Anda di halaman 1dari 2

Lampiran A KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU REKOD PENGESAHAN DAN PEMBACAAN BUKU LATIHAN SECARA PEMBACAAN

BUKU

NAMA SEKOLAH KOD SEKOLAH NAMA GURU

: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GEORGETOWN : PEB 1102 : SARINA BINTI MOHD AMIN JUDUL (BIL. MUKA SURAT) TARIKH PEMBACAAN TARIKH PEMBENTANGAN TANDA TANGAN PENTADBIR

BIDANG

PENGARANG

Pengetahuan Profesionalisme

Kemahiran Profesionalisme Amalan Dan Nilai Profesionalisme The First Days Of School (352 muka surat) Harry K. Wong & Rosemary T. Wong

14 - 20 Jun 2010

Lampiran C BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Georgetown 1. 2. Nama Guru Judul Sarina Binti Mohd Amin The First Days Of School 3. Bidang

Kod Sekolah : PEB 1102

Amalan Dan Nilai Etika Profesionalisme Keguruan - Kursus Peningkatan Integriti Dan Budaya Kerja Cemerlang

4. 6. 7.

Tarikh Pembentangan Tempat Pembentangan

5. Masa Sekolah Menengah Kebangsaan Georgetown

8.

9.

Sinopsis Pengurusan bilik darjah dan karisma sebagai seorang guru amat penting dalam membentuk peribadi dan sahsiah pelajar bermula dari hari-hari pertama persekolahan. Kecemerlangan seorang guru bergantung kepada tiga karektor utama iaitu ekspetasi yang positif, pengurusan bilik darjah dan penguasaan pengajaran. Sebuah bilik darjah yang sempurna melambangkan personaliti guru sebagai seorang pendidik yang bermutu dan efisien. Teknik - teknik yang dipaparkan di dalam buku ini bertujuan untuk membantu guru menangani masalah yang timbul di dalam bilik darjah, mempamerkan imej kendiri yang positif, menghasilkan pelajar yang berketrampilan dan melahirkan guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Nilai Pengetahuan / Pengajaran 1) Kejayaan sesi persekolahan sepanjang tahun bergantung kepada tindakan yang diambil pada hari-hari pertama persekolahan. 2) Guru yang efektif mesti mempunyai ramalan yang positif terhadap para pelajar, bijak menguruskan bilik darjah dan cekap mereka bentuk pengajaran untuk penguasaan pelajar. 3) Penampilan yang kemas, menarik dan selari dengan etika perguruan merupakan model terbaik dalam membentuk peribadi pelajar pada masa akan datang. 4) Guru-guru mesti mematuhi peraturan dan polisi yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa serta bekerjasama dengan pelbagai lapisan masyarakat. 5) Teknik-teknik pengawalan bilik darjah yang berkesan seharusnya diikuti misalnya teknik mengambil kedatangan, penyusunan tempat duduk pelajar, hiasan kelas, teknik memberikan tugasan, pengurusan ujian, teknik-teknik pengajaran dan pelan disiplin efektif yang merangkumi peraturan, kesan serta ganjaran. 6) Guru seharusnya bertindak sebagai pemimpin dan penunjuk arah serta berupaya membuat pilihan. 7) Penglibatan dalam konvensyen, bengkel, seminar, ceramah dan membaca jurnal-jurnal pendidikan yang terkini membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru agar tidak kekal berada di takuk lama. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P 1) Seorang guru yang berkebolehan mengaplikasikan konsep-konsep yang diberikan dalam buku ini berkemampuan mengurangkan tahap kebisingan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, guru hanya perlu menggunakan isyarat tertentu sebagai arahan untuk membuatkan para pelajar diam tanpa perlu meninggikan suara. 2) Etika berpakaian seorang pendidik melambangkan tahap kejayaan yang dicapai olehnya dari segi sahsiah. Kegagalan menyerlahkan busana yang kemas akan mencerminkan kegagalan diri sendiri dalam menguruskan penampilan sekaligus memberikan impak negatif kepada para pelajar. 3) Pemantauan prestasi pelajar secara berkala dan sistematik dapat memberikan visi jelas kepada guru tentang kekurangan dan kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini penting kerana kegagalan memantau pencapaian pelajar menyebabkan seseorang guru gagal memperbaiki kelemahan pelajar. 4) Guru yang efisien akan berusaha sebaik mungkin untuk menyediakan suasana pembelajaran yang ceria bermula daripada persekitaran di dalam bilik darjah. Disahkan oleh, . (Cik Farah Binti Shikh Abdul Rahman)

Disediakan oleh, . (Sarina Binti Mohd Amin)

Anda mungkin juga menyukai