Anda di halaman 1dari 26

GURU SPBT

SENARAI TUGAS GURU SPBT


1. Mengedarkan Borang SPBT 1 kepada semua murid melalui guruguru tingkatan. 2. Memungut balik Borang SPBT 1 dari guru tingkatan. 3. Menyemak tiap-tiap helai borang itu bagi mempastikan yang ia telah diisi dengan betul oleh murid-murid. 4. Mengasingkan Borang SPBT 1 murid-murid yang layak dengan yang tidak layak mendapat pinjaman. 5. Membuat penyiasatan jika terdapat keraguan pada maklumat yang diberi dalam borang itu. 6. Menyerahkan Borang SPBT 1 kepada Jawatankuasa Buku Teks untuk pengesahan. 7. Mengedar Borang SPBT 1A kepada murid-murid yang tidak layak dan kepada murid-murid yang ibu bapa/ penjaganya tidak mahu mendapat pinjaman buku teks kemudahan memungut kembali dan melekatkan bersama-sama Borang SPBT 1 nya.
Memesan Buku-buku:-

1. Menyediakan draf nama-nama buku teks yang akan digunakan pada tahun hadapan bagi tiap-tiap tingkatan dengan menggunakan Borang SPBT 2/ 4R. 2. Menyediakan Borang SPBT 2/ 4R secara bertaip dalam tiga salinan. 3. Memindahkan maklumat-maklumat ke dalam Borang SPBT 3/ 5R. 4. Menghantar salinan asal Borang SPBT 2/ 4R dan Borang-borang SPBT 3/ 5R kepada Biro Buku Teks, salinan kedua Borang SPBT 2/ 4R kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan salinan ketiga disimpan di sekolah. 5. Jika berlaku pertambahan murid-murid secara mendadak terpaksa membuat tempahan tambahan buku teks.
Penerimaan Buku-buku:-

1. Membilang buku-buku untuk mengetahui sama ada bilangannya mencukupi atau tidak sebagaimana tercatit di dalam borang penyerahan.

2. Meyemak keadaan fizikal dan kualiti buku-buku itu seperti mutu kertas yang digunakan, kesilapan cetak, dan lain-lain. 3. Menyemak pada Borang Komputer bagi mengesahkan buku-buku yang diterima sama seperti yang dipesan. 4. Memasukkan ke dalam buku stok. 5. Menyerahkan invois kepada Pengetua untuk ditandatangani dan menghantar satu salinan kepada Jabatan Pendidikan Negeri. 6. Sekolah juga ada menerima buku teks dari sekolah-sekolah lain dan langkah-langkah seperti 1, 3, 4 dan 5 di atas dilakukan.
Memproses Buku-buku:-

1. Mengecop semua buku-buku yang diterima. Bagi sebuah buku ada 2 jenis cop digunakan dan dicop sekurang-kurangnya pada 3 tempat ; i. i. ii. iii.

Bahagian Hadapan helaian pertama. Bahagian Tengah. Bahagian Belakang helaian akhir.

1. Menulis No. Kod dan bilangan siri bagi tiap-tiap buah buku. 2. Menyimpan buku-buku dengan disusun tiap-tiap jenis mengikut No. Siri.
Membahagi Buku-buku

1. 1. Memproses kembali Borang SPBT 1 dan 1A bagi mengetahui bilangan murid-murid yang layak dan tak layak menerima buku teks. 2. Menentukan bilangan siri bagi satu-satu jenis buku untuk satu-satu kelas. 3. Memberi penerangan kepada guru-guru kelas cara yang betul mengisi Borang G. 4. Membahagi buku-buku kepada murid-murid yang layak melalui guru-guru kelas. 5. Mengedarkan Borang G kepada guru-guru kelas untuk dipenuhkan dalan dua salinan. 6. Memungut satu salinan Borang G menyemak supaya tidak berlaku kesilapan dan seterusnya menyimpan dalam satu fail khas.

Memungut Kembali Buku-buku :-

i. ii.

Menentukan tarikh bagi tiap-tiap tingkatan memulangkan bukubuku pinjaman. Memungut balik buku-buku dilakukan secara berperingkat seperti :

i. ii. iii. i.

Selepas Peperiksaan PMR. Selepas Penggal Ketiga. Selepas Peperiksaan SPM. Menyerahkan balik Borang C kepada guru kelas supaya ditandatangani oleh murid-murid yang memulangkan buku pinjaman. Membilang dan menyemak bilangan buku yang dipulangkan sama atau tidak dengan bilangan yang telah diberi pinjaman. Membali buku-buku baru bagi menggantikan buku-buku yang rosak atau hilang (dari wang yang bayaran oleh murid-murid yang terlibat). Bila terdapat murid-murid yang berhenti sekolah/ bertukar ke sekolah lain guru SPBT akan memungut balik buku-buku pinjaman dari murid-murid itu dan mesti menandakan dalam Borang C dan Buku Stok. Menyimpan tiap-tiap judul buku di tempat yang dikhaskan dengan mengikut urutan No. Siri. Memastikan murid-murid yang merosakkan buku dengan sengaja atau menghilangkan buku membayar ganti sama ada dengan buku baru atau wang. Menyenaraikan senarai murid yang tidak menyerahkan balik bukubuku pinjaman dan yang tidak menggantikan/ bayar harga buku berdasarkan Borang C. Menyediakan surat-surat saiklostail dan menghantar surat kepada ibubapa/ penjaga murid-murid yang tidak memulangkan buku pinjaman. Menyerahkan senarai nama murid-murid seperti (10) kepada Pengetua di mana Pengetua boleh mengambil berbagai-bagai tindakan seperti :

ii. iii.

iv.

v. vi.

vii.

viii.

ix.

i. ii.

Keputusan Peperiksaan PMR atau SPM ditahan (bagi yang menduduki peperiksaan). Menahan murid-murid terlibat dari mendapat pinjaman buku teks bagi tahun hadapan bagi murid-murid yang tidak menduduki peperiksaan.
Mengawasi dan menjaga keselamatan buku :-

1. Untuk memastikan semua murid menjaga buku dengan baik, pemeriksaan mengejut perlu dibuat dari semasa ke semasa. 2. Pemeriksaan ini perlu diadakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun. 3. Memberi penerangan semasa perhimpunan umum dari masa ke semasa supaya murid-murid menjaga dan menggunakan buku teks dengan baik. 4. Buku-buku yang disimpan di dalam bilik buku teks mesti dibersihkan dari habuk, debu dan sarang labah-labah dan dijaga sepanjang masa daripada dibinasakan oleh tikus, anai-anai, air hujan, banjir dan kecurian. 5. Pengawasan penggunaan buku dalam bilik darjah dilakukan oleh guru SPBT. 1. Menerima Pekeliling dan soal-selidik dari BBT/ JPN untuk diteliti dan diambil tindakan. 2. Menjawab soal-selidik/ pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan oleh BBT/ JPN ini termasuk juga menyemak Komputer Print Out yang dihantar oleh Biro Buku Teks. 3. Menyediakan Senarai Buku Teks Kegunaan Sekolah :Menyediakan senarai nama buku-buku teks bagi semua tingkatan yang akan digunakan oleh sekolan buku yang dibekalkan oleh pihak BBT dengan berpandukan senarai nama buku teks yang diperakukan oleh Biro Buku Teks. Mencetak kemudian dibahagi kepada semua murid, pada pertengahan Penggal Ketiga. Pada awal Penggal Pertama guru SPBT juga mengedarkan senarai buku teks ini kepada semua guru dan murid-murid yang baru masuk ke sekolah. Menghantar satu salinan senarai buku bagi tiap-tiap tingkatan ke Biro Buku Teks dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Menjaga Buku Stok, Borang-borang dan Fail-fail.

1. Buku Stok mesti berada dalam keadaan kemas kini. 2. Satu Buku Stok digunakan bagi satu tingkatan. Juga Buku Stok skim pinjaman tambahan. Oleh kerana sentiasa berlaku murid keluar/ masuk, maklumat dalam Buku Stok sentiasa berubah. 3. Bila berlaku murid pindah sekolah guru SPBT mesti mendapatkan Borang SPBT murid berkenaan. 4. Segala borang-borang dan fail-fail mesti dijaga dengan selamat sepanjang masa dan berada dalam keadaan kemaskini. 5. Terdapat beberapa fail yang perlu dijaga sepanjang masa, seperti fail invois, pekeliling dari Biro Buku Teks dan Jabatan Pendidikan Negeri, surat menyurat dengan BBT/ JPN, Borang C dan fail mengenai buku pinjaman tambahan.
Kerja Pengagihan :

1. Membilang buku-buku yang lebih dan mengikatnya mengikut jumlah yang ditetapkan. 2. Menghantar buku-buku itu ke sekolah yang telah ditetapkan iaitu secara tangan kalau dekat dan secara pos kalau jauh. 3. Menyediakan borang borang untuk ditandatangani oleh sekolahsekolah penerima.
Membaiki Buku Rosak :

1. Membuat kulit baru. 2. Membuat Binding. 3. Menampal dengan salutip, muka surat yang rosak dan lain-lain kerja yang berkaitan.
Menilai Buku Teks :

1. Memilih jenis-jenis buku yang diperakukan oleh BBT. 2. Mengesyorkan kepada Guru Besar supaya membeli satu/ dua naskah bagi tiap-tiap judul buku. 3. Mengemukakan kepada panatia matapelajaran yang berkenaan untuk memilih sebuah buku yang sesuai untuk sekolah. 4. Mengemukakan kepada Jawatankuasa Pemilihan Buku Teks syor Panatia matapelajaran bagi mendapatkan keputusan muktamad.

Menghapus kira Buku Teks :

1. Membilang jumlah tiap-tiap buku yang hendak dihapuskira. 2. Menunjukkan kepada Jawatankuasa untuk disemak. 3. Mengisi Borang C dalam 7 salinan di mana 6 salinan dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri untuk tindakan selanjutnya. 4. Selepas mendapat keputusan dari pihak berkenaan (BBT dan JPN) Borang E pula diisi dalam 5 salinan 4 salinan dikemukakan ke Jabatan Pendidikan Negeri untuk tindakan selanjutnya.
Lain-lain

1. Mendapatkan, menyimpan dan meminjamkan katalog-katalog dan naskah-naskah contoh buku-buku teks kepada guru-guru kanan subjek untuk dikaji sebelum membuat sebarang penilaian. 2. Memproses cadangan menukar buku-buku teks untuk dikemukakan kepada pihak yang berkenaan. 3. Membuat laporan pembahagian dan pemulangan buku-buku teks untuk dikemukakan kepada pihak yang berkenaan. 4. Menyediakan peraturan-peraturan & penggunaan buku teks skim pinjaman untuk murid-murid. 5. Lain-lain tugas yang berhubung dengan buku teks sepertimana yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

PENGURUSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS Pendahuluan: Bagi menghasilkan pengurusan SPBT yang cemerlang di sekolah, setiap aktiviti pada peringkat tertentu telah dilaksanakan dengan efisien dan sistematik. a) Sistem Fail Skim Pinjaman Buku Teks Sistem fail yang kemas dan teratur telah diwujudkan bagi merekod dan menyimpan segala maklumat SPBT dengan tepat dan terkini. Sistem fail yang kemas dan teratur ini memudahkan pihak-pihak yang terlibat dengan SPBT membuat rujukan dan semakan pada bila-bila masa yang diperlukan. Untuk tujuan ini, pihak sekolah telah menyediakan fail-fail yang berikut: i) Fail Pertama : Fail senarai murid yang layak dan tidak layak mendapat bantuan ( Borang SPBT 1 dan Senarai Daftar Kelayakan difailkan secara berasingan. : Fail Rekod Pinjaman Buku Teks ( Borang SPBT G ) : Fail Borang Keperluan Buku Teks (BTBT190/BTBT 170) dan Senarai Bekalan Buku Teks Sekolah (BTBTR 460/BTBTB 460 ). iv) Fail Keempat : Fail Rekod Pelupusan Buku Teks SPBT. v) Fail Kelima : Fail surat-surat Pekeliling SPBT. vi) Fail Keenam : Fail surat menyurat dengan BBT/JPN/PPB/PPD/ JAIN berkaitan dengan SPBT. vii) Fail Ketujuh : Fail salinan Sijil Akuan Penerimaan/ Invois dan Nota Serahan. viii) Fail Kelapan : Fail mesyuarat jawatankuasa . Menyimpan minit mesyuarat AJK. ix) Fail Kesembilan : Fail Laporan Buku Hilang/ Musnah dan Gantian. x) Fail Kesepuluh : Fail Teguran/Aduan/Laporan Penyelian BBT/JPN/PPB/PPD/JAIN/Nazir/Audit/Ibu bapa. b) Permohonan Buku Teks Setiap tahun sekolah membuat permohonan buku teks. Permohonan buku teks dibuat kepada JPN/BBT. Permohonan yang disediakan oleh sekolah telah mengambilkira perkara berikut. i) Menentukan kelayakan pinjaman buku teks murid dengan memproses maklumat ibu bapa atau penjaga melalui Borang Kelayakan Murid. ii) Jawatankuasa Kelayakan memproses kelayakan pinjaman buku teks. iii) Menyediakan senarai dan rumusan murid yang layak menerima pinjaman buku teks mengikut tahun. iv) Mengemukakan permohonan buku teks dengan menggunakan Borang Pemohonan Keperluan Buku Teks v) Mengemaskinikan buku stok sebelum membuat permohonan. vi) Mengemaskinikan/ mengisi maklumat dalam borong permohonan dengan betul dan lengkap mengikut panduan/ arahan daripada BBT/JPN. vii) Guru Besar menyemak dan mengesahkan maklumat dalam borang permohonan viii) Menyampaikan borang yang lengkap kepada JPN. c) Penerimaan Bekalan Buku Teks i) Guru Besar/ Guru Penolong Kanan HEM/ Guru SPBT menerima bekalan Buku teks. ii) iii) Fail Kedua Fail Ketiga

Memastikan perkara berikut adalah betul sebelum mengesakan penerimaan bekalan buku teks. Judul buku yang dibekalkan. Bilangan buku yang dibekalkan. Mutu fizikal buku teks baik dan memuaskan. Kod, nama, dan alamat sekolah dalam nota serahan atau invois adalah betul. iii) Menandatangai nota serahan atau invois setelah mendapati semua perkara yang tersebut di atas dipatuhi. iv) Buku-buku yang mempunyai mutu fizikal yang rendah hendaklah dikembalikan kepada penerbit atau pengedar dalam tempoh jaminan v) Guru SPBT merekodkan butir-butir buku teks SPBT yang telah dibekalkan ke dalam buku stok SPBT sebaik sahaja bekalan diterima. vi) Buku teks SPBT yang telah direkodkan dicapkan dengan cap SPBT Sekolah. vii) Menghubungi penerbit atau pengedar jika bekalan buku teks lewat diterima. viii) Menyediakan dan melaporkan penerimaan bekalan buku teks kepada PPD. ix) Menerima bekalan BPG sebanyak lima naskhah bagi setiap judul mata pelajaran. d. Buku Stok Skim Pinjaman Buku Teks Buku stok SPBT merupakan rekod resmi tentang bilangan buku teks SPBT di sekolah. Pihak sekolah telah menyediakan buku stok SPBT mengikut format yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Maklumat-maklumat dalam buku stok ini sentiasa dikemaskinikan dengan mengambil kira perkara berikut: i) Semua maklumat buku teks SPBT direkodkan dengan lengkap . ii) Semua buku teks direkod dengan tepat dan betul setelah pemeriksaan fizikal dibuat. iii) Baki buku teks SPBT telah dicatat dan bilangannya adalah sama dengan jumlah yang ada di dalam Bilik Operasi SPBT Sekolah. iv) Segala perubahan maklumat telah direkod dengan tepat. v) Buku stok diperiksa oleh Guru Besar/ Guru Penolong Hem dari semasa ke semasa. vi) Buku stok disimpan di dalam Bilik Operasi SPBT supaya mudah dirujuk. vii) Maklumat tentang keluar/masuk buku teks SPBT direkod mengikut kelas. viii) Buku stok ditutup pada 31 Disember setiap tahun. e. Cap Skim Pinjaman Buku Teks Untuk membezakan buku teks SPBT daripada buku lain, pihak sekolah telah menyediakan cap SPBT mengikut format dan ukuran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Semua Buku Teks, Buku Latihan dan Aktiviti serta Buku panduan Guru yang diterima daripada penerbit perlu dicap dengan cap SPBT. f. Pengagihan Buku Teks Kepada Murid Pihak sekolah mengagihkan buku teks SPBT kepada murid yang layak menerima pinjaman buku teks pada minggu pertama persekolahan. i) Guru SPBT mengagihkan buku teks kepada murid melalui guru kelas. ii) Buku teks yang telah diagihkan kepada murid direkodkan dalam buku stok SPBT.

ii)

iii) Guru kelas mengagihkan buku teks kepada murid dan merekodkan pinjaman tersebut dalam Borang Pinjaman Buku Teks ( Borang SPBT G ). iv) Pada akhir sesi persekolahan, buku teks dikumpulkan semula daripada murid dan direkodkan penerimaannya dalam buku stok SPBT. g. Penjagaan dan Penggunaan Buku Teks i) Semua murid yang menerima pinjaman buku teks dikehendaki membalut buku-buku mereka dengan menggunakan plastik lutsinar. ii) Guru kelas memastikan murid menuliskan nama dan tahun dalam ruangan yang disediakan pada cap SPBT. iii) Memastikan buku teks SPBT tidak ditulis atau diconteng kecuali Buku Latihan dan Aktiviti. iv) Murid-murid dikehendaki membaik pulih buku teks SPBT yang rosak. v) Guru SPBT memastikan buku teks digunakan secara optimum dan berkesan. h. Penggantian Buku Teks yang Dihilangkan / Dirosakkan i) Pihak sekolah memastikan setiap buku teks yang dihilangkan/dirosakkan oleh murid mestilah diganti oleh murid tersebut kecuali disebabkan hal-hal tertentu seperti bencana. ii) Buku teks yang dihilangkan/dirosakkan oleh murid hendaklah dilaporkan segera kepada
guru kelas atau guru SPBT.

iii) iv) i

Buku yang hilang atau dirosakkan direkodkan dalam buku stok. Buku gantian yang diterima daripada murid direkodkan dalam buku stok.

Pelupusan Buku Teks 1) Guru SPBT akan membuat pelupusan buku teks jika buku-buku itu memenuhi salah satu syarat yang berikut. i) buku teks yang usang/ rosak yang disebabkan oleh penggunaan biasa. ii) Buku latihan dan aktiviti bagi semua mata pelajaran bahasa dan matematik Tahap Satu sekolah rendah. iii) Buku teks yang tidak boleh digunakan lagi kerana perubahan kurikulum atau sukan pelajaran. 2) Tatacara pelupusan buku teks adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 3) Semua buku teks yang telah mendapat kelulusan untuk pelupusan akan dikutip oleh kontraktor. j. Pengagihan Buku Teks i) Pihak sekolah akan melaporkan buku teks berlebihan di sekolah. ii) Pihak sekolah akan menghantar buku teks yang berlebihan kepada sekolah yang mengalami kekurangan buku teks. iii) Murid yang berpindah sekolah dibenarkan membawa buku teks ke sekolah baru sekiranya judul yang sama digunakan di sekolah yang berkenaan. Guru SPBT akan mengeluarkan bilangan buku yang diagihkan itu daripada buku stok jika mengagihkan buku teks ke sekolah lain. Guru SPBT akan memasukkan bilangan buku yang diterima ke dalam buku stok jika menerima buku teks secara pengagihan.

iv) v)

k.

Keperluan Tambahan Buku Teks

Pihak sekolah akan membuat permohonan tambahan buku teks jika berlaku pertambahan murid atau pembukaan kelas baru. l. Takwim Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah

Takwim SPBT Sekolah disediakan pada setiap tahun. Takwim ini dipatuhi bagi memastikan buku teks SPBT sampai ke tangan murid sebelum atau pada minggu pertama persekolahan.

Takwin SPBT 2005


Tarikh
Januari

Aktiviti SPBT

Februari-Mac

Mei-Jun

Julai

September

Oktober November

Disember

Mengedarkanbuku SPBT kepada murid-murid Tahun 1 yang layak. Memastikan semua murid yang layak telah menerima buku SPBT. Menubuhkan Jawatankuasa SPBT sekolah. Menceriakan Bilik Operasi SPBT. Mengemaskinikan Buku Stok dan fail-fail SPBT. Mengedarkan Borang SPBT-1kepada murid-murid Tahun 3 dan Tahun 6. Jawatankuasa SPBT memproseskan Borang SPBT-1 tahun depan. Menyediakan Senarai Bilangan Murid Layak / Tidak Layak tahun depan. Pertandingan Pengetahuan SPBTAm (murid Tahun 4 -Tahun 6) Membuat permohonan pelupusan buku SPBT. Membuat permohonan bekalan buku SPBT tahun depan. Pertandingan melukis poster (murid Tahun 4-Tahun 6) Pertandingan "Jigsaw Puzzle" (murid-murid Tahun 1-Tahun 3) Buku-buku pelupusan dikutip oleh kontraktor. Membuat laporan pelupusan. Pertandingan Mengarang (muridTahun 4 -Tahun 6) Pertandingan Mewama (muridTahun 1-Tahun 3) Menerima bekalan buku.bam. Mengecop dan mengemaskan buku-buku baru. Pertandingan Sayang akan Buku SPBT Mengedarkan Surat Makluman kepada ibu bapa. Mengedarkan Borang SPBT 1/1A kepada murid-murid Tahun 1tahun depan. Pertandingan Dam Ular (murid-murid SPBT Tahun 1-Tahun 3) Mengutip dan mengedarkanbuku-buku SPBT. Memproses Borang SPBT-1murid-murid Tahun 1 tahun depan dan seterusnya mengedarkan Surat Makluman kepada ibu bapa. Mengemaskinikanstok buku-buku, Bilik Operasi SPBT, Buku Stok, dan fail-fail SPBT.

TATACARA PELUPUSAN BUKU-BUKU SPBT 1. Gunakan Borang KEW.PA-17. (Borang bersaiz A4) 2.I s i k a n m a k l u m a t b e r p a n d u k a n c o n t o h y a n g d i b e r i , j u g a d a r i keterangan dibawah pada ruang-ruang berkenaan: a) Cop sekolah, catatkan zon dan no. telefon. b) Ruang Bahagian Catatkan kod sekolah dan nama sekolah c) Keterangan Aset Catatkan judul buku d) Unit Kosongkan e) Kuantiti Kuantiti buku yang dilupus f) Tarikh Pembelian Rujuk imbois g) Tempoh Diguna/Disimpan Rujuk tarikh pembelian h) Harga Perolehan Catat harga seunit i) Jumlah Formula j) Nilai Semasa Kosongkan kedua-dua ruangan k) Nyatakan Keadaan Aset Dengan Jelas Catatkan samada :i. Keadaan fizikal buku adalah buruk dan rosak .ii. Buku kerja yang dipakai terus iii. Perubahan sukatan pelajaran / bahasa pengantar / ejaan l)S y o r K a e d a h P e l u p u s a n d a n J u s t i f i k a s i B i a r k a n s e p e r t i sedia ada. 3.Sediakan 7 salinan/set, dengan muka surat dan bilangan yang berturutan. (Tanda tangan hidup di setiap salinan/set) 4.Hantar 6 salinan/set ke JPWPKL dengan surat iringan bertajuk M E M O H O N K E L U L U S A N P E L U P U S A N B U K U T E K S S P B T .Salinan/set ke 7 disimpan dalam fail sekolah. 5.Setelah lulus : 5 salinan/set KEW.PA -17 dipulangkan ke sekolaholeh JPWPKL beserta surat kelulusan. 6.Pelupusan akan dikutip oleh kontraktor. Sekolah Sediakan: a)5 salinan borang KEW .PA-19 (Sijil Pelupusan Aset AlihKerajaan)

b)5 salinan borang BLS/PSPBT (Pengakuan Penyerahan BahanBahanPelupusan SPBT). c)5 salinan KEW.PA-18 (Sijil Penyaksian Pemusnahan A set Alih Kerajaan) untuk pelupusan buku-buku Agama Islam sahaja) 7.S e t e l a h b u k u d i a m b i l o l e h k o n t r a k t o r , s e k o l a h k e m b a l i k a n k e JPWPKL:

a)Borang KEW.PA- 17 4 salinan (salinan ke 5 simpan disekolah). b)Borang KEW.PA-18 4 salinan (salinan ke 5 simpan disekolah). c)Borang KEW.PA-19 4 salinan (salinan ke 5 simpan disekolah). d)Borang BLS/PSBT 4 salinan(salinan ke 5 disimpan disekolah)

FUNGSI SPBT

Bertanggungjawab kepada pihak Pengetua dalam mengendalikan dan mengurus hal-hal berkaitan pemberian dan kutipan balik buku pinjaman Memastikan borang maklumat/permohonan SPBT 130/170/1170 diisi dengan betul dan sempurna Mengedar dan mengumpulkan borang SPBT 1/1A dan SPBT G Menyediakan dan menyelenggarakan buku daftar pengedaran borang SPBT 1/1A Mengedarkan buku-buku teks kepada guru-guru tingkatan untuk diberikan kepada pelajar-pelajar Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas buku teks SPBT bersama-sama AJK SPBT yang lain Mengemaskini fail dan buku stok SPBT Menerima bekalan buku teks SPBT daripada pengedar, penerbit serta menandatangani akuan serahan/invois Memastikan buku-buku teks SPBT dicop dengan SPBT dan mencatatkan tarikh penerimaan serta nombor siri Mengurus stor buku teks Mengisi borang permohonan pelupusan buku teks Menjadi Ahli Lembaga Pemeriksa Pelupusan Buku Teks Sekolah Melapor kepada Pengetua/Penolong Kanan (HEM) sebarang masalah yang berkaitan SPBT untuk tindakan selanjutnya Menyedia dan menghantar maklumat yang dikehendaki oleh Jabatan Pelajaran Johor dan Kementerian Pelajaran Malaysia Mengurus penyerahan Borang SPBT 1/1A kepada pelajar yang berpindah ke sekolah lain Memastikan buku-buku teks SPBT dalam keadaan yang baik Memastikan pelajar-pelajar menjaga/membalut buku teks Mengurus kerja baik pulih buku teks yang rosak Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah dari semasa ke semasa

TUGAS PENYELARAS BUKU TEKS & RUJUKAN BUKU


Mengagihkan buku teks kepada guru serta buku rujukan lain. Menguruskan dan mengemaskini buku stok Memesan buku-buku teks untuk kegunaan guru Bertanggungjawab mengumpul kembali buku-buku yang dipinjamkan kepada guru-guru pada akhir tahun atau bila guru bertukar/berhenti kerja Bertanggungjawab menjaga almari buku rujukan guru Mengisi borang pesanan setiap kali pesanan dibuat Bekerjasama dengan Pembantu Tadbir dalam urusan pembelian buku teks dan buku rujukan

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU TINGKATAN

Guru kelas berperanan memastikan pinjaman buku teks SPBT diedarkan kepada semua murid warganegara seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling Ikhtisas Bil.11/2007. Guru tingkatan wajar memupuk rasa saying, sikap bertanggungjawab dan menghargai buku teks SPBT serta menimbulkan kesedaran tentang faedah yang akan diterima oleh murid melalui SPBT. Oleh itu, guru tingkatan mempunyai tugas dan tanggungjawab seperti berikut :

1.1 bekerjasama dengan Guru Penyelaras SPBT dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT sekolah. 1.2 1.3 Menganggotai Jawatnkuasa SPBT sekolah. Menyedaiakan senarai nama murid mengikut kelas.

1.4 Mengagih atau mengumpul semula buku teks SPBT kepada/daripada murid. 1.5 Mengisi Borang SPBT G dan mendapatkan pengesahan penerimaan dan pemulangan buku teks SPBT daripada murid 1.6 Memastikan murid melengkapkan maklumat diri di ruangan yang disediakan pada cap SPBT dalam buku teks SPBT. 1.7 Memaklumkan kepada murid tentang peraturan pinjaman dan tatacara penjagaan buku teks SPBT. 1.8 Mengurus dan mendapatkan penggantian semula buku teks SPBT yang dihilangkan/dirosakkan oleh murid daripada ibu bapa/penjaga. 1.9 Membantu Guru Penyelaras SPBT melaksanakan Sisteksbbt.

2.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENOLONG KANAN

HAL EHWAL MURID (GPK HEM )

Guru Penolong Kanan HEM bertanggungjawab membantu Pengetua dalam pengurusan dan pelaksanaan program SPBT di sekolah. Tugas dan tanggungjawab Guru Penolong Kanan HEM adalah seperti berikut :

2.1 Meneliti dan melaksanakan semua arahan yang berkaitan dengan SPBT. 2.2 Merancang pengurusan SPBT di sekolah dengan bantuan Guru Penyelaras SPBT. 2.3 2.4 Menyediakan dan mematuhi takwim sekolah. Menyediakan dan menyimpan maklumat SPBT.

2.5 Memastikan pemprosesan dan kelulusan pinjaman buku teks SPBT seperti terkandung dalam Bahagian C di Borang Maklumat Murid (Lampiran 6 ). 2.6 Menganggotai Jawatankuasa Pengurusan SPBT.

2.7 Menghadiri taklimat/kursus dan kerjasama dengan PPD/JAIN/JPN/BBT berkaitan dengan program SPBT sekolah. 2.8 Memastikan semua maklumat dan data yang dikemukakan kepada BBT/JPN/JAIN/PPD adalah benar dan tepat,terutamanya boring Keperluan Buku Teks (BTBT190/170) dan Penyata Buku Teks (BTBT460). 2.9 Menerima bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar dan menandatangani SAP/Invois atau Nota Serahan.

2.10 Memastikan penerimaan buku teks SPBT direkod dalam buku stok,ditulis nombor perolehan serta tarikh penerimaan dan disimpan dengan baik. 2.11 Menyemak buku stok SPBT yang dikemas kini dari semasa ke semasa. 2.12 Memastikan murid layak menerima buku teks SPBT.

2.13 Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas buku teks SPBT di tangan murid dari semasa ke semasa. 2.14 Melaporkan kepada JPN/JAIN/PPD tentang lebihan/kekurangan buku teks SPBT di sekolah. 2.15 Memastikan buku teks SPBT yang berlebihan dihantar ke BOSD dengan kadar segera. 2.16 Memastikan buku teks SPBT diambil dari BOSD dengan kadar segera jika berlaku kekurangan buku teks SPBT di sekolah. 2.17 Memastikan pelupusan buku teks SPBT di buat dari semasa ke semasa atau mengikut masa yang ditetapkan oleh JPN. 2.18 Melaporkan kepada Pengetua sebarang masalah berkaitan dengan SPBT. 2.19 Membuat tindakan susulan terhadap teguran, aduan atau aporan berhubung dengan pengurusan dan pelaksanaan SPBT. 2.20 Memberi tklimat kepada semua guru dan staf sokongan sekolah mengenai dasar-dasar terkini pelaksanaan SPBT dari semasa ke semasa. 2.21 Memastikan semua guru dan staf sokongan sekolah memberi kerjasama dalam pelaksanaan dasar SPBT di sekolah. 2.22 Memastikan pelaksanaan Sisteksbbt dan eMATEKS di sekolah.

2.23 Menghadiri sesi taklimat penentuan keperluan buku teks SPBT dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pesanan tersebut.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGETUA Pengetua merupakan pemegang akauntabiliti dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT peringkat sekolah. Mereka merupakan pelaksana utama dasar-dasar berkaitan SPBT di sekolah. Pemahaman dan penghayatan tentang dasar serta pengurusan SPBT di sekolah harus dipertingkat demi memastikan pengurusan dan pelaksanaan SPBT di sekolah menepati tujuan program SPBT. Pengetua hendaklah menimbulkan kesedaran dan rasa tanggungjawab terhadap pngurusan dan pelaksanaan SPBT kepada semua guru, staf sokongan, murid, ibu bapa atau penjaga. Dalam mengurus dan melaksana program SPBT di sekolah, Pengetua mempunyai tugas dan tanggugjawab seperti berikut : 1.1 Mengadakan semua kemudahan yang diperlukan di sekolah seperti Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS) serta kelengkapan, fail, buku stok, cap SPBT, borang-borang maklumat yang berkaitan dan bantuan perkeranian. ( Sila rujuk Lampiran 4 Surat Arahan Pentadbiran KP.BT.8945/Jld.29(69) bertarikh 23 September 2008 ). 1.2 Menubuhkan Jawatankuasa SPBT Sekolah yang dipengerusikan oleh Pengetua/ Guru Kanan Pentadbiran dan Pengurusan, GPK HEM, Ketua Bidang, panitia Mata Pelajaran, Guru Penyelaras SPBT, Guru Penyelaras Tingkatan serta Guru Kelas. 1.3 Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa SPBT sekolah atau diwakilkan kepada Timbalan pengerusi. Antara agenda mesyuarat termasuklah : 1.3.1 Penetapan peraturan penjagaan buku teks SPBT.

1.3.2 Penyelarasan tindakan bagi salah laku disiplin SPBT selaras dengan Peraturan-peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) yang dikeluarkan oleh KPM. 1.3.3 Pembukaan/penutupan kelas dan perubahan enrolmen murid perlu diambil kira sebelum membuat pesanan buku teks SPBT. 1.3.4 Pemilihan dan penawaran mata pelajaran sebelum membuat pesanan buku teks SPBT. 1.4 Bertangungjawab terhadap ketepatan dan kesahihan semua data dan maklumat berkaitan SPBT. 1.5 Menentukan pembukaan kelas/mata pelajaran baru sebelum membuat pesanan buku teks SPBT. 1.6 Melantik Guru Penyelaras SPBT dan Guru SPBT yang berdedikasi dan bertanggungjawab. 1.7 Memastikan maklumat tentang SPBT disampaikan kepada semua guru, murid dan ibu bapa/penjaga dari semasa ke semasa. 1.8 Memastikan Borang Maklumat Mrid (BBM) diproses dengan betul dan saksama. 1.9 Memastikan ibu bapa/penjaga dimaklumkan status kelayakan SPBT murid,khususnya untuk murid yang bukan warganegara. 1.10 Menerima bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar dan menandatangani Nota Serahan/Sijil Akuan Penerimaan (SAP)/ Invois setelah memastikan judul dan bilangan naskah buku menepati Penyata Bekalan Buku Teks (BTBT460). 1.11 Mengeluarkansuratpenurunan kuasa penerimaan buku teks SPBT kepada guru bertugas atau Pembantu Tadbir sekolah bagi tujuan penerimaan buku teks SPBT daripada penerbit atau wakil pengedar semasa ketiadaan pihak Pentadbir Dekolah dan guru Penyelaras SPBT.

1.12 Memastikan Nota Serahan/SAP/Invois dikembalikan kepada penerbit/pengedar dengan kadar segera. 1.13 Memastikan pelupusan buku teks SPBT dibuat dari semasa ke semasa. 1.14 Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap teguran dan laporan berhubung dengan SPBT. 1.15 Bekerjasama dengan JPN/JAIN/PPD mengenai pengurusan dan pelaksanaan SPBT di sekolah. 1.16 Memastikan penubuhan dan pelaksanaan Kelab SPBT di sekolah berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh KPM (Lampiran 5). 1.17 Menggalakkan penubuhan Pengawas SPBT.

1.18 Memastikan buku teks SPBT digunakan secara optimum dalam pengajaran dan pembelajaran. 1.19 Menyemak dan mengesahkan buku stok SPBT pada 31 Diember setiap tahun. 1.20 Menyemak kemudahan peralatan ICT bagi pelaksanaan Sisteksbbt dan eMATEKS. 1.21 Memastikan pelaksanaan penggunaan Sisteksbbt dan eMATEKS dalam pengurusan SPBT. 1.22 Memastikan Guru Data mengemas kini data Sistem Maklumat Murid (SMM).

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENYELARAS SPBT Guru Penyelaras SPBT berperanan penting dalam pengurusan SPBT di sekolah. Oleh itu, Guru Penyelaras SPBT ini dilantik khas oleh pihak sekolah bagi mengurus dan melaksanakan program SPBT di sekolah.

Secara umumnya, tugas dan tanggungjawab Guru penyelaras SPBT adalah seperti berikut : 4.1 Pengurusan Am

4.1.1 Menghayati, mematuhi dan melaksanakan semua arahan berkaitan dengan SPBT. 4.1.2 Mendapatkan salinan Borang Maklumat Murid, khususnya Bahagian C daripada GPK HEM. 4.1.3 Mendapat dan merumuskan data enrolmen murid daripada Jawatankuasa Pemilihan Bantuan Sekolah. 4.1.4 Memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga status murid yang tidak layak menerima SPBT, contohnya murid bukan warganegara. 4.1.5 Menjadi Setaiusaha dalam Jawatankuasa Pengurusan SPBT Sekolah dan AJK dalam jawatankuasa Pemilihan Bantuan Sekolah. 4.1.6 Melaporkan kepada GPK HEM sebarang masalah berkaitan dengan SPBT untuk tindakan selanjutnya. 4.1.7 Melaksanakan aplikasi Sisteksbbt dan eMATEKS dalam pengurusan SPBT di sekolah. 4.2 Penentuan Keperluan Buku Teks SPBT

4.2.1 Mendapatkan data enrolmen murid yang tepat. 4.2.2 Menyediakan permohonan keperluan buku teks SPBT dengan tepat dan benar. 4.2.3 Menyediakan senarai murid yang tidak memerlukan pinjaman buku teks SPBT. 4.2.4 merujuk Pengetua/Guru Penolng Kanan tentang pembukaan dan penutupan kelas sebelum membuat pesanan buku teks. 4.3 Penerimaan Buku Teks SPBT

4.3.1 Menerima dan menyemak bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar berpandukan Penyata Bekalan Buku Teks (BTBT460) dan kriteria yang ditetapkan 4.3.2 Menerima bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar dan menandatangani SAP/Invois atau Nota Serahan. 4.3.3 Mengurus penggantian buku teks SPBT yang diterima dalam keadaan rosak daripada penerbit. 4.3.4 Memastikan buku teks SPBT dicapkan naam sekolah, mencatatkan tarikh penerimaannya serta diberikan nombor perolehan pada ruangan yang disediakan pada buku teks SPBT. 4.4 Pengagihan dan Pemulangan Buku Teks SPBT

4.4.1 Menyelaras pengagihan dan pemulangan buku teks SPBT murid melalui Penyelaras Tingkatan. 4.4.2 Menyelaras dan menyemak pengisian Borang Rekod Pinjaman Buku Teks (Borang SPBT G). 4.4.3 Mengedar dan mengumpulkan semula Surat Akuan Pengesahan Penerimaan dan perjanjian Buku Teks SPBT. 4.4.4 Mengurus penggantian buku teks SPBT yang dirosakkan/dihilangkan oleh murid. 4.5 Pengurusan Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)

4.5.1 Mengurus Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS). 4.5.2 Mengurus dan mengemas kini semua fail serta buku stok SPBT dari semasa ke semasa dengan kerjasama ahli Jawatankuasa SPBT sekolah. 4.5.3 Membuat pemeriksan fizikal buku teks SPBT yang diterima daripada penerbit dan disimpan di BOSS serta ditangan murid dari semasa ke semasa.

4.5.4 Mengurus pelupusan buku teks SPBT dari semsa ke semasa atau mengikut masa yang ditetapkan oleh PPD/JAIN/JPN 4.5.5 Merancang dan melaksanakan aktiviti baik pulih buku teks SPBT. 4.5.6 Memastikan buku lebihan di BOSS tidak melebihi lima naskah bagi setiap judul. 4.6 Kelab SPBT

4.6.1 Membantu Guru Penolong Kanan Kokurikulum menubuhkan Kelab SPBT, membentuk perlembagaan dan peraturan Kelab SPBT di sekolah. 4.6.2 Menjadi Guru penasihat Kelab SPBT Sekolah. 4.6.3 Membimbing pelaksanaan aktiviti Kelab SPBT sekolah.
OBJEKTIF Objektif unit skim pinjaman buku teks ialah: 1.1 meringankan beban kewangan yang di tanggung oleh ibu bapa yang kurang mampu 1.2 memastikan pelajar daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka 1.3 memudahkan perlaksanaan pnjman buku teks dengan teratur 1.4 memastikan fizikal buku dalam keadaan baik 1.5 melaksanakan dasar SPBT yang di tetapkan dengan betul 1.6 setiap individu yang terlibat wajar memainkan peranan masing-masing denag tugas dan tanggungjawap yang di tetapkan STRATEGI Strtegi untuk pengurusan SPBT sekolah yang cemerlang ialah: 1.1 pengurusan yang cekap 1.2 kerjasama diantara AJK unit dengan guru-guru tingkatan 1.3 mendorong pelajar supaya sayangkan buku yeks mereka 1.4 mengenakan denda kepada pelajar yang tidak membalut buku teks atau tidak menjaga kebersihan dan keselamatan buku teks 1.5 pelajar wajib menggantikan biku teks yang hilang 1.6 mewujudkan sistem fail SPBT 1.7 menguruskan bilik BOS dengan efisien

BIDANG TUGAS AJK SPBT 1. Menyelaras hal-hal berkaitan pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapus kira buku buku teks. 2. Mengurus kutipan-kutipan data , mengawal buku-buku stok dan mengawal BILIK BUKU BANTUAN. 3. Menyediakan anggaran belanjawan mengurus Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 4. Mematuhi serta mengisi maklumat-maklumat pada borang berkaitan dengan buku teks 5. Menyediakan dan menyelenggara fail-fail/rekod yang berkaitan dengan buku teks 6. Mengesan buku-buku yang hilang dan rosak dan mendapatkan gantian 7. Membuat pemantauan buku-buku teks yang ada pada murid-murid dari masa ke semasa 8. Menjalankan proses baik pulih buku-buku yang rosak 9. Lain-lain yang wajar dan difikirkan perlu.

SKIM PINJAMAN BUKU TEKS S. M. TEKNIK TAWAU


PENGENALAN
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan beberapa bantuan penting, antaranya termasuklah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Pada tahun 1975, program ini dilancarkan untuk semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pada tahun 1983, program ini telah diperluaskan ke semua Sekolah Menengah Kerajaan Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat yang berdaftar dengan Majlis/Jabatan Yayasan Agama Islam Negeri.

VISI
BERSIH, CEKAP, DAN AMANAH

MISI
Memastikan pelajar daripada kalangan ibubapa atau penjaga yang kurang mampu menerima buku teks SPBT pada minggu pertama sesi persekolahan dengan bersih, cekap dan amanah.

OBJEKTIF

1. 2.

Meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibubapa atau penjaga yang kurang mampu. Memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka.

TAKWIM SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) TAHUN 2010


BIL 1. 2. 3. 4. 5. TARIKH Januari 2010 Februari 2010 Februari 2010 Februari 2010 Mac 2010 AKTIVITI Mengagihkan buku teks kepada pelajar Tingkatan 5 untuk memenuhi keperluan semasa di sekolah Memproses Borang SPBT 1 Tingkatan 4 Mengemaskinikan buku stok SPBT Mengagihkan buku teks kepada pelajar Tingkatan 4 yang layak Menghadiri bengkel pengisian borang permohonan buku teks SPBT 2007 yang dianjurkan oleh PPB/PPD/JPN/JAIN/BBT Memproses borang rayuan SPBT dan mengedarkan buku teks kepada pelajar yang berjaya merayu Mengemaskinikan buku stok SPBT Menerima bekalan buku teks daripada penerbit atau pengedar untuk kegunaan sesi persekolahan tahun 2007 Menghantar lebihan stok buku teks kegunaan tahun 2007 ke Stor Pusat SPBT

6. 7. 8.

April - Mei 2010 Jun 20010 Julai November 2010 Ogos 2010

9.

10. November 2010 11. Sebelum 31 Disember 2010

Mengumpulkan semula buku teks SPBT daripada pelajar Menutup buku stok SPBT