Anda di halaman 1dari 5

Ini adalah terjemahan buku

yang akan dikemaskini dari masa ke


semasa

BAHKAN KAMU SESAT WAHAI AL-TIJANI


Jawapan Kepada Penyesatan Muhammad Al-Tijani Al-Samawi Dalam Bukunya Akhirnya Kutemui Kebenaran
Oleh: Syeikh Khalid Al-Asqalani Terjemahan Oleh Panel Penterjemah Darulkautsar Petikan daripada www.darulkautsar.net

Pendahuluan Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, selawat dan salam buat Rasul-Nya yang digelar dengan al-Amin, Muhammad bin Abdullah, juga buat keluarganya dan para sahabat kesemuanya. Sejak Abdullah bin Saba`, seorang Yahudi telah memasyhurkan fahaman tentang wajibnya imamah1 Sayyidina Ali dan menzahirkan serangan fitnah ke atas Abu Bakar, Umar dan Uthman kemudiannya disambar oleh anak-cucunya yang terdiri daripada kaum Majusi dan merekalah yang mencetuskan kerosakan dan perpecahan di kalangan umat Islam dengan modal murahan dan sesuatu yang telah ditinggalkan oleh zaman seperti dakwaan Ali lebih berhak menjadi khalifah, keutamaannya mengatasi semua sahabat, memprovokasi persoalan pembunuhan Sayyidina Husain dengan mengadakan upacara ratapan tahunan untuknya. Yang menghairankan ialah isu-isu ini telah berlalu dengan berlalunya masa, namun Syiah Rafidhah terus mahu meniupkannya sebagai percubaan untuk menghidupkannya semula.

1[1] Konsep imamah yang dicanang oleh mereka bukan seperti yang difahami oleh Ahli Sunnah Wa
Jamaah sebagai kepimpinan negara dan politik, tetapi imamah menurut mereka kepimpinan rohaniah imam-imam 12 itu mempunyai sifat-sifat ketuhanan iaitu mengetahui ilmu-ilmu ghaib, terpelihara daripada sifat lupa, dan maksiat. (pent.)

Oleh kerana hujah-hujah mereka ini tidak dapat memperdayakan cerdik pandai, maka mereka mula menzahirkan hakikat mereka yang terpendam sedikit demi sedikit bagi menutupi realiti seperti fahaman mereka tentang kufurnya semua sahabat kecuali tiga orang atau tujuh orang, imam-imam dua belas itu masum, menerima wahyu dan didatangi oleh malaikat terbaik termasuk Jibril dan Mika`il, mereka itu lebih utama daripada Rasul-rasul, mereka mengetahui apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku!! Sesiapa yang tidak beriman dengan imamah mereka maka dia menjadi kafir!! Akan tetapi mala petaka yang terbesar ialah Syiah Rafidhah yang sentiasa mengheret majoriti besar orang-orang Islam dengan menyebarkan racun-racun yang membunuh dan mencampakkan ke dalam hati mereka kebencian dan dendam terhadap umat Islam sehingga seorang daripada mereka menyangka bahawa dia berada di atas kebenaran tetapi malangnya dia lebih menghampiri kebatilan, lebih melekat dengan penipuan dan lebih layak dengan kekufuran. Oh! Alangkah baiknya hal ini berhenti setakat ini sahaja. Bahkan tidak. Mereka terus melontarkan kebencian. Tetapi kepada siapa? Kepada Yahudi dan Nasara? Tidak! Bahkan sebenarnya mereka melontarkan kepada para sahabat Rasulullah s.a.w. dan tokoh-tokoh umat. Syiah sentiasa menabur racun-racun yang membunuh bahawa kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t. telah dipinda dan ditukar ganti. Apakah mereka maksudkan itu adalah Taurat dan Injil? Tidak!! Bahkan mereka maksudkan al-Qur`an yang telah dijamin penjagaan dan pemeliharaan. Tidak ada sebarang kebatilan dari sudut mana sekalipun. Allah s.w.t. berfirman:


Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (Surah al-Hijr: 9) Dalam keadaan sentiasa terubang ambing itu, Syiah datang dengan buku mereka, Akhirnya Kutemui Kebenaran tulisan Muhammad al-Tijani al-Samawi. Kedatangan buku ini merupakan cantuman-cantuman liar bagi kesesatan dan kedegilan yang ada pada Syiah. Mereka terus menunjukkan kejelekan fahaman-fahaman mereka dalam setiap

lembaran yang mereka tulis pada masa dijalankan usaha pendekatan antara Syiah dan Ahli Sunnah. Nah, sejarah membuktikan bahawa Syiah adalah penyeru kepada keruntuhan bukan pendekatan antara Sunnah dan Syiah. Mengapa tidak, pada hal tidak ada satu bukupun yang mereka terbitkan melainkan mereka hiaskan dengan kebatilan dan disulami pula dengan pembohongan mereka. Pengarang buku Akhirnya Kutemui Kebenaran menulisnya dengan berasaskan kepada dua prinsip yang menjadi paksi yang kuat kepada hukum-hukum yang terbit darinya. Dua prinsip itu ialah pembohongan dan percanggahan. Melalui kajian ini, para pembaca akan mendapati banyak sekali keduadua prinsip tersebut diguna pakai. Sebagaimana dimaklumi, kedua-duanya itu adalah bukti kepada kebatilan bukan bukti kepada kebenaran. Penulis berani bersumpah bahawa al-Tijani tidak mengenali agama Syiah Imamiyyah yang kononnya dia mendapat hidayat kepadanya. Malah al-Tijani tidak pernah membaca kitab-kitab Syiah yang muktabar. Tambahan pula, dia bukanlah seorang yang pernah bernaung di bawah panji Ahli Sunnah sebaliknya dia menisbahkan dirinya kepada pelampau-pelampau sufi, Tariqah Tijaniyyah .

Tidak ada siapapun yang mempertikaikan perbezaan yang jelas antara manhaj Ahli Sunnah dan manhaj Tariqah Tijaniyyah2[2] yang dianuti oleh al-Tijani al-Samawi. Dengan membuat rujukan secara sederhana sahaja tentang aqidah tariqah ini sudah cukup menjelaskan kepada orang yang adil sejauh mana kesesatan dan kefasiqan yang

2[2]

Tariqat ini mempercayai konsep wahdah al-wujud yani setiap yang ada di alam ini sebenarnya gambaran tentang Allah s.w.t. Ali Hirazam menulis dalam bukunya Jawahir al-Maani Wa Bulugh al-Amani Fi Faidh Sayyidi Abi al-Abbas al-Tijani, sebuah buku terpenting tentang Tariqah Tijaniyyah, katanya: Ketahuilah zat-zat orang yang arif dalam zat-zat kewujudan bahawa mereka itu melihat diri-diri segala yang ada seperti fatamorgana di tanah rata. Apa sahaja dalam zat-zat kewujudan itu semuanya (merujuk) kepada Allah s.w.t. (jil. 1, hal. 259). Di tempat lain dia menulis: Setiap orang yang beribadat atau orang yang sujud kepada selain Allah pada zahirnya dia tidak beribadat dan tidak sujud melainkan kepada Allah jua, kerana Dia menjelma dalam rupa-rupa itu. (Jil 1, hal. 184). Penganut-penganut Tariqah Tijaniyyah mengatakan selawat Fatih (yang direka-reka oleh pemimpin mereka) kepada orang yang kesempitan lebih afdhal daripada al-Qur`an. Penulis kitab Jawahir al-Maani mendakwa bahawa sekali membaca selawat Fatih menyamai bacaan al-Qur`an sehingga enam kali. Kemudian dia mengatakan: Bahkan sehingga enam ribu kali. Dia mengatakan: Sesiapa yang melihat (dalam mimpi) syaikh mereka, Ahmad al-Tijani pada hari Isnin dan Jumaat akan masuk syurga tanpa hisab dan azab. Bahkan mereka mengatakan penghormatan ini berlaku kepada setiap orang yang melihatnya pada dua hari tersebut walaupun dia seorang kafir. (Jawahir al-Maani, jil. 2, hal. 180, Bughyah al-Mustafid Syarh Muniyyah al-Murid, hal. 275) Tetapi tiba-tiba, Syiah mengatakan al-Tijani penulis Akhirnya Ku Temui Kebenaran yang berasal daripada Ahli Sunnah telah mendapat hidayat dengan agama Syiah. Oh, alangkah peliknya!!

tersembunyi dalam al-Tijani. Oleh itu, al-Tijani yang mendakwa dirinya Ahli Sunnah telah mendapat hidayat kepada agama Syiah Imam Dua Belas adalah pembohongan yang paling besar. Bahkan sebenarnya dia berpindah daripada satu kesesatan kepada kesesatan lain yang disangkakan sebagai hidayat. Tetapi bagi orang yang melepaskan dirinya daripada tasub dan membenarkan dirinya untuk mengkaji kebenaran tanpa bias dan prejudis pasti dia akan sampai kepada jalan kebenaran. Kajian kami ini akan membuka ufuk pemikiran para pencari kebenaran, di samping mengemukakan dalil-dalil daripada Kitab Ahli Sunnah dan Syiah Imam Dua Belas sendiri. Sebelum mengakhiri muqaddimah ini, penulis tidak lupa untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan rasa terhutang budi kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan dan menerbitkan buku ini yang memakan usaha dan waktu. Semoga Allah s.w.t. menganjari usaha mereka di dunia ini dan menjadi sebab untuk masuk syurga di akhirat nanti. Penulis mengharapkan usaha penulisan ini ikhlas kerana Allah dan Dia menghimpunkan penulis bersama-sama dengan para sahabat Rasulullah s.a.w. Ya Allah, jadikanlah tempat tinggal penulis di akhirat dalam syurga yang kekal abadi bersama-sama dengan al-hur al-ain. Amin Ya Allah perkenankanlah. Pengantar Al-Tijani membahagikan bukunya itu kepada dua bahagian. Bahagian pertama menceritakan pengembaraannya ke negara-negara Arab Islam yang membawa kepada petunjuk dan perhubungan rapat dengan Syiah yang memberi kesan yang baik kepadanya dalam usaha keluar daripada kegelapan menuju kepada cahaya dan menjelaskan perbezaan antara kebenaran dan kebatilan. Bahagian kedua pula menyentuh tentang pengembaraannya yang ilmiah yang membawanya kepada hakikat kebenaran iaitu persoalan sekitar sahabat Rasulullah s.a.w. dan peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh mereka. Akhirnya kebenaran itu berjaya

membawanya kepada memutuskan bahawa sesatnya Ahli Sunnah dan betapa mereka itu terseleweng daripada kebenaran. Natijah kajian yang diperolehi oleh al-Tijani ialah jalan yang lurus iaitu Syiah Imam Dua Belas atau Syiah Rafidhah.3[3] Oleh kerana bahagian kedua ini berkisar tentang sahabat, yang menjadi batu asas persoalan ini dan ia amat membahayakan maka menjadi kemestian kepada penulis untuk menyanggah al-Tijani bermula dari persoalan ini. Kemudian penulis akan menyelesaikan jawapan demi jawapan terhadap pemalsuan dan pembohongan lain yang terkandung dalam buku al-Tijani yang menyesatkan itu.

3[3]

Dalam kitab al-Rawdhah Min al-Kafi, al-Kulaini mengemukakan satu riwayat yang panjang daripada Muhammad bin Salman daripada ayahnya, dan tersebut dalam riwayat itu Abu Busair berkata kepada Abu Abdullah: Kutebus engkau dengan diriku, sesungguhnya kami telah digelar dengan gelaran yang buruk yang mematahkan tulang belakang kami, mematikan hati kami dan pemimpin-pemimpin mereka menghalalkan darah kami kerana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ulama mereka. Abu Busair berkata, lalu Abu Abdullah berkata: al-Rafidhah? Abu Busair menjawab: Ya. Abu Abdullah berkata: Tidak, demi Allah, bukan mereka yang menamakan kamu, tetapi Allah yang menamakan kamu dengannya.. jil. 8, hal. 28)

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=1419