Anda di halaman 1dari 9

Pembinaan Item Ujian Subjektif Item subjektif ialah item yang membenarkan subjektiviti dalam respons yang diberikan.

Item ini digunakan supaya pelajar boleh mempamerkan kedalaman pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki. Pelajar boleh memberi respons dengan mengemukakan pelbagai jawapan yang bersifat polikotomus. Oleh itu item ini mampu disesuaikan untuk menguji tahap kognitif yang lebih tinggi seperti mentaksir kemahiran menganalisis, mensintesis atau membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara yang mana memerlukan pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir. Item subjektif juga memberi kebebasan yang agak luas kepada pelajar bukan sahaja dari segi mempersembahkan respons, tetapi juga panjang atau pendek respons itu. Pada pendapat anda item ujian yang manakah lebih sesuai , ujian objektif kah atau ujian subjektif ? Cuba anda bina beberapa item ujian objektif atau pun item ujian subjektif.

4.3.1

Kata Tugas Item Ujian Kata tugas adalah suatu kata kerja yang terdapat pada sesuatu item yang berfungsi untuk menyatakan tugasan yang hendak disampaikan oleh penuli item tersebut. Kata tugas ini akan mengarahkan pelajar untuk memberikan respons yang sejajar dengan tugasan item atau soalan. Oleh itu pemilihan dan penggunaan kata tugas yang sesuai pada suatu item adalah sangat penting. Kegagalan menggunakan kata tugas yang tepat dengan hasrat penulis item akan menyebabkan pelajar gagal memberikan respons seperti dihasratkan dalam peraturan pemarkahan. Kata tugas mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan objektif penilaian yang menggunakan item berkenaan, dimana kata tugas boleh membayangkan kerencaman tugasan sesuatu item. Walau bagaimana pun suatu kata tugas itu tidaklah unik bagi sesuatu objektif penilaian sahaja, kerana terdapat kata tugas yang sama apabila dikaitkan dengan tugasan item yang berlainan akan menagih corak dan jenis respons yang berlainan. Terdapat kata tugas yang dapat berdiri dengan sendiri untuk menyatakan tugasan item. Walau bagaimanapun terdapat kata tugas yang memerlukan sokongan item daripada beberap perkataan lain untuk menjadikan penyampaian tugasan sesuatu item itu lebih jelas.

4.3.2

Item Esei Jawapan Terbatas Item jawapan terbatas berkecenderungan menghadkan bentuk dan respons pelajar. Bentuk respons biasanya dihadkan melalui skop yang disoal dan markah yang diperuntukkan. Manakala panjangnya respons adalah dari segi ruangan jawapan yang disediakan. Biasanya item ini memerlukan pelajar memberikan respons dalam satu prasa atau beberapa ayat atau satu perenggan. Item jenis ini tidak terhad kepada menguji pengetahuan sahaja. Dengan menghadkan bentuk dan panjangnya respons pelajar, pemarkahan lebih terselaras dan dapat meninggikan kebolehpercayaan skor ujian. Respons yang diharapkan lazimnya dibina atau dipandu berdasarkan stimulus dan tugasan item. Dalam menyediakan item respons terhad, butiran yang disoal boleh melampaui tahap pengetahuan seperti mentaksir kemahiran aplikasi atau menyelesaikan masalah. Item jawapan terbuka berupaya memfokuskan tugasan item kepada sesuatu tujuan yang khusus namun item jawapan terbuka tidak sesuai digunakan untuk menguji kemahiran intelek yang lebih tinggi. Item jawapan terbuka tidak mampu mengumpulkan evidens yang mencukupi tentang kemahiran berfikir plelajar dan berkemungkinan banyak memberi respons secara terbuka.

4.3.3

Item Esei Jawapan Terbuka Item jawapan terbuk bersifat polikotomus dan mengundang pelbagai kemungkinan jawapan daripada pelajar secara bertulis. Item ini memberikan kebebasan kepada pelajar untuk merancang dan membentuk jawapan. Pelajar bebas mengemukakan idea, pendapat dan tanggapan mereka, mengorganisasikan idea, membina hujah yang logis, membentangkan penilaian sesebuah pemikiran atau mengaitkan pemikiran dan perasaan. Oleh itu jenis item ini sesuai untuk mengukur konstruk yang memerlukan pelajar menggunakan beberapa kombinasi kemahiran seperti menginterpretasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Meskipun begitu , darjah kebebasan ini tertakluk kepada keperluan tugasan, stimulus dan prompt yang diberi. Item jenis ini membolehkan pelajar mempamerkan proses pemikiran kritis dan kreatif mereka kepada pentaksir.

Dalam item respons terbuka, pelajar diperlukan mengutip dan memilih isi-isi dan idea-idea daripada pengetahuan sendiri, menyusun idea-idea dan isi-isi itu dan seterusny menulisnya dengan cara yang logik dan dapat difahami. Peraturan pemarkahan yang disediakan perlulah jelas, terperinci dan komprehensif. Kekuatan item jawapan terbuka adalah ia boleh :a) Menerokai pelbagai pilihan, cara ata pendekatan bagi menyelesaikan masaalah b) Membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau maklumat. c) Menghasilkan sesuatu idea yang asli. d) Menyatu dan mengabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat daripada pelbagai sumber pembelajaran. Mengenalpasti, memilih, menyusun dan mempersembahkan sesuatu perkara atau idea dalam bentuk suatu komunikasi.

e)

Namun item jawapan terbuka juga mempunyai kekangan dalam :a) Memerlukan pemeriksa yang terlatih untuk membuat penskoran b) Memerlukan masa yang agak panjang untuk penskoran dan perbandingan dengan item objektif Penskoran respons pelajar dilakukan secara subjektif dan boleh memberikan kesan halo ( potensi dalam ketidaktepatan pemerhatian kesan dari terlalu membuat kesimpulan lebihan keatas sesuatu bukti atau keutamaan atau pengaruh ) Memerlukan pelajar menulis dengan bentuk tulisan yang jelas dan boleh dibaca. Bentuk tulisan yang kuang jelas dan sukar dibaca akan menjejaskan pemeriksa untuk memahami idea atau maklumat yang disampaikan dan boleh menjejaskan skor pelajar.

c)

d)

1. Senaraikan jenis item ujian yang anda tahu dan nyatakan kelebihan dan kekurangan yang anda boleh fikirkan.

2. Bincangkan jata-jata tugas yang sesuai dalam membina item ujian

Rumusan Dalam bab ini, kita telah membincangkan mengenai jenis-jenis item ujian. Membina item atau soalan ialah satu keadah mengukur dan menilai pencapaian pelajar. Program ini memerlukan guru yang terlatih, penglibatan pelbagai kepakaran, kurikulum dan kaedah pengajaran khas. Membina item ujian bukan sahaja mengambil masa yang lama tetapi memerlukan penelitian. Item ujian boelh membantu mengukur pencapaian kognitif pelajar atau murid jika ianya dibina dengan betul.

SOALAN SUBJEKTIF DEFINISI Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan. Terdapat dua jenis soalan subjektif: 1. Item jenis struktur 2. Item jenis esei Prinsip pembinaan soalan jenis struktur

Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan. Prinsip pembinaan soalan jenis esei Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar. Terdapat dua jenis item esei 1. Item tindak balas terhad 2. Item tindak balas lanjutan Item tindak balas terhad Item tindak balas terhad membataskan isi dan bentuk tindak balas. Item jenis ini juga dihadkan kepada skop/topik tertentu sahaja. Item jenis ini berupaya mengukur aras kognitif isi yang terbatas. Item tindak balas lanjutan Item jenis ini berbeza daripada item tindak balas terhad. Item jenis ini tidak membataskan isi dan bentuk tindak balas. Pelajar akan dirangsang untuk berfikir dan mengaitkan serta mengaplikasikan pengetahuan serta pengalaman yang dipelajari di bilik darjah atau pengalaman sedia ada murid dalam jawapan mereka. Kelebihan dan kelemahan Ujian Subjektif Seperti ujian objektif, ujian jenis subjektif juga mempunyai kelebihan-kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah: a) Ia boleh dibina dengan mudah. Bilangan soalan yang dibina sedikit. b) Ujian jenis ini berupaya mengurangkan tekaan jawapan. c) Ia berupaya memberi peluang kepada calon untuk menunjukkan kebolehannya. Mereka boleh memilih aspek-aspek pembelajaran yang paling penting dan wajar, mereka boleh mengelolakan pengetahuannya, mereka boleh mengemukakan pendapat dan sikapnya, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian. d) Membolehkan calon-calon menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka menghampiri situasi sebenar.

e) Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar. f) Berguna untuk menggelakkan pemikiran pembelajaran pada peringkat atau proses mental yang tinggi. g) Ia mempunyai potensi untuk mengukur keaslian h) Tidak menggunakan masa yang banyak untukmenyediakannya. Dari segi kelemahan-kelemahannya pula, ujian ini memperlihatkan: a) Nilai potensi diagnostik yang rendah b) Ia cenderung untuk menggalakkan penipuan. Pelajar-pelajar boleh menghafaz karangan dan menuliskannya dalam ujian itu. c) Tidak boleh diskor dengan mesin. Ia memerlukan orang-orangyang terlatih. d) Pemeriksaan kurang boleh dipercayai. e) Tidak dapat menyumbang kepada sample isi yang luas. f) Ia memerlukan masa yang panjang bagi murid menjawabnya dan bagi pemeriksa memeriksanya. Ia mahal dan membosankan. g) Tidak bebas daripada artikulasi lisan. Ia memerlukan kefasihan berbahas.

Item subjektif bermaksud item yang mempunyai jawapan terbuka, iaitu yang tidak spesifik seperti jawapan kepada item objektif. Item subjektif ini membenarkan subjektiviti dalam jawapan yang diberikan. Item ini digunakan untuk pelajar mempamerkan kedalaman pengetahuan yang dimiliki. Justeru, item ini sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang lebih tinggi, seperti mengukur penguasaan menganalisis,mensintesis, membuat pertimbangan, menilai dan membuat keputusan, yang memerlukan kemahiran berfikir. Item subjektif juga memberi kebebasan kepada pelajar dari segi gaya persembahan jawapan dan juga panjang atau pendek jawapan tersebut Prinsip Am Penyediaan Item Subjektif Item subjektif ini biasa berbentuk esei, sama ada berjawapan pendek, sederhana atau panjang. Justeru, prinsip penyediaan item jenis esei ini adalah sama bagi ketiga-tiga kategori soalan tersebut. Berikut adalah tujuh prinsip am untuk menyediakan soalan berbentuk esei:

Prinsip * Penulis perlu menyemak sukatan pelajaran dan objektif pengajaran, supaya soalan yang dihasilkan menepati sukatan pelajaran dan objektif pengajaran tersebut. * Arahan hendaklah jelas tentang panjang jawapan dan sama ada pelajar perlu menjawab dalam kertas soalan (mengisi ruang kosong) atau dalam kertas jawapan. * Soalan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga,supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya. * Aras kesukaran setiap soalan perlu setara supaya setiap soalan yang diberi markah yang sama, mempunyai aras kesukaran yang sama juga. * Soalan perlu ditulis supaya pelajar dapat membayangkan satu kerangka struktur yang akan memandu pelajar untuk menjawab soalan tersebut. * Tentukan terlebih dahulu perkara yang ingin diberi markah dan markahnya untuk memudahkan penyediaan skema jawapan. * Gunakan lebih banyak soalan berjawapan pendek (1/2 muka surat) daripada soalan berjawapan panjang (2-3 muka surat), supaya lebih banyak soalan boleh diberikan.

Kata tugas adalah suatu kata kerja yang terdapat pada sesuatu item yang fungsinya ialah untuk menyatakan tugas yang perlu dibuat oleh pelajar semasa menjawab sesuatu item/soalan.

Kata Tugas Item Subjektif Sebelum kita membina item subjektif, kita perlu memahami jenis kata tugas yang sesuai digunakan untuk membina item tersebut. Kata tugas ini akan mengarahkan pelajar untuk memberikan jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan. Oleh itu, pemilihan kata tugas yang sesuai untuk sesuatu item adalah sangat penting. Kegagalan menggunakan kata tugas yang tepat dengan hasrat penulis item akan menyebabkan pelajar gagal memberikan jawapan seperti yang ditentukan dalam peraturan memberi markah. Kata tugas mempunyai kaitan yang rapat dengan tujuan ujian yang menggunakan item berkenaan. Bagaimanapun, sesuatu kata tugas itu tidaklah unik bagi satu tujuan ujian sahaja, kerana kata tugas yang sama boleh menghasilkan jawapan yang berlainan. Terdapat kata tugas yang boleh berdiri dengan sendiri untuk menyatakan kehendak soalan. Bagaimanapun, terdapat kata tugas yang memerlukan sokongan daripada beberap perkataan lain untuk menjadikan kehendak soalan itu lebih jelas. Jadual berikut menunjukkan beberapa kata tugas dan jawapan yang diharapkan.

* Analisiskan - Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau perkara yang dikomunikasikan.

* Anggarkan - Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan keadaan yang ditetapkn dengan menggunakan satu pengetahuan tertentu. * Apakah - Memberi maklumat yang khusus atau spesifik. * Bagaimanakah - Memperihalkan, memberi penerangan tentang keadaan langkah atau kejadian. * Bandingkan - Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara. * Berapakah - Memberi kuantiti. * Bezakan - Menyatakan kelainan, ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara. * Bilakah - Menyatakan masa atau waktu. * Binakan - Membuat sesuatu dengan menggunakan kaedah atau alat tertentu. * Bincangkan - Memberi penerangan daripada pelbagai aspek. PEMBINAAN ITEM SUBJEKTIF Pembinaan Item Esei Berjawapan Pendek Item jenis ini memerlukan pelajar memberi jawapan pendek (biasanya satu perenggan) yang memberi peluang kepada mereka menyampaikan pendapat, hujah atau idea sendiri. Item bentuk ini amat sesuai untuk mengukur pengetahuan, kefahaman dan aplikasi/penyelesaian masalah mudah, yang turut melibatkan kemahiran berfikir. Soalan esei berjawapan pendek ini boleh dibina supaya jawapannya menjadi lebih objektif (lihat contoh) daripada soalan esei berjawapan terbuka. Dengan jawapan yang terbatas ini, pemeriksaannya dapat diselaraskan dengan mudah, dan ini dapat meningkatkan kebolehpercayaan soalan tersebut. Di sini, walaupun jawapannya lebih objektif daripada jawapan esei terbuka, jawapan esei pendek masih lagi agak subjektif/pelbagai. Oleh kerana jawapan esei pendek ini masih pelbagai, maka pembina soalan perlu menyediakan skema jawapan yang merangkumi semua jawapan yang mungkin. Pembinaan Item Esei Berjawapan Terbuka Item bentuk ini membenarkan pelajar merancang dan memberi jawapan secara bebas, justeru, mengundang pelbagai kemungkinan jawapan daripada mereka. Misalnya, pelajar bebas mengemukakan idea, pendapat dan tanggapan, mengorganisasikan idea, membina hujah yang logis, memberikan penilaian terhadap sesuatu pemikiran atau mengaitkan pemikiran dengan perasaan. Oleh itu, jenis item ini amat sesuai untuk mengukur konstruk, yang memerlukan pelajar menggunakan beberapa kemahiran seperti menginterpretasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Item jenis ini juga membolehkan pelajar mempamerkan proses pemikiran kritis dan kreatif. Pelajar juga akan menghadapi masalah semasa menjawab soalan berjawapan terbuka ini, sebab mereka perlu mengutip dan memilih isi-isi dan idea-idea daripada pengetahuan sendiri, menyusun isi-isi dan idea-idea ini, dan seterusnya, menulis dengan cara yang logik supaya isi-isi dan idea-idea ini dapat dikomunikasikan dengan baik. Oleh sebab jawapannya yang amat terbuka, yang mengandungi isi-isi, idea-idea dan kreativiti tertentu, maka pembina item bentuk ini perlu menyediakan skema/ peraturan pemarkahan yang jelas, terperinci dan menyeluruh, agar penilaian pencapaian pelajar dapat dibuat sewajarnya. Walaupun item berjawapan terbuka ini sukar dijawab dan juga diperiksa, ia mempunyai

kekuatan tersendiri, iaitu dapat menggalakkan pelajar: menerokai pelbagai cara atau pendekatan untuk menyelesaikan sesuatu masalah; membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau maklumat; mempamerkan sesuatu idea yang asli mereka; mengabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat; dan mengenal pasti, memilih, menyusun dan mempersembahkan sesuatu perkara atau idea dalam bentuk komunikasi bertulis.

Anda mungkin juga menyukai