Anda di halaman 1dari 1

Keistimewaan Malam TANDA-TANDA LAILATUL QADAR

adalah lebih banyak dan keadaan Pada malamnya baik melebihi


bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

Kebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan dua perkara. Pertama, kerana pada malam itu diturunkan al-Quran. Kedua, pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas. Disebut sebagai Lailatul Qadar kerana pada malam itu akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama Lailatul Syaraf bermaksud malam kemuliaan dan Lailatul Tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayahNya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.

Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat. Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, Kitab al-Shiyam, hadis no: 1079.Pada bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1000 bulan, iaitu lailatulqadar. Padanyalah diturunkan alQuran yang dijadikan panduan bagi seluruh umat Islam.

BIRO KEROHANIAN DPP PERWAJA 22 RAMADHAN 1431/1 SEPTEMBER 2010


p/s : Dikesempatan ini, kami Biro Kerohanian mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri dan Maaf Zahir & Batin, Balik kampung hati-hati ye ^_^

Anda mungkin juga menyukai