Tajuk Kertas Kerja Pito

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 1

TAJUK KERTAS KERJA:

PROGRAM PENDIDIKAN LUAR DAN REKREASI OLEH PESERTA PROGRAM INTENSIF TAMBAH OPSYEN (PITO)-PJPK 2011, UNIVERSITI MALAYA SEGAR MATA, CELIK MINDA

TUJUAN KERTAS KERJA :


a) Mendapat kelulusan daripada Penolong Pendaftar Fakulti Pendidikan untuk mengadakan aktiviti luar b) Sebagai makluman kepada pihak Bahagian Pendidikan Guru(BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Fakulti Pendidikan UM c) Objektif program : I. Untuk memenuhi pemberatan markah sebanyak 20% bagi kursus Pendidikan Luar, Rekreasi dan Kesenggangan. II. Membina ketahanan mental dan fizikal kepada peserta III. Memberikan pendidikan tentang ilmu pengetahuan dan membentuk disiplin IV. Mengubah corak pembelajaran dalam kelas. d) Matlamat program ini dijalankan adalah untuk membentuk perpaduan di kalangan peserta kursus. Ia juga diharap dapat mengasah kepimpinan dan kemahiran peserta yang kebanyakannya kurang mempunyai pengetahuan asas pendidikan luar. Di samping itu, para peserta dapat menghargai kewujudan alam dalam merangsang pembentukan sahsiah yang baik. Akhir sekali, para peserta dapat berekreasi sekaligus mengurangkan rasa stress.

Anda mungkin juga menyukai