Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA ________________________________________________________________ KEM MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN 6 ________________________________________________________________ TARIKH : 12 JUN 2008 TEMPAT : SMK DATO BIJI

WANGSA ANJURAN : ALUMNI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 6 SMK DATO BIJI WANGSA PENASIHAT: ENCIK MOHAMMAD BIN OTHMAN 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini dikemukakan untuk membawa pelajar-pelajar STPM tahun ini agar lebih bersemangat dan bermotivasi untuk menghadapi peperiksaan tahun ini: 1.1 Kertas kerja ini bertujuan memohon kelulusan pihak pentadbiran SMK Dato Biji Wangsa untuk menganjurkan satu program khas bagi memberi motivasi kepada pelajar-pelajar di samping mendedahkan para pelajar ini kepada situasi sebenar kehidupan di univerisiti berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman yang dimiliki oleh fasilitator. 2.0 PENGENALAN Program ini adalah berdasarkan keprihatinan pihak mahasiswa terhadap perkara-perkara berikut : 2.1 Bagi mengenang jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh guru-guru terhadap kami sehingga dapat menjejakkan kaki ke menara gading dan kami berasa terpanggil untuk memberi sedikit sumbangan kepada pihak sekolah dalam memberi motivasi kepada pelajar. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Afektif: Menjadikan kem motivasi ini sebagai batu loncatan kepada para pelajar tingkatan 6 untuk memberikan kesedaran bahawa jalan utama ke universiti ialah mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam STPM. 3.2 Kognitif: Memantapkan jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) supaya para pelajar dapat menghadapi peperiksaan STPM dengan tenang dan bersemangat. 3.3 Psikomotor: Memastikan para pelajar sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa sihat dan bersedia melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh para fasilitator. 4.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM Tarikh : 12 @ 13 Jun atau 19 Jun 2008 Hari : Khamis Malam Sabtu Tempat Program : SMK Dato Biji Wangsa 6.0 SENARAI TETAMU KEHORMAT DAN PERASMI PROGRAM 6.1 Pengetua dan Pentadbir Smk Dato Biji Wangsa 6.2 Kaunselor-Kaunselor Pelajar 6.3 Guru-Guru Tingkatan 6 7.0 KUMPULAN SASARAN/ PESERTA 7.1 Pelajar-pelajar tingkatan 6

8.0 TENTATIF PROGRAM 8.1 HARI PAGI JUMAAT- PAGI SABTU 8:00 Pg Pendaftaran 9:30 Pg Ice Breaking Matlamat Tali Berantai 2:30 Ptg LDK 1 Radio Rosak Aset Kayu Tiga 5:00 Ptg LDK 2 Kenali Diri Keramat Pena 7:00 Mlm Persiapan Diri/ Makan/ Solat 9:00 Mlm LDK 3 Forum 12:00 Mlm Subconscious 4:00 Pg Qiamullail 7:00 Pg Senaman Dan Sarapan 9:00 Pg Majlis Penutup 10:00 Pg Majlis Tamat 9.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS Penasihat En. Mohammad Bin Othman Setiausaha Kurikulum Smk Dato Biji Wangsa Pengarah Program Nor Afiti Binti Mohd Basri Timbalan Pengarah 1 Khairul Hafizi Bin Zakaria Timbalan Pengarah 2 Siti Salwani Binti Mustapa Setiausaha Program Siti Khatijah Binti Hussin Bendahari Program Siti Shaera Bt Abdullah Ahli-Ahli Jawatankuasa: Ahmad Faiz Bin Abdullah Zarawy Ahmad Khalil Bin Yusof Mohd Ezat Bin Mohd Zain Mohd Anuar Bin Omar Mohamad Zulkarnain B. Hashim Mohd Amin Bin Che Hassan Mohd Azani Bin Awang Nik

Muhammad Russdi Bin Abdullah Nor Asila Binti Nordin Nor Shuhada Binti Mohd Nor Rohani Binti Awang 10. PERUNTUKAN KEWANGAN Diserahkan kepada pengurusan dan pentadbir sekolah (jika pihak sekolah ingin sediakan) 11. PENUTUP Semoga program ini mendapat kelulusan pihak pentadbiran SMK Dato Biji Wangsa serta guru-guru tingkatan 6. Jutaan terima kasih diatas pertimbangan pihak tuan. Disediakan oleh : Siti Khatijah Bt Hussin Setiausaha Program Motivasi Pelajar Tingkatan 6 Alumni Tingkatan 6 (2005/2006) Tandatangan:................................. Tarikh:......................................... Disokong oleh :

Anda mungkin juga menyukai