Anda di halaman 1dari 3

Bahagianya Musibah:

Air zam-zam/air kolah masjid ada roh (molekul2) Ujian-bukan musibah,Allah nak melihat adakah keimanannya benar2 taat.Ujian dlm bentuk mehna BalaMusibah-berlaku kpd kita dlm keadaan kita tidak suka, dapat dielakkan melalui doa dan sedekah.musibah jg sbg pembalasan. Apa yg dilihat itulah yg dia dapat.tapi tak semestinya org yg taat itu tidak ditimpa itu musibah, keana kdg2 musibah itu adalah ujian dpd Allah. Musibah samada pembalasan dosa atau dugaan Allah akan mengampunkan dosa dan dalam pada itu Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.Allah sudi mengampunkan dosa melalui musibah yg menimpa. Ayat 156 dan 157 surah al bakarah:perkara yg perlu sebut ialah inalillah.... Apabila menghadapi musibah-Menangis kerana kesyukuran dan keinsafan Nabi Ayubpenyakit yg diterima saban tahun utk member ketinggian darjat, oleh itu ia memohon utk berada dlm kesakitan tersebut. Ada banyak jenis ujian antaranya musibah iaitu penyakit.Apabila hamba tersebut meghampiri Allah ,Allah akan mengampunkan dosa kita. Dlm hadis kudsi-jika engkau dan mencari redha Allah maka aku tidak meredhai pahalamu kecuali syurga.(perlu istiqamah) Ya Allah tidak ada kemudahan illa maajaltahu sahlah...

Amalan hari Jumaat


Allah SWT menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari. Jumaat diantara hari-hari yang tujuh itu. Hari Jumaatlah yang paling mulia dan digelar Penghulu bagi segala hari. Banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat. Diantara amalan yang baik pada hari Jumaat yang selalu disebutkan iaitu "Bacalah Surah AlKahfi (Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat diterangkan baginya daripada nur barang yang antara dua Jumaat."

Juga bacalah Yasiin (Sabda Rasulullah SAW: "Tiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Quran itu ialah Yasiin. Sesiapa membaca Yasiin sekali disunatkan Allah Taala baginya seperti ia membaca Al-Quran sepuluh kali)." Juga fadhilat Surah Haa Min Ad-Dukhan jika dibaca (Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa membaca Surah Haa Min Ad-Dukhan pada malam Jumaat atau siangnya nescaya dibina oleh Allah baginya rumah di dalam syurga)." Dan sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa membaca Alif Lam Mim Tanzil As-Sajadah dan Tabarakalladzi biyadihil mulk pada malam Jumaat nescaya dicatatkan baginya tujuh puluh kebajikan dan dihapuskan daripadanya tujuh puluh kejahatan dan diangkatkan baginya tujuh puluh darjat)." Setidak-tidaknya hendaklah seseorang itu membaca surah Al Ikhlas sebanyak mungkin. Fadhilatnya seperti Sabda Rasulullah SAW: "Siapa membaca Qulhuwallah 3 kali maka seolah-olah ia membaca Al-Quran keseluruhannya." Sabda Rasulullah SAW: "Siapa membaca Qulhuwallahu ahad 1000 kali, maka bererti ia membeli diri (menebuskan diri) daripada api neraka." Banyakkan salawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW. Fadhilat daripada membaca seperti sabda Rasulullah SAW: "Siapa membaca salawat ke atasku pada hari Jumaat sebanyak 80 kali, nescaya Allah mengampunkan dosanya lapan puluh tahun." Kepada orang lelaki yang solat Jumaat hari ini. Selesai solat Jumaat, disunatkan baca 7 kali, AlFatihah. 7 kali Surah Al-Ikhlas, 7 kali Surah Al- Falak dan 7 kali Surah An Nas dengan syarat belum bercakap-cakap dengan sesiapa pun. Pada satu riwayat menyatakan bahawa Allah SWT memeliharakan akan agamanya, dunianya, ahli keluarganya. SubhanAllah. Mari lakukan semua amalan-amalan diatas ini. Wasallam.

Anda mungkin juga menyukai