Anda di halaman 1dari 2

Watak dan Perwatakan

INTAN JULIA (JU)


- Watak utama dalam novel ini. - Anak sulung kepada Jeffri dan Intan Maliana.

PENYAYANG
Buktinya, Julia amat menyayangi ibu bapanya. Semasa ibunya jatuh koma, dia sentiasa mendoakan agar ibunya segera sembuh. Dia juga berusaha untuk menjaga ibunya setiap kali pulang daripada kampus pada hujung minggu. Julia turut menyayangi bapanya. Demi membahagiakan bapanya, Julia merestui bapanya untuk memperisterikan Aisyah.

BERDIKARI
Buktinya, Julia tinggal di asrama (kolej) semasa menuntut di Pusat Matrikulasi UIA walaupun rumahnya agak dekat dengan pusat matrikulasi tersebut.

KEGIGIHAN DAN KETEKUNAN


Buktinya, Julia gigih mengulang kaji pelajarannya. Berkat kegigihan dan ketekunannya, dia berjaya lulus SPM dengan cemerlang. Akhirnya, dia ditawarkan peluang untuk menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa.

KETABAHAN
Buktinya, Julia banyak menghadapi cabaran hidup seperti kematian adik-beradik kembarnya, kenyataan bahawa bapanya ingin berkahwin lagi, pertengkaran antara dia dengan Rasylan, dan kematian ibunya. Namun Julia sentiasa tabah dan sabar mengharungi cabaran serta dugaan hidup.

Anda mungkin juga menyukai