Anda di halaman 1dari 29

Aplikasi Qiyas Dalam Fatwa-Fatwa di Jabatan Mufti Negeri Johor.

Pendahuluan

Qiyas merupakan antara instrumen dalam pembinaan hukum Islam. Qiyas merupakan komponen yang paling penting dalam menangani pemasalahan kontemporari masa kini. Oleh kerana wahyu telahpun terputus dengan kewafatan Rasulullah SAW sebagai utusan Allah yang terakhir, Qiyas adalah satu-satunya instrumen yang diharapkan untuk meneruskan lagi kelangsungan dan kesinambungan hukum Islam.1 Pada masa sekarang Jabatan Mufti memainkan peranan penting untuk menyelesaikan masalah hukum yang berlaku terutama masalah-masalah yang tidak mempunyai dalil yang khusus tentangnya. Untuk mengeluarkan fatwa, pihak Jabatan akan menggunakan sumber-sumber perundangan Islam yang diambil daripada Al Quran, Sunnah, Ijma, Qiyas dan sebagainya. Untuk mengetahui operasi dan aplikasi Qiyas sebagai satu instrumen dalam pembinaan hukum Islam terutama pada zaman sekarang, kajian perlu dibuat. Maka oleh kerana itu, penulis berpandangan institusi Fatwa merupakan satu-satunya tempat yang sesuai bagi menjalankan kajian ini memandangkan institusi tersebut memainkan peranan penting dalam menentukan hukum-hakam di Malaysia. Untuk tujuan itu, penulis telah memilih Jabatan Mufti Negeri Johor bagi menjayakan lagi kajian ini.

Prof.Madya Dr. Daud Bakar, Perlaksanaan Qiyas Dalam Faktor Semasa dan Setempat di Malaysia, Fiqh Malaysia, diselenggara oleh Paizah Hj. Ismail dan Ridzwan Ahmad, hlm. 71

LATARBELAKANG KAJIAN

Jabatan Mufti Negeri di Malaysia kebiasaannya akan merujuk kepada qawl mutamad dalam Mazhab Syafii. Kemudian jika didapati ianya tidak sesuai dengan kemaslahatan umum maka pihak Jabatan akan merujuk pula qawl atau pendapat lain di dalam Mazhab Syafii. Kemudian jika ianya masih lagi tidak sesuai dengan kemaslahatan umum setempat maka pihak Jabatan boleh menggunakan pendapat daripada mana-mana mazhab yang empat. Akhir sekali jika masih tidak menepati kemaslahatan umum masyarakat, pihak majlis akan mengeluarkan fatwa dengan tidak terikat daripada mana-mana mazhab yang empat.2 Ini menunjukkan walaupun Jabatan masih seperti terikat dengan mazhab Syafii tetapi kajian perlu dilaksanakan bagi memastikan ianya selari dan sesuai dengan kemaslahatan umum. Oleh kerana itu metodemetode di dalam ilmu Usul Fiqh termasuklah operasi Qiyas dalam mengeluarkan fatwa perlu dikaji semula. Begitu juga dengan penggunaan Qawl yang mutamad dalam mazhab Syafii atau mana-mana mazhab yang lain yang mana ianya menjadi rujukan pihak Jabatan perlu dianalisis semula dengan meneliti dengan lebih mendalam tentang metode-metode yang digunakan dalam mengeluarkan sesuatu hukum agar ianya sentiasa selari dengan maslahah umum. Pada zaman sekarang, terdapat banyak masalah yang tidak mempunyai sumber dalil hukum yang khusus mengenainya. Ia memerlukan ijtihad daripada seorang pakar mengenai hukum. Di sinilah qiyas memainkan peranannya dalam mengeluarkan hukum daripada sumbernya yang asal iaitu daripada Al Quran dan Hadith Nabi SAW. Oleh kerana fatwa yang

Prof Madya Dr. Noor Naemah Abd. Rahman, Amalan Fatwa di Malaysia Antara Keterikatan Mazhab dan Keperluan Tarjih, Jurnal Fiqh No:4 (2007), Hlm: 85-89

dikeluarkan oleh pihak Jabatan adalah berdasarkan pendekatan ijtihad tarjihi3, maka analisis lebih perlu dilakukan bagi memastikan ianya sentiasa selari dengan kehendak Syara tanpa mengetepikan kemaslahatan umum. Rujukan pihak Jabatan juga lebih banyak mengambil pendapat daripada Mazhab Syafii yang mana ia menggabungkan metode yang diguna pakai oleh Mazhab Hanafiyyah yang lebih banyak menggunakan metode Qiyas dan juga Mazhab Maliki yang lebih banyak menggunakan metode Maslahah4. Oleh kerana itu kontradiksi yang mungkin berlaku dalam menggunakan kedua-dua metode ini, perlu dikaji semula. Ini adalah kerana pengeluaran hukum seperti mana yang ditegaskan sebelum ini perlu mengutamakan kemaslahatan umum tetapi perlu selari dengan apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadith Nabi SAW. Kedapatan pula yang mengatakan Jabatan Mufti Negeri di Malaysia mempunyai beberapa kelemahan dalam mengeluarkan fatwa5. Kelemahan tersebut antara salah satunya adalah kelemahan dari segi kepakaran dalam memahami metode-metode atau doktrindoktrin yang ada dalam Usul Fiqh yang mana diantaranya adalah doktrin qiyas. Pemahaman tentang qiyas amatlah penting kerana kebanyakkan hukum zaman sekarang adalah berdasarkan doktrin qiyas.6 Kajian ini juga perlu dibuat memandangkan ada yang menyatakan bahawa qiyas sudah tidak mampu lagi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh manusia masa kini sebaliknya lebih menggunakan metode atau doktrin maslahah7. Sejauh mana kebenaran dakwaan ini? Adakah semua masalah kontemporari masa kini dapat diselesaikan dengan menggunakan

3 4

Ibid, hlm: 90 Prof Dr. Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid, Fatwa dan Isu Semasa: Masalah dan Cabaran di Malaysia, hlm: 84 5 Rahimin Affandi Abdul Rahim, Paizah Ismail, Nor Hayati Mohd Dahlal, Ijtihad Dalam Institusi Fatwa di Malaysia: Satu Analisis, Jurnal Syariah, Jilid.17, Bil.1, (2009), hml: 201-203 6 Prof. Madya Dr. Mohd Daud Bakar, Perlaksanaan Qiyas Dalam Faktor Semasa dan Setempat di Malaysia, Fiqh Malaysia, hlm: 87, Al-Juwayni, al-Burhan fi Usul-Fiqh, disunting oleh Abd al-Azim al-Dib, Kerajaan Qatar, 1399H, Jld.2, hlm.743 7 Lihat misalnya Weiss Hallaq, In Search Of a Legal Methodology, hlm: 506. Antara yang mendakwa bahawa Qiyas sudah tidak mampu untuk beroperasi pada zaman sekarang adalah Muhammad Rashid Redha yang merupakan seorang pencetus revolusi di Mesir pada kurun ke-20M.

metode maslahah semata-mata tanpa mengkaji metode-metode yang lain? Sedangkan operasi dalam menentukan illah dalam qiyas perlu meraikan maslahah atau objektif Syara8 Maslahah merupakan objektif utama pensyariatan dan proses untuk mencapainya perlulah bermetodologi dan berprinsip.Maka disinilah qiyas memainkan peranannya. Oleh kerana itu kajian yang lebih terperinci perlu dibuat. Kita perlu ingat bahawa operasi yang berlaku dalam doktrin maslahah adalah sama dengan qiyas kerana di dalam qiyas proses penentuan illah adalah berasaskan daripada sesuatu teks perundangan (maqul nass wahid) sementara di dalam maslahah, proses penentuan illah adalah berdasarkan sejumlah teks perundangan (maqul jumlat al-nass).9 Selain itu juga, penulis akan membuat penelitian semula mengenai perbincanganperbincangan yang terdapat dalam doktrin qiyas. Sebagai contoh jenis-jenis qiyas, masalik illah, tahqiq al-illah, dawaran, qiyas maa al-fariq, qiyas ala al-hikmah, takhsis al-illah, tarjih alillah dan sebagainya. Penelitian yang mendalam mengenai perkara tersebut adalah sangat penting bagi membolehkan seseorang memahami dengan baik bagaimana qiyas berperanan dalam menangani permasalahan masa kini. Pemahaman yang mantap mengenai qiyas adalah sangat penting kerana sebenarnya ia merupakan asas ijtihad sepertimana yang dikatakan oleh alimam al-Haramain dalam kitab beliau ketika membicarakan bab taarudh al-aqyisah:

10

Umar F. Moghul, Approxomating Certainty In Ratiocination: How To Ascertain The Illah (Effective Cause) In The Islamic Legal System And How To Determine The Ratio Decidendi In The Anglo-American Common Law, hlm: 9 Mohd Daud Bakar, Usul al-Fiqh Sebagai Kaedah Penyelidikan Dalam Pengajian Syariah, Dinamisme Pengajian Syariah, diselenggarakan oleh Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid, hlm: 46 10 Prof. Dr. Ali Jum ah, ta arudh al-aqyisah inda al-usuliyyin, hlm: 6, lihat al-burhan fi usul al-fiqh, oleh Imam alharamian al-Juwaini, jilid ke-2, hlm: 1202 perenggan 1252 dalam bab ta arudh al-aqyisah. Kata-kata beliau bermaksud bahawa bab ini iaitu bab kontradiksi antara qiyas merupakan tujuan utama penulisan kitab beliau menunjukkan bahawa pemahaman yang mantap tentang qiyas adalah sangat penting bagi seorang mujtahid.

Permasalahan Kajian

Berdasarkan kepada latarbelakang kajian yang penulis nyatakan di atas, permasalahan yang perlu untuk dijawab dalam kajian ini adalah berkenaan dengan doktrin qiyas yang sudah tidak mampu lagi untuk menangani isu-isu kontemporari masa kini. Dakwaan ini adalah bercanggah dengan kenyataan yang menyatakan bahawa kebanyakan hukum fiqh adalah berdasarkan metode qiyas.11 Untuk menjawab persoalan itu, maka kajian harus dibuat. Sepanjang penelitian penulis terhadap dakwaan ini penulis telah menemui satu penulisan yang mengetengahkan masalah yang terdapat dalam doktrin qiyas yang ditulis oleh Mohammad Hashim Kamali. Terdapat beberapa masalah yang dikemukakan oleh beliau dalam doktrin tersebut namun ianya lebih berbentuk satu pendedahan sahaja sesuai dengan tajuk penulisan beliau iaitu Methodological Issues in Islamic Jurisprudence.12 Menurut kajian ini, qiyas bersifat rigid. Oleh kerana itu, qiyas gagal untuk menjawab persoalan kontemporari masa kini. Cuma kajian ataupun artikel ini hanya membincangkan dari aspek teori semata-mata. Adapun dari segi aplikasi teori tersebut dalam isu semasa masa kini adalah tiada. Terdapat kajian yang dibuat oleh Daud Bakar iaitu Perlaksanaan Qiyas Dalam Faktor Semasa dan Setempat di Malaysia yang mana telah membuktikan bahawa qiyas masih lagi berperanan dalam menangani isu-isu semasa sekarang. Cuma kajian tersebut hanya mengkaji beberapa kes secara rambang dan

Prof. Madya Dr. Mohd Daud Bakar, Perlaksanaan Qiyas Dalam Faktor Semasa dan Setempat di Malaysia, Fiqh Malaysia, hlm: 87, Al-Juwayni, al-Burhan fi Usul-Fiqh, disunting oleh Abd al-Azim al-Dib, Kerajaan Qatar, 1399H, Jld.2, hlm.743 12 Mohammad Hashim Kamali, Methodological Issues in Islamis Jurispridence, h: 25-28, antara isu-isu yang dalam penulisan beliau adalah perselisihan antara Syafi iyyah dan Hanafiyyah dalam isu qiyas al-awla h: 27, kontradiksi dalam menentukan sesuatu hukum adakah dengan illah ataupun dengan hikmah. h: 26-28. Kajian beliau hanyalah berkisar tentang teori qiyas itu sendiri manakala aplikasi ataupun ujian untuk teori tersebut terhadap isu-isu semasa sekarang adalah tiada.

11

tidak menyeluruh. Ini menunjukkan terdapat seolah-olah percanggahan antara dua kajian tersebut. Maka di sinilah perlunya kajian yang lebih teliti dan lebih terperinci tentang masalah ini. Untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang masalah ini, penulis akan menilai semula teori qiyas ini dan menguji teori tersebut dengan membuat kajian terhadap aplikasinya dalam isuisu semasa masa kini. Untuk tujuan itu, penulis memilih untuk membuat kajian terhadap fatwafatwa semasa di institusi fatwa di Malaysia.

Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah sangat penting kerana kajian ini membicarakan tentang qiyas yang mana merupakan asas ijtihad. Dalam kajian ini, penulis cuba untuk merungkai permasalahan yang ada dalam doktrin qiyas yang mana terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa qiyas sudah tidak mampu lagi untuk beroperasi dalam isu-isu kontemporari masa kini. Maka kajian ini adalah sangat penting terutama bagi para sarjana Islam. Ini ditambah pula dengan dakwaan yang menyatakan bahawa terdapat beberapa kelemahan dalam institusi fatwa di Negara kita. Antara kelemahan tersebut adalah berpunca kurangnya kemahiran dalam memahami ilmu usul fiqh yang mana ianya sangat penting untuk menentukan hukum bagi isu-isu semasa masa kini. Oleh kerana itu, kajian ini menjadi lebih penting. Semua fatwa yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan perlu dikaji bagi melihat bagaimana fatwa tersebut diputuskan. Apakah metode-metode yang digunakan menepati sebagaimana skema yang betul atau sebaliknya? Terutama metode qiyas sebagaimana yang penulis tegaskan bahawa qiyas merupakan asas ijithad. Begitu juga bagi menguji teori qiyas tersebut. Jika benar
6

dakwaan yang mengatakan bahawa qiyas sudah gagal beroperasi pada masa kini kita boleh menilainya dalam fatwa-fatwa pihak Jabatan dan jika dakwaan tersebut salah ia juga boleh dibuktikan di sini. Maka secara keseluruhan, kajian ini adalah sangat penting dan secara tidak langsung dapat membantu institusi fatwa di Malaysia dan menyelesaikan masalah isu-isu semasa masa kini.

Objektif Kajian

Objektif umum kajian ini secara umumnya adalah untuk mengetahui aplikasi qiyas dalam mengeluarkan fatwa yang ada dalam Jabatan Mufti Negeri Johor. Selain itu juga, objektif sampingan akan membantu untuk mencapai objektif umum tersebut. Di antara objektif tersebut adalah seperti berikut: 1. Menyorot kembali penulisan-penulisan berkenaan dengan qiyas. Perkara-perkara yang

menyentuh tentang teori qiyas, jenis-jenis qiyas, masalik illah, taarudh qiyas dan lain-lain. Ini sangat penting sebelum melakukan kajian tentang aplikasinya dalam Jabatan Mufti Negeri Johor. Di sini juga penulis akan cuba mencari jawapan bagi persoalan-persoalan dalam qiyas terutama kepada dakwaan yang menyatakan qiyas sudah tidak mampu beroperasi dalam isu kontemporari masa kini. 2. Menyorot kembali pengertian mufti, mustafti, syarat-syarat kelayakan yang perlu ada bagi

seorang mufti, adab-adab mufti, dan apa-apa yang berkaitan dengan mufti dan cara mengeluarkan fatwa. Penulis akan menilai dengan membuat analisis daripada kitab-kitab turath

dan kontemporari. Kajian ini akan membantu penulis sebelum membuat penelitian terhadap Jabatan Mufti Negeri Johor. 3. Membuat kajian yang mendalam terhadap Jabatan Mufti Negeri Johor dari segi

penubuhannya, organisasi Jabatan, mufti-mufti yang pernah berkhidmat dengan pihak Jabatan, cara bagaimana Jabatan mewartakan sesuatu fatwa dan sebagainya yang berkaitan dengan Jabatan Mufti Negeri Johor. 4. Membuat analisis terhadap fatwa-fatwa yang terdapat dalam Jabatan Mufti Negeri Johor

yang mana ianya berdasarkan kepada metode qiyas. Penulis akan membuat analisis yang kritikal terhadap aplikasi qiyas dalam fatwa-fatwa pihak Jabatan iaitu dari segi rukun-rukun qiyas, jenisjenis qiyas, syarat penentuan illah dalam qiyas yang digunakan dalam fatwa tersebut dan sebagainya yang berkaitan dengan operasi qiyas dalam fatwa tersebut.

Skop Kajian

Berdasarkan permasalahan kajian sepertimana yang dijelaskan oleh penulis, kajian ini akan ditumpukan kepada aplikasi qiyas dalam fatwa-fatwa dalam Jabatan Mufti Negeri Johor bagi menjawab persoalan yang mengatakan terdapat kelemahan dalam institusi Fatwa di Malaysia iaitu dari segi operasi ijtihad. Untuk menjimatkan lebih masa, penulis akan menumpukan perhatian kepada doktrin qiyas sahaja memandangkan qiyas merupakan asas bagi ijtihad dan merupakan elemen yang penting dalam mengeluarkan sesuatu fatwa. Untuk menjimatkan masa juga, kajian ini hanya ditumpukan kepada Jabatan Mufti Negeri Johor sahaja.

Kajian ini akan dibuat secara deduktif iaitu melihat aplikasi teori qiyas terhadap contoh-contoh iaitu fatwa-fatwa yang dikemukakan oleh pihak Jabatan. Selain itu juga, penulis akan menerangkan persoalan-persoalan mengenai qiyas seperti jenis-jenis qiyas, rukun-rukun qiyas, syarat-syarat qiyas, masalik illah, kontradiksi illah dan hikmah, taarudh illah, dawran dan sebagainya yang berkaitan dengan doktrin ini. Begitu juga penulis akan mengkaji aspek-aspek mengenai mufti, mustafti, ijithad, syarat-syarat kelayakan seorang mufti, adab-adab memberi fatwa dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan fatwa dan ijtihad. Di samping itu juga, penulis akan memperkenalkan Jabatan Mufti Negeri Johor dari segi sejarah penubuhannya, organisasi, bagaimana perwartaan sesuatu fatwa dilakukan dan sebagainya yang berkaitan dengan Jabatan.

Pengertian Tajuk

Bagi mendapatkan kefahaman yang lebih jelas mengenai kajian ini, penulis akan menerangkan istilah-istilah yang merupakan tajuk kajian penulis iaitu: 1. Aplikasi: Membawa maksud penggunaan, praktik, pelaksanaan atau penggunaan.13

Yang dimaksudkan dalam disertasi ini adalah bagaimana aplikasi atau penggunaan ataupun pelaksanaan qiyas dalam fatwa-fatwa yang diwartakan dalam Jabatan Mufti Negeri Johor.

13

Hajah Noresah bt. Baharom (1997), Kamus Dewan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, Ed. ke-3, h.59

2.

Qiyas: Terdapat banyak pengertian tentang qiyas yang diberikan oleh para juris. Di sini

penulis akan menyatakan pengertian ataupun takrif yang dikemukakan oleh Imam al-Husain alBasri dalam kitab beliau yang bertajuk al-Mutamad fi Usul al-Fiqh: Memperoleh hukum bagi sesuatu kes berdasarkan illah daripada kes asal di sisi para mujtahid14 Yang dimaksudkan di sini ialah hukum-hukum yang diputuskan berdasarkan doktrin qiyas dalam disiplin Usul al-Fiqh. Dengan kata lain yang lebih mudah, qiyas merupakan perbandingan kes baru dengan kes lama yang berpaksikan kepada teori illah yang menghubungkan kedua-dua kes tersebut. Penulis akan membuat kajian mengenai operasi yang berlaku dalam doktrin ini dari segi hukum atau kes asal, kes baru, illah, masalik illah dan sebagainya dalam fatwa-fatwa Jabatan Mufti Negeri Johor. 3. Fatwa: Satu keputusan tentang hukum-hukum agama yang belum diputuskan lagi

berlandaskan Al Quran, Sunnah dan sumber-sumber perundangan Islam yang lain. Fatwa juga termasuk ijtihad daripada seorang mufti.15 4. Jabatan Mufti Negeri Johor: Terdiri daripada beberapa perkataan iaitu jabatan, mufti dan

Negeri Johor. Jabatan bermaksud satu bahagian daripada pentadbiran kerajaan yang menguruskan tugas-tugas tertentu.16 Di sini Jabatan Mufti Negeri Johor bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan fatwa yang diputuskan terhadap masalah-masalah
14

Abi al-Husain al-Basri, al-Mu tamad fi Usul al-Fiqh, Damsyik, al-Ma ahad al-Ilm al-Faransi li al-Dirasah alArabiyyah, h: 69. Teks asalnya adalah seperti berikut:

15

Hajah Noresah bt. Baharom (1997), Kamus Dewan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, Ed. ke-3, h.350 Ibid, h.505

16

10

yang berlaku di Negeri Johor. Manakala perkataan mufti pula bermaksud orang yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan fatwa.17

Kajian Terdahulu

Kajian mengenai qiyas dan fatwa memang diakui adalah sangat banyak memandangkan kedua-dua perkara tersebut merupakan elemen utama untuk berijtihad. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam tentang tajuk untuk disertasi penulis ini, penulis telah membuat penelitian daripada kajian-kajian terdahulu mengenai qiyas dan juga fatwa. berikut: 1. Prof. Madya Dr. Mohd Daud Bakar (2000), Perlaksanaan Qiyas Dalam Faktor Semasa

dan Setempat Di Malaysia, merupakan sebuah kertas kerja pilihan yang telah dibentangkan dalam Seminar Hukum Islam Semasa II Peringkat Kebangsaan pada 23 dan 24hb. Jun 1999 dan dimuatkan dalam buku Fiqh Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2000. Penulis kajian ini telah dapat membuktikan bahawa qiyas masih lagi dapat berfungsi dalam menangani isu-isu kontemporari masa kini. Kajian ini ada miripnya dengan kajian yang akan dilakukan oleh penulis iaitu membicarakan tentang perlaksanaan ataupun aplikasi qiyas terhadap masalah semasa di Malaysia. Cuma bezanya kajian ini kelihatan lebih umum berbanding dengan kajian yang akan dibuat oleh penulis. Ini kerana penulis kajian ini hanya memilih beberapa isu yang diperkatakan di Malaysia. Sementara kajian yang akan dibuat oleh penulis pula akan
17

Ibid, h.902

11

memfokuskan perlaksanaan doktrin qiyas tersebut terhadap fatwa-fatwa yang diputuskan oleh Jabatan Mufti Negeri Johor. Maka kajian yang akan dibuat oleh penulis akan lebih bermetodologi dan lebih sistematik. Walaupun begitu, penulis tertarik dengan isu-isu yang diketengahkan dalam artikel ini. Antaranya permasalahan mengenai illah. Illah adalah bersifat terang, tetap dan tidak akan berubah dengan perubahan masa, tempat dan suasana tetapi artikel ini telah dapat membuktikan bahawa perlaksanaan illah boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor tersebut. Selain itu penulis artikel ini juga telah menyenaraikan kategori qiyas sebanyak enam kategori iaitu qiyas al-tard, qiyas al-aks, qiyas al-shabah, qiyas al-awla, qiyas al-adna, dan qiyas al-istiqra. Sedangkan dalam penulisan Usul Fiqh oleh para juris zaman dahulu contohnya kitab Nihayah al-Sul Syarh Minhaj al-Wusul Ila Ilm al-Usul oleh Jamaluddin Abd Rahim ibn alHasan al-Isnawi telah mengkategorikan qiyas sebanyak dua kategori yang besar sahaja iaitu sama ada qati ataupun zanni. Dalam artikel ini tidak dinyatakan mengapa percanggahan seperti ini boleh berlaku. Selain itu juga persoalan mengenai qiyas al-aks adakah kategori qiyas ini diiktiraf ataupun tidak juga tidak dinyatakan. Ini kerana qiyas ini mendapat kritik daripada para juris. Sebahagian mereka telah mendakwa qiyas ini adalah merupakan qiyas yang digunakan oleh para sarjana yang pakar dalam bidang mantiq sahaja dan bukan dari kalangan para fuqaha. Sedangkan qiyas yang menjadi asas dalam pembinaan hukum Islam mestilah qiyas yang diiktiraf oleh para fuqaha. Walaupun demikian artikel ini sangat berguna untuk penulis kerana penulisannya telah membuka minda para sarjana untuk lebih mendalami doktrin qiyas ini. 2. Umar F. Moghul (1999), Approximating Certainty In Ratiocination: How To Ascertain

The Illah (effective cause) In Islamic Legal System And How To Determine The Ratio Decidendi In The Anglo-American Common-Law

12

Artikel ini telah dimuatkan dalam sebuah jurnal The Journal of Islamic Law 125 (Fall/Winter 1999) Artikel ini lebih memfokuskan tentang bagaimana untuk menentukan illah dalam qiyas. Dalam menentukan sesuatu hukum, illah akan menjadi paksi kepada operasi qiyas. Hukum atau kes asal yang terdapat dalam Al Quran dan Hadith mempunyai illah yang tertentu. Para juris akan membuat banyak kajian untuk mendapatkan illah sebenar bagi kes-kes tersebut. Setelah ditentukan apakah illah sebenar bagi kes tersebut, kita akan dapat menentukan apakah hukum bagi kes-kes baru yang tidak dinyatakan dalam Al Quran dan Hadith. Penulis bagi artikel ini telah merumuskan syarat-syarat yang telah ditentukan oleh juris untuk menentukan illah sesuatu hukum. Operasi ini juga mempunyai persamaan dalam undang-undang Anglo-Amerika di mana juris akan merujuk kepada kes-kes yang telah dibicarakan untuk diaplikasikan kepada kes baru. Untuk menentukan standard bagi sesuatu illah, para juris akan mengambil kira objektif perundangan tersebut di mana mana-mana illah yang tidak meraikan objektif Syariah akan ditolak. Kajian ini hanyalah memfokuskan kepada standard-standard yang digariskan oleh para juris dalam menentukan illah dalam perundangan Islam dan ratio decidendi dalam undangundang Anglo-Amerika serta hubungkait antara keduanya. Ini bermaksud bahawa penulis kajian ini lebih menekankan aspek dari segi teori. Manakala kajian yang bersifat deduktif iaitu menilainya kepada hukum-hukum Islam semasa adalah tidak ada. Ini memandangkan kajian ini lebih memfokuskan persamaan antara kedua-dua perundangan untuk mendapatkan jawapan pada kes baru. 3. Prof Madya Dr. Daud Bakar (1997), Usul Fiqh Sebagai Satu Kaedah Penyelidikan

Dalam Pengajian Syariah Artikel ini merupakan salah satu daripada kertas kerja pilihan yang pernah dibentangkan dalam Seminar Pengajian Syariah anjuran Fakulti Syariah, Universiti Malaya pada tahun 1997 yang
13

dimuatkan dalam buku Dinamisme Pengajian Syariah. Penulis mengetengahkan Usul Fiqh sebagai satu medium untuk membuat kajian dan penyelidikan hukum. Ini kerana Usul Fiqh merupakan kaedah untuk memahami nas-nas Al Quran dan Hadith. Penulis telah membincangkan dengan lebih lanjut tentang satu doktrin yang terdapat dalam disiplin Usul Fiqh iaitu qiyas. Kajian ini telah mendedahkan semua doktrin dalam disiplin Usul Fiqh adalah saing berkait rapat antara satu sama lain. Pemahaman yang mantap tentang semua doktrin dalam Usul Fiqh adalah sangat penting dalam penyelidikan hukum. Namun seperti kajian beliau yang lain kajian masih lagi bersifat umum di mana beliau tidak mengkaji secara lebih mendalam tentang doktrin qiyas sepenuhnya. Contoh-contoh isu semasa yang dinyatakan oleh beliau hanyalah bersifat rambang. Tetapi semuanya itu akan membantu penulis untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang qiyas. 4. Mohamad Hashim Kamali (1996), Methodological Issues In Islamic Jurisprudence

Artikel ini merupakan satu analisis tentang isu-isu yang ada dalam perundangan Islam antaranya ialah krisis dalam pemikiran umat Islam, masalah taqlid, percanggahan antara metode dalam penentuan hukum dan objektif yang ingin dicapai untuk kemaslahatan umum yang mana isu ini telah mula diperkenalkan oleh Imam al-Shatibi dan cadangan untuk membuat satu skim baru dalam Usul Fiqh. Di dalam penulisan beliau ini, terdapat satu bab yang membicarakan secara khusus tentang permasalahan yang berlaku dalam doktrin qiyas. Beliau menyatakan bahawa qiyas juga adalah salah satu konflik yang berlaku antara pemerintah dan ulama. Konflik juga berlaku diantara para juris. Sebagai contoh perselisihan antara golongan Syafiiyyah dan Hanafiyyah di mana Syafiiyyah lebih bersifat terbuka dan fleksibel dalam operasi qiyas berbanding Hanafiyyah. Selain itu Hanafiyyah juga telah mengkritik Syafiiyyah dalam isu qiyas al-awla. Perselisihan ini juga telah menyebabkan perselisihan mereka dalam menentukan illah.
14

Tetapi perbincangan yang selanjutnya tidak diketengahkan dalam artikel ini memandangkan artikel ini hanya untuk mendedahkan secara umum tentang isu-isu yang ada dalam metodologi perundangan Islam. Penulis juga tertarik dengan kenyataan dalam artikel ini dimana penulis artikel ini memperkatakan tentang qiyas al-taqlidi (conventional qiyas) dan qiyas al- fitri al-hurr ( natural and original qiyas). Sepanjang pemerhatian penulis, kedua-dua jenis qiyas ini tidak pernah diperkatakan oleh para juris zaman dahulu malah dalam penulisan sekarang sepertimana yang ditulis oleh Prof. Madya Dr. Daud Bakar juga tidak dinyatakan. Sepatutnya beliau menerangkan dengan lebih detail tentang kedua-dua qiyas ini. Ringkasnya qiyas al-taqlidi menurut artikel ini perlu ditolak kerana sifatnya yang terbatas kepada beberapa hukum Islam. Qiyas al-fitri al-hurr adalah qiyas yang diharapkan dapat menyelesaikan kes-kes baru zaman sekarang yang mengalami arus kemodenan dan perubahan. Perbincangan lanjut mengenai qiyas ini tidak dinyatakan. Seterusnya Mohamad Hashim mengetengahkan masalah penentuan illah di mana terdapat perselisihan ulama dalam hal ini. Persoalan timbul adakah sesuatu hukum itu ditentukan oleh illah ataupun hikmah? Para juris menetapkan illah perlu bersifat terang, nyata dan tidak berubah dengan perubahan masa atau keadaan. Imam al-Ghazali menyatakan bahawa hikmah merupakan elemen dalam menentukan sesuatu hukum tetapi oleh kerana ianya tidak bersifat terang dan nyata maka illah menggantikan tempat itu. Oleh kerana itu Imam al-Shatibi tidak mensyaratkan sifat tersebut dalam menentukan illah. Akhir sekali Mohamad Hashim menyatakan bahawa oleh kerana sifat teknikal qiyas yang membebankan dan bersifat rigid, para juris dalam perundangan Islam cuba untuk lari daripadanya memandangkan sifat tersebut boleh menyebabkan kegagalan untuk mencapai objektif utama perundangan Islam. Ia juga berlaku dalam undang-undang sivil dan undang-undang common law. Secara kesimpulannya, artikel ini sangat berguna untuk para sarjana Islam untuk membuat kajian lebih mendalam tentang doktrin-

15

doktrin dalam Usul Fiqh. Kajian ini mempunyai persamaan dengan kajian oleh Dr. Daud Bakar iaitu Usul Fiqh Sebagai Kaedah Penyelidikan Dalam Pengajian Syariah. Kesemua isu yang terdapat dalam disiplin Usul Fiqh adalah sangat perlu untuk dikaji kerana ianya merupakan penentu hukum Islam terutama pada masa kini yang mengalami perubahan demi perubahan. 5. Abdul Hakim al-Matroudi (2008), Ibn Taymiyyahs Evaluation of Istihsan in the Hanbali

School of Law. Merupakan satu kertas kerja yang membincangkan tentang doktrin istihsan. Sekalipun kertas kerja ini menjurus kepada istihsan tetapi doktrin tersebut mempunyai kaitan yang rapat dengan qiyas. Ini kerana qiyas dikira sah jika illah bersifat terang dan nyata ataupun qiyas jali. Sementara illah dalam doktrin istihsan adalah bersifat tersembunyi dan tidak terang ataupun dikenali qiyas khafi. Artikel ini telah membincangkan tentang pendirian Ibn Taymiyyah terhadap doktrin ini di mana beliau telah membidas dakwaan yang menyatakan Imam Ahmad bin Hanbal telah menolak doktrin ini. Selain itu juga artikel ini juga membincangkan takhsis illah, konflik yang berlaku antara istihsan dan qiyas dan sebagainya. Artikel ini mempunyai persamaan dengan kajian yang akan dibuat oleh penulis iaitu dari segi teori. Artikel ini membincangkan dengan lebih serius tentang doktrin istihsan yang mana mempunyai kaitan rapat dengan qiyas. Walaubagaimanapun artikel ini tidak pula mengkaji aplikasinya terhadap hukum semasa sepertimana yang penulis akan buat. Manakala penulisan-penulisan yang menyentuh tentang fatwa di negeri-negeri di Malaysia adalah seperti berikut: 1. Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid, Fatwa dan Isu Semasa: Masalah dan Cabaran di

Malaysia
16

Artikel telah dimuatkan dalam jurnal Syariah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Artikel ini membincangkan tentang masalah ijtihad dan fatwa yang ada di Malaysia. Fatwafatwa yang diputuskan kesemuanya adalah di bawah kuasa Jabatan Mufti yang ada di semua negeri Malaysia. Artikel ini membincangkan dengan lebih mendalam tentang amalan fatwa di Malaysia dan cabaran-cabaran yang dihadapi. Walaupunbagaimanapun kajian yang dibuat adalah ringkas dan secara rambang. Isu-isu yang diketengahkan hanyalah berkisar mengenai apa yang sepatutnya harus ada bagi seorang yang bergelar mufti. 2. Rahimin Affandi Abdul Rahim (2009), Ijtihad Dalam Institusi Fatwa di Malaysia: Satu

Analisis. Ini merupakan artikel yang telah dimuatkan dalam Jurnal Syariah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya tahun 2009. Artikel ini telah membincangkan tentang persoalan bagaimana ijtihad berlaku dalam intitusi fatwa di Malaysia. Artikel ini telah menyenaraikan beberapa kelemahan dalam institusi fatwa di Malaysia yang berkaitan dengan ijithad. Oleh kerana itu penulis berasa terpanggil untuk mengkaji dengan lebih mendalam lagi tentang ijtihad dalam fatwa-fatwa di Malaysia. Penulis akan mengfokuskan kepada Jabatan Mufti Johor berbeza dengan kajian ini yang mana ia lebih bersifat umum iaitu mengkaji secara rambang aplikasi ijtihad dalam institusi fatwa di Malaysia. Mengenai kelemahan-kelemahan dalam institusi fatwa di Malaysia seperti yang dinyatakan dalam artikel ini, penulis akan membuat penelitian semula mengenainya. Kajian ini sangat berguna kepada sarjana Islam di mana ianya membuka ruang kepada mereka untuk membuat kajian lanjut mengenainya. 3. Mazni binti Abdul Wahab (2004), Perwartaan Fatwa Menurut Enakmen Pentadbiran

Perundangan Islam Selangor 1989 dan Penguatkuasaannya

17

Artikel ini juga telah dimuatkan dalam Jurnal Syariah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya tahun 2004. Secara ringkasnya artikel membincangkan tentang proses perwartaan fatwa di negeri Selangor. Apa yang ingin difokuskan dalam artikel ini ialah tindakan seorang Mufti itu yang mengarahkan Ahli Jawatankuasanya menjalankan kajian sebelum membuat proses yang seterusnya. Pada pandangan penulis perkara ini juga berlaku dalam Jabatan Mufti Negeri Johor. Di sinilah penulis ingin menilai dan menganalisis kajian tersebut. Kajian ini hanya menumpukan kepada perjalanan ataupun proses bagaimana sesuatu fatwa itu diwartakan. Kajian mengenai bagaimana fatwa itu diputuskan berdasarkan metode-metode pengeluaran hukum dalam perundangan Islam adalah tidak ada. 4. Farid Sufian Shuaib (2008), Strengthening Administrative Institutions of Islamic Law in

Malaysia: An Overview Ini merupakan sebuah artikel yang telah dimuatkan dalam Jurnal Syariah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya tahun 2008. Artikel ini mempunyai persamaan dengan artikel sebelumya iaitu Perwartaan Fatwa Menurut Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989 dan Penguatkuasaannya. Ini kerana sebagaimana artikel tersebut

membincangkan tentang bagaimana fatwa itu diwartakan begitu juga dengan artikel ini. Tetapi bezanya adalah artikel ini membincangkan secara umum institusi perundangan Islam di Malaysia. Ianya termasuklah Jabatan Mufti, Mahkamah Syari dan sebagainya. Artikel ini memberi fokus kepada untuk memperkasakan semua institusi perundangan Islam di Malaysia. Antara cadangan untuk penambahbaikkan institusi fatwa di negara ini adalah membuat kajian yang terperinci mengenai hukum-hukum semasa, mempertingkatkan capaian internet untuk mengetahui fatwa-fatwa terbaru dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, kajian ini hanya mendedahkan institusi perundangan Islam
18

di

Malaysia

dan

bagaimana

untuk

memperkasakannya. Analisis terhadap fatwa-fatwa yang diputuskan adalah tiada. Walaupun begitu kajian tetap memberi manfaat terhadap para sarjana untuk membuat kajian bagi memperkasakan lagi institusi perundangan Islam di Malaysia terutamanya institusi fatwa. 5. Noor Naemah Abd. Rahman ( 2007), Amalan Fatwa di Malaysia: Antara Keterikatan

Mazhab dan Keperluan Tarjih Artikel ini juga merupakan salah satu artikel yang dimuatkan dalam Jurnal Syariah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pada tahun 2007. Artikel ini merupakan satu analisis bagi mengkaji amalan fatwa di Malaysia yang mana berpegang dengan Mazhab Syafii. Terdapat beberapa kes yang tidak relevan untuk diguna pakai jika berdasarkan dengan Mazhab Syafii pada masa sekarang. Oleh itu kebanyakan Jabatan Mufti telah menggunakan kaedah tarijh sama ada daripada Mazhab Syafii sendiri ataupun melangkau pada mazhab yang lain. Kajian ini hanyalah membincangkan mengenai amalan fatwa di Malaysia. Analisis mengenai cara pengeluaran hukum dalam sesuatu fatwa itu tidak dikaji. Tetapi pendekatan pihak JabatanJabatan Mufti di Malaysia menggunakan kaedah Tarjih terhadap pendapat-pendapat Ulama sama ada daripada dalam Mazhab Syafii ataupun mazhab-mazhab yang lain telah mendorong penulis untuk membuat kajian yang lebih mendalam terhadap metode-metode yang digunakan oleh mereka yang mana penulis telah menfokuskan kepada metod qiyas. 6. Noor Naemah Abd. Rahman, Mohd Nor Hashri B. Junoh (2003), Pendekatan Ijtihad

Tarjihi Dalam Amalan Fatwa Jemaah Ulama Negeri Kelantan: Rujukan Kepada Fatwa-fatwa 1990-an. Sepertimana artikel-artikel yang penulis nyatakan di atas, artikel ini juga dimuatkan dalam Jurnal Syariah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pada tahun 2003. Secara keseluruhannya
19

artikel ini mempunyai persamaan dengan artikel yang baru dinyatakan di atas iaitu Amalan Fatwa di Malaysia: Antara Keterikatan Mazhab dan Keperluan Tarjih. Cuma apa yang dibincangkan di sini adalah lebih khusus berbanding dengan kajian di atas. Ini adalah kerana dalam kajian di atas, penulis kajian tersebut mengkaji pendekatan ijtihad tarjihi yang diamalkan dalam fatwa di Malaysia secara umum sahaja. Sementara dalam kajiannya ini ia lebih khusus iaitu dengan mengkaji aplikasinya dalam fatwa-fatwa yang diputuskan dalam Jemaah Ulama Negeri Kelantan. Kajian ini juga mempunyai mirip dengan kajian penulis. Ini kerana kajian ini mengkaji aplikasi salah satu metode dalam ijtihad yang berlaku dalam fatwa Jemaah Ulama Negeri Kelantan. Sementara penulis mengkaji aplikasi qiyas dalam fatwa di Jabatan Mufti Negeri Johor. Namun dari segi objketif ianya tetap berlainan. Sepanjang pemerhatian penulis, didapati masih tiada lagi kajian yang dibuat sepertimana kajian penulis iaitu Aplikasi Qiyas Dalam Fatwa-Fatwa di Jabatan Mufti Negeri Johor. Walaubagaimanapun kajian-kajian lepas yang telah dibuat oleh para pengkaji adalah sangat berguna sebagai bahan rujukan utama untuk kajian penulis.

Metodologi Penyelidikan

Untuk membuat dan menyempurnakan kajian ini, penulis akan menggunakan metode-metode tertentu bagi mendapatkan maklumat. Maklumat-maklumat tersebut pula akan dianalisis kemudian penulis akan membuat kesimpulan daripada analisis tersebut. Secara umumnya, penulis akan menggunakan metode pengumpulan data dan metode penganalisisan data.

20

1.

Metode Pengumpulan Data

Untuk mengumpul data-data atau maklumat berkenaan dengan kajian ini, penulis akan menggunakan metod-metod tertentu diantaranya ialah: 1.1 Kajian Perpustakaan

Kajian perpustakaan adalah di mana para pengkaji akan mengumpul maklumat-maklumat ataupun data-data daripada perpustakaan ataupun daripada sumber-sumber ilmiah seperti contoh buku-buku, artikel-artikel, kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar, tesis-tesis, disertasi, majalah dan sebagainya. Sumber-sumber ini amat penting untuk memperkukuhkan pengetahuan penulis tentang teori bagi kajian ini. Penulis maksudkan di sini adalah pengetahuan dari segi selok belok qiyas, fatwa, ijtihad dan sebagainya yang berkenaan dengan kajian ini. Antara Utama Universiti Malaya, Perpustakaan Zaaba Universiti Malaya, Perpustakaan Pengajian Islam Universiti Malaya, Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa, Perpustakaan Pengajian Islam UKM, Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM. 1.2 Penyelidikan IT dan Maktabah Syamilah

Penyelidikan IT juga membantu penulis untuk mendapatkan maklumat tentang kajian ini. Penulis akan mencari maklumat-maklumat dengan cara memuat turun jurnal-jurnal, artikel, tesis-tesis dan sebagainya. Ini kerana berkemungkinan bahan-bahan rujukan tidak dapat diperolehi di perpustakaan kerana sumber yang terhad atau sebagainya. Selain itu juga penulis akan menggunakan Maktabah Syamilah untuk membantu penulis membuat rujukan terutama rujukan Bahasa Arab. Maktabah Syamilah membantu melicinkan lagi pencarian maklumat tentang sesuatu perkara terutama dalam Bahasa Arab.

21

1.3

Metod Temu Bual (Interview)

Penulis juga akan menggunakan metod ini untuk mendapatkan maklumat dari pakar-pakar dalam bidang Usul Fiqh dan juga untuk maklumat mengenai fatwa-fatwa Jabatan Mufti Negeri Johor, organisasinya dan sebagainya. Metod temu bual adalah penting untuk kajian ini kerana kajian ini memerlukan pemahaman yang mantap dari segi metodologi dan teori terutama dalam metod qiyas, fatwa, ijtihad dan sebagainya. Maklumat dan data mengenai fatwa-fatwa, bagaimana proses perwataan fatwa juga boleh didapati melalui metod ini. Hasil temu bual akan dianalisis dan kemudiannya penulis akan mendapatkan kesimpulan daripada analisis yang dibuat.

2.

Metod Penganalisisan Data

Setelah maklumat-maklumat dan data-data diperoleh, analisis akan dibuat. Analisis perlu dibuat untuk mendapatkan kesimpulan yang baik dan kajian yang bermutu tinggi. Untuk mendapatkan analisis yang terbaik pula beberapa metod penganalisisan data akan digunakan antaranya: 2.1 Metod Induktif

Metod Induktif digunakan ketika membuat analisis terhadap teori kajian ini iaitu metod qiyas, apa-apa yang berkaitan dengannya, ijitihad, fatwa dan sebagainya. Maklumat atau data akan diproses, dianalisis dan akan dibuat kesimpulan daripadanya. 2.2 Metod Deduktif

Metod Deduktif pula bermaksud pemerhatian terhadap contoh-contoh atau aplikasi teori dan prinsip umum sesuatu perkara. Di sini kajian ini tertumpu kepada fatwa-fatwa yang diwartakan

22

dalam fatwa di Jabatan Mufti Negeri Johor. Penulis akan melihat fatwa-fatwa tersebut menilainya adakah operasi qiyas dalam fatwa-fatwa tersebut mengikut skema yang betul ataupun tidak. Metod ini penting bagi membuat kesimpulan daripada teori ataupun prinsip yang ada. 2.3 Deskriptif Analisis

Metod ini digunakan untuk membuat kesimpulan terhadap maklumat atau data yang diperoleh. Analisis yang akan dibuat secara kritikal terhadap semua fatwa-fatwa yang ada dalam fatwa Jabatan Mufti Negeri Johor. Analisis akan ditumpukan pada bab keempat di mana kesimpulan akan dibuat daripada analisis tersebut. Masalah dakwaan yang menyatakan bahawa qiyas tidak mampu lagi beroperasi pada zaman sekarang dan dakwaan mengenai kelemahan Jabatan-Jabatan Mufti Negeri-Negeri di Malaysia akan terjawab. 2.4 Metod Kuantitatif

Metod kuantitatif merupakan satu metod di mana data akan dikumpulkan dalam bentuk angka dan dalam bentuk statistik. Tetapi yang dimaksudkan di sini ialah penulis akan mengumpulkan fatwa-fatwa di Jabatan Mufti Negeri Johor dan menganalisisnya. Penulis akan cuba mengeluarkan kuantiti fatwa yang diputuskan berdasarkan kepada doktrin qiyas, berapa banyak yang mengikut skema yang betul dan berapa banyak yang gagal mengikut prosedur yang betul dalam doktrin ini.

2.5

Metod Kualitatif

Metod Kualitatif pula lebih mementingkan mutu sesuatu kajian. Di sini penulis akan membuat analisis yang kritikal terhadap semua fatwa yang diwartakan di Jabatan Mufti Negeri Johor yang
23

diputuskan berdasarkan kepada doktrin qiyas. Selain itu juga teori-teori mengenai qiyas, jenisjenis qiyas, masalik illah, fatwa, ijtihad, dan apa-apa yang berkaitan dengan perkara tersebut akan dikaji sedalam-dalamnya. Setiap fatwa akan dinilai dari segi aspek kategori-kategori qiyas yang digunakan, penentuan illah masalah tersebut, adakah terdapat kontradiksi dengan nas ataupun dokrtrin lain seperti maslahah ataupun istihsan dan sebagainya yang berkaitan dengan aplikasi qiyas.

Sistem Penulisan

Penulis akan membahagikan kajian ini kepada lima bab yang utama iaitu sepertimana yang berikut: Pengenalan: Mengandungi tajuk-tajuk kecil seperti pendahuluan kajian, latarbelakang kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, skop kajian, pengertian tajuk, sorotan terhadap kajian-kajian lepas, metodologi kajian, sistematika penulisan dan kesimpulan. Bab Pertama: Mengandungi landasan kepada teori kajian ini iaitu mengenai doktrin qiyas, kategori-kategori qiyas, rukun-rukun qiyas, masalik illah, taarudh qiyas, kontradiksi antara qiyas dengan nas, kontradiksi antara qiyas dengan doktrin yang lain dan sebagainya yang berkaitan dengan doktrin ini. Bab Kedua: Mengandungi perbahasan mengenai fatwa dan ijtihad. Perbahasan mengenai mufti, apa yang seharusnya ada untuk melayakkan seseorang bergelar mufti, adab-adab sebagai seorang mufti dan mustafti dan sebagainya yang berkaitan dengan fatwa, ijtihad dan mufti.
24

Bab Ketiga: Bab ini membicarakan tentang Jabatan Mufti Negeri Johor sebagai satu badan yang mempunyai autoriti dalam memutuskan sesuatu hukum di Negeri Johor. Penulis akan membahaskan tentang Jabatan ini dari segi organisasinya, sejarah penubuhannya, mufti-mufti yang pernah berkhidmat dengan Jabatan ini, begitu juga penulis akan memuatkan persoalan mengenai bagaimana sesuatu fatwa itu diputuskan dan diwartakan. Bab Keempat: Bab ini merupakan pati kepada kajian ini. Di sinilah penulis akan menganalisis fatwa-fatwa yang diwartakan dalam fatwa di Jabatan Mufti Negeri Johor menilai aplikasi qiyas dalam fatwa-fatwa tersebut. Dapatan dan analisis data itu akan dibuat untuk mendapatkan kesimpulan dan untuk menjawab persoalan kajian ini sepertimana yang penulis nyatakan sebelum ini. Bab Kelima: Merupakan kesimpulan kepada kajian ini setelah analisis yang kritikal dibuat dalam bab-bab sebelum ini. Cadangan dan saranan akan turut dinyatakan oleh penulis untuk menyempurnakan lagi kajian ini. Selain itu bibliografi juga akan turut dinyatakan dalam bab ini.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kajian ini akan mengkaji aplikasi ataupun operasi qiyas yang ada dalam fatwa-fatwa di Jabatan Mufti Negeri Johor. Penulis mengharapkan agar permasalahan yang berlaku dalam kajian ini sepertimana yang penulis nyatakan beberapa kali sebelum ini akan terjawab menerusi kajian yang akan dijalankan ini.

25

Penulis mengakui masih banyak lagi kelemahan dalam menyediakan kajian ini. Oleh itu penulis memohon kemaafan di atas kekurangan penulis. Segala saranan yang membina adalah sangat dialu-alukan untuk menjadikan kajian ini kajian yang bermutu tinggi. Semoga Allah memberkati usaha ini dan menjadikannya ikhlas hanya keranaNya.

RANCANGAN BAB

APLIKASI QIYAS DALAM FATWA-FATWA DI JABATAN MUFTI NEGERI JOHOR

PENGENALAN Pendahuluan Latarbelakang Masalah Masalah Kajian Kepentingan Kajian Objektif Kajian Skop Kajian Kajian Terdahulu Metodologi Kajian Sistematika Penulisan Kesimpulan

BAB 1 QIYAS Pendahuluan Tarif Qiyas

26

Rukun-rukun Qiyas Kehujahan Qiyas Kategori-kategori Qiyas Persoalan Illah Proses Menentukan Illah 1. al-Nas 2. al-Ima 3. Ijma 4. Munasabah 5. al-Shabah 6. al-Dauran 7. al-Sabr wa al-Taqsim 8. al-Tard 9. Tanqih al-Manat Perkara Yang Membatalkan Illah 1. al-Naqd 2. Adam al-Tathir wa Adam al-Aks 3. al-Kasr 4. al-Qalb 5. al-Qawl bi al-Mujab 6. al-Farq Kategori-kategori Illah Persoalan-persoalan Mengenai Illah Syarat-syarat Hukum Asal Syarat-syarat Hukum Far Konflik Antara Qiyas dan Istihsan Kontradiksi Antara Qiyas dan Pentarjihannya
27

BAB 2 IJTIHAD DAN FATWA Pendahuluan Ijtihad Nabi SAW Ijtihad Selain Daripada Nabi SAW Ketika Hayat Baginda SAW Syarat-Syarat Mujtahid Persoalan-persoalan Mengenai Ijtihad Mufti Mustafti Persoalan Mengenai Meminta Fatwa Berkenaan Dengan Perkara Furu dan Usul Permasalahan Taqlid

BAB 3 JABATAN MUFTI NEGERI JOHOR Pengenalan Sejarah Penubuhan Jabatan Mufti Negeri Johor Mufti-mufti Yang Pernah Berkhidmat Dengan Jabatan Mufti Organisasi Jabatan Mufti Negeri Johor Proses Perwartaan Fatwa

BAB 4

ANALISIS APLIKASI QIYAS DALAM FATWA-FATWA DI JABATAN MUFTI NEGERI JOHOR

28

BAB 5

PENUTUP a. Kesimpulan b. Saranan dan Cadangan

BIBLIOGRAFI

29