Anda di halaman 1dari 2

.














Ya Allah kami mulakan majlis kami pada hari ini dengan berdoa dan bermunajat
memohon kepadaMu agar majlis pada pagi ini akan berjalan dengan lancar dan
mencapai matlamatnya.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Ampunilah dosa kami, pimpinlah kami menjadi hamba-hambaMu yang sentiasa
mentaatiMu dan juga sebagai ibubapa yang prihatin terhadap masa depan anakanak. Hidupkanlah dalam hati-hati kami rasa tanggungjawab terhadap amanahMu
dalam mendidik anak-anak, kerana mereka adalah aset yang sangat berharga buat
kami semua untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti.
Ya Allah, NabiMu telah bersabda yang mafhumnya apabila mati seseorang anak
Adam terputuslah amalannya kecuali dia meninggalkan anak yang soleh atau
solehah

yang

sentiasa

mendoakan

kesejahteraannya.

Oleh

itu

Ya

Allah,

kurniakanlah kepada kami anak-anak yang soleh yang bakal mencerna dan
mewarnai negara tercinta ini dengan generasi yang beriman dan bertaqwa,
cintakan ilmu pengetahuan berhati mulia dan berbudi luhur.
Ya Allah, Ya Hafiz,
Peliharalah anak-anak kami daripada terjebak dalam kancah kemaksiatan di dunia
yang serba mencabar yang nanti bakal mengundang seribu kesesalan. Ya Allah
kami juga memohon kepadaMu agar pertemuan kami pada hari ini menjadi
pertemuan ukhuwwah serta mengeratkan persahabatan sesama kami. Tautkanlah
antara hati-hati kami supaya kami dapat bersatu mengembleng tenaga bagi
membina kecemerlangan anak-anak di sekolah ini.


. .