Anda di halaman 1dari 52

BIL. 1 2 3 4 PENGHARGAAN PENDAHULUAN OBJEKTIF KAJIAN KAWASAN KAJIAN 4.1 PETA NEGERI KEDAH 4.

2 PETA DAERAH

TAJUK

MUKA SURAT

4.3 PETA LAKARAN KAWASAN TAMAN SERINDIT 5 6 KAEDAH KAJIAN DAPATAN KAJIAN 6.1 KONSEP MIGRASI PENDUDUK 6.2 POLA MIGRASI PENDUDUK DI TAMAN SERINDIT 6.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI TAMAN SERINDIT 6.4 KESAN MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI TAMAN SERINDIT 6.4.1 KESAN POSITIF 6.4.2 KESAN NEGATIF 6.5 CADANGAN MENGATASI KESAN MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI TAMAN SERINDIT 7 8 9 10 BAHAN GRAFIK RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN

1.0 PENGHARGAAN

Pertama sekali saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, kerja kursus Geografi ini telah berjaya disiapkan dengan ilham dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi besar kita Muhammad s.a.w. dan kepada ahli keluarganya. Terima kasih kepada Puan. Jaiton Binti Maliasan iaitu guru mata pelajaran Geografi yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta maklumat bagi menyiapkan kerja kursus Geografi ini. Terima kasih juga kepada Tuan Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong, Tuan Haji Pazil B. Haji Jaafar yang telah memberikan kebenaran untuk menggunakan kemudahan-kemudahan asas yang berada di sekolah. Begitu juga kepada kedua orang tua saya yang telah mendidik dan mengasuh saya dari kecil hinggalah ke hari ini. Tidak lupa juga rakan-rakan yang telah membantu saya mengumpulkan maklumat iaitu Mahfuz, Akmal, Ikhwan, Haiza dan fikri. Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk Taman Serindit yang sudi ditemubual dan sanggup menjadi responden saya dalam menjalankan kajian ini, segala maklumat dan kerjasama anda amat dihargai.

2.0 PENDAHULUAN

Saya merupakan salah seorang pelajar Tingkatan 3 Bijak dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong, Alor Star, Kedah telah diarahkan oleh guru untuk menghasilkan kajian mengenai Geografi bagi melengkapkan keperluan persijilan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan tajuk Migrasi Dalaman Penduduk. Oleh itu, kumpulan kami telah membuat kajian di Taman Serindit , Jalan Langgar Alor Star, Kedah. Taman Serindit telah dipilih sebagai kawasan kajian kami memandangkan ia amat bersesuaian dengan tajuk yang diberikan. Di Taman Serindit sememangnya wujud migrasi disebabkan oleh perkembangan Bandaraya Alor Star yang berfungsi sebagai Ibu Negeri Kedah. Tempoh waktu yang diberikan kepada kami untuk menjalankan kajian ini adalah bermula dari 1 Mei 2010 hingga 26 Mei 2010. Justeru setiap pelajar dikehendaki menulis satu laporan lengkap berhubung kajian yang telah mereka jalankan. Sehubungan itu, saya berharap kajian dalam laporan ini akan mendatangkan manfaat dan berfaedah khususnya kepada kami dan amnya kepada masyarakat di kawasan persekitaran tempat tinggal saya. Kertas kajian yang ingin saya bentangkan ialah mengenai polarisi kependudukan di Taman Serindit, Jalan Langgar, 05650 Alor Star, Kedah. Sebelum memulakan kajian, beberapa kaedah telah dikenal pasti untuk digunakan bagi memudahkan kami mencatat maklumat secara terperinci dan sistematik. Sehubungan itu, kami telah menggunakan empat kaedah semasa menjalankan kerja-kerja kajian ini. Kaedah-kaedah yang telah digunakan adalah pemerhatian, temubual, soal selidik dan rujukan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Mendefinisikan konsep migrasi penduduk ngan tepat dan jelas


Menyatakan pola migrasi penduduk di kawasan Taman Serindit

Menyatakan faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di Taman Serindit Menyatakan kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan Taman Serindit Mencadangkan langkah untuk mangatasi kesan migrasi yang berlaku di Taman Serindit. Penerapan nilai dan unsur patriotisme terhadap penduduk Taman Serindit mengenai kepentingan migrasi.

4.0 KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Taman Serindit, Jalan Langgar, Alor Star, Kedah. Saya memilih kawasan ini kerana jaraknya dekat dengan rumah saya. Taman Serindit ini lokasinya adalah berdekatan, dengan 3 km dari Pusat Bandar Alor Star, 1 km dari tol plaza PLUS Alor Star Utara, 5 km dari Hospital Sultanah Bahiyah, 3 km dari Ibu pejabat Polis Kedah, 4 km dari Wisma Darulaman, 1 km dari Masjid Al-Bukhary dan 300 m dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sofiah. Manakala keluasan keseluruhan kawasan taman ini lebih kurang 800 m persegi. Ia mempunyai sebanyak 150 unit buah rumah termasuk 30 unit buah kos mewah, 30 buah rumah kos sederhana dan 90 buah unit kos rendah. Keseluruhan rumah dihuni oleh penduduk dan jumlahnya adalah seramai 600 orang. Sebahagian besar pekerjaan utama mereka adalah di sektor kerajaan, swasta manakala sebilangan kecil bekerja di sektor pertanian mahupun pesara. Kawasan ini juga turut di kelilingi oleh sawah padi di sebelah barat daya, Kg. Borhan di sebelah utara, Taman Mewah di sebelah timur dan Taman Melor di sebelah selatan. Kawasan taman ini juga merupakan kawasan yang strategik kedudukannya sebagai sebuah taman perumahan di Daerah Kota Setar, Kedah. Selain berdekatan dengan infrastruktur asas, ia juga menyediakan kemudahan seperti bekalan elektrik, air paip, telefon, taman reaksi kanak-kanak, perkhidmatan mengutip sampah yang berjadual dan sebuah surau. Justeru, kelengkapan bagi kemudahan asas bagi kegunaan penduduk di kawasan taman ini adalah cukup lengkap. Saya juga berasa bangga kerana kawasan kajian ini terletak dalam sebuah bandaraya di negara kita iaitu Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Paparan Peta Imej Satelit Lokasi Taman Serindit.

Penerapan Unsur Patriotisme

Saya sangat bersyukur kerana di kawasan taman ini mempunyai penduduk yang hidup dalam keadaan aman, damai dan sentosa walaupun bilangan penduduk sering berubah disebabkan oleh faktor migrasi dalaman. Perkara seumpama ini benar-benar wujud dan ditampilkan apabila tibanya sesuatu majis seperti Majlis Penyembelihan Lembu sempena Hari Raya Qurban, Majlis-majlis perkahwinan dan kematian. Penduduk-penduduk di taman ini juga telah menubuhkan sebuah pakatan yang dikenali sebagai Pakatan dan Khairat Kematian Anak Kariah Taman Serindit. Melalui badan seperti pakatan inilah mereka menjalankan kerja-kerja majlis secara gotong-royong di taman tersebut dalam setiap aktiviti kemasyarakatan.\ Justeru, saya amat mengharapkan agar semua individu mempunyai kesedaran tinggi untuk menjaga taman ini daripada sebarang masalah yang dihadapi. Semangat kerjasama dan tolong menolong perlu ada dalam setiap diri penduduk taman tersebut bagi meneruskan semngat patriotisme sedia ada di kalangan mereka.

5.0 KAEDAH KAJIAN

5.1 Pemerhatian

Kami telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti pola migrasi yang berlaku di Taman Serindit, Alor Star , Kedah. Pada 1hb hingga 26 Mei 2010 antara jam 1300-1800, setiap hari dalam tempoh berkenaan kami telah membuat pemerhatian secara dekat di kawasan taman bagi mendapatkan secara jelas perkembangan yang berlaku.

5.2 TemuBual Sewaktu pemerhatian ini juga kami turut mengambil kesempatan menemubual beberapa orang penduduk di Taman Serindit untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka mengenai pola migrasinya. Temubual dilakukan terhadap mereka kerana mereka lebih berpengalaman dan mengetahui mengenai latar belakang kawasan Taman Serindit, Alor Star ,Kedah.

5.3 Soal Selidik Dalam proses temubual tersebut, kami juga telah menyediakan 20 Borang Soal Selidik untuk diisi oleh mereka yang menjadi responden terhadap kajian ini, Borang soal selidik tersebut adalah seperti di lampiran.

5.4 Rujukan Di Perpustakaan Dan Internet Selain itu, sebagai tambahan untuk melengkapkan lagi kajian, kami juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet bagi mendapatkan maklumat tambahan terutamanya mengenai penerangan migrasi di Malaysia.

6.0 DAPATAN KAJIAN

6.1. Konsep Migrasi Penduduk Secara umum,migrasi penduduk ialah penghijarahan seseorang yang melintasi sempadan negeri, Negara atau sempadan antarabangsa. Merujuk kepada kajian ini migrasi yang

dibincangkan ialah migrasi dalaman. Dalam konteks ini, migrasi ialah perpindahan atau penghijarahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kajian penyelidikan saya adalah menjurus kepada polarisi migrasi kependudukan di Taman Serindit, Alor Star, Kedah.

6.2. Pola Migrasi Penduduk Setelah kajian dijalankan, saya mendapati terdapat beberapa pola migrasi yang berlaku di Taman Serindit, Alor Star,Kedah. Pola-pola migrasi yang wujud adalah seperti berikut:

6.2.1 Migrasi Luar Bandar Ke Bandar Pola ini ialah migrasi yang paling banyak berlaku di kawasan Taman Serindit. Migrasi ini disebabkan oleh dua faktor iaitu tolakan dan tarikan. Faktor tolakan iaitu disebabkan kurangnya peluang pekerjaan dan pendapatan yang terhad, tidak lumayan serta tidak tetap di luar Bandar (Kampung asal mereka) telah menyebabkan mereka berhijrah ke Bandar. Manakala faktor tarikan pula ialah kerana kawasan bandar mampu menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik terutamanya di sektor awam (menjadi pegawai kakitangan kerajaan) dan swasta (perniagaan, pembinaan dan perkilangan).

6.2.2 Migrasi Bandar Ke Bandar Migrasi seperti ini juga berlaku di Taman Serindit. Keadaan tersebut terjadi adalah disebabkan oleh arahan majikan dan desakan untuk meningkatkan taraf hidup serta melanjutkan pelajaran. Faktor-faktor sedemikian telah menyebabkan berlakunya migrasi di taman berkenaan. Kedudukanya yang berhampiran dengan Bandaraya Alor Star iaitu Ibu Negeri Kedah, berfungsi

sebagai pusat pentadbiran untuk negeri kedah juga merupakan sebahagian penyumbang kepada imigrasi ke Taman ini (Bandar Ke Bandar).

6.3 Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Di Kawasan Kajian Migrasi dalaman yang berlaku di kawasan taman saya disebabkan oleh beberapa faktor. Setelah menyemak borang soal selidik didapati faktor-faktor tersebut ialah :

6.3.1 Migrasi Luar Bandar Ke Bandar Migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar merupakan pola migrasi utama di Malaysia. Kawasan bandar yang selalu menjadi tumpuan penduduk ialah bandar, bandar raya dan kawasan perindustrian. Bagi kawasan kajian ini, peratus migrasi dari luar bandar adalah sebanyak 65%. (Rujuk Carta Pai 7.2) Sebab terjadinya migrasi sebegini kerana sebab-sebab seperti berikut:

6.3.1.1 Peluang Pekerjaan Sememangnya migrasi luar bandar ini berlaku disebabkan peluang pekerjaan yang lebih meluas di kawasan bandar. Peluang pekerjaan dalam sector perindustrian, perniagaan, pembuatan dan elektronik serta sebagainya banyak ditawarkan di kawasan perbandaran. Apa yang didapaati seramai 2 orang koresponden yang berasal dari luar bandar telah datang bekerja di Pasaraya Giant dan menetap di taman ini. (Rujuk Jadual 7.3) 6.3.1.2 Kadar Upah Yang Lebih Tinggi Di bandar, kadar upah pekerjaan juga adalah lebih tinggi berbanding dengan kadar upah di luar bandar kerana taraf hidup di bandar adalah lebih tinggi daripada luar bandar. Justeru kadar bayaran upah yang tinggi juga menyebabkan penduduk taman berpindah ke kawasan bandar. .

6.3.1.3 Melanjutkan Pelajaran Kebanyakan pelajar yang telah menghabiskan persekolahan dan telah meninggalkan tempat asal untuk melanjutkan pelajaran ke bandar kerana di sana banyak institusi yang menawarkan peluang pendidikan seperti Institusi Latihan Perindustrian (ILP), Giat Mara, serta Kolej UniTAR yang boleh memberikan peluang untuk mereka menyambungkan pengajian lebih tinggi bagi kepentingan masa depan mereka. Seramai 6 orang koresponden merupakan pelajar yang berhijrah ke Bandar ini untuk meneruskan pembelajaran mereka. (Rujuk Jadual 7.3)

6.3.1.4 Kemudahan Asas Yang Lengkap Kawasan bandar mempunyai kemudahan asas yang lebih lengkap dan sempurna berbanding dengan kawasan luar bandar. Bekalan air dan elektrik, sekolah, sistem jaringan jalan raya dan hospital di bandar berbanding kawasan luar bandar yang mundur. Oleh itu, penduduk luar bandar suka berhijrah ke bandar untuk menikmati kemudahan asas di bandar. Ini dibuktikan dengan hasil kajian menunjukkan seramai lima penghuni taman adalah di kalangan mereka yang telah bersara.(Rujuk Jadual 7.3) Kawasan taman yang terletak dalam Bandaraya Alor Setar, sudah tentu mempunyai infrastruktur yang lengkap dan merupakan pusat pentadbiran negeri Kedah. 6.3.2 Migrasi Bandar Ke Bandar Migrasi bandar ke bandar berlaku di kawasan kajian ini adalah sebanyak 35% yang diperolehi dari soalselidik. (Rujuk Carta Pai 7.2) Faktor-faktor penyebab kepada imigrasi ini adalah seperti berikut: 6.3.2.1 Arahan Majikan

Perpindahan berlaku kerana bertukar tempat kerja mengikut arahan majikan ataupun setelah kenaikan pangkat. Ini dibuktikan dengan dapatan kajian, seramai 4 koresponden adalah mereka yang ditukarkan tempat kerja.(Rujuk Jadual 7.3) 6.3.2.2 Ikut Keluarga/Perkawinan Daripada borang Soal Selidik yang telah dikaji saya mendapati terdapat beberapa buah keluarga yangdatang ke taman ini kerana mengikuti keluarga dan berkahwin dengan penduduk taman ini. Secara tidak lansung ianya telah menyebabkan bilangan penduduk di taman berkenaan
bertambah secara semula jadi.

6.4.Kesan Migrasi Dalaman Penduduk Di Kawasan Kajian Kegiatan migrasi yang berlaku di kawasan taman ini telah member kesan positif dan negatif. Antara kesan tersebut ialah: 6.4.1.Kesan Positif Kesan-kesan positif yang diperolehi iaitu: 6.4.1.1 Pertambahan Penduduk Migrasi dalaman yang berlaku telah menyebabkan bilangan penduduk di taman ini telah meningkat walaupun terdapat penduduk yang telah berhijrah ke luar.Situasi ini diseimbangkan oleh kemasukan penduduk disebabkan oleh faktor pekerjaan, mengikut keluarga dan perkahwinan.Walau bagaimanapun penduduk di taman ini masih stabil dan terdapat kawasan ang masih belum diterokai oleh penduduk.

6.4.1.2 Hasil Pertanian Bertambah

Migrasi yang berlaku ini telah menyebabkan hasil pertanian telah bertambah kerana pertambahan penduduk dan pembukaan kawasan-kawasan baru untuk aktiviti-aktiviti pertanian. Keadaan ini telah menghasilkan lebih banyak jumlah pengeluaran hasil penanaman padi.

6.4.2 Kesan Negatif Kesan-kesan adalah: 6.4.2.1 Masalah Sosial Hal ini sebenarnya disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh pekerja asing yang dibawa oleh penduduk taman untuk bekerja dalam sector pertanian. Keadaan ini telah menyebabkan penduduk asing semakin bertambah di kawasan taman tersebut dan mereka kadang kala telah menimbulkan masalah sosial seperti kes pecah rumah dan menggangu anak gadis. 6.4.2.2 Persaingan Mendapat Peluang Pekerjaan/pengangguran Kemasukan terlalu ramai penduduk di kawasan sekitar dan warga asing telah menyebabkan berlaku persaingan mendapatkan pekerjaan di kalangan penduduk taman tersebut. Apabila berlakunya persaingan ini, ianya telah meyebabkan berlakunya masalah pengangguran. 6.4.2.3 Struktur Penduduk Berubah Migrasi luar bandar ke bandar yang lain berlaku di kawasan taman ini telah menyebabkan struktur penduduknya berubah. Ini kerana kebanyakan penduduk yang berhijrah ialah golongan belia atau muda terutamanya lelaki. Keadaan tersebut telah menyebabkan golongan muda semakin berkurangan dan golongan kanak-kanak serta orang tua terus bertambah. Situasi begini telah
menyukarkan penduduk untuk mengadakan aktiviti kerana kekurangan tenaga muda yang kuat.

6.4.3.4 Penerapan Unsur Patriotisme Saya berharap walaupun penduduk taman berusaha untuk meningkatkan taraf hidup, kemakmuran taman juga perlu dipelihara. Penduduk kampong perlulah saling bekerjasama untuk memastikan keadaan sentiasa selamat untuk dihuni. Mereka perlu mewujudkan rukun tetangga untuk menjaga keselamatan taman daripada sebarang masalah sosial dan keselamatannya terus terjamin.

6.5 Cadangan Mengatasi Kesan Migarasi Dalaman Penduduk Bagi memastikan keselamatan taman ini supaya bebas daripada sebarang masalah, beberapa tindakan boleh diambil dan antaranya ialah seperti berikut. 6.5.1 Mewujudkan rukun tetangga Rukun tetangga perlu diwujudkan di taman ini bagi memastikan kawasan taman tersebut sentiasa selamat daripada masalah sosial seperti kejadian pecah rumah. Giliran bertugas dan meronda malam perlu dilakukan oleh penduduk taman untuk memastikan keadaan taman sentiasa terkawal terutamanya di waktu malam.

6.5.2 Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan Bagi mengatasi masalah pengangguran pihak kerajaan perlu menyediakan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk. Keadaan ini penting bagi mangatasi masalahmasalah sosial yang diwujudkan olah mereka kerana tidak mempunyai pekerjaan.

6.5.3 Meningkatkan kemudahan kesihatan dan pendidikan

Pihak kerajaan atau ahli jawatan kuasa (AJK) taman perlu memastikan kemudahan kesihatan dan pendidikan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Keadaan ini sangat penting bagi memastikan golongan muda atau belia tidak berpindah atau meninggalkan taman dan berhijrah ke bandar kerana kekurangan infrastruktur.

6.5.4 Penerapan unsur patriotik Saya sebagai penduduk di taman ini berasa amat bangga kerana melalui langkah-langkah yang telah dilakukan, masalah dan kesan negatif lain dapat dikurangkan. Kesedaran perlu ada bahawa taman ini merupakan tempat tinggal bagi saya sehingga menghembuskan nafas yang terakhir dan bakal diwarisi oleh generasi selanjutnya. Justeru saya mengharpkan agar semua individu mempunyai kesedaran tinggi untuk menjaga taman ini daripada sebarang masalah yang dihadapi. Semangat kerjasama dan tolong menolong perlu ada dalam setiap diri penduduk taman saya ini bagi memastikanya terus berada dalam keadaan selamat.

7.0 BAHAN GRAFIK

7.1 Carta Pai Peratus Penduduk Taman Serindit Mengikut Pecahan Kaum.

Penduduk Taman Serindit Mengikut Kaum Melayu Cina India

Peratus 55 30 15

7.2 Carta Pai Peratus Tempat Asal Penduduk Taman Serindit.

Lokasi tempat asal penduduk Taman Serindit. Tempat asal Luar Bandar Bandar Peratus 65 35

7.3 Jadual Dapatan Hasil Soal Selidik. Bil . 1. 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Nama Ahmad Bin Abdullah Fatimah Bt. Salleh Hayati Bt. Yaakob Shahila Bt.Ali Amelia Bt. Omar Raudhah Bt. Najeb Shahrizat Bt. Ali Johari Bin Karim Maimunah Bt.Ismail
Mohd Sahar bin Daud

Tempat / Daerah /Negeri Asal Kerteh,Terengganu Sik, Kedah Kuala Nerang, Kedah Bintulu,Sarawak Bayan Lepas, Pulau Pinang Tanah Merah, Kelantan Pedu, Kedah Bangi, Selangor Baling, Kedah Ayer Hitam, Kedah Pulau Pisang, Jitra, Kedah Sandakan,Sabah Yan, Kedah Bandar Hilir, Melaka Sanglang, Perlis Sandakan,Sabah Bangi, Selangor Ipoh, Perak Kerpan, Kedah Kulim, Kedah

Tempoh 5 bulan 2 tahun 3 tahun 7 tahun 2 bulan 1 tahun 5 bulan 2 bulan 4 tahun 8 bulan 8 bulan 7 bulan 4 tahun 1 bulan 6 bulan 3 tahun 4 tahun 1 bulan 9 bulan 5 bulan

Sebab Menetap Pesara Tukar tempat kerja Belajar Ikut suami Tukar tempat kerja Belajar Belajar Pesara Ikut anak Kerja Kerja Pesara Belajar Kenaikkan Pangkat Belajar Tukar tempat kerja Pesara Pesara Belajar Tukar tempat kerja

Muhammad Sharif bin Sahidan Liu Kit Keng Lee Siu Mei Chin Chak Chiak Lee Xiou Mei Lin Chin Han Chin Chok Kiat Sami Vellu a/l Sangilimuthu Ranjit Anak Lelaki Surrandram Budh Singh a/l

Karramanium

8.0 RUMUSAN

Migrasi merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan walau di mana jua pelusuk dunia ini yang didorong oleh faktor-faktor ekonomi,sosial dan politik. Dari sudut ekonomi perubahan corak kehidupan iaitu inginkan perubahan dari taraf ekonomi kemiskinan kepada taraf hidup lebih sempurna di kawasan yang baru didiami. Kawasan penempatan baru yang diterokai bakal menyumbangkan ekonomi terbaik dan mampu mengubah taraf

hidup.Contohnya,kemasukan pekerja-pekerja asing terutamanya dari Indonesia, Bangladesh dan Myanmar ke Malaysia adalah disebabkan oleh kerana faktor ekonomi.

Dari sudut sosial pula, migrasi turut menyumbangkan kesan positif dan negatif bagi kawasan-kawasan yang didiami. Ekoran migrasi di sesuatu penempatan baru ia bakal menyumbangkan kepelbagaian input-input sosial samada kepada masyarakat mahupun penempatan mereka. Kesan positif yang disumbangkan ekoran migrasi ialah penambahan pesat penduduk dan kawasan yang didiami memerlukan kemudahan infrastruktur asas yang lebih. Sehubungan itu, pihak berkuasa berwajib (kerajaan) akan menyediakan infrastruktur asas di kawasan berkenaan standing dengan kepadatan penduduk dan kepesatan kediaman.

Tidak dinafikan migrasi juga mampu berikan kesan negatif kepada masyarakat mahupun di kawasan penempatan persekitarannya. Ekoran migrasi melampau atau tidak dikawal,

menyebabkan kebanjiran masyarakat pendatang asing ditambah dengan kepadatan penduduk di kawasan yang didiami gagal menampung kapasitinya. Ekoran itu, wujudnya kawasan penempatan yang tidak terancang atau diistilahkan sebagai kawasan setinggan. Situasi begini terjadi di kawasan lembah kelang iaitu di kuala lumpur di mana banyak kawasan setinggan wujud bak cendawan selepas hujan bagi tempat-tempat di Keramat, Lembah Pantai, Petaling Street dan Kg. Chubadak.

Selain itu, migrasi akan menyebabkan kekurangan tenaga kerja di kawasan luar bandar atau ladang-ladang ekoran penghijrahan beramai-ramai belia ke bandar-bandar. Penghijrahan beramai-ramai ini turut menyumbangkan pangangguran ekoran permintaan tenaga kerja berlebihan berbanding sektor pekerjaan yang ditawarkan adalah berkurangan. Lantaran akan mewujudkan pelbagai budaya negatif seperti budaya lepak, penagih dadah dan sebagainya.

Manakala dari sudut politik, migrasi tercetus kerana peperangan, pergolakan dalam Negara dan perbalahan antara etnik sehingga menyebabkan situasi Negara yang didiami menjadi tidak terurus atau kucar-kacir mahu pun stabil. Contoh terbaik adalah seperti di Palestin, Afganistan,selatan Filipin dan Rhiwanda. Disebabkan keadaan politik Negara-negara seperti di atas mengakibatkan rakyatnya yang melarikan diri ke negara lain memohon perlindungan politik atau dikenali sebagai suaka politik.

Daripada rumusan di atas, berdasarkan kepada kajian saya ke atas migrasi di Taman Serindit, Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah adalah masih dalam keadaan terkawal dalam semua

aspek kehidupan penghuninya. Tahap kepesatan migrasi penduduknya masih lagi di tahap sederhana dan tiada berlakunya kebanjiran migrasi secara berleluasa. Kedatangan pendudukpenduduk baru ke taman ini adalah bersebab. Lagi pun, bilangan migrasi pendatang asing dari negara luar yang hadir untuk mendiaminya adalah terlalu sedikit dan penduduk-penduduk sedia ada merupakan migrasi mereka dari luar bandar atau dari daerah lain mahupun dari bandar lain ke taman ini, adalah warganegara Malaysia.

10. RUJUKAN

Saya telah membuat beberapa rujukan untuk mengetahui dengan lanjut lagi tentang migrasi dalaman adalah seperti berikut:

Buku Teks Saya telah membuat rujukan di buku teks di halaman 210 hingga 217 untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang migrasi dalaman.

Internet Selain daripada merujuk buku teks, saya juga telah malayari internet untuk mengetahui tentang migrasi dalaman. Antara laman web adalah http:/www.migrasipenduduk.com.

Orang sumber Saya juga telah menemubual beberapa orang sumber untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang migrasi.penduduk dalaman di Taman Serindit untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Borang Soal Selidik

Nama: Ahmad Bin Abdullah Umur:57 Pekerjaan:Guru Tempat Asal: Kerteh,Terengganu Sebab Menetap:Pesara Pandangan Terhadap Kawasan Yang Didiami: Selesa dan Damai

Borang Soal Selidik

Nama: Fatimah Bt. Salleh Umur:47 Pekerjaan:Kerani Tempat Asal: Sik.Kedah Sebab Menetap: Tukar tempat kerja Pandangan Terhadap Kawasan Yang Didiami: Selesa, dekat dengan tempat kerja.

Borang Soal Selidik

Nama: Hayati Bt. Yaakob Umur:27 Pekerjaan:Tempat Asal: Kuala Nerang, Kedah Sebab Menetap: Belajar Pandangan Terhadap Kawasan Yang Didiami: Selesa dan senang menggunakan perkhidmatan awam.

Borang Soal Selidik

Nama: Shahila Bt.Ali Umur:43 Pekerjaan:Menjual Nasi Lemak Tempat Asal: Bintulu, Sarawak Sebab Menetap: Ikut suami Pandangan Terhadap Kawasan Yang Didiami:Selesa dan aman

Borang Soal Selidik

Nama: Amelia Bt. Omar Umur:39 Pekerjaan:Pengawai Bank Tempat Asal: Bayan Lepas ,Pulau Pinang Sebab Menetap: Tukar tempat kerja Pandangan Terhadap Kawasan Yang Didiami:Selesa dan berdekatan dengan tempat kerja

Borang Soal Selidik

Nama: Raudhah Bt. Najeb Umur:44 Pekerjaan:Guru Tempat Asal: Tanah merah,Kelantan Sebab Menetap:Kerja Pandangan Terhadap Kawasan Yang Didiami: Selesa dan ada kemudahan pusat asuhan kanakkanak

Borang Soal Selidik

Nama: Shahrizat Bt. Ali Umur:21 Pekerjaan: Sebagai Pelayan Di Restoran Tempat Asal: Pedu, Kedah Sebab Menetap: Belajar Pandangan Terhadap Kawasan Yang Didiami: Selesa

Borang Soal Selidik

Nama: Johari Bin Karim Umur:53 Pekerjaan:Askar Tempat Asal: Bangi, Selangor Sebab Menetap: Pesara Pandangan Terhadap Kawasan Yang Didiami:Selesa dan dekat dengan bandar

Borang Soal Selidik

Nama: Maimunah Bt.Ismail Umur:48 Pekerjaan: Suri Rumah Tempat Asal: Baling, Kedah Sebab Menetap: Ikut anak Pandangan Terhadap Kawasan Yang Didiami: Aman dan selesa

Borang Soal Selidik

Nama: Liu Kit Keng Umur:55 Pekerjaan:Polis Tempat Asal: Sandakan,Sabah Sebab Menetap: Pesara Pandangan Terhadap Kawasan Yang Didiami: Berdekatan dengan pusat membeli belah

Borang Soal Selidik

Nama: Lee Siu Mei Umur:25 Pekerjaan:Pelayan Di Restoran Tempat Asal: Yan, Kedah Sebab Menetap: Belajar Pandangan Terhadap Kawasan Yang Didiami:Selesa

Borang Soal Selidik

Nama: Chin Chak Chiak Umur:41 Pekerjaan:Polis Tempat Asal: Bandar Hilir, Melaka Sebab Menetap: Kenaikkan Pangkat Pandangan Terhadap Kawasan Yang Didiami:Berdekatan dengan tempat kerja dan selesa

Borang Soal Selidik

Nama: Lee Xiou Xiou Umur:24 Pekerjaan: Tempat Asal: Sanglang, Perlis Sebab Menetap: Belajar Pandangan Terhadap Kawasan Yang Didiami:Selesa

Borang Soal Selidik

Nama: Lin Chin Han Umur:33 Pekerjaan:Pegawai Bank Tempat Asal: Sandakan,Sabah Sebab Menetap: Tukar tempat kerja Pandangan Terhadap Kawasan Yang Didiami:Selesa

Borang Soal Selidik

Nama: Chin Chot Kiat

Umur:52 Pekerjaan:Guru Bahasa Cina Tempat Asal: Bangi, Selangor Sebab Menetap: Pesara Pandangan Terhadap Kawasan Yang Didiami:Selesa

Borang Soal Selidik

Nama: Sami Vellu Anak Lelaki Sangilimuthu

Umur:55 Pekerjaan: jaga Tempat Asal: : Ipoh,Perak Sebab Menetap: Pesara Pandangan Terhadap Kawasan Yang Didiami:Selesa

Borang Soal Selidik

Nama: Ranjit Anak Lelaki Surrandram Umur:21

Pekerjaan: Tempat Asal: Kerpan, Kedah Sebab Menetap: Belajar Pandangan Terhadap Kawasan Yang Didiami:Selesa

Borang Soal Selidik

Nama: Budh Singh Anak Lelaki Karramanium Umur:36 Pekerjaan:Menjual Roti Canai Tempat Asal: Kulim,Kedah

Sebab Menetap: Tukar Tempat Kerja Pandangan Terhadap Kawasan Yang Didiami: Senang dan selesa

Borang Soal Selidik

Nama: Mohd Sahar bin Daud Umur:24 Pekerjaan: Pekerja Pasaraya Giant Tempat Asal: Ayer Hitam, Kedah Sebab Menetap:Kerja Pandangan Terhadap Kawasan Yang Didiami: Dekat dengan tempat kerja

Borang Soal Selidik

Nama: Muhammad Sharif bin Sahidan Umur:26 Pekerjaan: Pekerja Pasaraya Giant Tempat Asal: Pulau Pisang, Jitra, Kedah Sebab Menetap: Kerja Pandangan Terhadap Kawasan Yang Didiami: Dekat dengan tempat kerja.

Anda mungkin juga menyukai