Anda di halaman 1dari 5

PERSPEKTIF BARU DALAM PEMBELAJARAN:

PEMINDAHAN PEMBELAJARAN (Transfer of Learning)

Oleh

Ahmad Fuad Muhammad1

Kertas perbincangan ini akan memperkenalkan beberapa


konsep yang berkaitan dengan topik perpindahan pembelajaran
(learning transfer). Lazimnya kita beranggapan apa yang telah diajar
akan digunapakai oleh pelajar dalam pembelajaran mereka. Malang
sekali penyelidikan yang dijalankan mengenai “pemindahan
pembelajaran” tidak menyokong anggapan ini. Kajian menunjukkan
pelajar-pelajar yang telah diajar kemahiran (seperti penyelesaian
masaalah secara metamatik) lazimnya gagal mengenali kemahiran
baru yang dipelajari untuk menyelesaikan masaalah yang serupa
dalam kehidupan harian mereka (Bereiter, 1984). Kajian-kajian yang
lain pula menunjukkan pelajar yang berkemahiran tertentu dalam
kehidupan harian mereka, lazimnya menghadapi kesulitan dalam
mencari penyelesaian masaalah yang serupa semasa belajar
disekolah (Lave, 1988; Lave, Murtaugh, & de la Rocha, 1984).

Mengapa agaknya ilmu pengetahuan tidak dapat berpindah dari


satu ‘setting’ kepada ‘setting’ yang lain? Beberapa dekad yang lalu,
Whitehead (1929) telah memperkenalkan terminologi “inert
knowledge” (ilmu pengetahuan kaku) sebagai cara untuk
menjelaskan kegagalan ilmu pengetahuan dipindah kepada ‘setting’
yang baru. “Inert knowledge” (ilmu pengetahuan kaku) adalah
merujuk kepada ilmu yang tidak digunapakai kedalam konteks dan
situasi yang baru walaupun ianya adalah relevan. Dengan lain
perkataan, ilmu yang diperolehi pelajar adalah bersifat kaku (inert)
sekiranya terbukti mereka dapat menggunakannya dalam satu situasi
(seperti didalam makmal atau ujian) tetapi gagal untuk
menggunakannya di situasi lain yang sesuai seperti semasa kerja, di
restoran atau semasa bermain.

Isu mengenai pemindahan ilmu pengetahuan adalah penting


sekali terutamanya pada hari ini dimana perubahan sosial dan
teknologi yang amat ketara. Ramai orang bertukar pekerjaan/jawatan
sekurang-kurangnya empat atau lima kali sepanjang kariernya.
Dengan setiap pertukaran/perubahan pekerjaan, mereka perlu
memindahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada situasi kerja
yang baru. Sekiranya pemindahan ilmu dan kemahiran ini tidak
berlaku, maka satu latihan semula yang ekstensif amat diperlukan.
Kegagalan memindahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dari

Perunding/Konsultan Latihan/Pendidikan (afuadm@gmail.com)


1

1
situasi sekarang kepada situasi persekitaran kerja yang baru mungkin
menjelaskan mengapa pendidikan dan latihan amat diberi perhatian
oleh terutama sekali dalam sektor swasta pada masakini. Sebagai
pengajar/jurulatih, kita perlu secara serius memberi pertimbangan
yang sewajarnya terhadap masaalah perpindahan pembelajaran
(learning transfer) agar kita dapat membentuk satu pengajaran yang
boleh menghasilkan pemindahan pembelajaran yang efektif serta
boleh digunapakai oleh pelajar.

Pemindahan Pembelajaran (Transfer of Learning)

Pemindahan pembelajaran bermaksud kemampuan untuk


mengaplikasi (gunapakai) ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
dipelajari dari dalam satu konteks kepada situasi dan konteks yang
baru atau berlainan. Dengan lain perkataan, mengambil sesuatu yang
kita telah pelajari dan menggunapakainya semula di situasi yang
berlainan. Pemindahan pembelajaran tidak berlaku dengan mudahnya
seperti kita fikirkan. Walau bagaimanapun ianya adalah merupakan
matlamat (goal) proses pembelajaran, tetapi jarang sekali tercapai.

Kepentingan Pemindahan Pembelajaran

• Pertukaran/Perubahan Pekerjaan (Job Changes)


• Perubahan Karier (Career Changes)
• Perubahan Teknologi (Technology Changes)
• Memperkasa Pekerja (Worker Empowerment)
• Justifikasi Program Latihan (Justification for Training Programs)

Jenis-Jenis Pemindahan Pembelajaran

Para penyelidik telah mengenalpasti beberapa jenis/kategori


pemindahan pembelajaran (Clark & Voogel, 1985; Perkins & Solomon,
1988; Royer, 1986; Salomon, 1988):

1. Pemindahan Terdekat (Near Transfer) – berlaku apabila pelajar-


pelajar mengaplikasi ilmu pengetahuan dan kemahiran kedalam
situasi dan konteks yang akan sama dengan situasi proses
pembelajaran yang telah berlaku. Contoh: Seorang pelajar
mempelajari yang geseran (friction) antara dua bahan logam boleh
dikurangkan dengan menggunakan bahan pelincir, dia akan
menyedari bahawa prinsip yang sama boleh digunakan keatas
ensel pintu rumahnya yang ketat dan berbunyi. Jenis pemindahan
bagini berlaku kerana kesamaan situasi proses pembelajaran
dengan situasi dimana kemahirannya digunapakai. Dengan lain
perkataan, dalam kedua-dua situasi melibatkan masaalah ia itu
geseran antara dua bahan logam, menimbulkan kesedaran yang
bahan pelincir boleh menyelesaikan masaalah yang sama
disekolah dan juga dirumah.

2
2. Pemindahan Jauh (Far Transfer) – berlaku apabila suatu kemahiran
yang dilakukan dalam satu konteks yang sangat berlainan
daripada konteks asal dimana kemahiran tersebut dipelajari.
Pemindahan jauh melibatkan pembentukan kemahiran-kemahiran
umum yang diperolehi/pelajari dan digunakan kedalam konteks
yang sangat berlainan (Clarks & Voogel, 1985). Pemindahan jauh
jarang berlaku dan ianya lebih rumit daripada pemindahan
terdekat kerana pelajar perlu menganalisa situasi secara terperinci
untuk merujuk semula peraturan atau konsep-konsep yang
diperlukan bagi mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran keatas
situasi yang berkenaan (Salomon, 1988). Contoh: Seorang pelajar
yang biasa menggunakan program‘Microsoft Word’ dalam PC dan
cuba mengaplikasikannya ke dalam program ‘Pages’ yang terdapat
dalam ‘MacBook’.

3. Pemindahan Otomatik (Automatic Transfer) – apabila kemahiran


yang dipelajari dilatih dengan banyak kali sehingga aplikasinya
menjadi otomatik. Contoh: Belajar memandu kereta merupakan
pemindahan kemahiran ke situasi yang mudah sekali dipelajari.
Amalan kemahiran menghidupkan enjin, memandu dan
memberhentikan kereta dilakukan dengan banyak kali sehingga
ianya menjadi hampir secara otomatik walaupun ada ketikanya
memandu kereta yang berlainan jenis.

4. Pemindahan Dengan Daya Fikiran (Thoughtful Transfer) –


Memerlukan usaha percubaan secara sedar untuk mengenalpasti
ciri-ciri persamaan keatas situasi-situasi yang amat berlainan
sekali. Ia perlu menjangkau dari ciri-ciri permukaan bagi
mengenalpasti konsep-konsep dan peraturan-peraturan yang
abstrak dimana didapati relevan pada situasi yang baru. Contoh:
Seorang penasihat militari menyedari/mengetahui peraturan-
peraturan “kepong dan tawan” dalam permainan catur boleh
diaplikasi dalam perancangan taktikal dalam peperangan. Dalam
kes ini, ciri-ciri permukaan dan konteks keseluruhan antara
permainan catur dan peperangan amat berbeza sekali, dan dalam
kebanyakkan kes, pemindahan tidak mungkin berlaku. Akan tetapi,
sekiranya pelajar diajar untuk melihat melampaui ciri-ciri
permukaan dan mengenalpasti peraturan-peraturan abstrak yang
boleh diaplikasi dalam sesuatu situasi, maka pemindahan cara ini
mungkin akan berlaku. Pemindahan dengan daya fikiran
bergantung kepada “deliberate mindful abstraction of skill or
knowledge from one context for application to another” (Perkins &
Salomon, 1988, ms. 25).

Memudahkan Pemindahan Pembelajaran


3
Kita perlu membantu pelajar membentuk “conditionalized
knowledge,” ia itu ilmu pengetahuan yang merangkumi maklumat
mengenai keadaan/situasi dan sekatan-sekatan dalam
penggunaannya (Simon, 1980).

• Menyediakan situasi/keadaan kontekstual seperti kajian kes


• Mengalakkan persamaan konteks
• Lebih manfaat mengajar kemahiran dan konsep-konsep
umum daripada yang lebih spesifik

Penyelidikan menunjukkan pembelajaran konteks sepatutnya


mencerminkan situasi atau keadaan dimana ilmu pengetahuan boleh
dipindahkan. Para sarjana menyarankan bahawa pendidikan patut
berasaskan realiti dan apa yang telah dipelajari sepatutnya
mempunyai satu aplikasi praktikal yang diiktiraf oleh pelajar-pelajar
(Dewey, 1956; Whitehead, 1929). Ini adalah merupakan intipati
kepada kebanyakan program teknologi pendidikan. Pelajar-pelajar
berpeluang mempelajari matematik, sains, dan teknologi dengan
mengaplikasi secara aktif konsep-konsep dan prosedur-prosedur
melalui aktiviti-aktiviti yang hampir sama dengan situasi realiti hidup
sebenar.

Rujukan
Bereiter, C. (1984). How to keep thinking skills from going the way of all frills.
Educational Leadership, 42, 75-77.

Clark, R. E., & Voogel, A. (1985). Transfer of training principles for instructional
design. Educational Communication and Technology Journal, 33(2), 113-123.

Dewey, J. (1985). School and society. Chicago: University of Chicago Press.

Lave, J. (1988). Cognition in practice. New York: Cambridge University Press.

Lave, J., Murtaugh, M., & de la Rocha, O. (1984). The dialectic of arithmetic in
grocery shopping. In B. Rogoff & J. Lave (Eds.), Everyday cognition: Its development
in social context (pp. 67-94). Cambridge, MA: Harvard University Press.

Perkins, D. N., & Salomon, G. (1988). Teaching for transfer. Educational Leadership,
46(1), 22-32.

Roger, J. M. (1986). Designing instruction to produce understanding: An approach


based on cognitive theory. In G. D. Phye & T. Andre (Eds.), Cognitive classroom
learning: Understanding, thinking, and problem solving (pp. 83-117). New York:
Academic Press.

Salomon, G. (1988, April). Two roads to transfer; Two roads of transfer. Paper
presented at the meeting of the American Educational Research Association, New
Orleans.

4
5