?"

SASARAN INDUSTRI TEMBAKAU Pengenalan Seramai 8,000 perokok diseluruh dunia mati setiap hari akibat penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok. Untuk mengekalkan keuntungan, industri tembakau perlu mencari perokok baru bagi menggantikan mereka yang telah mati. Usia muda merupakan sasaran yang tepat. Sekiranya remaja mula merokok, peluang untuk mereka terus mengekalkan tabiat merokok sehingga dewasa adalah tinggi.

Apakah matlamat industri tembakau? Menipu dan memutarbelitkan masyarakat supaya merokok. Terutamanya kanak-kanak dan belia. Belia yang ketagihan merokok, akan menggantikan perokok dewasa yang telah berhenti merokok atau meninggal dunia.

Bagaimana industri tembakau mempengaruhi anda supaya merokok? Strategi industri tembakau adalah seperti berikut : Lebih matang dan dewasa Canggih Riang Bergaya Tenang Diterima ramai

Menjadikan rokok : Mudah diperolehi Boleh dibeli dengan harga yang murah Boleh dibeli dengan satu batang rokok sahaja

Meyakinkan bahawa rokok boleh membantu anda : Menikmati keseronokan yang lebih Merasa lebih tenang

Menyembunyikan fakta sebenar bahawa rokok : Mendatangkan ketagihan Membahayakan kesihatan anda Menyebabkan kematian lebih awal dari sepatutnya

Melalui promosi rokok, menarik belia menghadiri : Konsert / panggung wayang Majlis / perjumpaan sosial Papan iklan Media bercetak/ media elektronik

Bagaimana untuk mengelak dari dipengaruhi industri tembakau? Adakah anda rasa marah? Adakah anda berminat untuk mendapat maklumat lanjut dan terkini mengenai strategi industri tembakau? Adakah anda ingin membuat sesuatu untuk mengubah keadaan? Adakah anda ingin meluahkan rasa tidak puas hati anda? Adakah anda bersedia untuk bertindak? Jika ya, anda perlu memperkasakan diri anda o Bagaimana? o Disini, disenaraikan kaedah bagaimana menyalurkan kemarahan anda

Jadilah penggerak "Anti-Tembakau" di kalangan remaja Suarakan pendapat anda Ketahuilah, sekiranya anda bersatu menentang pengaruh industri Berinteraksilah atas talian (on-line)

PENYALAHGUNAAN DADAH

Pengenalan Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Hari ini istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan, yang merangkumi alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, LSD dan inhalan ( bahan yang disedut ). Perkataan bahan ini lebih sesuai berbanding dengan penggunaan perkataan dadah kerana dadah merupakan bahan kimia pembuatan. Manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan itu dihasilkan secara semulajadi (seperti candu) yang tidak boleh digunakan oleh manusia (seperti menghidu gam) Penerangan Sebarang dadah boleh digunakan secara sah dari segi perubatan sekiranya ia dipreskripsikan atau diberikan oleh doktor. Contohnya pesakit kanser yang dirawat dengan morfin untuk menghilangkan penderitaan sakit kansernya hingga beberapa tahun, tetapi ia tidak mendatangkan kesan ketagihan padanya.Begitu juga dengan mengambil minuman beralkohol bersama rakan-rakan serta orang dewasa yang merokok diterima secara terbuka oleh masyarakat. Namun begitu, penyalahgunaan dadah lebih ditakrifkan sebagai satu perlakuan yang tidak berfaedah serta tidak diterima oleh masyarakat umum. Penggunaan bahan (samada dadah atau alkohol) untuk mengubahsuai atau mengawal emosi atau keadaan minda secara tidak sah dan membahayakan diri sendiri dan orang lain dianggap sebagai salahguna. Penggunaan steroid anabolik di kalangan atlit dalam jangka masa yang panjang boleh mendatangkan kesan yang merbahaya. Secara amnya kesankesan sampingan yang mungkin berlaku termasuklah kemalangan atau kecederaan, pitam, keganasan, pembunuhan dan juga bunuh diri. Asas Saintifik Penyalahgunaan dadah bukan sahaja melibatkan cara tindakan atau fungsi dadah tersebut, ia juga merujuk kepada gangguan fungsi serta maladaptasi yang disebabkan oleh penggunaan yang salah terhadap ubat-ubat tersebut. Otak merupakan organ utama yang mengawal keseluruhan fungsi tubuh, emosi dan tingkah laku normal seseorang itu. Dadah dan alkohol boleh mengganggu fungsi asal otak dan boleh mengakibatkan gangguan di dalam pergaulan dan prestasi kerja serta membawa kepada tindakan memusnah sesuatu. Gangguan fungsi ini dipengaruhi oleh sifat-sifat bahan kimia dan kesannya yang terdapat di dalam dadah yang diambil. Personaliti penagih dadah tersebut memainkan peranan dalam menentukan sama ada mereka telah menyalahgunakan dadah atau tidak. Faktor - Faktor Risiko Penyalahgunaan bahan merupakan masalah yang berlaku dalam setiap lapisan masyarakat. Ia juga melibatkan golongan berpendidikan tinggi, ahli-ahli profesional di samping mereka yang tidak berpendidikan dan penganggur. Terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko penyalahgunaan dadah: Faktor biologi 1. Salah satu tanggapan yang salah mengenai konsep kehidupan moden ialah, jika anda sakit, terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan yang mampu 'memulihkan' anda. Malangnya pil tidak boleh menyelesaikan semua masalah anda. Selalunya, perubahan dalam

pengambilan diet, gaya hidup, pergaulan dengan rakan gaulan ataupun etika kerja boleh membawa kepada perubahan yang positif dan kelainan yang berpanjangan berbanding dengan ubat-ubatan. Faktor psikososial 1. Kehidupan moden sangat sibuk dan merumitkan. Bagi kanak-kanak dan golongan remaja, tekanan untuk membesar dengan cara yang mereka rasakan betul adalah amat mencabar. Tekanan bertambah setiap hari pada setiap individu. Kadangkala arus kehidupan yang terlalu pantas menyebabkan ramai yang kurang mampu untuk menanganinya. Tiada siapa yang memiliki imuniti terhadap tekanan atau stres dan kerungsingan. Tekanan yang biasa dihadapi termasuklah tekanan dari sekolah, tekanan untuk berjaya di dalam permainan dan sukan, tekanan untuk memuaskan hati orang lain dan juga tekanan untuk sentiasa diterima ramai. Faktor sosial 1. Masyarakat zaman ini disogokkan dengan imej yang ditonjolkan oleh media seperti televisyen, radio, video dan internet. Adalah amat mustahak untuk menyedari bahawa apa yang ditonjolkan di dalam media ini hanyalah imej rekaan semata-mata dan tidak melambangkan kehidupan yang sebenar. Walaupun pengiklanan mahukan kita minum minuman yang tertentu serta memakai seluar berjenama seperti yang diiklankan, pilihannya masih lagi terletak di tangan kita sebagai pengguna. Begitulah juga keadaannya dalam memilih untuk menjadi perokok ataupun peminum arak. 2. Gaya hidup mereka yang mewah dan terkenal seperti yang ditonjolkan dalam dunia hiburan mampu menggoda kita semua untuk mengecapi populariti sedemikian rupa. Tekanan untuk menjalani kehidupan yang dikatakan 'berarus deras' ini sangat menggoda kepada kebanyakan masyarakat zaman ini. Tanda- Tanda dan Gejala Berikut merupakan ciri-ciri penyalahguna dadah dikesan: a) Gejala fizikal Berpeluh Meremang bulu roma Pening kepala Menggigil (tremor) b) Gejala psikologi Keresahan Insomnia - tidak dapat tidur Kerisauan Gangguan emosi dan perasaan c) Gejala perlakuan Sentiasa ponteng kerja Penurunan prestasi kerja Digantung atau dibuang sekolah

Mabuk semasa memandu yang boleh menyebabkan kemalangan Ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam Mencuri Di antara dadah-dadah yang sering disalahgunakan termasuklah kanabis (ganja), amfetamin, ekstasi dan heroin. Gejala-gejala yang biasa dipamerkan oleh penyalahguna dadah adalah: Gangguan koordinasi Mata merah Insomnia - tidak dapat tidur Hilang selera makan Penurunan berat badan Kemurungan Cakap banyak Tidak dapat mengimbang diri Loya dan muntah Mengetap gigi dan rahang Peningkatan tenaga Kerap menggosok hidung Berpeluh berlebihan Mengantuk Menggunakan tandas terlalu lama Walau bagaimanapun, sesetengah dadah menghasilkan gejala yang khusus. Contohnya, mempamerkan simptom yang dikenali sebagai cocaine bug iaitu rasa sesuatu merayap di atas kulit. Ekstasi pula mempamerkan gejala yang ganjil iaitu rasa tersangat dahaga. Komplikasi Penggunaan dadah dan alkohol yang berlebihan dan berpanjangan boleh memusnahkan pelbagai organ dalam badan. Alkohol terutamanya, mampu merosakkan hati, otak dan jantung. Hati yang telah dirosakkan oleh alkohol kurang berupaya untuk membuang sisasisa toksik yang terkumpul di dalam badan. Individu yang berada dalam keadaan koma hepatik menjadi lemah, mengantuk, pengsan, bingung dan biasanya tangan mereka akan menggeletar. Koma hepatik boleh membawa maut dan perlu dirawat dengan segera. Penagih dadah terutamanya yang berkongsi jarum suntikan yang kotor boleh mengalami kerosakan pada otak, hati, paru-paru, tulang dan sistem imun. Kuman yang berjangkit dari jarum yang tidak steril itu kadangkala boleh menjangkiti otak dan menyebabkan meningitis serta otak bernanah. Virus hepatitis yang juga boleh merebak melalui perkongsian jarum, boleh menyebabkan kerosakan hati. Kebanyakan penagih dadah akan mula menyuntik dadah secara subkutanus (di bawah kulit) yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit atau kudis. Apabila dadah telah disuntik ke dalam vena ( salur darah ), parut boleh terbentuk pada tisu yang terlibat dan menjadikan salur venanya tersumbat. Seterusnya masalah dengan sistem imun pula akan muncul. Oleh kerana HIV (Human Immunodeficiency Virus) boleh merebak melalui perkongsian jarum, ramai

penagih dadah akan dijangkiti penyakit AIDS. Penggunaan dadah yang berlebihan boleh membahayakan nyawa kerana ia boleh menyebabkan gangguan pada pernafasan dan seterusnya boleh membawa maut. Ini disebabkan oleh bekalan darah ke otak telah berkurangan, menyebabkan koma dan seterusnya membawa maut. Ujian - Ujian Penyalahgunaan dadah yang masih di peringkat awal jarang-jarang dapat dikesan melalui pemeriksaan fizikal. Penyiasatan yang biasa dijalankan termasuklah mengesan bahan yang disalahgunakan itu di dalam air kencing ataupun di dalam darah. Namun bagitu, ujian air kencing ini adalah tidak sensitif bagi mereka yang mengambil dadah secara bersela (tidak berterusan). Kes penyalahgunaan alkohol pula boleh dikesan pada nafas atau darah individu yang terlibat. Pengesanan pada rambut pula adalah berguna bagi mengesan dadah yang telah disalahgunakan untuk jangkamasa yang panjang. Pencegahan Pencegahan primer melibatkan bantuan kepada individu untuk mengelakkan diri dari ketagihan. Ini haruslah ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan remaja yang berisiko. Salah satu pendekatan yang baik ialah dengan menekankan terhadap kesan buruk penyalahgunaan dadah dan alkohol. Pencegahan sekunder terdiri daripada mencari kesan-kesan yang merbahaya yang dibawa oleh bahan yang disalahgunakan itu sebelum sebarang gejala penagihan muncul. Mengekalkan kewaspadaan terhadap tanda-tanda awal penagihan dadah atau pengalaman lampau yang boleh menjurus kepada penagihan adalah cara untuk mengesan lebih awal tabiat penagihan atau penagihan semula. Oleh kerana penagihan adalah gangguan kronik yang boleh berulang, setiap individu masih memiliki risiko mengulangi semula tabiat buruk mereka ataupun membawa masalah baru dengan menggunakan bahan-bahan lain. Akhir sekali, pencegahan tertier melibatkan rawatan kesan perubatan dari dadah yang telah disalahgunakan dan membantu penagih dadah supaya dapat menerima rawatan bagi mengatasi ketakupayaan mereka seterusnya. Secara ringkasnya, cara yang paling biasa digunakan untuk mencegah penagih dari mengulangi tabiat mereka adalah melalui pemantauan yang kerap dan berterusan, kaunseling, dorongan keluarga dan manipulasi sekitaran. Ini kemudiannya diikuti dengan mencegah mereka dari bergaul semula dengan rakan-rakan lama mereka yang turut sama terlibat dan juga mencegah mereka daripada memperolehi bekalan dadah dengan mudah. Memantau perkembangan individu yang terlibat adalah amat penting.

Anda mungkin juga menyukai